Statcounter

Sunday, June 20, 2010

The King In Him: Tribute To Father's Day

I repost this so many can read it...

As much as our mom gone through labour semasa melahirkan kita, jangan kita lupa ada seorang lagi yang paling berdebar menanti kelahiran kita. Belum2 lagi kita lahir pun, dia sudah simpan macam2 impian untuk kita. Dan kadang2, dia ni lagi yang betul2 excited mau tunggu kita lahir. Dia beli macam2 sudah barang hanya untuk menunggu kita dilahirkan.

He doesn’t have to be sophisticated. He doesn’t even have to dress good. Yang penting, selepas kita lahir, diri dia sendiri pun sudah nombor dua. Kita yang nombor satu. Dia belikan kita baju dulu sebelum dia belikan baju untuk diri dia sendiri. Kalau duit dia tidak cukup, biarlah anak dia saja yang pakai kasut baru dan dia pakai kasut lama. Kalau kita sakit, mom kita pun maybe nda sanggup redah hujan tu untuk hantar kita pi hospital. Sebab mom kita teda kekuatan fizikal itu, tapi dia ada. Dia akan redah hujan tu untuk hantar kita pi hospital hanya sebab kita demam panas. Dalam sibuk kita melihat betapa besarnya jasa mom kita dari kita kecil, harap kita JANGAN LUPA tentang seorang lagi yang menjadikan kehidupan kita itu “satu kenyataan” kerana tanpa dia, kita teda di sini.

If kamurang sudah baca tu post sia tentang siri2 kenangan zaman sia kecil, sia ada mention yang sia adalah the Daddy’s girl because I was close to my dad masa kecil. In fact, banyak characteristic my dad yang ada dalam diri sia. Walaupun adakalanya I wished that I don’t get that bad tempered from him, but since I do, I finally realize the parts of my dad that I have in me – makes me Who I am today. My dad always know how to pamper me when I was a kid. Sia ingat yang everytime sia lepas bangun and found myself alone, sia mesti nangis dan my dad akan cepat2 pegi sayang2 sia sampai sia berhenti nangis. Sia sendiri pun almost lupa how cengeng I was but as I was trying to remember the old memories with my dad, sia suddenly ingat tu semua. I never actually counted my blessing that I had a dad who knows how to pamper a child yang begitu manja. But a year after another, I learn that bukan semua bapa macam tu. Memang I have a very special dad. Though his bad tempered was that bad to balance his soft side, but still, everything he is contributes to the wellbeing of his children.

Before we even started schooling, my dad la yang berabis ajar kamirang baca ABC. Sia masih ingat how dia ketuk jari pakai pembaris sebab kami malas dan lambat belajar. Masa first day masuk darjah 1, dia yang tarik tangan sia supaya bangun sebab sia betul2 malas dan takut mau masuk school. Then sia ingat yang kalau sia dapat markah tinggi, sia berabis mau minta puji sama my dad supaya dia puji sia, tapi kadang2 dia marah sia pula. Apa lagi kalau dia nampak tu tanda pangkah dalam buku sia. Masa tu sia nda paham. Sekarang sia paham sudah. Jadi seorang bapa yang tanggung keluarga seorang diri tu bukan perkara mudah. Kita tidak akan paham kesusahan yang dia lalui. Yang kita tau, makan pakai kita cukup. Life wasn’t easy for us back then. But it was because of that, I feel very thankful that I’m blessed with some senses to appreciate this life even more. Pejam celik, sedar nda sedar, walau macamana susah pun, dapat juga dia hantar anak2 dia pegi sekolah tinggi2. He’s really a good example of a good father sebab dia adalah seorang bapa yang sentiasa alert dan beringat tentang future. He spent very little for himself so that he could save up for us. Bukan semua orang boleh buat begitu. But that’s my dad. Tanggungjawab dia untuk anak2 dia yang paling utama sekali. Pengorbanan dia memang menyentuh hati dan tidak mampu untuk kami balas.

Apapun, adakalanya bukan senang untuk paham perangai dad kita. Sometimes kita mengeluh kenapa dia terlampau strict dan adakalanya berfikiran kolot, tapi kalau bukan dia macam tu, belum tentu lagi kita jadi orang yang baik. My dad selalu cakap yang dia sudah buat semua yang terbaik untuk kami, jadi kalau kami masih lagi pilih jalan yang tidak baik untuk hidup kami, itu semua kami kena tanggung sendiri.

Mungkin ada beberapa kali dalam hidup kita yang kita akan mengenepikan dia. Apa lagi bila ada lelaki lain yang masuk dalam hidup kita. Kita punya gelora cinta tu kadang2 buat kita lupa macam2 benda. Apa yang dad kita cakap pun semua salah, dan kita punya hati saja yang betul. Tapi di masa kita susah dan sedih, baru kita sedar yang walau siapapun yang datang dan pergi dalam hidup kita, dad kitalah yang akan selalu ada di sana. Apa hal pun, akhirnya sama dia juga yang kita datang. Oleh itu, jangan sekali2 kita sisihkan dad kita walaupun ada lelaki lain dalam hati kita sebab ndah kisah la what and how much lelaki tu buat untuk kita, it can NEVER match what our dad does for us. Kasih sayang seorang bapa tu tidak akan dapat ditukar ganti dan yang paling penting sekali, pengorbanan yang dia buat tidak akan dapat dibuat oleh lelaki lain yang datang dalam life kita.

This man yang saw us grow dari baby lagi. Kita teruk macamana pun, dia terima kita seadanya. Kita tidak payah mau berlawa-lawa atau berlagak baik depan dia untuk dia sayang kita. That’s why la, dalam percintaan kita rasa love dari satu lelaki tidak pernah cukup, ada saja yang kurang dan kita always expect more and more. Sampaikan kita jumpa berapa banyak lelaki pun, kita tetap akan rasa yang we are NOT loved ENOUGH. Tapi kita cuma perlu ada satu bapa saja, dan dia sudah boleh bagi kita kasih sayang yang cukup untuk seumur hidup. Kehadiran bapa kita adalah satu BERKAT untuk kita dan kalau pun kita nda mampu untuk kasi gembira dia, cukup la kalau kita jangan kasi susah hati dia lagi. And I believe, kebahagiaan yang terbesar untuk dad kita bukanlah apa yang kita boleh bagi dia, tapi kalau dia tinguk kita ada kehidupan yang baik, buat perkara yang disenangi orang – mungkin itu pun cukup untuk kita kasitau dia yang “What I have become today comes from your loving hands”

Maybe sometimes kita yang perempuan ni akan hairan dengan tindakan dad kita yang terlalu protective. He's just too worried about us. Sometimes we thought that our dad thinks that we are always that little girl. We desperately want to let him know that, Dad, I'm a grown-up lady now, I know what I'm doing, ok? But then I understand, since that he saw us from the day we were born, it's kinda hard for him to finally see us stand with our own two feet. It's still the same kid that he bought barbie doll for. We have to understand how big our dad's love for us and he only wants the best for us.

DAD, YOU WILL ALWAYS HOLD A SPECIAL PLACE IN OUR HEARTS. YOUR SACRIFICE IS UNMATCHED. FOR THAT, YOU ARE ALWAYS THE KING OF OUR HEARTS. LORD, BLESS OUR DAD FOR EVERYTHING THAT HE HAS DONE FOR US. THANKS FOR GIVING US THE BEST DAD IN THE WORLD.

No comments: