Statcounter

Monday, March 2, 2009

"Kalaulah Universe Ni Tiada Rules..."

Sia baca comment2 my regular readers, terus datang satu idea. You guys speak of betapa singkatnya hidup ini and that we should enjoy this life habis-habisan selagi kita hidup. Yes, speaking of, doing what you want – luasnya itu subject. Let me sentuh pasal satu hal yang actually sangat menarik.

You guys pernahkah terpikir, In Your Wildest Dream… “IF ONLY sia buli buat begitu begini…kan bagus”. Nah, itu ertinya, ada benda2 yang kamurang mau buat, tapi kamurang TIDAK buat sebab ada sesuatu yang menghalang kamu. Biasanya benda2 yang menghalang kita tu, sama ada mau jaga air muka, mau jaga nama baik, mau jaga tata susila, mau jaga status, mau jaga hati orang, mau jalankan kewajipan yang disuruh agama, mau jaga harga diri… NAH! Ini la diaa di antara benda2 yang sebenarnya STOP US from doing what we want. Think for a while!

I know benda macam ni adalah seperti ibarat anjing menyalak bukit ba. Nothing will change. But just untuk prektis2 sikit kreativiti kepala otak kita ni, WHY NOT? *grinz. You guys cuba bayangkan…KALAULAH ini universe tiada benda tu semua ba…like hidup ni teda rules, or teda constraints yang akan stop up from doing something we want, apa akan jadi? Yang lebih penting… APA YANG AKAN KORANG BUAT???!!!!

WOW… Syoknyaaaaaaaaaaaaaa!!! (*Lols.)

Aduii…why sia excited kunu tiba2 that? Nah, itu tandanya yang sia sendiri pun pernah juga terpikir pasal benda ni, which means sia sendiri pun pernah cakap sama diri sia… Kalaulahh sia buli *tutt tanpa pikir pasal *tutt, kan best!!. *Lols. Ui, jan korang terlampau kreatif sana by filling in the blanks sama benda yang bukan2 ahh, pasik pikiran korang tu nanti. (Hahahahaahhahaaha). Ok laa, let me kasi example…KALAU LA SIA BULI MAKAN SEMUA BENDA YANG SIA MAU MAKAN, SEBANYAK MANA YANG BULI, TANPA PIKIR PASAL RISIKO TAMBAH BERAT BADAN, ALANGKAH SIOKNYA!!!!

(Sia mauuuuuuuuuuuuuu tuuuu!!!) Hahahahahahahahahaha

You guys imagine la. If we DON’T have to speak about MORALITY, maybe lagi la banyak org2 yang jahat dan nakal di dunia ni. Sekarang ni pun, di era dunia nyata yang mana pegangan agama dan adat tradisi tu masih jadi pegangan, pun betimbun sudah. Apa lagi kalau dunia ni betul2 teda rules kan? Ada perkara2 yang kita buat tu, adalah No Turning Back punya…iaitu IRREVERSIBLE, like kalau kau perempuan, kau nda buli sleep around and still be a virgin. Kalau kau bunuh org, kau tidak buli kasi hidup tu org balik walaupun kau insaf dan menyesal. Kalau kau sudah kedapatan curang sama wife kau, kau tetap adalah suami yang “pernah curang” sama bini kau. I mean, kau tidak mungkin akan ada rekod bersih lagi NO MATTER what do you afterwards. Kau tidak boleh suka2 ambil bini orang tanpa merisikokan muka kau tu kana tumbuk oleh laki dia. *Lols. Kalau yang perempuan pula, jangan ada hati mau kawin dua atau tiga lelaki, walaupun kau pikir kau staring yg buli tanggung tu laki kau semua (Hahahahahahahahah)

Sia ada kawan2 yang RULES dorang tidak la sebanyak rules sia. Banyak benda yang dorang buli buat secara sewenang-wenangnya tanpa banyak pikir. Dorang tidak payah pikir pasal prinsip, pasal jaga air muka, pasal jaga nama atau cuba untuk kekalkan rekod bersih. Kesimpulannya, dari segi moral, mungkin dorang ni dianggap “kurang bermoral”, tapi dari satu sudut, dorang ni sebenarnya lebih menikmati kehidupan dorang. Dorang tidak kisah pegi clubbing and bersuka ria, minum sampai pagi. Mungkin dorang pun sedar risiko keselamatan terjejas tu sentiasa ada, but keseronokan itu yang dorang lebih utamakan. Bila orang lain tau, mimang nda lari kana cakap2 punya. Apa lagi kalau orang2 kampung yg sentiasa mau cari topik mau cakap pasal anak si anu binti si anu. Kawan2 sia tu sendiri pun mungkin rasa diri dorang tu kategori yang “tidaklah sebaik mana”, tapi pada dasarnya, “Siapa yang betul2 tau nikmat kehidupan ini?” Mungkin dorang lebih layak untuk bercakap. KALAULAH dunia ni teda peraturan, dorang ini mimang mereka yang sangat beruntung sebab explore hidup ni semampu mana yang mungkin. Mungkin kalau ada mesin yang buli menilai sejauh mana tahap kita enjoy dan maksimakan hidup kita ni, mungkin dorang2 ni akan dapat peratusan yang tinggi. Tapi oleh kerana dunia ini masih ada ruang untuk bercakap pasal moral dan etika, automatik dorang2 ni jadi mereka2 yang kurang bermoral. Tapi dari segi, Sepa yang lebih enjoy dan menikmati kehidupan ini, mimang tatapz la dorang yang layak. Jadi, apa yang lebih penting di sini? Adakah tahap moral kita atau tahap keseronokan kita menjalani hidup ni?

OK, sia tau sudah jawapan kamu. Tapi sia di sini bukan mau jadi si bijak pandai yang mau kasi betul orang punya perangai. Sia ni berpikiran terbuka juga sikit sebab sia yakin, bila seseorang tu buat sesuatu, dia mesti ada sebab yang mendatangkan kebaikan sama diri dia. Sia tidak akan cuba menilai moral atau etika orang lain sedangkan dorang pun bukan bodoh dan tidak tau pikir kan? Kita sendiri pun bukan jua bagus betul ba kan. Sia tulis ni topik sebab sia mau buka satu ruang untuk kita jadi lebih kreatif sikit dalam imaginasi kita, so ble ka kita pikir2 kalau ada masa free tu. Hehehe.

Tapi sayang seribu kali sayang…hidup ini MEMANG ada rules. You like it or not. Walau macamana siok pun hidup ni kalau tiada rules, sebenarnya…TRUST ME, nda kisah lah rules mana satu yang kau sudah langgar setakat ini, kau TETAP akan lebih suka yang hidup ni ada rules yang sedia ada macam sekarang ni. Mau tau kenapa? BREAKING THE RULES itu la yang menjadikan benda2 yang “tidak berapa betul tu” – SERONOK dibuat. Bila hidup ni sudah teda rules dari mula lagi, apa benda yang “tidak berapa betul” tu pun, hilang sudah keseronokan dia – sebab kau tau, kau TIDAK MELANGGAR mana2 rules pun. Thrill dia pun hilang! Ini la peliknya manusia punya gaya ni. Mana yang orang bilang, JANGAN BUAT! Itu lagi la dorang berebut mau buat. No kidding. Sia bukan orang pertama yang sedar benda ni. Sia terbaca tu komik Gila-gila satu masa dulu. Instead of tulis di billboard, Jangan Memecut, dorang tulis, “Sila lah Memecut Supaya Anda Cepat Sampai.” As usual, apa yg disuruh tu yang dorang TIDAK mau buat. Sebab sudah lumrah manusia ni ada yang mimang sakit hati kalau ada peraturan yg mau diikut. Trus dalam katun tu, tu motorist semua slow gila macam tu tortoise. *Lols.

Eh…jan korang ikut itu billboard baru ah. Actually nda abis ba tu. Ini dia punya ayat yang lengkap. “Sila lah Memecut Supaya Anda Cepat Sampai.” (Ke Kubur) – Nah… jangan korang ikut pla… dia belum abis bai tu ayat dia tu, abis kan mau bayar lebih tu kalau lagi panjang mau tulis di billboard tu.

Hahahahhahaahahahahahahahahahahahahhahaha. Notyy…notyyy….

So apa macam sekarang? Sia rasa mau nda mau, kita terpaksa juga la suka ja dengan apa yang ada sekarang ni iaitu, universe ni biarlah kekal dengan peraturannya. Tapi sekali sekala melanggar tu, mungkin ok jua ba tu kan. Hehehehe. Pandai2 la korang ah!

4 comments:

AngeL BeaR said...

same as playing paintball also...if there are no rules, then all the players will do what ever they want. =.= that will really ruin the game.

Anonymous said...

RULES??? Macam iklan keropok tu.. Keropok Twisties ka tu yang ckp "MISTI MAU..."

"WoRLD THiNKeR"

Anonymous said...

org awam <- satu rules kena paam!
pulis <--- dua rules kena paam!
kungsi galap <- tiga rules kana paam!

bergumbira lah anda !!jangan saja breaking tu rules yg buli bawa anda ke 1.penjara 2.saman 3.tali gantung

Anonymous said...

uisayyy pandai lucu sama pandai panas ni topic oOO kan ?? mcm2 aura yang keluar time membaca.... ni rules ni kan mcm kita sedang main tapuk2 ba ni... kalau tdk kana tau kita langgar tu rules kan kita kelucuan tu sendiri.. kalau kedapatan.. nahhh!!! habis laaa.. wkakkakaka

tapi bagi sa.. mimang ada rules dlm hidup kita tanpa kita sedari atau sedar.. dan dari diri kita dan hati kita yang boleh anggap itu rules adalah rules dalam hidup.. dan rules ini la yang membentuk diri kita dalam kehidupan kita.. buktinya kita tingu diri kita skrg apa yang ada pada kita skrg.. semua itu kerana rules dlm hidup ba nii.. ermm.. kekekkekekek