Statcounter

Thursday, November 5, 2020

Apa Gunanya Hidup Kalau...

 Life ni kan banyakkkkk dia punya gifts and rewards. Dari kau ja sama ada kau mau ambil ka nda. Masa sia much younger sia sudah tau pasal ni benda, maybe a result of banyak fikir, banyak tanya soalan dalam kepala, and banyak experience yg macam2 dan apa lagi bila dilahirnya dengan traits tertentu yg bukan pilihan kau tapi u have to live with it.

Sia imagine orang yg suka makan tapi mau kurus so dia diet. Dia ikut la diet punya regime yg nda buli makan itu ini, mau kira calorie, mau lari begini jauh untuk ganti benda yg kau baru makan, lepas tu craving sorang2 terpaksa tahan hati sebab mau diet. Masak nasi tapi dapat hidu ja gara2 mau diet, tinguk ja urg lain makan. Sia kepelikan. I mean, tell me kalau dia avoid nasi sehari tu, maybe dia berjaya. Berapa lama dia mampu bikin tu? Cos badan kau ndakan pandang benda yang kau bikin ala kadar. Setakat kasi limpas craving kupi kau 3 hari, tell me how long can you stand doing that? Kalau kau nda mampu bikin benda tu untuk at least one month akan datang, sia-sia jaaa 3 hari tu kau belapar. Sia ni bukan long term thinker tapi bab2 begitu, sia selalu tanya, How will it end up? 

Contohnya. Kenapa sia nda apply ikut KPLI sedangkan kalau sia apply, sia most likely akan jadi cikgu macam kawan2 sia yg satu course. Mesti life sia stable macam dorang. Buli simpan aset, buli loan. Selalu sia bagitau orang sia nda mau jadi cigu pasal sia nda mampu, teda kesabaran, teda ketahanan, nahhh, tapi sebenarnya sia fikir pasal di penghujung karier sia tu, adaka sia akan Happy dan Puas hati? Sia berfikir ni masa2 sia belum rasa earn money sendiri so sia belum begitu faham camana perjalanan hidup jadi org dewasa and competition yg akan wujud di dalam masyarakat. Sia cuma fikir, sia tauu sia nda akan suka jadi cikgu sebab sia nda enjoy spending time around kids and sia pandai cepat marah juga, so imagine sia punya mental and emotional state kalau sia TERpaksa bikin tu kerjaya sampai pencen. Bukan kau buli suka2 berenti bila ada komitmen hutang. So imagine berapa puluh tahun sia akan "terseksa" sebab sia bikin benda yang sia nda berapa suka and IMAGINE camana sia block benda2 yang sia suka tu sebab sia pilih tu kerjaya. Sia tau apa kebolehan dan kelebihan sia. Mungkin sia buli guna sebagai cikgu tapi kalau sia bagi diri sia kebebasan, imagine apa la yg sia buli explore dalam life ni kan? Jadi ndamau duduk tunggu pencen dan sia-siakan Potensi yang bermacam2 di luar tu. Sia tau sudah apa yang akan sia lepaskan. Paling big tu adalah financial stability. Sebab itu adalah kelebihan kerja jadi cigu tapi ngam2 pula sia ni nda begitu obses sama kekayaan. Walaupun kena akun juga la pentingnya duit tu apa lagi masa2 susah dan tidak cukup. Tapi entah, masih sia nda menyesal. Bila sia tinguk kawan2 sia senang, sia happy untuk dorang but balik2 sia reassure myself, yang sia ambil keputusan yg betul utk diri sia. Peliknya dat kemon. Hehe.

I mean, apa la guna kau hidup kalau kau nda buli guna kelebihan kau dan guna masa yang diberikan dalam hayat kau untuk explore keajaiban yg buli kasi hasilkan dengan otak dan dua tangan kau? Kalau sia suka tulis2 begini tapi Ala malaslahhh. Buli ja sia malas tapi sia mau juga tulis. Sebab ini cara sia mengalirkan kebolehan sia dengan cara yang sia suka. Kamu tau ka sia sudah post dekat 1300 post di blog ni and berapa banyakkk benda yang sia tulis untuk merakam kenangan minda sia. Banyak org suka membaca tapi dorg nda larat menulis. Idea2 bernas dalam kepala dorang tu stuck di sana dan berlalu dengan masa. Tapi ndapa, maybe dorang ada cara lain untuk expresi diri. Lain orang lain cara. Tapi kalau kau tidak teruskan kau punya "misi", rugi la kau. Hayat kau tetap berjalan tapi teda karya yang kau tinggalkan. Itu pandangan sia. Sudah sia berpandangan begitu, mesti sia ikut do accordingly. Mesti sia mau bikin sebanyak mana mungkin benda yg sia dipinjamkan. 

Kalau kau banyak idea, kau kreatif, kau ada tangan yg  ringan untuk explore banyak benda, dan kau pilih kerja yg bikin kau teda masa untuk tu sebab membuat kerja yg tidak menggunakan keunikan kau, ndakah rugi? Rugiiiiiiiiiiiiii. Sangat rugi. Again, itu cuma pendapat sia. Kamu dan dia berbeza. Kita nda sama. Misi kita berbeza.

So berbalik kepada kawan sia yg paranoia pasal diet, pun buat sia balik2 terdetik dalam fikiran, RUGINYAAA. Sebab sia memang suka makan, sia enjoy makan macam2 yg sedap sebab itu salah satu cara kita explore hadiah kehidupan ni. Rasa masin, manis, masam dan kombinasi hebat dorang, dengan aroma kopi, aroma masakan, woww, Indahnya kehidupan. Sia faham juga la itu juga penyebab macam2 penyakit tapi berbalik kepada persoalan, how long can u avoid food yg kau suka? Bikin buang masa ja kau beriya-iya cakap pasal avoiding nasi but then lusa kau decide to just "peduli apaaa" and then kau revenge eat macam teda esok. Lagi sandi kan? Akhirnya kau akun seja limit kau sebagai manusia. Tidak salah kau makan apa kau mau, tapi biar berpada. Nda juga kau kasi abis sampai satu kawah kan? Jadi la macam orang yg hidup dan bernyawa. Nikmati kehidupan dan semua reward2 dia. 

Nasihat ni pun untuk sia juga. Banyak benda yg sia sendiri pun block diri sia juga sebab kelemahan sendiri. Macam2 alasan. Maybe pasal kena kasi besar oleh parents yang strict and conservative, jadi inda la sia jadi kupu2 malam, inda la sia suka2 buat jahat sebab selalu sia ingat camana sia ndamau kasi malu parents sia, lepas tu sia develop traumas and phobias bikin sia play safe and ndamau telampau berani. Tu pun block potensi utk memaksimakan hidup juga tu. Tapi secara positifnya, IMAGINE la kalau si 256 ni maha hebat dan teda kekurangan? Hidup mcamana tu kalau kau sudah hebat dan teda lagi mau diatasi dan dicapai? Makanya perlu ada kelemahan. Sudah kau fix satu, datang lagi baru. God gives you thrill untuk terus capai sesuatu dalam life kau sambil kau guna "senjata" kau iaitu semuaa bakat2, kelebihan2, dan kemahiran yg kau untuk memaksimakan hidup.

So my concept akhirnya berbalik kepada...rewardlah badan kau yg kau guna dalam hayat kau tu dengan nikmat2 kehidupan as simple as enjoying coffee di ofis kau yg tenang, dengar lagu2 yg best, makan roti canai yg kau craving dari semalam sebelum kau bikin kerja kau and buatlah sesuatu yg memberikan impact kepada orang lain. Kalau kau buli sentuh hidup orang dengan act of kindness, tolong orang, kasi happy orang, itu lagiii lahh confirm menambah nilai dalam hayat hidup kau. 

Apa la gunanya hidup kalau nda bikin semua yg mampu dan mau kita bikin dengan apa yang Tuhan bagi sama kita kan? Hidup lah macam orang yg bernafas cos org yg no longer bernafas will not have that ability lagi. Jadi mari lah kita hidup sekarang...berhappy2 sambil kita terus meneruskan misi masing2.

Thank you God...:))


No comments: