Statcounter

Friday, April 3, 2009

Playboy Vs Playgirl

Satu pertandingan yang julung2 kalinya diadakan.

Dorang ni jadi Play2 ni… adakah sesuatu yg dorang rancang atau terjadi secara nda sengaja? Apa yang menjadikan dorang ni layak dipanggil Playboy/Playgirl and dari sepa gelaran tu datang untuk dorang melayakkan diri dorang dipanggil macam tu? Nah…cuba la kita tinguk satu persatu. Ini semua sia taip secara spontan ni.

Lelaki yg dianggap playboy ni pun mimang bukan calang2 orang ni. Bukan juga la cakap dia petik jari ja 10 perempuan datang, tapi buli dikatakan dia ni ada magnet la ba. Dia start mengayat sikit, melekat sudah tu perempuan sama dia. Sia rasa, inda payah pun handsome macam Tom Cruise, yang penting menarik dipandang. Sebab u guys kena pikir, kalau ada 10 bebaris muka mcm Tom Cruise, tapi poket kosong pun inda ngam juga tu. Apa juga ada ba sama playboy ni? I think playboy ni ada tarikan yang membuatkan perempuan senang jatuh hati balik sama dia. Then timbul balik soalan, dia rancang kah jadi mcm tu? Apa pun jawapannya, yang penting, kalau dia rancang mcamana pun, sama jua tidak menjadi tu kalau dia teda tu daya tarikan. I just feel that lelaki playboy ni adalah atas keinginan dan keseronokan dia memikat mcm2 perempuan, mungkin niat di hati tu mau cari yg terbaik dijadikan girlfriend. Org cakap rugi baa kalau kau trus2 settle sama satu perempuan, sedangkan mungkin betimbun lagi di luar sana yang jauh lagi mengancam daripada yang kau sudah jumpa. Alah, muda lagi ba. Rugi wooo terus2 mau go steady. Mansau2 dulu cari sumandak yang lawa2 di luar sana tu. Wah, so sepa la yg jadi target si playboy ni? Dia pok silap kai tu? Ok, jawapannya selepas ini. *Lols. Nda baa…ok, ini jawapannya. I think awal2 tu dia smell dulu potensi tu perempuan…di mana tarikan dia, adakah daripada rupa, adakah daripada otaknya, atau simply cara penampilannya, ka dari bodynya yang menggiurkan – kalau ada satu yg melekat dihatinya, then baru pegi second step. Cuma kuis kuis dulu dia. How? Bah, mula la pembuka bicara tu. Cuba2 lu kunu cakap Hi or anything la. Or the old pick up line, “Macam pernah nampak kamu ni tau, tapi di mana ah?” (Psstt…kalau sia jumpa org tanya sia gini, sia akan jawab, “Haa! Mesti masa sia keluar tv tu ari.” Terus I give a big grin.) Hahahaha. Sampat lagi.

Okay, nda kisahlah mcamana dia start, tapi itu signal perempuan tu yang penting. Tu perempuan nampak mcm “mau-mau” or mimang totally inda berminat. So kalau ada sudah tu mcm “mau-mau”, then ada harapan lai tu. Then, if dapat phone number, lagi la! Nah, ini langkah awal yang paling penting. Kalau nda dapat jumpa dia, at least cuba2 la kurik lagi byk hal pasal dia masa di phone, then kalau semua ok, buli bawa dia keluar. Haa, yg ini kalau lelaki yang “kering” mimang tidak sesuai. Cos u guys bukan tidak tau cost bil phone ni bukan alang2. Apa lagi kalau kau mau pok tu perempuan, mana buli kau setakat call 5 minit ja, kan? Ketara la ba yang berkira sama phone bill. *Lols. Ok la, if mau pakai sms pun ok juga, tapi kalau tu perempuan mimang mau layan kau punya sms tu. Kalau nda dilayan? Atau pun kalau dia kasi syarat yg kau kena reload kredit dia dulu baru dia mau balas, nah! Ini bukan sikit2 punya pelaburan ba. Nah, ayat punya ayat…akhirnya tu perempuan jatuh hati sudah. Melayang-layang sudah tu perasaannya. Bah, sepa nda rasa best kalau ada lelaki hebat yang mengurat sama dia. Sikit2… “Dearr…Darling…Baby…Sweetheart…Sweetie Pie…” Nah…mcm2 ba panggilan manja yang itu lelaki buli pakai mau kasi cair lagi tu perempuan. Biar cair habis. Alang2 mengayat .

Wah wah wah…siok abis ba masa tu. Tapi itu perempuan mana tau, rupanya proses memikat tu lelaki tu bukan dibuat ke atas dia ja! Kalau dia call tu perempuan A jam 8 sampai jam 9, bukan dia stop sana tu geng! Dia dail lagi numbur si perempuan B, mengayat lagii. Wah, nda penatkah? Apa mau penat, kan playboy sudah namanya!! Mimang itu la kepakarannya ba tu! *Lols. Masanya, duitnya, tenaganya --- akan mostly go to the mission untuk mengumpul gadis2. Memilih ka ini Playboy? Of course la memilih. Yang dia mau tu dia pilih la, tapi kalau ada sudah yang mimang tergila-gilakan dia, bah apa lagi, jangan sampai rugi…dia Layaaaannnnnn jerrrr. (*Lols hahahahahahaahha) Jadi apa la ni? Satu2 dia pigi dating. Buat date sama si A dulu and then si B, kasi bagi2 hari la. Kalau buli marathon, hantam saja la. Yang penting, jangan terlepas si gadis ayu. Dan syaratnya lagi…jangan sampai pecah tembelang! Putung stim ba tu org cakap. Hahahahaha.

Ini la dia profesion si playboy yang hobinya suka mengumpul perempuan. Jahatkah ini playboy ni? Bagi sia, jahat juga tu sebab mana la ba kau buli sayang 10 perempuan satu kali gus kan? Itu bukan suka namanya…itu nafsu semata-mata. Kalau itu playboy jenis betul2 staring bertanduk pula, nah gadis2 yang berbaris tu, jaga2 la kehormatan kamu. Kalau kamu terkena sama lelaki ini, kamu serahkan lagi body kamu, haru biru jadinya. So perempuan kena pandai juga. Lelaki mcm ni bukan juga cakap bersepah la, sebab dorang ini mesti bukan lelaki calang2 punya. Dan pasal dorang ni tidak bersepah la kau kadang2 susah mau sense dia ni jenis playboy ka inda. Sampaikan betul2 terkena batang hidung tu. So apa macam? Sampai bila ini playboy mau macam ni?

Ahaa, then here comes the rival. Ini perempuan yang kana cakap playgirl ini ba…doii, dia tau ka dia kana cakap playgirl tu? Ciri2 perempuan playgirl ni – secara common sense la…dia ni mesti ada daya tarikan yang sangat tinggi. Kalau dia limpas ja mesti ada mata yg mau tengok. Mungkin dia pandai bergaya ka atau dia mimang ada itu magnet ba. Apa lagi itu lelaki2 semua. Syukur la nda terkeluar air liur time tu perempuan jeling satu kali. Tapi proses dia kumpul lelaki ni inda la sama. Kan dia tu perempuan. Apa kelas mau berabis mengayat lelaki pula. Ada juga perempuan mcm tu, tapi sia nda mau cakap pasal perempuan jenis yang itu, sebab perempuan yg terhegeh-hegeh sama semua lelaki untuk dapat perhatian ni, it doesn’t sound like a playgirl to me, it sounds like jenis perempuan yg mau-mau untuk dijadikan mangsa oleh playboy sudah tu. Hehehehe.

So ini playgirl ni – berbekalkan tarikan yang ada sama dia, dengan mudahnya lelaki itu melekat sama dia. Berebut-rebut mau dapat perhatian dia. Dan dia ni pula, syok sudah dengan perhatian yang dia dapat, dia layannn jerr… Tapi bukan semua tau. Dia tapis2 dulu yg berpotensi, then baru dia layan. Yang sipi2 tu, nanti2 ja la kalau ada masa. Hahahahaha. Si anu bawa keluar, dia pigi juga. Si anu yang lain bawa dia keluar, dia pigi juga. Atau pun, kalau dia jenis yg nda suka keluar, ada la ba cara dia tu untuk buat tu lelaki pikir yg dia kana layan. Cara dia bercakap tu bukan main mesra lagi. Mimang tu lelaki sudah cair habis ba sebab dia pikir tu perempuan dia dapat genggam sudah. Apa lagi bila tu perempuan pandai sudah panggil dia manja2…and then cakap love laa, miss laa…whooa! cuba kau jadi tu lelaki, mesti kau pun cair tuu. Ba, jan kau lupa…itu perempuan tu “hot item” bai tu geng! Mesti laa kau gumbira bila kana layan. Kalau terkena lagi perempuan yg jual mahal, semakin dia jual mahal, semakin lagi bergelora tu lelaki2 semua mau berabut dia. Tapi dalam kes perempuan ni, mungkin ada best sikit sebab maybe dia nda payah tapuk2 sepa lelaki terkejar-kejar sama dia. Si lelaki A dan si lelaki B, lelaki C dan seterusnya…semua dorang tau dorang terkejar2 si playgirl. Tapi masing2 mau tunjuk jantan. Tapi mana jua dorang tau tu perempuan macam tu ba, sampai terkena batang hidung sendiri baru la sedar. Tapi selagi tidak, nah, di sanala mau tunjuk hero. Tapi dia inda tau, itu playgirl rupa-rupanya cakap manis sama semua pesaing2 dia ba. Cuma yang kasi dia “lebih sikit”, dia cakap manis pun “lebih sikit”. Ya la, sepa yg rajin kasi hadiah, kasi itu ini…nah, itu dia layan lagi bagus sikit. Rezeki jangan ditolak. Ambil ja la kan.

“I miss you laa darling, come now. I need you here with me.” Nah, apa lagi, itu jam juga ba tu lelaki datang. Tapi lepas tu lelaki pulang, dia layan pula phonecall satu lelaki lain lagi. Manja2 lagi, nakal2 lagi. Uiks…apa ba dalam kepala ini perempuan? Sepa ba dia suka ni? Ntah, mungkin dia pun nda tau. Yang penting dia kesukaan sudah melayan karenah2 lelaki yang masing2 dengan kelebihan dorang. Jadiii?? Bila mau berenti ni? Sampai bila mau macam ni kan? Ha, itu lelaki2 yang tertuduh tu…mau jua dinasihat kai tu ah? Sia nda dapat nasihat korang sebab korang tu lelaki. Malu la ba sikit kalau sia pula yang nasihat. Tapi nda pa la, sia cuba2 juga la nasihat ni ah. Hehehehe. I think bukan jua salah kamu la kalau kamu sudah suka sama ini playgirl sebab kalau itu lelaki A buli suka dia, mungkin itu lelaki B pun buli suka dia dengan sebab yang sama juga. Jadi bukan juga salah kamu, sebab kalau itu playgirl nda pakai utak, silap2 kamurang juga yg untung. Kalau kamu cuma mau body dia ja, dan akhirnya kamu dapat, nahh…itu dia juga yang rugi kan? Tapi kalau sudah melibatkan hati dan perasaan, sia rasa kamu jeling2 juga tu tingkat 6 cp tu, ada hati mau terajun. *Lols. Nah, itu kalau itu playgirl nda pakai utak, tapi kalau dia pakai utak, apa macam? U guys akan kikis macam tu saja la. Pelaburan tidak balik modal. Sebab, kamu pok mau kasi jadi girlfriend, tapi status kamu tergantung. Pasal apa? Pasal itu playgirl masih sibuk melayan yang lain2. Nanti ja la pilih, kalau “ada masa”. *Lols. Ini perempuan mimang la hebat. Buli2 dia buat lelaki2 ni berharap sama dia. Dia kasi harapan saja. Tapi silap2, dia kasi kempunan saja ba! Jangankan kiss di pipi, pigang tangan pun inda dapat ba. Hahahahahahaahaha.

Ok, sekarang kita sudah jelas dengan kemampuan dan kehebatan masing2, iaitu si Playboy dengan si Playgirl. Huiyoo, bukan main ba dorang ni. U think semua lelaki buli jadi playboy? Semua perempuan buli jadi playgirl? Pikir secara logik pun tau yang bukan semua mampu jadi macam dorang. So, kalau kita kasi tanding dorang ni, sepa la kunu yang menang ni ah? Emm…pikir2 lu kejap.

Ahaa!! Gini ja la. Sia rasa, daripada sampai bisuk sia menggulung hujah yang nda pandai abis tentang sepa yang akan menang ini pertandingan… kita buat mcm ni saja la! Apa kata kita kasi jumpa dorang!! Biar buku bertemu ruas.

Dalam si Playboy melayan “kebuayaannya”, mana dia tau salah seorang yang dia pok itu adalah si Playgirl kan? Nah, yang sia cakap baru tadi tentang lelaki2 yang mengejar si Playgirl ni, silap2 si lelaki A itu lah si Playboy tu ba! Itu Playboy silap2 sudah jatuh cinta gila sama tu Playgirl, tapi tu Playgirl pula cakap, “Eh, yang mana satu tu ah? Sepa sudah nama dia tu? Yang kasi sia bunga tu ari ka tu?” Hahahahahaha. Yang mana satu pun dia inda ingat ba. Kasiannn betul tu Playboy!! Kasian tahap gila babi sudah eh! (*Lols). Uiks, jan dulu. Kes si Playgirl ni pula…lain lagii. Dalam sibuk2 tu lelaki semua mengayat sama dia, buli2 dia pikir si Playboy ini yang paling top dalam perhatian dia. Dia pikir ini Playboy paling fit jadi boyfriend dia, tapi…rupa-rupanyaa…ada betimbun lagi ba yang itu Playboy pok. Dan masa2 itu Playgirl sudah mula jatuh hati, dia nda tau si Playboy pula sedang sibuk memancing koleksi terbaru! Wahahaahahahahahahahahahaha.

Ini betul2 la Buku Bertemu dengan Ruas ba. PADAN MUKA dorang ni kalau sudah terjumpa. *Lols. So mesti ada satu masa, masing2 rasa “kena sebiji” oleh dorang punya perangai yang kaki perempuan dan kaki lelaki tu. Mungkin, dorang ni hanya akan belajar sesuatu bila bertemu dengan sesama sendiri, dan jatuh cinta dengan sesama sendiri. Atau, lagi mudah untuk sia cakap, hanya CINTA tu yg akan membuatkan dorang sedar dan berhenti, sama ada berhenti sekejap saja atau selama-lamanya. Yang penting, kepuasan jua dorang tu macam tu. Mesti pun dorang mau juga concentrate sama satu org ja. Apa jadi kalau ini Playboy and Playgirl stuck with each other????!!!

Sia rasa, ngam jua ba tu. Dorang ni sudah kasi kecewa ramai org. Jadi apa salahnya dorang jumpa dan combine dorang punya power tu – test sama ada pengalaman dorang jadi Playboy/Playgirl itu menyumbang kepada kemampuan dorang menjadi pasangan yg hebat kepada satu sama lain. Bukan apa, kalau itu Playboy dapat yang bukan Playgirl, mana dia rasa bahangnya. Terlalu mudah untuk dia ba. So mimang padan dengan muka dia kalau si Playgirl la dia punya pasangan. Dan si Playgirl pula yg sudah menghancurkan banyak hati dengan harapan kosong, padan la dengan muka dia dapat macam si Playboy sebab kalau yang bukan jenis playboy, takut2 kana buli pula oleh dia, takut2 terdera pula oleh dia – sebab tu lelaki akan tidak henti cemburu saja dengan style tu Playgirl yang mimang jenis yang akan buat lelaki melekat sama dia. Then? Mimang padan la muka dia kena sama si Playboy, supaya dia pun akan rasa tercabar untuk pastikan yang boyfriend dia si Playboy tu hanya akan melekat sama dia ja. Ini la satu cabaran khas untuk dorang dua dan harap2 dengan pertembungan ini, akan berkuranglah bilangan playboy dan playgirl di dunia ini. Aman la jugaaaa dunia ini akhirnya. *Lols

So…

Playboy Vs Playgirl?

Bukan Siapa Menang yang dicari.

Cukup la kalau dorang ni bertembung dan jatuh cinta satu sama lain.

Kasi rasa dorang ba. Hahahahahahahahahaha. Good luck!!

3 comments:

winesimpsons said...

playboy...? playgirl..? siapa mereka ini..?? Aduh!! bahaya ni macam..
siapa yg boleh kita kategorikan org² bertuah macam mereka ini, lelaki dan perempuan yg selalu menjadi tumpuan dan yg sentiasa mensasarkan sesuatu untuk kepentingan diri mereka semata-mata?

dengan begitu teliti dan detail,256 telah terangkan dgn panjang lebar tentang mereka ini..
dalam memperkatakan istilah playboy/playgul ini hanya 2 aspek saja yg ingin sy utarakan. SEKS DAN WANG: sy rasa spesis jenis mereka ini adalah golongan yg tidak pernah puas dgn apa yg mereka miliki, dgn apa yg mereka ada dan bagi si playboy, secara lojiknya di benak mereka hanya 1 perkara saja yg timbul..seks..segala perbuatan, tingkah laku, kata² manis yg mereka buat lebih khusus dan pada akhirnya menjurus kepada seks. Buat apa mereka bersusah payah katakanlah mengurat dgn pelbagai cara..
mempunyai perempuan keliling pinggang, silih berganti bertukar pasangan..berabis tenaga dan duit tetapi hanya untuk keluar atau bermesra, bermanja SAHAJA..? BUAT apa..?? Bullshit ba kan..dan hipokrit semata-mata kalau itu ja tujuannya..tanpa ada adegan 18sx. buang karan aja..dan seseorg yg diistilahkan playboy tanpa ada mangsa yg kecundang..bukan playboy dalam erti kata yg sebenar. Tahulah kan lelaki ni..pantang tengok gadis berdahi licin (sy maksudkan yg boleh dikategorikan lelaki² playboy..bukan lelaki² yg baik²..)kita sendiri sedia maklum lah kan mana 1 playboy dan mana lelaki² yg ikhlas.

Bagi playgul pula, pd pandangan mata kasar..mereka ini pempergunakan kelebihan yg ada dgn tepatnya. kebanyakan playgul adalah wanita² yg serba serbi cantik dan menarik..jadi mereka ini hanya semata-mata untuk mendapatkan kepuasan hati disamping tujuan utama adalah wang ringgit dan harta. memang tidak lari lah dari semua itu kan..mereka akan memancing org² kaya..berharta dan org² mewah untuk dibawa keluar walau untuk secawan tea @ kopi buat permulaan..dan pastinya ada babak² yg lain akan menyusul seperti dating dan sebagainya..yg apabila da akrab..lelaki² kaya ini da pasti tidak luki unt berabis wang kan..lebih² lagi andai si playgul ni layan dia ibarat suami isteri. bagi playgul..andai tergadai maruah pun,.. ah biarlah..kalau bukan dgn si A ini pasti sy akan buat juga dgn si B..memberi dan menerima katakan.. jadi tiada sesiapa yg rugi kan..
Walaupun begitu, tidak semua perempuan tu dikatakan playgul..bilangan mereka ni sedikit berbanding dgn gadis² yg baik²...sy cukup percaya fakta itu. Terpulanglah pada pendapat masing² lah untuk mencerna apa maksud playboy dan playgul ini. Ada pro dan kontranya, sudah pasti ada pendapat yg akan menyokong playboy/playgul ini sebagai warna-warni kehidupan dan sifat manusia..tanpa mereka..pada umumnya tidak indah kehidupan di dunia ini pada dan pada khususnya tidak teruja pola kehidupan kita sendiri tanpa mereka-mereka yg bergelar playboy/playgirl ini.

*Sy suka tengok drama "suami-suami takut isteri" banyak perkara²/message yg tersurat dan yg tersirat disampaikan

AngeL BeaR said...

only a player knows what a player's game. It's just a game of wit and cunning...hahahaha....

lebih kurang mcm Mr. and Mrs. smith =p

Twofivesix256 said...

Hahahahahahahha ya ba dingo... and to you mr wine, as usual...hehehehe thanks