Statcounter

Thursday, November 26, 2020

Has Time Healed The Pain?

Tahun ni memang penuh dengan sugar and spices. Sia nda ingat the last time yang sia stalk fb orang and curi gambar. Hahahahaha. Betul! Suddenly sia buli terfikir mau bikin tu sebab sia tiba2 curious mau tau camanaaa muka ni urang sekarang. Someone I used to miss. Dulu masa sia ada chance untuk save gambar dia yg paling kiut, sia nda berminat pula untuk bikin gitu. Dari dulu sia memang nda berminat mau simpan gambar someone special dalam fon sia. Entah kenapa. Orang macam nda percaya bila sia cakap sia teda gambar dia di fon sia tapi bukan main lagi sia bercerita pasal dia masa tu. Hahahaha. So selepas bertahun-tahun, tiba2 sia mauuu betul tinguk muka dia sekarang. Dan sia dapat tinguk ah. Sia happy juga la and sia rindu juga la siiiikit cos sia ingat tu muka yg pernah buat sia happy. Dan sia tau dia ni ada visit blog sia juga sekali sekala, sampai berjam-jam dan guess what, daripada visit dia la sia jumpa gambar sia di blog sia ni. Sebab according to my blog sensor, he downloaded that pic. Sia sendiri betul2 lupa kewujudan tu gambar. So if u asked me sepa yang stalk sepa dulu, jawapan dia BUKAN SIA!! Hahahahaha. Gara2 sia kedapatan tu gambar la, sia sudah padam pun. Sebab sia nda sangka pula sia begitu generous mau simpan gambar sia sini. Hehe.

So sia kasi tinguk la tu gambar sama kawan sia ni yang  paling rapat sama sia sebab satu tempat kerja but she's not my my diamond friend cos sia baru ja kenal dia beberapa tahun lalu. Tapi dia tau banyak cerita yg diamond friends sia ndatau. She definitely knows about the guys in my life. So selama ni sia cuma ceta sama dia ja tanpa dia nampak muka, so sia kasi tinguk tu pic and dia cakap, Wah kiut oo. Cos sesama perempuan pun kadang2 macam lelaki juga. We talk about guys and admit if that guy or this guy is category taste kami. Lucu kan? Kawan sia tu lagi lahh. Cara dia bercakap pasal lelaki itu dan ini, macamana dia selamba cakap, "Eh nda ensem pun. Bukan taste sia oo". Bepikir kami terus. Sebab lelaki yg dia cakap tu much better than laki dia bah. As if kau paling high taste tapi tinguk dulu laki sendiri gia kan? Hahahahahahaha. Just kidding. Main2 ja ba. 

So dipendekkan cerita, sia cakap sia mau kasi tinguk pic satu orang lagi yg sia selalu sebut. Masa sia kemas bilik hari tu, sia terjumpa la cd2 lama. Terus sia teringat mesti ada gambar2 di dalam tu. So baru juga tadi sia finally pegi check tu cd and jumpa juga la tu gambar2. Doiii, sia kelucuann. Hehehe. Sia ingat yang sia ada gambar sama2 dia ni but sia lupa yang quite banyak juga gambar2 kami. Dan bila sia tinguk balik gambar dia kan, sia rasa dia looked better in my memory. Bila tinguk balik, adehhh. Tapi those pics look okay. At least sia nampak muka sia sendiri berapa tahun yg lalu. Nasib baik muka sia kiut di gambar2 tu. Phewww. LOLS. I mean, sia ndamau nanti sia kasi tinguk org tu gambar and dorg cakap, Punyalah nda sepadan kamu sebab dia lagi kiut dari kau. Hahahahahaha. Tetapi sukur inda. Ternyata sia lagi kiut dari dia di gambar tu. Phewww...sib baikkk. LOLS. Kidding!!!

Kalau diingatkan balik apa yg sudah berlaku, sia nda sudi mau tinguk tu gambar2 balik. But now sia ringan hati sudah. Buli ja sia kasi tinguk kawan2 sia tu. Sia sengaja bikin havoc sana wasap group kasitau yg sia mau kasi tinguk dorg satu gambar yg belum dorg pernah nampak. Excited nya dorang. But sia cakap Bisuk ja lah. Hahahahaha. Kali ni sia nda kisah. Value tu gambar nda sama sudah sama sia. I mean sukurr juga la things didn't work out. Kalau nda, mesti porak peranda life sia sekarang ni. Silap2 nda kamu nampak sia menulis di blog lagi sebab mesti sia sedang stress ni oleh dia. Hahahaha. Entah disorder apa lagi yg sia kena kalau sia teruskan sama dia. Well, walaupun dia pernah jadi someone special to me, tapi masa tu lagi I already know yg things couldn't work out. Nda kisah la salah sepa, mimang personality kami tidak match. So, sia anggap ja doa kami kena dengar. 

So don't you guys think that Time has done its work on this? That time has healed the pain. Nda apa kalau teringat kisah lalu. Nda apa kalau rindu. Nda apa kalau rasa tersentuh kejap sebab ingat moments2 bahagia. Tapi when you can openly talk about it knowing that nothing from the past can harm your present, CONGRATULATIONS. That's why sia determined mau just share tu pics sama kawan2 sia and sia ready la mau jawab soalan2. Actually bukan senang untuk sia buat gitu cos sia ni very private punya urang. Tapi banyak benda yg sudah berubah. Kita sudah lalui macam2 pengalaman. Manusia pun hidup cuma sementara. Kita sudah banyak pengalaman yg buli diimbas balik, suka dan duka. Sia anggap semua ni satu keindahan dalam hidup. Kita ni bukan hidup sampai 100 tahun pun. Ni semua bunga2 kehidupan kita. 

It's time to make peace sama masa lampau yg tidak begitu indah ketika tu. Masa tetap terus berlalu saat demi saat. Masa sia menulis ni, biarpun 15 minit, it's 15 minit yg tidak akan datang balik. Jadi kenapa lagi mau buang masa mau menyemai emosi yg tidak membahagiakan? Masa kita di dunia ni terbatas. Cukup sudah kesedihan yg sudah lalu. Cukup la sakit hati. Cukup la mempersoalkan kenapa. Banyak lagi indah2 yang di hadapan kau sekarang, jangan sia-siakan dan jangan mau rugi! Kutip cepattt dan jadilah orang tamaha untuk mengumpul benda yg bagus2, kasi panuh ni kehidupan yang tersisa dengan semua keajaiban hidup yg Tuhan kasi. Jangan lagi tunggu2 esok. Sebab telampau banyak benda siok mau dibikin...:))

Sebab sia rasa telampau hyper masa ni, sia rasa 2021 yg akan datang ni akan jadi tahun yg super awesome untuk sia. Sebab banyak benda2 yang sia belum pernah bikin, sia akan bikin untuk 2021 atas kesedaran yg kau dicipta untuk jadi awesome dan kau berhak untuk ada life yang awesome juga. Bah, jan buang masa lagi. Jom!!

No comments: