Statcounter

Thursday, November 26, 2020

Has Time Healed The Pain?

Tahun ni memang penuh dengan sugar and spices. Sia nda ingat the last time yang sia stalk fb orang and curi gambar. Hahahahaha. Betul! Suddenly sia buli terfikir mau bikin tu sebab sia tiba2 curious mau tau camanaaa muka ni urang sekarang. Someone I used to miss. Dulu masa sia ada chance untuk save gambar dia yg paling kiut, sia nda berminat pula untuk bikin gitu. Dari dulu sia memang nda berminat mau simpan gambar someone special dalam fon sia. Entah kenapa. Orang macam nda percaya bila sia cakap sia teda gambar dia di fon sia tapi bukan main lagi sia bercerita pasal dia masa tu. Hahahaha. So selepas bertahun-tahun, tiba2 sia mauuu betul tinguk muka dia sekarang. Dan sia dapat tinguk ah. Sia happy juga la and sia rindu juga la siiiikit cos sia ingat tu muka yg pernah buat sia happy. Dan sia tau dia ni ada visit blog sia juga sekali sekala, sampai berjam-jam dan guess what, daripada visit dia la sia jumpa gambar sia di blog sia ni. Sebab according to my blog sensor, he downloaded that pic. Sia sendiri betul2 lupa kewujudan tu gambar. So if u asked me sepa yang stalk sepa dulu, jawapan dia BUKAN SIA!! Hahahahaha. Gara2 sia kedapatan tu gambar la, sia sudah padam pun. Sebab sia nda sangka pula sia begitu generous mau simpan gambar sia sini. Hehe.

So sia kasi tinguk la tu gambar sama kawan sia ni yang  paling rapat sama sia sebab satu tempat kerja but she's not my my diamond friend cos sia baru ja kenal dia beberapa tahun lalu. Tapi dia tau banyak cerita yg diamond friends sia ndatau. She definitely knows about the guys in my life. So selama ni sia cuma ceta sama dia ja tanpa dia nampak muka, so sia kasi tinguk tu pic and dia cakap, Wah kiut oo. Cos sesama perempuan pun kadang2 macam lelaki juga. We talk about guys and admit if that guy or this guy is category taste kami. Lucu kan? Kawan sia tu lagi lahh. Cara dia bercakap pasal lelaki itu dan ini, macamana dia selamba cakap, "Eh nda ensem pun. Bukan taste sia oo". Bepikir kami terus. Sebab lelaki yg dia cakap tu much better than laki dia bah. As if kau paling high taste tapi tinguk dulu laki sendiri gia kan? Hahahahahahaha. Just kidding. Main2 ja ba. 

So dipendekkan cerita, sia cakap sia mau kasi tinguk pic satu orang lagi yg sia selalu sebut. Masa sia kemas bilik hari tu, sia terjumpa la cd2 lama. Terus sia teringat mesti ada gambar2 di dalam tu. So baru juga tadi sia finally pegi check tu cd and jumpa juga la tu gambar2. Doiii, sia kelucuann. Hehehe. Sia ingat yang sia ada gambar sama2 dia ni but sia lupa yang quite banyak juga gambar2 kami. Dan bila sia tinguk balik gambar dia kan, sia rasa dia looked better in my memory. Bila tinguk balik, adehhh. Tapi those pics look okay. At least sia nampak muka sia sendiri berapa tahun yg lalu. Nasib baik muka sia kiut di gambar2 tu. Phewww. LOLS. I mean, sia ndamau nanti sia kasi tinguk org tu gambar and dorg cakap, Punyalah nda sepadan kamu sebab dia lagi kiut dari kau. Hahahahahaha. Tetapi sukur inda. Ternyata sia lagi kiut dari dia di gambar tu. Phewww...sib baikkk. LOLS. Kidding!!!

Kalau diingatkan balik apa yg sudah berlaku, sia nda sudi mau tinguk tu gambar2 balik. But now sia ringan hati sudah. Buli ja sia kasi tinguk kawan2 sia tu. Sia sengaja bikin havoc sana wasap group kasitau yg sia mau kasi tinguk dorg satu gambar yg belum dorg pernah nampak. Excited nya dorang. But sia cakap Bisuk ja lah. Hahahahaha. Kali ni sia nda kisah. Value tu gambar nda sama sudah sama sia. I mean sukurr juga la things didn't work out. Kalau nda, mesti porak peranda life sia sekarang ni. Silap2 nda kamu nampak sia menulis di blog lagi sebab mesti sia sedang stress ni oleh dia. Hahahaha. Entah disorder apa lagi yg sia kena kalau sia teruskan sama dia. Well, walaupun dia pernah jadi someone special to me, tapi masa tu lagi I already know yg things couldn't work out. Nda kisah la salah sepa, mimang personality kami tidak match. So, sia anggap ja doa kami kena dengar. 

So don't you guys think that Time has done its work on this? That time has healed the pain. Nda apa kalau teringat kisah lalu. Nda apa kalau rindu. Nda apa kalau rasa tersentuh kejap sebab ingat moments2 bahagia. Tapi when you can openly talk about it knowing that nothing from the past can harm your present, CONGRATULATIONS. That's why sia determined mau just share tu pics sama kawan2 sia and sia ready la mau jawab soalan2. Actually bukan senang untuk sia buat gitu cos sia ni very private punya urang. Tapi banyak benda yg sudah berubah. Kita sudah lalui macam2 pengalaman. Manusia pun hidup cuma sementara. Kita sudah banyak pengalaman yg buli diimbas balik, suka dan duka. Sia anggap semua ni satu keindahan dalam hidup. Kita ni bukan hidup sampai 100 tahun pun. Ni semua bunga2 kehidupan kita. 

It's time to make peace sama masa lampau yg tidak begitu indah ketika tu. Masa tetap terus berlalu saat demi saat. Masa sia menulis ni, biarpun 15 minit, it's 15 minit yg tidak akan datang balik. Jadi kenapa lagi mau buang masa mau menyemai emosi yg tidak membahagiakan? Masa kita di dunia ni terbatas. Cukup sudah kesedihan yg sudah lalu. Cukup la sakit hati. Cukup la mempersoalkan kenapa. Banyak lagi indah2 yang di hadapan kau sekarang, jangan sia-siakan dan jangan mau rugi! Kutip cepattt dan jadilah orang tamaha untuk mengumpul benda yg bagus2, kasi panuh ni kehidupan yang tersisa dengan semua keajaiban hidup yg Tuhan kasi. Jangan lagi tunggu2 esok. Sebab telampau banyak benda siok mau dibikin...:))

Sebab sia rasa telampau hyper masa ni, sia rasa 2021 yg akan datang ni akan jadi tahun yg super awesome untuk sia. Sebab banyak benda2 yang sia belum pernah bikin, sia akan bikin untuk 2021 atas kesedaran yg kau dicipta untuk jadi awesome dan kau berhak untuk ada life yang awesome juga. Bah, jan buang masa lagi. Jom!!

Saturday, November 21, 2020

Mata Sepet Kebanggaan Kita

Kamu nda jua ketawa baca tu title? HAHAHAHA. Sebab sia dalam mode sarkastik tu menulis tu benda. Kamu tau kan sia memang nda pakai mekap pun pi kerja. Mekap ni means eyeliner, eye shadow, blusher, concealer dan lain2. Kalau setakat compact powder dan lipstick tu belum kami kira mekap sebab basic. Yang tu ja la sia pakai. So satu pagi tu as usual selfie la, terus pagi2 memang masih nda jauh sejak bangun so mata pun masih bengkak. Kalau nda bengkak pun sama juga org panggil mata sepet. Jadi yang pigi selfie juga tu kanapa? Hahahahahaha. Seolah-olah sia bangga sama mata sepet yang bengkak tu. Tu la sia tulis Mata Sepet Kebanggaan Kita (sia nda tulis sia sebab macam la hebat betul mata sia ni. LOLS) OK kiddinggg. 

Actually dulu kan sia nda suka org cakap mata sia sepet. Sia offended dan sakit ati. Masa skolah rendah sia ingat tu ada Cikgu Michael yang Kadazan juga, so memang nampak la bah identiti tu di muka dia. Mata dia kecil. Compared to Cikgu Simon yang muka ala2 Eurasian, jauh beza dorang. Walaupun dua2 tinggi dan well-built. Buli2 ada kawan satu kelas sia yg tiba2 mention yg mata sia sama mcm Cikgu Michael. And sia rasa mata Cikgu Michael tu telampau kecil nda la se-nice mata Cikgu Simon yg hazel. So sia kecil hati. Hahahahaha. Ada lagi sekali yg mentang2 la sia suka ikat rambut naik atas dan ketat2 lagi, jadi maybe dia effect mata sia tu. So ada lagi satu budak tu yg refer sia punya mata tu ala2 ninja dia bilang (or sthing like that)...Hahahahahahahaha. Punya sakit ati sia tu masaaa. Doiii. Kurang asammm la butul. LOLS. Padahal tu masa baru darjah 5 kali tu.

So dipendekkan cerita, fast forward ke alam dewasa. Masa ni pergaulan pun luas, banyak orang kita jumpa dan dalam keadaan negeri kita yg banyak pendatang, susah kita mau kenal kalau local ka nda kalau setakat tinguk muka ja. Kalau sia cakap bahasa sia masih dialect Sabah yang original, ada juga pilak yg fikir sia sebangsa dorang bah. Hahaahaha. Sebab kita basically sudah mix dan kita datang dari rumpun Asia juga. Sia lagi suka cakap mix2 English bukan pasal tembirang, tapi pasal sudah terbiasa, dan selalu baca in English jadi berfikir pun sometimes in English juga. Lidah makin keras untuk cakap dialect bangsa sendiri. Nahh, lagi la orang mungkin lebih confuse pasal bangsa sia ni apa. Kalau tinguk muka pun, bukan kategori putih melepak sebab ikut sebelah bapa, jadi apa yang tinggal, Yes, MATA!! Hahahahahaha.

So kalau dari zaman matrix lagi, even kawan Cina pun tanya, kau Cina kah? Kenapa muka kau macam Cina? Sia akan jawab, datuk sia sebelah mama yang muka macam Cina. Mimang butul pun. Tapi mom sia yg waris tu muka Cina sedangkan sia ikut muka sebelah bapa. Lain lagi yg masa pi restoran and terus kena cakap bahasa Cina macam dorg confident betul. Tapi kalau ada sister sia sama2, sister sia lebih Cina daripada sia lah dan mungkin barulah sia akan kenampakan Dusun. Hahahahahaha. Eh, kamu tau kan sia bukan Dusun? Camana juga kalau bangsa kana tulis Kadazan, ndakan kau sonsog mau akun ejaan Dusun biarpun beza ejaan ja kan? Hahahahahaha.

So masa sia dewasa ni, mata sepet sia ni menyelamatkan keadaan. Dan of course dialect Sabah sia yg nda buli ditiru oleh pendatang2 sebab camana pun urbannya dialect Sabahan pasar kita, tetap buli tau lenggok original Sabahan tu. Jadinya sia sangat bangga sama mata sepet sia ni kalau ni la yg menjadikan identiti sia tu lebih dikenali sebagai orang local. Dalam pada ada orang2 local yg kena tanya IC masa jalan2 di bandar, of course kau akan rasa lega kalau orang buli kenal yg kau local tanpa perlu minta IC kau. So untuk ada org tersilap kau Cina adalah sangat la lebih bagus daripada org fikir kau bangsa pendatang kan. Hahahaha

So akhirnya sia sangat bersyukur atas kejadian sia dengan semua kelebihan dan kekurangan sia. Jauh sekali untuk sia complain pasal mata yg disamakan dengan mata Cikgu Michael...hehehe. Sekarang sia bangga ada mata mcm Cikgu Michael sebab ada identity bangsa sia di sana. So mungkin dalam gurauan, ada betulnya juga tu Mata Sepet Kebanggaan Kita sebab bukan sia ja perlu rasa gitu, kamu juga yang ada mata sepet patut bangga. Kalau mata sepet tu belum lulus ujian juga, confirm bila kita bercakap right away orang akan yakin yg kita orang Sabah sebab ada juga pendatang yg mata sepet tapi dorang tidak buli bercakap dialect Sabah dengan baik. So again, back to the topic, at least your mata sepet memperkenalkan diri kau before kau even buka mulut untuk becakap. Nda berjasa ka tu? So tolong hargai mata sepet tu k? I mean it! Hehe.

Kalau mata kita yg sepet ni pun buli kita bangga dan terima, ertinya tiada lagi yg nda kita dapat terima dengan kejadian kita yg maha indah ni. In other words, BERSYUKURlah. Semua kejadian Tuhan tu ada sebab yg indah...:))

Love-ScammED?

Macau Scam makin femes sudah kan. Tapi tetap ada mangsa2 baru yg terpedaya. Ya la sepa la nda cemas dengan polis. dengan peguam dan macam2 lagi yg terlibat. Main pakai cakap2 ja dalam masa beberapa jam, buli dapat sampai beratus ribu, berjuta pun ada. Ada lagi satu jenis scam yang lebih halus mainan dia tapi kerugian mangsa pun buli sampai beratus ribu juga, pun banyak mangsa yang tertipu juga, iaitu Love Scam.

I'm not here untuk mengupas pasal Love Scam sebab benda ni semua orang tau cuma sia mau ulas sikit la pasal ni. Orang cakap  Cinta itu Buta tapi macam lah nda cukup lagi sama permainan cinta yang sedia ada, orang masih cari cara baru untuk "terpedaya". Macam la nda cukup lagi semua janji palsu dan penipuan yang buli ambil masa bertahun-tahun dan akhirnya pengakhirannya tetap sama iaitu kekecewaan kepada mangsa. Love Scam ni pula nampak sangat macam cara amateur yg kau rasa nda mungkin ada yang akan terjebak but u r wrong. Proses dia mungkin sama ja dengan penipuan cinta yg biasa iaitu cuba memenangi hati mangsa dulu and then memperguna dan memperdayakan dorang dan akhirnya meninggalkan dorang. Love Scam ni pun begitu tapi yang membezakan dorang adalah, Love Scam ni dibuat semata2 dalam talian. TIDAK PERNAH JUMPA pun!! Not sure kalau sampai bab video call but setakat yg sia baca di news, memang semata2 melalui social media and voice call. Bila sudah dapat kepercayaan mangsa, mula la buat macam2 janji dan permintaan yang si mangsa tunaikan atas dasar cinta. CINTA? Serious ba CINTA?

Ni yang sia mau hilight di topik ni. Masih nda cukup buta ka cinta tu ah? Kalau pun explanation dia adalah Kalau hati sudah sayang, apa pun kau sanggup buat. Sekurang2nya dalam hubungan sebenar, kau sudah lalui macam2 sama tu orang, sudah jumpa family dan ada perancangan mau kawin yg diketahui oleh keluarga masing2, tapi dalam kes Love Scam ni, orang yg BELUM PERNAH KAU JUMPA pun begitu berkuasa sampai kikis duit di bank kau kasi dia. Penangan CINTA la ni kan? Cinta itu buta tapi kau inda buta, u know that right? So buli kah, buli kah kalau semua yg main2 social media ni kan, yang taip menaip ni, kalau setakat belimpas di Fb ka, IG ka, JANGAN LAA CEPAT BETUL JATUH CINTA. YES, this is my point.

Kalau dulu sia and kawan2 virtual friends sia kenal di mIRC, itu lagilah "tiada wajah" langsung. Semata2 nickname dan ayat menaip. Setakat tu ja. Balas membalas komen dan gurauan. Pun sudah ada berlaku spark di sana. Mesti mau nampak nick si polan hari2 baru lengkap. Lepas tu kau claim kau fall in love sudah sama tu urang sedangkan kau cuma tau nick dia dan nampak dia menaip ja. Hubungan sebenar yang di luar tu pun banyak yg separuh jalan, inikan lagi serapuh spark di social media? Nowadays ada Fb, memang lebih senang untuk kenal orang lebih jauh. Nampak apa dia update hari2, nampak gambar2 dia, so orang lebih mudah bertaut dengan apa yg dorg nampak di social media tu. Dengan tu muncul lah pula pemalsuan identity, guna gambar orang  atau gambar yg diedit, difilter, menjadikan cinta social media ni sudah misleading and unreliable. Bukan first time kita dengar orang yg bercinta dengan "gambar" yang rupanya gambar2 tu orang lain punya. Tuan punya gambar langsung ndatau yg gambar dia tu rupanya adalah sudah menjadi kekasih dan bakal isteri seseorang yang hari2 bertemankan gambar2 dia tu. Rupanya gambar2 dia kena curi dan guna oleh orang lain yg sama ada kebosanan, kesunyian tapi tiada keyakinan atau mimang berniat mau menipu. Apa ja la niat orang tu, tapi... benda paling basic ba ni. KENAPA BEGITU MUDAH JATUH CINTA? Jangan persoalkan sebab cinta itu memang buta, No, Cinta tu teda mata so bukan issue kalau dia buta ka nda. Yg ada mata tu kamu!

Teringat sia kakak sorang yg janda ni sentiasa masuk macam2 dating apps untuk cari jodoh. Sia nampak begitu banyak lelaki dia jumpa dari dating apps tu, tiada yg menjadi. Tapi dia nda pandai serik2. Most of them hanya berapi di peringkat awal ja. Bila kenal lebih lama, macam2 kejadian. Ramai yg belum sempat jumpa pun. Yang sudah jumpa pula ada yg kedapatan tipu gambar, dan macam2 lagi ditipunya termasuk marital status dia. So next time dia mula lagi buka cerita pasal kenalan baru dia jumpa di dating apps tu, I said, Kak, videocall ja terus la senang. Kasi singkat tu cerita. Kalau dia mau tipu, dari sana sudah kita tau. JANGAN LAGI BUANG MASA. Cukup-cukuplahh masa yang sudah dibuang untuk hubungan yg nda juga menjadi. Basicnya pun sudah screw up, lupakan yg selainnya. I MEAN, tolong pastikan orang itu WUJUD!

Sia yang kamu kenal sebagai nickname ni pun, ramai ndatau pun muka sia. Kalau kamu dalam Fb sia, maybe hari2 baca apa sia tulis. Adakah itu bermaksud sia memang wujud di dunia nyata? Dengan gambar2 yg sia potong dan post sikit2, how sure of you siapa sia di dunia sebenar? Kamu pasti kah tu gambar2 adalah sia punya? Soalan common yg paling basic untuk kau tanya diri kau soalan2 tu kan? Sama la dengan orang2 lain yang kau jumpa di social media. Benda basic kau settle dulu before kau fikir lebih2. In my case, semua yg sia upload and claim sebagai gambar2 sia tu memang adalah betul tapi nda kisah lah dan teda apa yg sia mau buktikan kepada sesiapa. Just sometimes sia rasa mau share, sia share la. Sia lebih selesa tidak dikenali so begitu la pembawaan diri sia di social media. Teda masalah pun kan? Sebab seorang yg berahsia dan misteri tu untuk diri dia dan tidak menyusahkan orang lain or menipu orang lain, OK JA bah kan? Apa buli buat kalau dia macam tu, mungkin kamu fikir dia kurang keyakinan ka, dia pemalu ka, nda kisah lah yg penting dia nda pun susahkan hidup orang. Bukan dorang ni yg kau mau kecam. Yg kau kecam adalah orang yg berabis mau convince kau untuk percaya sama dorg and tidak bercakap betul yg mengakibatkan kau jadi mangsa penipuan selepas kau menyerahkan rasa cinta kau tu kunun. Hahahaha. Maksud sia, kepada semua bakal2 mangsa Love Scam yang segala macam, buli ka at least kamu sure orang tu wujud? Selagi kau ndatau dia wujud, JANGAN pandai2 pi jatuh cinta! Peduli apa yang dia janji sama kau. Tulung lahh. Benda basic ba ni. Kalau dia serius, at least video call dan buktikan kewujudan dan kesahihan benda2 basic. Paling hujung baru kau jatuh cinta. Jangan telampau cepat jatuh cinta!

Sia pun pernah lalui juga bah attraction di social media ni. Sia pun pernah jadi nda matang juga. Tapi sampai bila kita nda matang kan? So now camana pun attractivenya seseorang tu yg ada chemistry lagi kunun, jumpa dulu baru ada cerita. Jangan macam2 dulu. Jangan jatuh cinta dulu. Jangan pasang angan2 dulu. Benda basic ba ni guys! Kalau orang ndamau jumpa, itu kemahuan masing2. Selagi dia teda hutang apa2 sama kau, itu hak dia mau jumpa ka nda. Bukan orang yg teda niat menipu yg kau sibuk untuk bongkar, but org yg janji kau macam2 yang kau perlu bagi perhatian. Dan kalau sudah tau belum sahih kewujudan orang tu, sah2 la nda ngam untuk bercakap pasal duit. Pinjam2 duit mau cover business la, ada kirim hadiah dan duit tapi kena bayar cukai lah, kastam la. Bila dengar orang kena tipu macam tu, kita geleng kepala. Tapi ingatkan diri sendiri. Jangan pula sendiri leka dan orang pula geleng kepala baca pasal kamu nanti. Beringat sebelum kena, okay? 

Sia sebagai si 256 yang invisible dan nda dikenali, bebanan bukan di bahu sepa2 untuk membuktikan kewujudan sia. Cukup untuk kamu tau sia yg menulis ni blog, sia yg menulis di Fb hari2, dan sepa yg pernah bercakap di fon sama sia, tau la suara dan style sia bercakap camana, but still, sia tidak terbeban untuk buktikan kewujudan sia sebab kalau diikutkan, sia lebih suka kamu nda kenal sia pun sampai bila2. So treat me like orang invisible. Sia inda layak untuk kena treat lebih daripada seorang yg tidak dikenali. Until one day kamu jumpa sia, kalau kita jadi kawan sebenar, masa tu baru decide. Setakat ni, jangan la letakkan apa2 harapan sama sia. Sia belum penuhi syarat kewujudan lagi. Pls do the same sama kenalan2 online kamu. Jangan terlalu mudah membagi perasaan. Jangan buka jalan untuk kekecewaan. Back to basic. Tidak kenal maka jangan cinta. Simple kan?

Stay away from being love-scammed. Think twice before you fall in love!

Monday, November 16, 2020

Please Respect Her At Least

Sia teringat dulu masa sia terjumpa balik ex sia di Myspace, sia excited betul mau cakap sama dia. Sedangkan dia betul2 benci sama sia. Sia selamba ja beria-ia mau say Hi sama dia sebab sia nda ingat apa sia buat sama dia. Dan dia dengan penuh gentlemannya menjawab juga sia bagus2. Masa tu dia ada girlfriend baru. Sia tinguk gf dia kan macam ada iras2 sia oo, probably memang taste dia or sia terfikir juga sama ada tu pompuan mengingatkan dia sama sia? Hahahahaha. Prasantut o kan? Well, begitu la fikiran perempuan biasanya. Silap2 lelaki pun begitu. Or senang ceta, manusia memang begitu. Sikit2 mau kasi banding. 

But honestly, sia nda rasa jealous pun masa tu sebab sia punya selfishness masa tu buat sia rasa yang kalau sia ada, I don't think dia akan tinguk pun tu pompuan. Macam tu la fikiran sia masa tu. Tapi sia sendiri sia-siakan ex sia tu. Sia yang broke his heart sampai dia bakar semua gambar2 sia. Sudah la dia mimang ada Bipolar, mesti impact tu sangat besar sama dia. Tapi sia mimang manusia yg lemah. Sebab sia memang teda feeling pun sama dia lagi tapi since masa tu sia pun still single, jadi sia pigi "kacau" ja dia secara suka2. Sia buat Myspace hanya untuk say to him. Dan dia ni jenis lelaki yg lurus dan bagus. So di Myspace tu kan ada benda2 yang dia kena isi untuk org lain jawab. Ada soalan about, Have you fallen in love before? He said Yes, twice. And dia ada mention something dalam page dia tu, yg sia confirm refer sama sia. Begitu la impact sia dalam life dia bah. So bila sia datang balik, dia still layan sia bagus2 walaupun mungkin dia masih sakit hati. I don't like tu fikiran yg sia yang sia nda peduli pun dia ada gf ka nda. Sia fikir yg sia cuma perlu petik jari ja mesti dia akan fall for me again, mcm tu bah fikiran sia. Evil kan? Semua perempuan yg belum begitu matang mungkin pernah rasa macam tu. Yang kita rasa tu ex kita masih tergila-gilakan kita macam la kita ni hebat betul. Hahahahahaha. Sia ketawa sebab macam kena sebiji pi muka sia bahh. Dan sia nda suka camana sia pandang gf dia sebelah mata just because sia rasa dia looked childish and tu ex sia pilih dia sebab ada sikit persamaan kami. Bikin malu ooo fikir macam ni kan? Sedangkan I could be wrong. 

And then on to my other ex. Dia ni pun sakit hati juga sama sia sebab sia buat dia tunggu lama and still sia nda ready pun mau ada ikatan sama dia. Pun salah sia juga. Sampai dia cakap dia ndatau if dia buli forgive sia. Mimang sia nangis berabis juga masa tu. Susah sia mau move on daripada dia ni tapi sia helpless and still nda buli tunaikan permintaan dia. So selfish kan? Time ni la sia masuk IRC as twofivesix_256 untuk just escape from reality actually.  So dipendekkan cerita, I saw kad kawin adik dia ni tempat supplier sia, masa tu la sia terasa mau cakap sama dia balik. Sia cari dia di FB, cuba mssg dia but cannot go thru sebab bukan friends. Sia sanggup bikin satu Fb baru untuk request friend sama dia ja. Sia nda pakai Fb 256 sia tu sebab sia ndamau kasi masuk dia dalam virtual world sia. O ya, actually sia sudah tau dia sudah kawin sama ni non-Malaysian punya girl. Again, why tu bini dia reminded me of myself ah? Hahahahaha. But sia nda rasa jealous juga sebab looks like ex sia couldn't find the second best yang sebangsa sama kami jadi dia settled for yang bukan Malaysian. Again, selfishness sia menguasai diri lagi. Macam sia pandang sebelah mata ja tu bini dia thinking that kalau la sia yg mau kawin sama tu ex sia, definitely ex sia nda pun berminat sama dia. Teruk tu fikiran. It doesn't take a genius kan? Memang sia bermasalah dalam relationship. Komitmen tu word yg "I don't trust"myself with. So tu yang selalu buat sia screw up. Sia nda layak fikir macam tu dengan diri sendiri bermasalah komitment. 

But point sia sini, the way kita membandingkan diri sama our exes punya partner baru, betul2 unfair kan? Sekali imbas ja kita buli pandang sebelah mata and say, Alah, itu lah pengganti sia? Ketara kau nda buli cari yg lebih bagus kan? NAHHH, gitu lah fikiran typical kita yang kurang matang. Not fair bahh macam tu.

Percaya la sepa pun mau yg terbaik untuk diri dorg. Dorang ndakan settle for partner dorg dengan hanya memikirkan kau ja untuk dijadikan sebagai benchmark dorang. U r already in the past bagi ur ex. Sudah2 la berfikir yang cuma kauuu seja yg paling best di dunia ni sampaikan sepa pun partner dorang, kau mesti bandingkan dan kalau ada persamaan, kau anggap dorang second class and that ur ex still misses you. Uiii berenti perasannnnn!! Hahahahahahahaaha

Percaya la dat lady ada kelebihan di mata ex kau biarpun kau perasan lebih sexy dari dia or whatever yg kau perasankan tu. Hahahahaha. Dan KALAU pun betul kau memang lebih bagus dari tu pompuan dari satu segi, kau tidak tau dia camana dia lebih sayang ex kau daripada kau. Camana dia pandai jaga hati dia, pandai masak untuk dia, kasi beranak anak2 dia dan jaga anak2 dia, SO, at least respect lahh perempuan yg ganti tempat kau. Terima la kenyataan yg apa yang buli dipandang dengan mata tu bukan segala-galanya. Dan terima lah kenyataan yang dorang tetap 1000 kali lebih serasi daripada kamu berdua cos kalau nda, kamu ndakan break. Betul ka nda? So be fair lah sama dat lady. Or lebih senang macam  ni ja la.

Kau imagine la ex gf kepada hubby kau pun buat gitu sama kau, kau sanggup? Pandang kau sebelah mata and still trying to get in touch with him sebab she knows yg dia lebih hebat dari kau. Do you want that? Nda kan? So again, be fair to that new lady. At least respect her! Ni memang cabaran yg besar sama yg masih teringat2 ex. Bagus kau remind yourself, you both have failed to fight for it. Maybe it's never meant to be. Lets just move on shall we?

Tuesday, November 10, 2020

Completely Healed

Sepa yang follow blog sia since awal tahun, should know that ada satu kejadian besar yang berlaku on Februari. Yang sia pun ndatau apa yang berlaku sama sia masa tu, sama ada berkaitan mistik or tiba2 sia ada penyakit yang sia nda tau. Nahhh. Lepas sia post pasal tu, ada beberapa kali yang sia cakap dalam beberapa post selepas February, Almost 100% la, macam2 la, sedangkan TIDAK. I mean masa tu sia fikir sia ok sudah, tapi hanya pada masa tu ja. Lepas tu simptom sia datang balik, dan ditambah dengan yg baru. Imagine la benda tu bermula Februari, sia buli cuba untuk pulih sendiri dalam masa 3 bulan, tapi nda dapat dan sia finally decided to see the specialist. Kamu ingat ni cerita?

Okay, fast forward pi November 2020, syukurrrr Tuhan sia masih ada di sini. Dan macam2 sudah sia lalui sejak June (my first time meeting Dr K) and macam2 memories sudah sia bikin, macam2 kegembiraan, macam2 pengalaman untuk deal dengan health itu tu and finally... *drumroll*, my last visit with Dr K was last Friday and it was gonna be my second last visit with him. Biar sia go a bit more detail supaya sia pun buli baca one day in case sia terlupa.

I think the last 3 weeks before my appointment with Dr K, sia start sudah rasa yang sia betul2 balik pegi habit asal sia iaitu sometimes I couldn't sleep bila rest lebih sikit during the day. Usually when I took the medication, dia ada impact sama badan sia. Sia akan tidur nyenyak. Well, kalau time staycations memang ada masa juga cannot sleep sebab tempat baru, but sia akan play my therapy songs, mestiii sia akan tidur. Tapi bila sia bangun, sia sentiasa masih dalam keadaan prihatin dengan badan sia sebab simptom2 tu buli datang bila2 ja jadi sia sentiasa berhati-hati dan tau masih ada kekangan sama badan sia. Begitu la sia setiap hari dari Jun sampai November. Bukan kejap o. Bukan kejapppp. Kamu tau ka apa macam sia lalui setiap hari2 sia cuba untuk mencari jawapan kepada soalan, "Macamana rasa dia masa si 256 betul2 sihat dulu ah?" Honestly, sia punya kepala masa tu, dia rasa "pelik" tau. Macam masa sia masak ka, cuci piring ka, sia paling sedar masa tu yang "bukan begini" sia dulu. Walaupun sia getting better sudah masa tu, still macam ada sikit instability sama my head yang adalah kunci kepada simptom2 yang berlaku sama badan sia. Maybe sia akan rasa muscle ache ka, getaran jantung nda menentu ka, memang semuanya daripada kepala. So sampai lah bila melangkah ke November and then sia rasa ubat penstabil hormone yang Dr K bagi, TIDAK BERKESAN sama sia. Buli ja sia tidak makan tu ubat pun sama ja. So I told that to him. He said memang la dia akan kasi balik pegi keadaan asal sia dulu, tapi ni kali sia Lebih bagus dari yg dulu. YES, finally I found the right word to describe it. Dr K found out something yg walaupun dia teda suruh, sia sudah pandai2 bikin sendiri. Iaitu skip ja medicine tu kalau sia ndamau makan. Dia approved sebab dia nampak yang sia faham sudah camana mau handle badan sia. Sempat lagi dia cakap, "I'm happy for you."

Kamu tau apa sia rasa sekarang? WOWWW...begini la si 256 pula sebelum dia sakit tu hari. Tu "kepelikan" di kepala sia betul2 hilang sama sekali. Lepas tu sia makan apa yang sia mau tanpa fikir dia akan kasi datang simptom. Walaupun sia lebih memilih apa makanan yang sia mau makan, instead of main hantam ja semua yg sedap2. Tapi sia still manjakan diri juga untuk mesti makan apa craving sia sebab itu adalah cara sia menikmati kehidupan. Kamu tau kan I like to eat. Hahahahahahaha. Selepas sia engage with physical activity with my Virtual Runs, pun sia masih struggle dengan simptom2 panic attacks sia. My last review, my blood pressure dropped gila2. When I told Dr. K, he said obviously sia sudah recover dan benda2 lain yg merupakan kesan kepada panic attacks tu pun balik ke tempat asal.

If you ask me, I FEEL SO SO GOOD sekarang. Selama berbulan2 sia terfikir, adakah sia akan terus begini sampai bila2? Oh God! I got my answer. Rupanya sia buli pulih sepulih-pulihnyaa. Walaupun sekarang sia sedang PMS, sia buli rasa yang simptom PMS yang sia selalu kena, tanpa sebarang simptom sampingan. Dan if you ask me, sia langsung tiada kerisauan pasal badan sia lagi. Bukan macam dulu, sikit2 sakit muscle pun sia fikir macam2 sudah. Sia cuba untuk overthink hal2 yang dulu buli kasi sia sesak nafas but now, langsung teda reaksi. Begini pula kan? Betul2 kerja hormone ooo. Sia percaya betul camana ketidakstabilan hormone buli memporakperandakan hidup kita.

Anyway syukurrr betul sama Tuhan and sama orang2 yang always supportive and handle sia macam kaca mudah pecah sepanjang tempoh penyembuhan sia. Balik2 tanya sia, Kau pening kah? <--- soalan ni simbolik sebenarnya. Bukan actually pening, dia attacks yang tidak diduga dan semua org risau kalau sia kena tu. Sebab macamana pun sia ni fragile kid dari dulu, sia nda sampai macam tu. Sia appreciate juga kawan2 sia yang 1000 kali tidak akan faham dan pecaya apa yang sia alami sebab dorang betul2 fikir sia akan ok2 ja so sia selalu pretend sia ok kalau depan dorang. Biar lah sia kasi tunjuk dorang benda yg dorang mau tinguk ja iaitu my positive vibe. Dan camana sia openly discuss sama diamond fwens sia pasal tu, camana I feel so useful cos dorang pun curious dan mau tau. Sia rasa pengalaman sia benefit orang2 keliling sia juga. Sia akan offer views yang bukan setakat teori semata-mata. Tapi sia sendiri adalah survivor dan you better believe I will make sure my friends survive ni kalau dorang pun kena. Syukurrrr Puji Tuhan. 

256, you are now completely healed. Congrats, you made it :))

Thursday, November 5, 2020

Apa Gunanya Hidup Kalau...

 Life ni kan banyakkkkk dia punya gifts and rewards. Dari kau ja sama ada kau mau ambil ka nda. Masa sia much younger sia sudah tau pasal ni benda, maybe a result of banyak fikir, banyak tanya soalan dalam kepala, and banyak experience yg macam2 dan apa lagi bila dilahirnya dengan traits tertentu yg bukan pilihan kau tapi u have to live with it.

Sia imagine orang yg suka makan tapi mau kurus so dia diet. Dia ikut la diet punya regime yg nda buli makan itu ini, mau kira calorie, mau lari begini jauh untuk ganti benda yg kau baru makan, lepas tu craving sorang2 terpaksa tahan hati sebab mau diet. Masak nasi tapi dapat hidu ja gara2 mau diet, tinguk ja urg lain makan. Sia kepelikan. I mean, tell me kalau dia avoid nasi sehari tu, maybe dia berjaya. Berapa lama dia mampu bikin tu? Cos badan kau ndakan pandang benda yang kau bikin ala kadar. Setakat kasi limpas craving kupi kau 3 hari, tell me how long can you stand doing that? Kalau kau nda mampu bikin benda tu untuk at least one month akan datang, sia-sia jaaa 3 hari tu kau belapar. Sia ni bukan long term thinker tapi bab2 begitu, sia selalu tanya, How will it end up? 

Contohnya. Kenapa sia nda apply ikut KPLI sedangkan kalau sia apply, sia most likely akan jadi cikgu macam kawan2 sia yg satu course. Mesti life sia stable macam dorang. Buli simpan aset, buli loan. Selalu sia bagitau orang sia nda mau jadi cigu pasal sia nda mampu, teda kesabaran, teda ketahanan, nahhh, tapi sebenarnya sia fikir pasal di penghujung karier sia tu, adaka sia akan Happy dan Puas hati? Sia berfikir ni masa2 sia belum rasa earn money sendiri so sia belum begitu faham camana perjalanan hidup jadi org dewasa and competition yg akan wujud di dalam masyarakat. Sia cuma fikir, sia tauu sia nda akan suka jadi cikgu sebab sia nda enjoy spending time around kids and sia pandai cepat marah juga, so imagine sia punya mental and emotional state kalau sia TERpaksa bikin tu kerjaya sampai pencen. Bukan kau buli suka2 berenti bila ada komitmen hutang. So imagine berapa puluh tahun sia akan "terseksa" sebab sia bikin benda yang sia nda berapa suka and IMAGINE camana sia block benda2 yang sia suka tu sebab sia pilih tu kerjaya. Sia tau apa kebolehan dan kelebihan sia. Mungkin sia buli guna sebagai cikgu tapi kalau sia bagi diri sia kebebasan, imagine apa la yg sia buli explore dalam life ni kan? Jadi ndamau duduk tunggu pencen dan sia-siakan Potensi yang bermacam2 di luar tu. Sia tau sudah apa yang akan sia lepaskan. Paling big tu adalah financial stability. Sebab itu adalah kelebihan kerja jadi cigu tapi ngam2 pula sia ni nda begitu obses sama kekayaan. Walaupun kena akun juga la pentingnya duit tu apa lagi masa2 susah dan tidak cukup. Tapi entah, masih sia nda menyesal. Bila sia tinguk kawan2 sia senang, sia happy untuk dorang but balik2 sia reassure myself, yang sia ambil keputusan yg betul utk diri sia. Peliknya dat kemon. Hehe.

I mean, apa la guna kau hidup kalau kau nda buli guna kelebihan kau dan guna masa yang diberikan dalam hayat kau untuk explore keajaiban yg buli kasi hasilkan dengan otak dan dua tangan kau? Kalau sia suka tulis2 begini tapi Ala malaslahhh. Buli ja sia malas tapi sia mau juga tulis. Sebab ini cara sia mengalirkan kebolehan sia dengan cara yang sia suka. Kamu tau ka sia sudah post dekat 1300 post di blog ni and berapa banyakkk benda yang sia tulis untuk merakam kenangan minda sia. Banyak org suka membaca tapi dorg nda larat menulis. Idea2 bernas dalam kepala dorang tu stuck di sana dan berlalu dengan masa. Tapi ndapa, maybe dorang ada cara lain untuk expresi diri. Lain orang lain cara. Tapi kalau kau tidak teruskan kau punya "misi", rugi la kau. Hayat kau tetap berjalan tapi teda karya yang kau tinggalkan. Itu pandangan sia. Sudah sia berpandangan begitu, mesti sia ikut do accordingly. Mesti sia mau bikin sebanyak mana mungkin benda yg sia dipinjamkan. 

Kalau kau banyak idea, kau kreatif, kau ada tangan yg  ringan untuk explore banyak benda, dan kau pilih kerja yg bikin kau teda masa untuk tu sebab membuat kerja yg tidak menggunakan keunikan kau, ndakah rugi? Rugiiiiiiiiiiiiii. Sangat rugi. Again, itu cuma pendapat sia. Kamu dan dia berbeza. Kita nda sama. Misi kita berbeza.

So berbalik kepada kawan sia yg paranoia pasal diet, pun buat sia balik2 terdetik dalam fikiran, RUGINYAAA. Sebab sia memang suka makan, sia enjoy makan macam2 yg sedap sebab itu salah satu cara kita explore hadiah kehidupan ni. Rasa masin, manis, masam dan kombinasi hebat dorang, dengan aroma kopi, aroma masakan, woww, Indahnya kehidupan. Sia faham juga la itu juga penyebab macam2 penyakit tapi berbalik kepada persoalan, how long can u avoid food yg kau suka? Bikin buang masa ja kau beriya-iya cakap pasal avoiding nasi but then lusa kau decide to just "peduli apaaa" and then kau revenge eat macam teda esok. Lagi sandi kan? Akhirnya kau akun seja limit kau sebagai manusia. Tidak salah kau makan apa kau mau, tapi biar berpada. Nda juga kau kasi abis sampai satu kawah kan? Jadi la macam orang yg hidup dan bernyawa. Nikmati kehidupan dan semua reward2 dia. 

Nasihat ni pun untuk sia juga. Banyak benda yg sia sendiri pun block diri sia juga sebab kelemahan sendiri. Macam2 alasan. Maybe pasal kena kasi besar oleh parents yang strict and conservative, jadi inda la sia jadi kupu2 malam, inda la sia suka2 buat jahat sebab selalu sia ingat camana sia ndamau kasi malu parents sia, lepas tu sia develop traumas and phobias bikin sia play safe and ndamau telampau berani. Tu pun block potensi utk memaksimakan hidup juga tu. Tapi secara positifnya, IMAGINE la kalau si 256 ni maha hebat dan teda kekurangan? Hidup mcamana tu kalau kau sudah hebat dan teda lagi mau diatasi dan dicapai? Makanya perlu ada kelemahan. Sudah kau fix satu, datang lagi baru. God gives you thrill untuk terus capai sesuatu dalam life kau sambil kau guna "senjata" kau iaitu semuaa bakat2, kelebihan2, dan kemahiran yg kau untuk memaksimakan hidup.

So my concept akhirnya berbalik kepada...rewardlah badan kau yg kau guna dalam hayat kau tu dengan nikmat2 kehidupan as simple as enjoying coffee di ofis kau yg tenang, dengar lagu2 yg best, makan roti canai yg kau craving dari semalam sebelum kau bikin kerja kau and buatlah sesuatu yg memberikan impact kepada orang lain. Kalau kau buli sentuh hidup orang dengan act of kindness, tolong orang, kasi happy orang, itu lagiii lahh confirm menambah nilai dalam hayat hidup kau. 

Apa la gunanya hidup kalau nda bikin semua yg mampu dan mau kita bikin dengan apa yang Tuhan bagi sama kita kan? Hidup lah macam orang yg bernafas cos org yg no longer bernafas will not have that ability lagi. Jadi mari lah kita hidup sekarang...berhappy2 sambil kita terus meneruskan misi masing2.

Thank you God...:))