Statcounter

Saturday, July 25, 2009

"Penyamun Vending Machine"

Okay guys!! Now sia mau tulis satu post yang light and funny...taking a break from the heavy2 stuff dan benda2 yang menjadikan kita murung, ok? Ok lets go!

Note: Jangan Kamurang Ketawa Selepas Membaca!! :PP (Hehehehehehe)

Masa skul dulu ni sempat lagi kamirang tinggal di hostel ba. Roommate sia mix2 orang Semenanjung dan Sarawak. Majoritinya otak gila2. Ada2 ja perkara gila yang kamirang buat. Dia punya mastermind ni, biasanya adalah– tidak lain dan tidak bukan adalah orang Sabah jua ba, iaitu sia sendiri dan kawan rapat sia sampai sekarang ni. Mimang kami dua la dapat anugerah paling gila tu masa.

Ada vending machine ba di dekat kantin tu. Vending machine tu kan ada minuman tin, kasi masuk syiling RM1 then tekan la apa minuman kamu mau. So satu hari tu masa school, ada di antara roomate2 sia tu nampak kawan2 lelaki dorang ni kasi masuk RM1 ja dalam machine tu and dorang boleh kasi keluar sampai beberapa tin satu kali. Budak2 lelaki yg buat kerja tu bukan pun budak samseng ba, tapi biasalah kalau umur belasan tahun, memang suka yang thrill. Dorang mau tunjuk skil yg dorang boleh kasi pening tu machine. So untung la ba dorang kan?

So roomate2 sia yang nampak kejadian tu, bawa cerita tu pegi bilik. Then tiba2 kawan sia sorang tu cakap, “Why don’t we try?” We got the chance untuk buat tu benda, sebab hostel kami berada di bangunan yang sama dengan kantin tu, iaitu di mana terletaknya vending machine tu. So kami pun atur strategi la. Kami plan malam tu mau turun bawah pegi vending machine tu bila suasana sudah sunyi dan most students yang tinggal di bangunan tu sudah titun.
Sia masih ingat, kami semua berpakaian sempoi yang ready mau tidur. So most of us pakai seluar pendek. Ada sorang kawan Kelantanese kami ni, dia biasanya pakai tudung, tapi since waktu tu malam, dia pakai kemeja, kain sarung dan dihiasi dengan rambut keriting dia yang tidak bersikat. Dia lah yang paling bersungguh-sungguh mau tiru skil tu budak lelaki kasi keluar tu beberapa minuman tin dengan guna RM1 sebab dia sudah nampak macamana budak2 lelaki tu buat. Dia ni memang lucu betul, ditambah lagi dengan bahasa Kelantan dia yang pekat tu.

So misi kami bermula. Kira2 jam 11 gitu, nahh…mula la kami semua turun pegi bawah secara senyap2. Tapi kami jalan dengan perlahan dan tapuk2 ba, sebab paham2 la kalau orang mau buat jenayah ni. Kawasan kami tu dijaga oleh sorang pak guard, innocent betul muka dia. Kami paling worry kalau itu pak guard nampak kami ba. That’s why kami jalan slow2. But sampai ja dekat vending machine tu, baru ja kawan Kelantanese kami tu mau kasi masuk duit, tiba2 nampak tu pak guard ba muncul dari tepi dinding tu. Terus kami bertempiaran lari naik atas. Itu pak guard pun takajut ba tinguk kami lari bila nampak dia. Dia anggap kawan sia tu cuma mau beli minuman ja, tapi terus nda jadi gara2 nampak dia. Confirm la dia hairan. Apa yang dia nda tau adalah misi “menyamun vending machine” tu dengan guna RM1.

Then kami yang kepenatan berlari sampai di bilik, kami bising2 la. “Kenapa juga kamu lari oh?” Then sorang lagi menjawab, “Entah, sia nampak kamu lari, sia pun lari la.” The fact is, semua kami pun sibuk berlari naik pegi bilik. Kami pun nda tau kenapa kami terasa mau lari naik bila nampak pak guard tu. Then menyedari tindakan refleks kami tu, itu budak Kelantan cakap la, “Jangan lari lagi tau. Ingat tu. Kita buat biasa ja. Nanti apa pula pakcik guard tu pikir, nda pasal2 kita kena cakap buat salah.” (Padahal memang pun dalam misi membuat jenayah! Jenayah mau mencuri minuman tin!) (/me berabis tahan ketawa)

Then kali kedua kami turun…kali ni kami rasa semakin yakin, then kami walked slowly, tunduk2, berlindung di dinding kantin tu on the way to the vending machine. Masa kami buat macam tu, si budak Kelantan tu balik2 cakap, “Ingat tau, jangan lari walaupun nampak pak guard tu.” Kami lega juga sebab at least ada satu orang yg betul2 original otak penyamun di antara kami tu. (/me berabis tahan ketawa). So, masa kami jalan senyap tu, kami nda abis2 mencubuk takut2 ada pak guard tu lagi. Kami harap dia sudah balik pegi pondok jaga yang nda jauh dari sana. So semasa kami bergerak dengan penuh berjaga-jaga, TIBA-TIBA…
Muncul satu kepala di sebalik pokok2 rendang yg kelihatan melalui cermin tingkap kantin tu, iaitu si PAK GUARD itu lah juga!!! Kami punyalah tekejut dan apa lagi, terus kami teriak!!!. Terbeliak mata tu pak guard tinguk kami yang seolah-olah nampak hantu ba. Nasib gelap, if not, confirm nampak mata dia berair menahan tangisan sebab kami sudah buat dia rasa macamana kalau jadi hantu. And u guys know apa kami buat? Kami punya kaki automatik berlari naik atas balik! Teka sepa yangmengetuai rombongan larian tu? Dia ialah budak Kelantan yang bersemangat waja yg menjadi harapan sebagai ketua penyamun!!!! Punya laju dia lari ba guys!!…tu rambut keriting dia tu kan terbang2 sudah bah, and then dengan selipar jipun dan kain sarung dia tu, dengan menggenggam syiling RM1 tu ba. Masa tu sia dan kawan sia yang Sabahan juga tu, punya lah pecah ketawa bila sia tinguk keadaan haru-biru si “ketua penyamun” tu ba. Bukan main dia lari tanpa tengok belakang. Bertambah kelucuan kami bila ingat dia balik2 cakap, “Jangan lagi kamu lari ni kali.” So sepanjang jalan naik bilik tu, kami berabis-abisan ketawa sebab betul2 tidak boleh tahan. Kurang asam punya ketua penyamun. Berani dia buat aksi yang begitu lucu sampai sia terduduk sudah di lantai melayan ketawa ba. Buli2 dia buat muka innocent lagi sampai di bilik, yang kununnya dia la yg paling tidak bersalah dalam tu hal. Dia cakap dia terkejut dengar kami teriak so terus dia lari la naik. Punya bising bilik kami tu dengan gelak ketawa. Lepas tu, kami INSAF sudah daripada misi kami tu. Kami tidak lagi turun untuk kali ke-3. Kami pun takut juga pak guard tu kena sakit jantung gara2 kami. (*Lols)

Esoknya kami pegi kelas dengan muka yang paling innocent, bila kami nampak Pak Guard tu pun, kami buat muka seolah-olah 1 minggu sudah kami nda pernah nampak muka dia padahal baru juga malam sebelumnya tu kami dihantui oleh wajahnya di sebalik pokok2. (*Lols)

Smpai sekarang kami ungkit kejadian ni kan, kami akan ketawa separuh gila. Tapi kami mendapat satu penemuan berharga daripada cerita tu, iaitu:

“Kami teda bakat menjadi penyamun. Kami terima kenyataan tu dengan hati yang pasrah.”
(Hahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahahhahahahahahahahahaha)

Pasal tu la kami bercadang untuk jadi budak baik ja. Kamirang telah tewas dalam misi mencuri minuman tin. Sekian terima kasih.
Hahahahahaahahhaahhaahahahahahahahahhaahahah. Macam kena gelitik ja masa sia tulis this post.

Muahsss all.

P/S- Laughing is the best medicine. Trust me, I Know *Grinz

No comments: