Statcounter

Thursday, October 15, 2009

A Cute Love Story


2 hari lalu, I received a visit from this couple yg bakal kawin next month. Dorang ni dua2 pun kuat ketawa. Terjumpa lagi dengan sia yg kuat ketawa, so kerja kami ketawa ja. Hahahahahahaha. Rupanya ada cerita kiut tentang love story dorang ni.

Dorang ni jumpa di MIRC!!! Hahahahaahhaah. Omigawd!! All started in #Sabah. I tell you, kamu tidak tau berapa ramai couple yg actually start kenal dari Mirc and then the next thing you know, they are tying the knot. These people mungkin kawan2 chat kamu. Sepa sangka chat2 biasa pun akan menemukan jodoh dorang, kan? Okay, it doesn’t sounds so new ba kan? Wait until you hear this.

Dorang start chatting di #Sabah. Chatting secara random. Sempat tukar e-mail address before terpisah. Perempuan tu stop chatting sebab dia kena sambung school di sekolah asrama, so hubungan dorang stop di sana. Then, bila dia check mail, ada rupanya mail dari lelaki ni. So akhirnya dorang tukar gambar dan phone. Tapi here comes the cutest part. Pada masa tu, perempuan tu seorang yang sangat gemuk sehingga ke tahap obese, berat dia melebihi 100kg. Masa tu, muka dia langsung tidak cantik. Muka dia banyak jerawat, leher dia tenggelam sebab terlampau gemuk, dan kulit dia kotor dan hitam. Dia memang malu dengan muka dia masa tu. Tapi at the same time, dia mau teruskan berkawan dengan lelaki tu. So you guys know apa dia buat? Dia pegi save gambar Unduk Ngadau dari website, and crop bahagian muka ja, and kasi blur2 sikit gambar tu, dan bagi dengan lelaki tu, kununnya itu adalah pic dia!!! Hahahahahahahahahaha. Duii giaa. And then lelaki tu pun cakap dengan dia, “Buli tahan juga muka kau ni ah”. Hahahaha. Perempuan tu pun diam2 ja menipu. Kalau dia bagi dengan lelaki tu muka sebenar dia, mana lelaki tu mau kawan dengan dia. Itu anggapan dia masa tu.

And dalam masa berkawan dari jarak jauh tu, perempuan tu sedang melalui saat2 yang sukar bergelut dengan penerimaan kawan2 sekolah baru dia terhadap diri dia yang sangat gemuk. Perempuan tu cakap, satu perkara yang dia tidak akan lupa. Iaitu semasa pendaftaran pelajar baru. Dia masuk ruang pendaftaran tu, ada sorang budak lelaki cakap dengan dia, “Helo, salah tempat lah. Sini bukan zoo.” Diikut dengan gelak ketawa. Memang cukup mencabar hidup menjadi si gemuk yang hodoh, pada masa tu. So si perempuan ni bercadang untuk kuruskan badan sebab dia mesti jadi macam Unduk Ngadau dalam gambar tu sebelum dia jumpa dengan lelaki tu nanti. So, keazaman dia terlalu kuat. Dia tidak makan nasi selama 2 tahun dan jogging setiap pagi. Motivasi dia adalah kekasih dia yg belum dia jumpa tu. Dia ambil macam2 teh dan supplement. Sampaikan dia pernah pegi Slim World lagi untuk tolong dia kurus. Akhirnya, daripada berat 100 lebih kg, dia turun ke 68 kg. So imagine perubahan pada diri dia. Selepas dia turun berat badan tu, automatik kulit dia jadi cantik. Dia pun heran macamana kulit dia boleh jadi cerah dan halus. Bila sia tengok kulit dia, sia pun nda pecaya kalau dia cakap dulu dia tu hitam dan banyak jerawat. Sebab kulit dia cukup cantik dan halus. Memang amazing. Lemak2 yg dibuang tu mungkin membawa toksik keluar dari badan dia.

So akhirnya, selepas dua tahun, dorang berjumpa. Memang perempuan tu tetap tidak sama dengan Unduk Ngadau dalam gambar yang dia bagi tu. Lelaki tu ketawa dan cakap, “Ohhh kau tipu pula ahhh” but dorang masing2 ketawa tersipu-sipu. Lelaki tu sebenarnya tidak sempat tengok perempuan tu gemuk berlebihan. Dia cuma dapat tengok di gambar ja. Versi yang dia nampak tu adalah versi perempuan tu yg cantik. Tidak hairanlah hati si lelaki tu tetap terpaut, walaupun dia tipu dia selama 2 tahun dengan gambar Unduk Ngadau. Sia tanya lelaki tu, “Did you feel upset the first time seeing her?” He answered, “Langsung tidak. Semuanya ok saja.” Dia cakap yang dia memang suka dengan cara perempuan tu tanpa mengira muka dia. But sia rasa, biarpun dia tipu gambar tu, dia sebenarnya sangat honest tentang lain2 hal. Tidak hairanlah kalau hati lelaki tu tersentuh.

So bila menjelang perkahwinan dorang, dorang get to meet a stranger like me, and keluar semua cerita lama – sia rasa KAGUM dengan perempuan tu. Walaupun dia pernah jadi si gemuk yg hodoh, dia pernah tipu lelaki tu dengan kirim gambar yang salah, dan dia pernah diejek seolah-olah seekor gorila, dia mengaku boleh habiskan 5 pot nasi seorang diri saja, dan semua orang tidak percaya yg dia ada harapan untuk kurus, tapi dia punya keinginan tu sangat kuat. Masa dia bercakap, sia nampak satu strongwill yang sudah lalui macam2 onak dan duri dan still standing strong. Walaupun sekarang ni berat dia dalam 70kg lebih, dia rasa happy dan dia masih try untuk fight genetic dia yang memang keturunan badan besar. Jadi bila sia cerita dengan dia my little story of gaining weight and susah mau cari baju, suddenly it sounded too old school. Dia jauh lagi teruk daripada gaining weight and trying to lose it. For her, the extra weight is a curse to her from birth. So bukan senang untuk melawan faktor genetic. Suddenly sia rasa bersyukur dengan diri sia sebab sia complain macam2, tapi sebenarnya sia tetap lebih bernasih baik daripada dia.

Dia cerita juga satu peristiwa lucu macamana masa dia masih malu2 dengan lelaki tu time dorang baru jumpa, dia bawa lelaki tu makan di rumah. Masa tu dorang makan ramai2 di lantai. Then masa dia baru mau duduk bersila, seluar dia terkuyak di bahagian paha, dengan sound efek yang betul2 live and alive. Dekat pingsan kakak dia ketawa dari dapur. Masa dia cerita dengan sia tu, lelaki tu pun ikut ketawa ja mengenang masa2 lalu.

Tapi tengoklah sekarang. Dorang pasangan yg bahagia. Pasangan yang comel dan tidak banyak stress. Ini lagi sorang yang inspire me tentang kehidupan. Life ni bagi macam2 benda dengan kita, tapi kalau kita positif, memang outcome dia something like apa yg perempuan tu dapat. Biar la kalau dia masih berat 70 lebih kg, yang penting hati dia happy. Dia berusaha capai impian, dan ada diantaranya sudah berada di genggaman dia. Sia yakin perempuan ni akan pergi jauh. Sia rasa diri sia cuma beginner ja compared to her. And sebagai couple, sia yakin asas hubungan dorang yg macam tu akan menjadikan dorang lebih menghargai sesama sendiri sebab dorang pun menggunakan pendekatan yg betul untuk mencintai…iaitu cinta itu terletak di hati dan bukannya di mata.
Another cute story I’m thankful to learn about.

I want to be in one of those cute stories. Is it in the process of making? Hopefully. *giggles.

2 comments:

wines said...

wah siok ni story oo 256..sa baca pun rasa happy dan memang istilah yg ko gambarkan dalam penceritaan ini memang ngam dan tepat iaitu "a cute love story" hahahaha..kalau sa la yg periksa karangan yg ko cerita ni..kompom A+ punya hingga final year.

Sa rasa kan memang mirc ni satu platform yang sesuai ba untuk mencari jodoh ni..bukan apa most of the users kan semuanya bujang ba dan sepanjang pengamatan sa kan..durang yg selalu on9 tidak kira la mirc ka, ym ka facebook ka skyppe ka frenster dan yg seumpamanya..mereka² ini adalah org yg sa rasa kurang bernasib baik ba dalam perhubungan ni...hehehe kenapa coz untuk menghilangkan keboringan dalam kehidupan mereka kan yg tiada couple atau pasangan kekasih..so the best way kan memang ni mcm la on9 dalam pelbagai cara, gaya dan aksi kenen. Coba kita pikir, andai durang ni ada keluarga, anak or suami/isteri atau paling kuatpun kalau ada kekasih tetap la kan..so berani ka durang ni on9 siang malam..?? kompom sa rasa durang teda masa tu unt on9 kan..hehehe sibuk dgn aktivity bersama pasangan masing² la.

So tu la sa berani katakan yg selalu on9 ni kebanyakan org² yg kesepian yg mencari sesuatu untuk mengisi kekosongan masa yg banyak terluang tu kira sambil menyelam minum air la kan..sambil enjoy layan irc, sambil bekenalan la kan.. Tapi yg sa heran kan banyak yg sa jumpa chatters baik dari mirc, YM, email yang perempuannya kan kebanyakan mcm kawan ko dalam story ni tau.. BMI yg memang out. kadang² sa tertanya-tanya ba.. adakah pengguna internet on9 ni sudah ditetapkan dari jenis dan golongan yg 80kg ke atas..?? adakah ni satu habits atau internet ni merupakan 1 proses unt diet yg lebih seimbang jika mengikut apa yg u [256] cerita ni..?? hahaha ngam la kalau gitu..so nanti sa galakkan durang² dan mereka² ni besinta sesama teman yg durang kenal melalui internet so ble la tu proses pengurusan badan berjalan dgn lancar...hehehe

apapun tabik ama kawan ko tu yg memang mempunyai kisah cinta luar biasa dari yg biasa ja..so sa pun berharap la kan mempunyai cerita yg macam durang ni...hahaha..so ble la badan sia sa kasi shape macam body brad pitt kan..hehehehe. tapi mesti mo jumpa dulu pasangan ba kan baru tu cerita boleh dimulakan. nah sa akan mulakan di #kk lah dulu cari² op mana yg sesuai ni dibikin capel kenen...huauhauhauhauha

Twofivesix256 said...

Hahahahahah wine... alalalaa... abislah sepa2 op perempuan yg dia target ni tauu *Lols