Statcounter

Monday, June 29, 2009

A Wish After 100 Dead Mosquitoes

A friend of mine got dumped by her boyfriend in the most terrible ways. Beberapa bulan sebelumnya, bukan main lagi lelaki tu tergila-gila sama dia. Tiba2 lepas tu lelaki tu bagi mcm2 alasan dan tipu macam2 supaya kawan sia tu tidak dapat contact dia or kesan dia di mana. Dia punya penipuan selalu kedapatan, like he told my friend dia pegi KL, tapi kawan sia terserempak dia sedang drive di bandar. Kawan sia betul2 terkilan dengan perubahan mendadak lelaki tu. Yang paling dia nda puas hati, kenapa dia buat mcm tu sedangkan dia buli kasitau terang-terangan yang dia mau break. Kawan sia betul2 nda paham.

So, 2 bulan sudah lelaki tu menghilangkan diri begitu saja. Tiba2 satu malam, lelaki tu akhirnya datang cari dia balik. Dia menangis-nangis merayu dengan kawan sia tu dan minta maaf. Depan2 orang lagi dia memujuk rayu. Kawan sia betul2 terkejut dan nda tau apa mau respond. So malam itu memang penuh dengan kejutan untuk dia. Tapi cara dia bagitau sia, seolah-olah dia langsung nda harap yang lelaki tu akan cari dia balik. Tapi hujung2 baru dia kasi bongkar cerita sebenar yang berlaku sebelum kejadian tu.

Malam sebelum lelaki tu cari dia, dia actually ada buat satu nazar. Memandangkan di rumah dia tu terlampau banyak nyamuk, dia punya kerja asyik tangkap dan kasi mati nyamuk ja. So malam tu, tiba2 datang gila dia. Dia cakap, “Kalau sia dapat tangkap 100 ekor nyamuk ni malam, sia wish yang ex-boyfriend sia tu akan datang cari sia balik.” Kali tinguk, betul2 malam tu dia kumpul semua tu badan nyamuk yang dia pukul. Dia cakap, dia guna lebih 3 jam untuk kumpul tu nyamuk semua dan susun dia supaya dia senang kira. Akhirnya capai target 100 ekor nyamuk, dia bukan main happy. Sampaikan dia panggil lagi abang dia suruh tinguk tu nyamuk2 semua dia susun di lantai. Abang dia pikir ada hal emergency, sampaikan abang dia tertendang tu kupi dan tumpah. Berabis abang dia menyumpah sama dia bila dia tinguk rupanya kawan sia tu cuma mau kasi tinguk nyamuk2 mati ja. *Lols.

Bila dengar cerita dia tu, sia terkejut. “Wow, kau sanggup buat mcm tu?” Dan yang lebih mengejutkan, betul2 lelaki tu cari dia keesokan harinya. Seolah-olah Tuhan kabulkan nazar dia tu selepas dia buat satu “kerja” yang memerlukan usaha. Actually, sia pun percaya sama perkara ni juga. Kalau sia mau something, sia kena buat sesuatu yang susah dulu dan barulah sia buat niat. Sia tidak boleh suka2 wish benda2 yang mustahil dengan hanya duduk dan tersengih saja, kan? Hahahahahahahahahaha.

Tapi dalam kes kawan sia tu, seolah-olah hajat dia tu dikabulkan “secara paksa” sebab selepas malam tu, lelaki tu HILANG SEMULA! Hahahahahahahahahahaahahhaahhaaha. Terus kawan sia pun ketawa juga. Sempat jugalah ex dia tu buat drama air mata, panggil dia Sayang dan macam2 lagi. Sempat juga orang2 di sana jadi saksi yang dia bagaikan tuan puteri yang dipujuk rayu oleh seorang pelamar. Hehehehehe. Bah, at least nda jua sia2 ba tu dia kasi mati 100 nyamuk dalam 3 jam. Hehehehehe. So, untuk lelaki tu muncul semula sekali lagi, perlukan dia membunuh 100 nyamuk lagi? Kalau tanya sama sia, sia OK saja. Buli juga dia tulung kurangkan populasi nyamuk di dunia ni ba kan? Hehehehehe. Tapi kalau lah kena bunuh 100 nyamuk dulu baru boyfriend dia tu akan muncul, rasanya bagus lagi cari boyfriend lain kan…kan? Hahahahahaahahahahahahahhahahaaha.

Apakah kesimpulan cerita ini? Kesimpulannya samar2, tapi buli jadi jua boyfriend dia tu keturunanan nyamuk ba that. *Lols. OK, OK! Just kiddinG~!!

Kesimpulannya, nda kisah lah apa yang kita mau capai tu, MESTI ada cara untuk mencapainya. Yang penting, niat yang disertai dengan keazaman tu, mesti akan mendatangkan hasil. So it sounds a bit superstitious, tapi kes kawan sia tu adalah lebih baik daripada orang yang cuma tau berharap dan meminta saja, tapi tidak mau buat apa2 usaha pun. Harap semuanya datang bergolek. So? Sia akan tatap respect kawan sia yang bunuh 100 nyamuk tu sebab dengan idea gila2 dia tu, kita sudah kekurangan 100 nyamuk yg mungkin buli mengigit dan menghisap darah kita. Paham tu kawan2. (Hahahahahahahaha).

Just a light story so to take a break from cerita2 yang heavy2 dalam blog sia ni. Hehehehe. Muahsss all.

5 comments:

pegawai kesihatan said...

cik .. buli kah bagi alamat umah kawan cik tu ?? kami mo tulung pom rasun nyamuk :)))

Twofivesix256 said...

Hahahahahahahahahahahahahahahahaha jojon baaaaaaaaaaaaa, jan ba menyamarrrr *Lols

ulal said...

hahaha dear.. kali jin ninik muyang nyamuk tu minta ampun sama kawan ko .. pasal tu d kabulnya tu permintaan kawan ko tu wakwak.. kali jenis ponyangat madu jak baitu ex bf ko tu.. suka yg fresh punya tu kompom tu jenis spisis wakwak syukur labaitu awal2 sdah tau perangai bf dia kan :)) d kira bernasib jua lah kawan mu tu .. nanti pesan sama kawan ko arrr .. kastau camni.. ada dr sandakan mo tarai nasib nya tilik numbur .. kalo buli mintakan sia anam dijit lah namau alang2 wakwakwak
/me pun mo tarai bunuh nyamuk 100 ikur pastu minta numbur ekur .. bagus ni idea kaseh seysey sama c duan lolzzzz

ulal said...

/me tukuzut tetiba ada balasan komen dr tuan punya blog wakwak muahsssssssssssssssssssss

winesimpsons said...

Kadang kala keajaiban itu datangnya kita tidak sangka pun..memang kalau seseorg itu bernazar atau pada zahirnya berdoa untuk sesuatu..tentu sesuatu yg dia perlukan itu akan termakbul. Ini memang sesuatu yg sukar untuk diterima oleh akal..walau kita memikirkannya berulang kali bagaimana ianya bisa terjadi.

Pernah sy terima sepucuk surat yg isi kandungannya kurang lebih menyuruh agar msg atau maksud disurat itu agar disebarkan kepada 10 org agar dalam tempoh terdekat akan ada berita baik buat kita yg menyebarkannya. Pun begitu, terdapat ancaman juga seiring dgn berita baik tersebut andai kita mengabaikan kandungan yg dimaksudkan, nescaya kita akan mendapat khabar sebaliknya dari khabar kebaikan tersebut sehingga kita menyebarkannya. Jadi dalam hal ini sy menghantar lah maksud kandungan surat itu kepada nama² yg sy tidak kenal pun yg sy ambil dari newspaper lamat mereka² itu. Dan yg menariknya..sama ada itu adalah suatu kebetulan atau tidak...nyatanya memang ada khabar gembira.. 2 minggu selepas itu, sy dapat khabar gembira (yg tidak perlu disebut di sini). Lalu sy bermonolog sendiri "adakah khabar gembira ini datangnya dari surat² yg sy sebarkan yg sy dapat di depan pintu rumah tempoh hari atau sesuatu yg kebetulan..???

berbalik kepada kawan U [256] memang perkara² seperti itu kadang² berlaku dan itulah kebesaran Tuhan kita mengikut kepercayaan masing²..yg di bawah kesedaran kita. jadi, hidup didunia ini dalam konteks perhubungan dan kepercayaan adalah simple saja..semua yg berlalu tentu ada hikmah di sebaliknya. Hikmah itu lah yg kadang² membuat kita tersenyum (andai kita percaya) buat baik akan dibalas baik dan buat perkara buruk tentu lambat laun pasti akan terima pembalasan.

nasihatkan kawan U itu, jangan risau..semuanya ada hikmah disebalik kejadian.