Statcounter

Friday, September 11, 2009

Cursed To Be A Wife?

Ini satu lagi cerita yang buat sia terkejut. Sia sudah tulis satu post untuk kawan sia ni yang bertajuk “Cinta SMS Menjadi Nyata” tapi belum pun sempat sia tulis ending untuk article tu, sia dikejutkan dengar perkembangan terkini dia. Nasib baik sia belum post lagi article pasal cinta SMS tu.

Yes my friends. Dorang ni betul2 cinta SMS. Kenal pun daripada kena passing2 nombor oleh kawan2. Dorang SMS since perempuan tu Tingkatan 6 dan sekarang dia sudah kerja. Maybe almost 3 years hubungan SMS dorang tu berlaku secara rancaknya. Bukan alang2 punya rancak. Dalam kesibukan dia meredah hujan balik asrama masa di sekolah, dia masih lagi sempat tulis SMS untuk lelaki tu, sampailah sampai ke masa dia berada di ofis tempat dia kerja sedang dimaki oleh bos perempuannya, masih juga tangannya sibuk SMS dengan orang yg sama, walaupun 3 tahun sudah berlalu.

Dorang punya cinta SMS tu banyak onak dan duri. Masing2 pernah menipu pasal macam2 perkara. Dorang ni tukar gambar payah sekali. Dalam tempoh bertahun-tahun tu, hanya ada satu gambar lelaki tu yg dia MMS. Itu pun gambar reject. Tapi kawan sia ni buktikan yg dia tidak menilai guna paras rupa. Mungkin hati sudah terpaut sebab terlampau banyak berSMS. Erkss!!

Dipendekkan cerita, AKHIRNYA awal tahun ni dorang jumpa juga. Satu dari Pitas, satu dari Sandakan, akhirnya di 1Borneo bertemu juga. Sia ikuti juga perkembangan drg ni sebab perempuan tu suka datang tempat sia untuk update kisah dia. Akhirnya dorang dapat bergambar bersama-sama di dalam satu gambar! Sia rasa so amazing. Good news untuk cinta SMS yang samar2 penghujungnya.

Dipendekkan cerita…siapa sangka yang dorang baru ja tunang 22nd August tu dan akan kawin 25th September ni!!! Sia terkejut! Ini kira satu wedding express ba. Dengan umur lelaki tu baru mencecah 20 tahun, dan perempuan tu 21 tahun. Baru tadi sia ada masa untuk cakap dengan perempuan tu dan temuramah dia tentang perasaan dia.

Sia tanya dia, “So apa macam? Kau rasa excited ka sekarang ni? Menjadi pula cinta SMS kau tu.”

Kawan sia cakap, dia sendiri Tidak Percaya dengan apa yg sedang berlaku. Semuanya berlaku terlampau pantas dan kalau diumpamakan sebuah keretapi, keretapi tu jalan di luar landasan!! You guys belum tau lagi. Sebenarnya kawan sia ni TIDAK MAHU kawin lagi!! Dia tidak ready dan dia sendiri pun tidak tau apa yang dia buat. Ni benda betul2 di luar kawalan dia. Lelaki tu secara mengejut cakap mau hantar tunang, dan terus sama duit kawin. Mentang2 ibubapa perempuan tu orang kampung, lelaki tu ambil kesempatan untuk tentukan sendiri duit kawin yg dia mampu. Iaitu satu jumlah yang kecil untuk satu perkawinan di zaman ni. So mama bapa perempuan ni gembira saja sebab anak dorang kena pinang so dorang main setuju saja. Teda pun orang tanya kawan sia ni sama ada dia ready mau kawin ka tidak. Dorang main redah saja yg assume kawan sia ok ja. Oklah, apa boleh buat. Too bad dia helpless dan tidak mampu bersuara untuk diri dia. Apa pun, dorang sudah bertunang walaupun ala kadar. Tapi jatuh air muka kalau tiba2 nda jadi kawin. Hairan betul manusia zaman sekarang! Macam2 ada!!

“So kau happy ka sekarang ni?”

“Happy apa? Kami sedang bergaduh ni sekarang! Perang dunia!”

Aiksss…takajut sia dengar. Tunang tidak sampai pun sebulan yg lalu. Sudah ada perang dunia. Gara-gara perempuan tu buat lelaki tu tunggu dia selama 5 jam masa dorang plan untuk urus surat nikah, lelaki tu MAKI dia kaw2 punya bah!!

“Perempuan sial, jahanam, puk*ma, setan, pigi mati la kau…(and the curse goes on)”

Ini semua lelaki tu cakap depan2 muka perempuan yg dia akan kawin dalam masa kurang dari 2 minggu ba, guys!!! Imagine!!! Kalau sia sedang makan masa tu, silap2 sia tercekik ba dengar kawan sia cakap. Gila oo!!! Betul ka tidak oo?

Kawan sia cakap dia diam ja masa dia kena maki tu. Benda ni baru juga berlaku kemarin ba guys! Sejak tu kerja dorang cuma maki memaki ja di SMS dan phone menjelang ke perkahwinan dorang tu. Teda satu kata maki yang belum dia dengar dari mulut tu lelaki. Dan yg terkini, iaitu baru tadi. Dia tuduh kawan sia ni, “Bukan Perawan” lagi sebab kawan2 rapat dia semua jenis yang perempuan rosak. Whoa. Nda gila ka tu? Mata sia terbeliak ba dengar. Sampai gitu sekali ba kan?

Isu Bukan Perawan tu bukan benda yang kau bring up masa 2 minggu sebelum kawin ba, true or not? At least kau jaga la ba kedaulatan dan kehormatan bakal isteri kau. Sia tidak tau apa lagi hormat yg wujud pada lelaki tu kepada kawan sia ni sebab semua benda yang paling teruk pun dia sudah cakap. Kawan sia ni sudah kena maki habis2 ba sedangkan dia punya perwatakan ni sangat lembut dan penyabar. Cuma memang dia ada silap sikit gara-gara tidak efisien dalam penyampaian maklumat. Ada lambat pikap sikit. Apa tidak meletup tu Pinatubo. Cuba la kalau sia kena suruh tunggu 5 jam, belum tentu nda tercabut tiang Centre Point tu kena hempas di badan dia. (/me pingsan ketawa. Bila lagi CP ada tiang ni?? Hahahahahaahahahahahahahaha)

Sia tengok muka kawan sia tu lama2. Dia ni memang SANGAT PENYABAR. Sia rasa dia ni patut pakai tu crown Orang Paling Penyabar Di Dunia. Memang satu kelebihan. Lepas kena maki2 macam tu, dia boleh diam ja dan tidak menjawab. Dan tidak simpan dendam. Cuma hatinya tetap sakit. Dia jenis yang masih waras untuk menjawab semasa dia sedang dimaki. Ini yang menyebabkan bos dia suka dengan dia. Boss dia pun kuat maki juga. Sia rasa kawan sia ni sudah kenyang dengan maki-makian ba. But, even from her husband to be? Come on la!!!

Apa yang kawan sia ni buat adalah cakap dengan lelaki tu yg dia tidak mau kawin. Bagus batalkan saja. Tapi lelaki tu tidak sanggup untuk batal perkahwinan tu. Dia sebenarnya sayang dengan kawan sia ni. Kalau dia lepaskan kawan sia tu, belum tentu dia dapat cari perempuan yang minta hantaran begitu sikit, and then seorang yg sabar macam tu. Again, kawan sia sudah nampak yg benda ni satu permulaan yang tidak baik untuk hidup dia, tapi dia helpless. Dia memang tidak mampu buat apa yg dia mau. Sia simpati dengan dia. Terlalu lembut hati.

“Apa mau jadi lepas kamu kawin ni? Belum kawin lagi sudah kena maki. Silap2 lepas kawin dia naik tangan pula. Apa guna kawin kalau macam ni?”

Kawan sia pun geleng kepala. Dia sedar situasi dia yg betul2 teruk. Dia rasa yang perkawinan ni terlampau awal. Sia setuju dengan dia. Lelaki tu baru 20 tahun. Sia yakin kalau dia sudah cukup 25 tahun, at least dia sudah jadi lelaki yg berbeza. Sudah cukup rasa asam garam. Matang. Tau hormat perempuan. Dan yang pasti, dia akan malu dengan diri dia di usia 20 tahun tu yang cepat marah dia kuat maki. Tapi sayang, kawan sia terpaksa pula kawin dengan lelaki yang versi 20 tahun tu. Mungkin dia akan jadi putera idaman tu kalau dia tunggu dulu. Timing is indeed very important.

Sia tidak mampu tolong dia apa2. Sia cuma wish dia All The Best dan sia harap sia tidak tau begitu banyak tentang dorang untuk buat kesimpulan yang betul tentang marriage dorang ni. Sia harap sia “tidak tau apa2” pun dan akhirnya their marriage turns out to be great for my friend. I keep my fingers crossed.

Just another unique story of another story behind a marriage. Another lesson learnt :)

5 comments:

ulal said...

pasal ringan tangan sama bini tu nda kira umur tu laling..kalo jenis ringan tangan mang ringan laitu .. nda dapat d ubah tu... ada kah bakal lakinya sakap bkan perawan lagi sma bakal bininya..dahsyat ehhh.. kastau kawan mu sakap camni bah...kalo mo sari perawan..ni c ULAL syorkan p tadika/kindergarden sana sari!!kompom ada!! wkakwkakwkkakwkaaaaaa hansulll ehhhh kali ada gila babi sdah ni bakal lakinya wakwak .. kalo sia pompuan tu .. tuss sia tarik satu lalaki yg limpas kat depan tuss lari dr pandangan bakal suami nya sambil say "buhbyess,arigato,telimakasih,ng koi sai,nandre vanakam" wakwak apa mo tunggu lagi .. cabut lahhh awal2 hahaha

AngeL BeaR said...

dui na...muda nya mau kawin.....uhuhuhuhuhhuhuhu.....sian la at ur kawan that..but all the best la to her..........hopefully la he will change lepas kawin...tapi kalau sa la...biar apa urang cakap..once sa kena mcm tu...KENSEL!!!!!!!! na padan muka dia... =p

Twofivesix256 said...

Kesian ba ni kawan sia ni, helpless punya jenis. Jenis yang patuh perintah. Sengsara oo jadi dia. Cuba tu lelaki terkena sama perempuan macam sia, confirm sia buang awal2 woo...eiii...macam2 ba dorang ni. Hope for the best ja la sama dorang ni. Nanti if dapat sia update pasal dorang ni pas dorang kawin. Erkss...ngeri pula mau memikirkan. Hehehehehe

ulal said...

lain ari lapas kawin kana ulun laitu dia dear.. mang kosian oooo .. lagi songsara dr org gaji oooo... pekeja om pun banyak bagus dr dia wooooooo.. bayangkan lah lain ari sdah dia jadi bininya.. lapas jak lakinya sampai depan p[intu .. tu laki nya tariak camni " buka kasut sapat!! kaseh randam kaki sia sapat!!! biarkan tu anak nangis sana !!duluan ko tulung lakimu mandi!!gantung tangan mu kat siling !! sia mo terening boxing luk sama badanmu!!! sesudah boxing then mo lagi terening flying kick ...segala kungfu ,kuntau silat,jurus suma pun dia kuarkan p badan bininya laitu dear.. mang kasiannnn oooo kalo bandingkan sama kahidupan om wakwak

Twofivesix256 said...

*Lols. Inda tlampau jauh ka imaginasimu tu laling? Hahahahahaha palis2 la ahhh...