Statcounter

Monday, July 15, 2019

The Story of The Old Rich Woman



Money is always the issue dalam hidup kita. Itu yg bikin kita stress, happy, sedih, biasanya memang berkaitan sama duit. Sometimes kita terfikir, adaka sampai satu masa yang kita akan stop stress pasal duit? Mesti banyak masalah kita yang boleh diselesaikan. Mesti semua orang happy. Most importantly, mesti KITA happy.

Last post pun berkait pasal Jadi kaya di usia 60 tahun. So today, secara tidak sengaja, sia terfikir sequel kepada post tu. Just now sepatutnya sia banyak kerja tapi entah kenapa hati sia ringan untuk ikut kawan sia pegi lunch. Dia kena telefon oleh sorang kawan dia, sorang warga emas yang umur dalam 60-an. Dia minta kawan sia ni kasi kawan dia makan. Sia pun kenal tu kakak so kalau sia join pun, tu kakak nda akan awkward. So masa makan tu, kami cerita2 lah. Dia cakap dia baru ja pegi pungut sewa di rumah arwah bapa dia, total pun dekat RM2k per month. Then rumah tu dalam proses penjualan sebab ada taukeh mau beli tu tanah untuk bikin hotel. So harga pun dalam RM1 juta lebih yang patut dibagi kepada semua adik beradik tapi hanya 2 orang saja yang masih hidup. Lain lagi duit pencen dia sebagai bekas kakitangan kerajaan. Boleh dikatakan, dia duduk2 tunggu duit datang ja setiap bulan.

Dia ni bukanlah categori "perempuan kaya" yang typical yang kita boleh nampak dari kemewahan luaran. Dia adalah si kaya yang senyap. Dia ni adalah perempuan yang hanya habis Form 3 masa dia kena offer kerja kerajaan, dan boleh dikatakan bertuah sebab sebenarnya dia teda kelayakan tu. Tapi tuah tu yg bagi dia kesenangan sampai sekarang. Dengan anak2 yang sudah besar sekarang, sebelum tu dia bercerai sama laki dia dan jadi single mother, tapi dia punya late father bijak kumpul harta. Bila dia jadi antara adik beradik yang panjang umur, dia dapat merasa kesenangan tinggalan bapa dia. So dalam keadaan dia sekarang yang tiada tanggungan, pencen masuk tiap2 bulan, ada rumah banglo sudah habis bayar, ada kereta kecil beberapa biji, anak2 sudah besar dan bekeluarga, ditambah lagi dengan pendapatan hasil penjualan rumah yang akan bagi dia beberapa ratus ribu, di usia 60-an, adaka bermaksud hidup dia akhirnya bakal sempurna, jauh beza dengan hidup kita yang hari2 risau pasal duit dan hutang?

Masa berbual-bual tu, sampailah satu masa dia cakap, Mari kita melancong? Masa tu sia beranggapan yang dia ni sudah keliling satu dunia sebab lama sudah dia pencen. Dia cakap, Tiada. Setakat pi Haji satu kali, Umrah 2 kali. Tidak pernah jejak tempat lain selain KL. Then sia heran la, Aik, Why kak? Then she said, "SEBAB TIADA KAWAN." Dia definitely ada kawan. Tapi kawan rapat dia pula ada larangan ke luar negara sebab status muflis. Lain2 kawan dia semua yang tidak begitu senang kewangan macam dia. Anak2 dia pula suka melancong sendiri2 dan tidak bawa dia. Mungkin pasal anak2 dia anggap dia lebih berkemampuan so dorang tidak mau tanggung dia. Dia sendiri pun tidak offer untuk ikut anak2 pi melancong. Dia end up sorang2 bikin hal sendiri, cari aktiviti untuk dibuat. Sedangkan untuk makan sehari2 pun, dia terpaksa contact siapa2 kawan supaya dia ada teman makan.

Ada beberapa kesimpulan yang sia fikir. Iaitu:
1. Di usia muda kau, when kau fikir kau sudah kawin dan ada anak, things will more likely to be all sorted out when you are old. Mesti kau imagine kau akan tua bersama dengan laki kau, dan imagine anak2 kau datang visit kau dan spend masa dengan kau dan cucu2. When the fact is fast forward 20-30 tahun kemudian, it could totally be the opposite. Kau still lonely cos berapa banyak pun anak kau, bukan jaminan yang kau akan sentiasa ada company dan jadi keutamaan dorang. Belum kira lagi anak yang terang2 derhaka dan tidak mau jenguk kau langsung. So sekiranya itu berlaku (palis2), kau rasa patutkah kau belittle orang2 yang tiada anak atau tidak decide untuk ada anak? Cos in the end, u two can still end up the same fate. Cuma cara handle situasi ja yang akan membezakan kamu. But, notice that, kadang2 kita sudah bikin yg terbaik kita mampu, tapi TIADA SIAPA YANG TAU apa kejadian belakang hari. What I mean is, nobody should make a conclusion on how things should end up. Mula dari sekarang, attitude menghadapi hari2 yang mendatang tu akan help us deal with sebarang situasi. Kita buat seja yang terbaik tapi don't terlalu menghakimi hidup orang lain, hidup kita pun belum tentu lagi macamana kejadian.

2. Ada duit memang adalah lebih bagus dari tiada duit. Betul. Tetapi semuanya berbalik kepada preparation kau me-welcomekan hari tua tu. Maksudnya berapa banyak pun duit kau ada, tapi kau kalah kepada kekangan kau, you end up sebagai A rich woman yang doesn't know what to do with her money. Bila sia nampak tu kakak yang blur "what to do next" sedangkan masa terus mengejar, tenaga semakin berkurang, still bercakap macam banyak benda lagi mau explore tapi still delay dan ndatau bila la mau bikin tu semua, Oh gosh, sia rasa sangat terkesan bila fikir situasi dia. Sia ndamau begitu. Dalam umuran sia sekarang pun sia consider myself actively trying to maximize my life walaupun macam2 kekangan juga. 

I've been very slow my whole life. Sia nda mau slow down lagi sebab sia rasa INILAH masanya yang sia rasa sia ada power bikin apa yang sia mau. Sia ndamau reach 60 years old and powerless. Sia ndamau ada banyak duit at 60 tapi tu duit tidak bagi sia power dalam life sia sebab sia sudah teda energy untuk tu semua. Now kita ada tu energy yang mampu menampung tu enthusiasm and spirit yang mau meng-explore, men-discover, nda patut disia-siakan. Bila kita tengok balik limitation2 seorang warga emas, semua benda dorang susah mau bikin. Mesti kau wonder, KALAU LAH DIA BIKIN NI SEMUA MASA DIA MASIH MUDA DAN BERTENAGA?

So maybe ini satu wake-up call. Walaupun gitu, sia yakin dat kakak ada sisi kehidupan yang sudah dia explore sebaiknya sebab I saw that she's trying to enjoy life juga dengan seadanya. I hope that just like us, she won't slow down. Kita pun tidak tau. She might be 60 plus but she might have another 30 years to live, while those much younger might have less. So sepa la kita untuk buat kesimpulan?

Pokoknya, jangan la berlengah lagi. Hidupilah kehidupan yang berbaloi. That's our mission. Are we all set? Good! Let's do it!

No comments: