Statcounter

Tuesday, July 21, 2009

Aku Bertanya, “Apakah KesanKu Pada Dunia?”

Dalam kesibukan dunia ini melalui hari demi hari, kadang2 hujan, kadang2 panas, kadang2 ribut petir…cuaca silih berganti. Lain lagi cerita di sana sini. Di sana perang, di sini mogok, di situ bencana, kekalutan politik, jenayah dan macam2 masalah sosial dan kesihatan.

Kadang2 terpikir juga kejap…dunia ni tau kah sia ada di sini? Jangan cakap dunia ini lah, itu bangunan tempat sia belajar dulu – tempat sia dan kawan2 rapat sia kenal dan lalui macam2 kenangan manis, adakah bangunan itu ingat pada sia? Sia limpas bangunan tu, sia dapat rasa yang walaupun sia masih ingat bangunan itu, bangunan itu tidak simpan pun sebarang kenangan yang tertulis sia di dalamnya. Terdetik sikit rasa “tidak adil” dalam hati sia. “Bangunan itu sepatutnya ingat pada sia”.

Dalam pada sia menjadi manusia yang lemah. Sia pernah berkali-kali diejek kerana kelemahan sia, dan sia juga pernah dipuji atas kelebihan sia. Sia tidak boleh kira berapa kali sia menangis sebab hati sia terluka atas sebarang sebab, dan sia juga masih boleh ingat detik2 bahagia yg membuatkan sia rasa sia adalah seorang manusia yang sangat diberkati. Sia lalui semua itu dan sia tidak jamin sia akan berhenti lalui tu semua selagi sia bernafas dan selagi jantung sia berdegup. Suka atau tidak, benda macam tu tentu akan berlaku. What all this make me?

Entah kenapa sia boleh terpikir untuk bertanya, “Apakah kesan sia pada dunia ini?” Dalam kepayahan sia melalui hari demi hari, adakah dunia ini akan ingat sia? Adakah kehadiran sia di kalangan manusia2 ini actually make a difference? Kalau tiba2 sia tiada lagi, adakah sia akan dirindui? Nahh…soalan2 tu semua bermain di kepala sia. Actually, ada lagi yang lebih penting dari ni semua. Sebelum sia tinguk jauh2, sia tinguk dulu apa yg lagi dekat dengan sia.

Adakah sia adalah anak yang baik kepada ibu bapa sia? Adakah sia adalah kakak dan adik yang baik kepada adik beradik sia? Adakah kawan2 sia menjadi orang yang lebih baik kerana mempunyai kawan seperti sia? Adakah orang sekeliling sia yang kenal sia dari jauh ja mempunyai pandangan yang positif tentang sia? Dan terlanjur sia ada blog ni, adakah blog sia ni memberikan kesan kepada pembaca2 sia dan mungkin juga kepada scenario blogging itu sendiri?

Kalau sia ada pilihan, SIA MAU yang kehadiran sia memberikan kesan kepada sesiapa yang pernah come across me. Alangkah bagusnya kalau macam tu. Sia terpikir benda ni, sebab sia asyik berfikir tidak henti2. Orang2 itu tidak tau yang sia asyik berpikir tentang dorang, walaupun mungkin dorang tidak kenal pun sia. Dengan pikiran sia yang tidak henti2 berpikir ni, tiba2 sia rasa it’s so unfair when kehadiran sia tidak pun memberi kesan kepada dunia ini. I do think that I spend my gifts for this world. I live together with this world, biarpun dalam linkungan sia yg sekecil ini.

Biarpun apa yang sia cakap tu bukan semuanya baik, tapi sia mampu untuk bercakap benda2 yang baik dan memberikan faedah untuk orang lain. Walaupun bukan semua yang sia tulis tu difahami dan dipersetujui, tapi untuk segelintir yang memahami dan mempersetujui apa yang sia tulis tu, akan mendapat inspirasi daripada tulisan sia. Dan walaupun bukan semua jenaka yang sia buat tu lucu, tapi untuk mereka yang merasakan kelucuan itu akan rasa terhibur dan mungkin mengubat kesedihan mereka.

Ya, mungkin ini yang lebih penting sekali. Jangan kita pikir pasal memberikan kesan pada satu dunia. Sudah memadai kalau segelintir mereka yang hidupnya pernah bertembung dengan hidup kita, akan merasakan bahawa hidup mereka tidak akan sama tanpa kehadiran kita. Kita tidak perlu memandang jauh2, sedangkan kita boleh melihatnya daripada mata keluarga dan kawan2 kita. Bila mereka mengucapkan penghargaan, di sana kita tau bahawa kita telah memberikan kesan kepada hidup mereka. Oleh itu, mungkin sia tidak akan meyimpan permintaan setinggi itu lagi sebab misi sia mungkin bukan seorang pemimpin dunia atau pejuang hak asasi manusia yang akan dikenali oleh ramai orang. Tapi mungkin tidak kisahlah siapa sia. Sia tetap ada ruang untuk memberikan kesan kepada orang2 lain di sekeliling sia.

Bagaimana dengan kamu? Adakah kamu setuju bahawa kamu pun mau kehadiran kamu memberi kesan kepada orang di sekeliling kamu?

Biar sia bagi satu perumpamaan. Ada kawan sia attend this reception di hotel 3 bintang. Then dia cakap, “Tu makanan dia tidak sedap. Teda rasa.” Then sia heran la kenapa macam tu. “Kenapa pula macam tu? Bukan makanan hotel sepatutnya sedap kah?” Terus dia jawab, “Maybe tu pengantin ambil pakej yang murah, so pasal tu la makanan nda sedap.” Then sia cakap, “No such thing lah!” Logik la ba sikit!

Itu makanan, sama ada pakej murah atau mahal, sama juga dorang kena panaskan periuk, pakai minyak dan gunakan tenaga dan masa dorang untuk masak setiap jenis makanan. Lain la kalau dia cakap, kalau ambil pakej yang murah sikit ni, semua makanan kami tinggal rebus saja. Ini tidak, semua makanan actually sama juga jenis masakan dia. Cuma dia murah sebab jenis hidangan yang kurang. So my point is very simple. Alang2 sudah makanan tu dimasak macam biasa, alang2 dia kasi cukup la ba semua tu perisa makanan, alang2 masak, biar la bah makanan tu sedap!

Sama macam hidup kita ni juga. Mentang2 la kita tidak dilahirkan jadi pemimpin, terus kita rasa alah…hidup mcm orang biasa ni biar la ba antam2. Ndak kisah la apa jadi. Kita ni kan cuma orang biasa saja, bukan ada orang peduli pun. Tapi kau sama pemimpin tu actually sama ja. Dua2 pun kena lahir susah payah oleh mama masing2. Penat2 kena kasi besar, kena kasi pendidikan dan sebagainya. Kau dan dia pun hirup udara yang sama. Semua benda asas untuk terus hidup adalah sama saja. Sia nda nampak satu reason pun kenapa kau perlu menghidupi kehidupan kau dengan sambil lewa, main hantam2 saja, tunggu sampai ajal. Alang2 sudah kau lalui proses2 menjadi seorang manusia tu, susah2 kau kena bawa di dunia ini, then jadikanlah hidup kau tu hidup yg membawa makna. Sebabnya, mau atau tidak, kau tetap akan lalui jalan itu juga, kenapa tidak kau laluinya dengan penuh kesedaran yang status dan darjat kau itu tidak menjadikan kau manusia yang kurang dalam misi kau sebagai seorang lagi insan di dunia ini.

Alang2 sudah kita hidup, marilah kita jadikan kehidupan kita bermakna dan mudah-mudahan memberi kesan yang mendalam dalam hidup mereka2 yang mengenali kita.

So yg lepas tu lepas, di hadapan tu masih tersimpan sejuta harapan. Lets do our mission, guys :)

1 comment:

ulal said...

ermmm kalo sia nda pula terpikir sampai sedalam ni tau laling.. bagi sia .. asalkan sia nda buat jaat sama org lain .. sdah sukup mamadai sdah bagi sia :)) dan org yg kawin sama sia memang dapat kesan yg ketara sbab purutnya pandai bunsit 9 bulan 9 ari pastu kampis balik ..nahh tu yg paling ada kesan kalo sama sia ni wakwakwak peace bebeh peaCeee~~!!!! /me guyang2 tu dua jari peace sambil jelir lidah sama bebeh256