Statcounter

Friday, February 26, 2021

Awesome To Some


Kita semua Awesome dalam Sesuatu.

Ada yang dilahirkan sebagai pendengar yang baik. Ada yang dilahirkan sebagai penasihat yang baik. Ada yang berbakat dalam menyanyi dan menari, ada yang pandai melukis, ada yang pintar dan berIQ tinggi, ada yang kreatif, ada yang bijak merancang dan berstrategi, ada yang cekap komputer, ada yang pandai masak, ada yang rajin dan pembersih, WOW...hebatnyaaaa kamu2 semua kan? Not to mention yang ada fizikal yang menarik, senyuman yg manis, wow woww. Sampai bisuk nda habis kalau mau senarai semua.

Of course mimang yang cipta kita tu juga la patut dapat pujian yang pertama. Sebab keunikan kita tu buatkan kita saling melengkapi. Dia nda jadikan sesiapa SEMPURNA dan teda sepa yang memiliki segala-galanya. Dia bagi kita satu pakej Kelebihan dan Kekurangan yang kita kena terima dan cabaran kita adalah untuk menjalani kehidupan yang kita mau berbekalkan pakej yg dibagi sama kita ni. Yes, most of you already know, of course la kita guna yang Kelebihan tu sebagai senjata untuk mencapai apa yang kita mau. Ada juga yang terus berjuang mencari kelebihan2 baru yg boleh dipelajari, boleh dilatih. Ikut masing2 jaa macamana memacu diri untuk hidup yang maksimum.  

Ada masa kita rasa tewas dengan kekurangan kita, kadang2 penerimaan orang dengan personaliti kita tu tidak macam yg kita mau. Kawan tikam belakang, kekasih curang, boss tidak berngam, saudara mara pula asyik mengumpat pasal kita, Well, tu semua boleh ja berlaku pada sesiapa. Sometimes kita rasa down dan terlupa nilai diri kita di mana. Familiar, right?

Point sia sini adalah, jangan lupa yg bukan misi kau di dunia ni untuk mencari kesempurnaan. Kau cuma perlu jadi diri kau dengan berbekalkan kelebihan kau. Jadi laa diri kau yang ITU. Jangan la cari beribu batu sampai terlupa harta tu ada dalam diri kau. Mau contoh? 

Dalam capacity diri sia sendiri, sia sudah puas mengira kekurangan sia selama hidup sia ni. Banyaknya ya ampunnn. Pernah jatuh tersungkur berkali-kali juga. Nda buli kira sudah berapa kesiannya sia sama diri sia ni sometimes sebab dikasi personality yang sebegini rumit. I quit trying. Sia terima kelemahan diri. Tapi personality yg rumit ni datang sama2 dengan sifat senang menghargai. Jadi sia hargai sisi baik diri sia yang nda la sebanyak mana. Tapi guess what, dalam yang sikit2 tu tapi kalau kesyukuran tu tinggi, dia rasa Penuh dan Cukup. So berbekalkan dengan kelebihan yang tidak la banyak tapi disertakan dengan kesyukuran, sia rasa cukup untuk sia simpulkan bahawa:

Kau bukanlah dijadikan untuk  jadi Awesome untuk Semua orang. TIDAK. Kau ada misi kau tersendiri. Jan kau risau sama beribu orang di luar sana yang tidak berpeluang kenal sama kau. Yang seberapa kerat ada di depan kau ni ja yang kau patut ambil kira. Kalau kau dapat sentuh life dorang dengan cara yang dorang ndakan lupa, ITU LAH MISI KAU yang sudah kau penuhi. Cukup lah untuk jadi Superman/Superwoman kepada orang2 ini, jangan kau peduli yang di luar sana yang tidak ditakdirkan untuk senada seirama sama kau. Dorang ada cerita dan misi masing2 juga. So percaya la biarpun ada beribu orang cakap kita ni "Biasa-biasa" or "Teda-teda", or even pandang kita sebelah mata, like I always say, PEDULI APA? Sebab sia tau, untuk beberapa orang yg dijadikan ada mata untuk nampak kelebihan sia, sia cukup hebat di mata dorang. Itu sudah cukup. Sia nda perlu yang di luar sana tu. Apa guna kalau ada beribu kenalan tapi teda yang betul2 rasa kita Awesome? So cukup lah kita cuma Awesome to Some but kita betul2 awesome di hati dorang. Bukan awesome setakat di mulut dorang tapi they really mean it. So itu pun sudah betul2 rewarding, more than words can say. 

So to the Awesome people out there, teruskan ke-awesome-an kamu tu and Please shine everywhere you go and who knows we will be the in each other's Awesome List. Go ahead and be in mine, be my guest :))

Saturday, February 20, 2021

Nangis Dulu Ketawa Kemudian

Ini cerita sorang kenalan yang jauh lebih senior. A single mother yang merantau ke Sabah dari Johor. Dia ni umur sudah kategori warga emas, tapi dia nampak more than 10 years younger kalau tengok dari luaran dia. Comel dan cerdas. Plus dia ni bukan calang2 perempuan juga sebab dia ada sejarah kerjaya yang bagus semasa dia muda. Ada banglo harga 3.5 juta di hometown dia hasil titik peluh dia jadi contractor. Tapi tu lah, dia banyak kali gagal dalam perkahwinan. Kalau orang lain mungkin sudah serik. Tadi dia tidak. 7 tahun dia merantau ke Sabah, sentiasa berharap jumpa seseorang yang boleh jadi teman hidup dia.

Banyak2 hubungan dia sama lelaki, ada beberapa kali ura-ura mau ke fasa seterusnya. Tapi ada ja masalah. Tapi kes yang berlaku hujung tahun lalu betul2 yang paling teruk dalam pengalaman hidup dia. Sorang pesara guru ni berkenan la sama dia. Dan beriya-iya mau kawin dia. Sampai dia bawa dia jumpa keluarga dia di 3 lokasi yang berbeza, buat majlis makan2. Keluarga2 lelaki tu suka dengan kakak ni yang memang pandai bawa diri. Lelaki tu duda kematian bini, seorang yg berharta dan paling penting, sudah canang dengan semua orang dan berjanji untuk jaga kakak tu dengan kawin sama dia. Sudah cakap sama adik beradik kakak tu lagi dari fon. In fact, dorg sudah shopping beli cincin dan baju untuk majlis pertunangan.  3 hari sebelum hari tu, tiba2 lelaki tu wasap dia cakap pertunangan tu nda jadi. Dia suruh kakak tu sembayang hajat utk diminta petunjuk jodoh. So masa tu kakak tu tergamam nda pecaya yang semudah tu lelaki tu cakap begitu. Dia down habis sampaikan dekat mau gila memikirkan rasa malu orang keliling yg sudah tau pasal tu. Sampai sekarang dia tidak tau apa sebab lelaki tu buat keputusan begitu. Dan dia masih sakit hati yang tidak terkata. Masa cerita dengan sia tadi pun dia keluar air mata. Perasaan dibuang macam sampah yang disapu masuk parit, itu la yang dia rasa. Dia cakap dia plan mau tulis surat sama lelaki tu sebelum dia balik Johor. Dia mau tulis yg mudah-mudahan anak perempuan kau nda akan kena macam yang sia kena. Wow. Padu gilaaaa ayat dia. I said, YES, sia sukung. Mana buli dia suka2 buat perempuan gitu? Langsung tidak bertanggungjawab. Nasib baik kakak ni kuat. Kalau sia yang kena, entah apa la yang akan berlaku. Tapi memang perlu satu tamparan hebat untuk kasi penutup, memandangkan lelaki tu langsung tidak pedulikan kakak tu sudah selepas tu. Nda patut kan?

So, baru tadi dia bagitau sia satu rahsia yang dia simpan and baru tergerak hati mau bagitau sia dan minta pendapat sia. Rupanya masa hati dia sedang terluka tu, dia dapat message dari satu orang lelaki asal KL yang berminat mau kenal dia. Lelaki tu terus terang dia sudah ada 2 bini. Selepas dorang chat for a while, tu lelaki menyatakan hasrat dia untuk kasi jadi dia bini ke 3. Sebab dia ada kemampuan dan dia teringin mau jadi orang yg menjaga kakak ni apa lagi bila tau dia ni ibu tunggal. So niat dia tu nampak ikhlas. This part, kita masih boleh meragui, apa lagi yang dorang memang belum pernah jumpa. Bukan nda biasa kita dengar cerita orang kena scam guna janji2 palsu ni. TAPI...akhirnya lelaki tu buktikan. Buat masa ni kan belum boleh rentas negeri, jadi dorang memang belum boleh jumpa.  Tapi dorang selalu video call so sudah tau camana rupa masing2. Tapi yang menariknya, selepas lelaki tu cakap hasrat mau jadikan dia bini ke 3, dia sudah mula menjaga hal ehwal kakak tu. Dia tanya apa sumber pendapatan dia, berapa sewa dia, di mana dia mau pegi, apa dia mau beli, and guess what? Dia minta no akaun kakak tu and bank in duit sama kakak tu untuk bayar semua keperluan2 dia. Paling sikit dia bank in RM200, and kalau kakak tu cakap dia mau shopping something, dia akan kasi masuk RM500, RM300, RM800 (untuk sewa) so sejak Disember 2020 tu, dia yang tanggung semua perbelanjaan kakak tu biarpun dorang tidak pernah jumpa, dan cuma videocall ja. Dalam pada tu, lelaki tu sudah rancang selepas dorang nikah, dia akan sewakan rumah yg selesa untuk kakak tu tinggal. Cuma satu ja syarat lelaki tu adalah, pernikahan tu adalah tanpa pengetahuan bini2 lain. Dan dia tidak akan bermalam di rumah kakak tu sebab dia akan stay dengan bini pertama. Dia cuma akan jumpa sebelah siang ja, itu pun masa office hours. So bagi kakak tu, ni satu benda yang sangat menyenangkan dia. Sebab dalam pada dia akan ditanggung oleh bakal suami tu, dia juga boleh teruskan hidup dia yang macam bujangan, boleh lepak dengan kawan2, ada masa buat hobi dia dan the idea that you don't have to spend time with your husband all the time tu satu idea yang bagus, kurang pergaduhan, lebih banyak merindu dan still macam ala-ala couple sebelum kawin yg jumpa masa dating ja tapi pulang rumah masing2. So sekarang kakak tu cuma tunggu masa when larangan rentas negeri tu dibuka, dan dia boleh teruskan rancangan pernikahan sama lelaki tu di KL. 

If you ask me la kan, for me, lelaki dengan kata2 manis tu bersepah sana sini. Apa yang perempuan matang perlukan sebenarnya bukan lah Cinta yang utama, tapi adalah Security. Dan hal ehwal duit tu nda buli dinafikan adalah meliputi sebahagian besar Security yang perempuan mau. So lelaki biasanya lulus dalam macam2 perkara. Mungkin dorang lulus bab penampilan, lulus bab karier, lulus bab mengayat, lulus bab memberi harapan, lulus bab membuatkan kau di awangan, YES, dorang mungkin lulus benda2 tu semua. Ada yang bertanggungjawab, dan berniat untuk membahagiakan kau tapi dia teda kemampuan dari segi wang ringgit. Ataupun kau buli ja jumpa yang ada kemampuan wang ringgit tapi tidak dapat menanggung kau juga sebab kau bukan keutamaan dia dan dia nda pandai atur kewangan dia. So kau end up terkapai2 dan tidak bahagia. 

Cintan cintun tu bukan nda penting. Dia penting juga cuma cinta ni buli pudar. Kalau kita bersandarkan dengan cinta, akhirnya kita berisiko untuk still terkapai-kapai dalam perkahwinan yang tidak bahagia bila cinta sudah hilang. Security tu adalah sesuatu JAMINAN yang bila sudah teda cinta dan sayang, kau masih boleh teruskan hidup tanpa perlu hidup merempat biarpun hati kau sedih dan sunyi. Tapi sekurang2nya keselesaan hidup kau akan jadi penawar. Ini lah yang dicari oleh perempuan2 matang. Bagi sia apa yang dioffer sama kakak tu seperti orang mengantuk disorongkan bantal. Of course kalau dibagi pilihan, semua mau jadi bini yang satu-satunya. Mau jadi sorang ja yang dimanja. But dalam kes kakak tu, memang sudah dibenarkan oleh agama untuk lelaki bermadu, yang penting mampu. And lelaki tu telah buktikan dia ada kemampuan tu biarpun dari kejauhan dorang sekarang ni yang dia sudah mula menyara kakak. Bukankah itu sudah 50% menunaikan tanggungjawab dia? Kalau dia tiba2 bikin hal pun, bukan kakak tu yg rugi kan?

Jadi bayangkan la, pada awal kami cerita tu dia boleh menangis pasal lelaki yg memalukan dia dengan tiba2 cancel pertunangan, Can't you see why it has to happen? I told her, Kak, just let that man go! Sudah terbukti kenapa kakak perlu terluka dulu sebab kalau la kamu jadi bertunang, belum tentu kakak bahagia sebab lelaki tu belum buktikan apa2 pun. Sedangkan pertunangan pun dia boleh cancel last minute, imagine la apa benda lagi yg dia buli bikin. So look at it this way. Memang sudah tertulis yang terbaik untuk kakak iaitu ada lelaki yg lebih berbaloi untuk diberi komitment akan datang selepas luka dan tangisan itu. Walaupun kakak tu masih sakit hati dengan lelaki pertama tu, dia nda buli nafikan begitu besar punya rahmat yang datang sama dia lepas tu. Sampaikan dia buli sudah bayangkan yang tidak mustahil lelaki tu yg akan dapat hantar dia naik Haji. Tidak mustahil dia akan boleh melancong dengan kawan2  - semua impian2 ni dia ada cakap masa mula2 kami berbual tu yang kununnya "Kalau la sia menang loteri, sia akan buat itu buat ini," Bila teringat ja pasal loteri tu, sia buli tercakap, KAK, forget about the lottery. Ni lelaki la lottery kakak! Even better than impian menang berjuta duit yang entah boleh tercapai ka nda. Yang ni depan mata, terus satu pakej sama akhirnya dia dapat suami yang selama ni dia cari2. 

So jangan main2 sama kesakitan yang amat sangat. Selalunya yang lebih baik tu akan menjelma selepas itu and akhirnya kau terpaksa akun, kesakitan tu semua kau perlu lalui untuk "buka hadiah" yang disediakan untuk kau. Just have Faith :) 

Tuesday, February 16, 2021

Si Pelik & Si Tidak Tau Malu


Cuba kamurang baca tu tajuk balik. And then cuba imagine, apa macam kalau dua orang ni bertembung ah?

Si Pelik ni, well, seperti namanya, mimang pelik la ba kan. Kalau dia nda pelik, nda la dia kena kasi tu nama. Memang pelik dia tu lain macam la bah. Maybe sebab dilahirkan memang sebegitu complicated personality dia, jadi dia terpaksa jua akun yang dia memang si Pelik. Tapi si Pelik ni nda semestinya bangga dengan kepelikan dia tu. Sebab kepelikan dia tu buat dia susah didekati. Susah mau bikin kawan sama dia. Mau kesabaran. Dan kesabaran tu bukan semua orang ada. Besanya orang memang nda la sempat berkawan sama dia ni sebab kepelikan dia tu. So seperti dijangka, si Pelik ni nda ramai kawan. Tapi kawan2 dia yg sikit tu besanya akan appreciate friendship dia ni. So maybe ada jua kali sikit keistimewaan si Pelik ni. Hanya sebilangan manusia ja yang tau. So itu lah al-kisahnya si Pelik ni.

So alkisahnya the other side of the world wujud pula si Tidak Tau Malu ni. Jolokan tu bukan semestinya dari segi negatif. Come to think about it, si Tidak Tau Malu ni ada trait yg bukan biasa2 juga. Cos kalau dia biasa2, teda la dia kena bagi jolokan gitu. Cos di sebalik seorang yg Tidak Tau Malu, ada keberanian, ada keazaman, ada persistence - yang teda sama seorang yg coward. Tu pasal dia mungkin lebih sesuai kena panggil si Starring. Hahahahaahaha. Cos ciri2 starring tu lebih kurang sama ja. So persoalannya sekarang, sekiranya sudah aturan universe ni bikin si Tidak Tau Malu, bertembung sama Si Pelik, apa la yang mungkin berlaku?

Tapi kalau la bukan macam yang si Tidak Tau Malu ni, besanya kana limpas ja si Pelik ni sebab sepa la yang sabar sama dia tu. Tapi memandangkan si Tidak Tau Malu yang terlibat, mesti outcome dia berbeza. Mesti dia akan guna kestarringan dia tu juga. Kalau si Tidak Tau Malu ni ditakdirkan mau berkawan sama si Pelik, apa mcm la tu ah? Buli kah dorang ni berkawan dan kalau ya, berapa lama dorang buli kekalkan persahabatan dorang tu? Sia pasti kamurang curious. Sia pun curious juga.

Jadi kita tunggu dan lihat la apa macam kan? Kalau ada sudah jawapan, mungkin kita buli bawa balik ni topik di satu post di masa depan...

To be continued some other time...Hehe 

Friday, February 12, 2021

True Beauty...Indeed


I was just done with the final episode of True Beauty, a K-drama yang sia cuma testing2 just first episode and terus LOCKED and STUCK. Actually sia ni not the most addicted fan of K-drama, cos I know friends yang jenis akan tengok apa ja drama terbaru, kau mention ja tajuk pun dorang tau sudah. I'm not like them. Since Crash Landing On You, there were a few good dramas but of course still ada level kebagusan masing2. Speaking of CUTENESS, the first K-drama yang palingggg kiut sia penah tinguk is You're Beautiful, penuh kekiutan tu drama. But looks like sia sudah jumpa pengganti kepada K-drama yg paling kiut yang sia pernah tinguk. Yes, this True Beauty is right for that.

Kiut GILAAA. Tu ja sia dapat cakap. Dari awal sampai habis ni cerita, yes ada adegan air mata. Tapi kekiutan dia tu betul2 overload eh. Sebenarnya, di usia makin dewasa and matang ni, besanya kita makin jauh tinggalkan zaman remaja yang penuh dengan ke-sweet-an yang innocence. Masa tu kan zaman kita baru kenal feeling2 yang cintan-cintun ni. Baru kenal rasa camana jantung berdegup bila berdepan orang yg kita suka, camana struggle with acceptence oleh kawan2, camana we struggle dengan isu penampilan yang dijadikan sebab kita dijadikan ejekan or mangsa buli di skul. Cerita True Beauty ni adalah semua tu. Sia generally tidak akan berminat kalau orang cakap cerita ni pasal remaja2, cos macam cliche and boring ba kalau difikir sekali imbas. But this drama berjayaa dengan jayanya bikin sia glued to my chair. 

Main actor dia si Lim Ju Kyung, remaja perempuan innocent yang struggling sama muka dia yang dilabel sebagai hodoh, sampaikan dia jadi mangsa buli oleh budak2 di sekolah dia. I like that dorang pilih pelakon perempuan yg fresh di mata sia sebab sia belum pernah nampak dia sebelum ni, jadi sia nda terbawa-bawa sama character dia yg lain. She nailed it eh. Bila dia sebagai si hodoh, it's believable sebab there's something genuine about her. And then dia nda tahan sudah, dia pindah sekolah. Dia decided untuk mekap dan ubah penampilan dia supaya dia  boleh mulakan hidup baru di sekolah tu. Then when dia makeup, dia jadi sangat cantik, and also believable, Sebab mekap dia light and not trying too hard but glowing. Jadi dia jadi si hodoh or si cantik, dua2 dia nail. Sia suka watak si Ju Kyung ni. Sebab dia remind me of myself juga. Buat sia teringat balik sama kawan2 and senior yang pembuli. Si Ju Kyung yg lurus bendul ni pun reminds me of myself juga. 

Then the hero, OMG. He's so darn charming. Really really the type yang bikin melting. Sia usually suka ni character hero macam ni yang nampak KEBAL, susah mau tembus. Yang sombong, yang susah didekati, yang arrogant, tapi tu lahh, memang besanya dorang ni chaebol or anak orang kaya yang memang logiklah untuk pandang rendah orang lain. So si Lee Soo Ho ni memang hero cerita ni yang sangat2 perfect. Suara dia, style dia cakap guna tone yang slow, and jenis yg cakap sepatah2, dia bikin sia suka ni cerita even more sebab he's so damn attractive and camana he gets all the attention from being the top student, and he has a father yang famous, and the same time dia live alone di apartment dia yg buat dia a loner and tidak perlukan orang lain. So how watak si lelaki handsome, kaya dan pintar ni buli terjumpa si perempuan hodoh - memang sangat2 menarik. Yes I know it's a story yang selalu kita dengar. But penyampaian dorang tu kena di hati sia, kena di mata sia, buat sia Tidak give up sampai last episode.

U should know that sia banyak watch K-drama yg only half way. Dorang best tapi suddenly momentum tu menurun. Ada yang sampai episode 4 terus sia rasa cerita dia serabut. Sia stop. Ada yang best sampai 6 episode, lepas tu cerita spoil sebab satu scene yang sia rasa excitement tu boleh diprolong, tapi dikasi pendek. Pun spoil juga. Drama2 yang sia tinguk sikit2 ni terlampau la banyak, so trust me kalau sia tinguk sampai habis, ertinya tu drama memang impact dia kaw-kaw punya.

Drama ni bikin sia balik pi emosi zaman remaja yang besttt betul. Scene2 romantic dorang, dengan perangai innocent si Ju Kyung tu dan perangai jual mahal si Soon Ho tu bikin tu scenes exciting and bikin kau senyum2, lepas tu hati berbunga2. YES. It made me feel like that. Character tambahan dia, daripada kawan2 sekolah, cigu2, and family si Ju Kyung, semuanya ceria dan ada kelucuan masing2. I cannot help but just get glued to the next and the next episodes. Teda paksaan langsung mau tinguk ni drama. Momentum ni cerita berjaya untuk kekal bagus, teda scene2 yang bikin spoil or too much distraction yang bikin sia mau skip. 

Gadis hodoh yang dapat menawan hati 2 lelaki yg paling top di sekolah tu, dan camana kawan2 dorang tu memainkan peranan untuk menghidupkan suasana zaman remaja yang seronok and akan dirindui semakin jauh kita tinggalkan. Cerita ni, sampai episode akhir, dia give Justice sama semua watak2. Teda satu pun yg tertinggal. Dan dorang kasi banyak adegan romantic antara Ju Kyung and Soon Ho tu, like Full Blast kasi kaw2, sampai kan sia rasa YES, Enoughh! Sebab besa kita tengok romance drama yang terlampau layan konflik dan kau cuma nampak adegan sayang2 tu di scene paling akhir. Di True Beauty ni, dia kasi scenes sweet tu secukup-cukupnyaa sampai kau ndakan minta lebih dari tu. Macam dia betul2 buli baca fikiran audience yang at one point, definitely dorang mau tinguk more of these two lovebirds, and yess, memang tu la yg dorang kasi. Semua point2 sweet and cute yang dorang sentuh dari awal cerita tu, dibagi hilight yang secukupnya, sampaikan teda satu pun yg tertinggal dan dibazirkan. YESS, that's True Beauty.

Masa sia mau habis sudah tengok tu drama tadi, dalam hati sia berabis cakap, I want to review this drama so I won't forget what I feel about it. Sampai ada part tu sia rasa hati sia keluar bunga2, antaahhh tetiba pula hati buli keluar bullet bunga2. Kalau tumbuh bunga tu kita faham lagi kan tapi ni keluar bunga bah. Hahahahahahaha. Maybe itu kilig (tagalog word) datang daripada tu idea yang si Ju Kyung ni macam Cinderella yang telah berjaya bikin Prince Charming tu tergila-gilakan dia. Yang kenapa la semua orang nda percaya camana begitu punya handsome buli suka sama si Ju Kyung ni. Gila ehh. I love this drama, seriously. Dengan soundtrack2 yang best, cukup perisa serba serbi.

So, kepada drama2 best yang sia belum tinguk, Good Luck in trying to replace this drama as the CUTEST K-drama I've ever watched. I don't think it's gonna be easy though. *giggles.
Hi guys, Happy February!

Thursday, January 28, 2021

Jangan Terlepas Pandang...

Sekadar satu renungan...


Masa2 MCO ni biasalah kalau ada yang terjejas kerja so akan biasa kita dengar keluhan2 yang bisnes kurang, so kurang kesibukan. Kita terlalu banyak masa untuk relax. Tapi adaka kita terlepas pandang yg ketidaksibukan tu bagi kita masa untuk benda2 lain yg kita suka tapi selalu teda masa bikin. Mungkin tidak bagi pulangan wang ringgit tapi bagi kita kepuasan dalam lebih menikmati hidup. So sometimes kita kena fikir sebelum terlalu banyak mengeluh. Keluhan kita tu mungkin cuma seminit dua tapi kalau diulang-ulang, semakin berbunyi Riak walaupun terhadap diri sendiri sebab kita tidakkan manfaat yg tersembunyi.

Selalu fikir dulu keadaan diri kita yang tidak sempurna. Emosi kita, kemahuan kita, semuanya penuh dengan ketidaksempurnaan. Jadi...Kita TIDAK sentiasa betul. Sometimes kita paling banyak mengeluh masa kita ada di atas. Sebab masa tu serba serbi datang dengan mudah dalam hidup kita. Tangan kita penuh. Ada ramai kawan. Ada ramai yang sayang dan minat dan ada ramai yg menghargai kita. Tapi bukan sentiasa begitu ya kawan2.

Mungkin ada tiba masanya yang teda sepa peduli kita. So kalau memikirkan kemungkinan tu, mungkin ada baiknya kita berhenti mengeluh dengan nikmat2 kehidupan yang rasa macam bebanan pada masa ni. Bagus la ada orang2 yang selalu mau jumpa kau, mau bercakap sama kau, mau kau sentiasa ada dan definitely someone yg mau dengar bebelan kau seharian. Biarpun ada masanya kau rimas dan rasa "kebisingan", tapi percayalahh, itu adalah part and parcel kepada kemeriahan hidup yang kau akan rindukan satu masa nanti. 

So thank God sia sedar juga la sebab sometimes sia sendiri pun macam tu. Sometimes sia rasa sia attention-drunk sudah, and sia mengeluh balik2 yang I don't need that attention. Yang sia ok dengan bikin hal sia sendiri ja. How selfish kan? Sebenarnya I can't lie to myself ni semua menjadikan hidup sia sangat2 best. And sia perlu berhenti untuk selfish dan lebih menghargai. Harap2 sia buli buat lebih dari ni. Start appreciating my friends yang lain2 karenah and appreciating my customers more by meeting the dealines and attending to them more efficiently. Thank you ah God sebab kasi sia kesedaran ni.

256, cukup2 la selfish...:)  2021, lets do more things together.


Saturday, January 23, 2021

Kita Juga Akan Tua



Sia pernah bercakap pasal sorang kenalan veteran ni. But selepas last time sia tulis pasal dia ni, sia tend to know more about her selepas tu. Actually life dia at the age of 68 memang buat sia terfikir banyak benda. 

When she came to my place the other day, sia got to talk to her one to one, saja sia mau test memory dia sebab ada kawan yang anggap dia ni macam ada memory problem. I know that at home, dia tinggal dengan anak lelaki dia yang adalah anak angkat. Tapi anak angkat dia ni category lelaki lembut so dia ada tendency untuk suka lelaki. But sebagai ibu veteran macam kakak ni, dia pasrah ja biarpun dia tau kegiatan hubungan sejenis anak dia tu. Dan dia ada perangai yg sikit bebas. Dia biasa bawa ramai2 kawan datang rumah tu, mostly perempuan, untuk stay overnite di sana. Dia buat semua tu tanpa tanya pun mama dia. In other words, mama dia tu macam nda wujud ja. Dia nda mampu bising sebab dia teda tenaga untuk marah, dan kalau dia tegur sikit, anak dia tu pandai memberontak, menjawab balik dan merajuk. So mama dia prefer untuk berdiam diri ja. Dia cuma tempat anak dia tu minta duit dan dia kasi ja berapa anak dia minta. Dan tidak pernah anak dia minta keizinan untuk apa pun. Cuma sebagai mama, dia sentiasa ingat anak dia tu. Ke mana2 dia pegi dia akan tapaukan makanan untuk anak dia. Itu lah fungsi dia di rumah tu. Kakak tu adalah 2 anak kandung perempuan, dua2 sudah kawin dan tinggal lain rumah.  Masalahnya, ketiga-tiga anak dia tidak berngam. So imagine la apa macam hidup dia sebagai seorang mama yang atur hidup sendiri ja. Sebab dia ada pencen dan ada sumber pendapatan rumah sewa, so maybe anak2 dia rasa dia tidak perlukan bantuan. Sia kenal kakak ni pun sebab dia pernah join kami mansau. Terpikir juga sia betapa kesunyiannya dia sampai boleh join kami jalan2 untuk mengisi masa. 


So masa tu, sia ambil kesempatan tanya dia macam2 soalan. Dia actually tidak la sebegitu pelupa. Banyak benda dia ingat pasal masa muda dia. Bila sia tinguk gambar2 lama dia masa dia masih muda, anak2 masih kecil, dia nampak macam gambar keluarga yg biasa kita nampak kena share di social media. Yang meriah, yang bahagia, yang penuh kasih sayang dan sia pasti masa gambar tu diambil, teda sepa sangka yg akan begitu jadinya situasi dorang pada hari ni. Kakak tu adalah seorang penjawat awam yang dulunya sangat lincah, pandai bergaya, rajin bekerja, selalu outstation demi untuk cari duit overtime yang quite lumayan juga masa tu. So mungkin pasal dia selalu teda di rumah, laki dia menjalinkan hubungan sama kawan sekerja yang akhirnya adalah orang ketiga dalam perkahwinan dorang. Selepas cerai, dia jadi single mother yg besarkan anak2 dia sorang. My point is, kita buli reflect sendiri sama kehidupan kita hari ni. Apa juga yang kita ada pada hari ini, teda gerenti yg dia akan turn out jadi seperti yang kita jangka. Dalam kes kakak tu. sekurang2nya kita jangka anak2 dia yang jaga dia sekarang, jauh sekali untuk jadi ibu yang kesunyian macam sekarang ni. Terpaksa drive sorang2 dengan kereta kancil dia hanya untuk cari makanan sebab dia sudah tidak larat masak. Baru sekarang dia cakap dengan kami mau pigi melancong, sedangkan dia sebenarnya teda sudah kecergasan tu untuk ke sana ke mari. Sampai sia terfikir, kenapa dia nda buat semua tu masa muda dia ah?

Dia buat sia rasa a bit gusar memikirkan uncertainty di masa depan. Bila sia tinguk situasi life sia sekarang yang sia betul2 love life sia, walaupun dalam keadaan hidup yg serba sederhana, tapi sampai bila la sia ada semua ni kan? Tanya soalan yang sama dengan diri kamu sendiri. Kita ni sambil lewa ja dengan nikmat kehidupan di hari ni. Peluang disia-siakan as if kita confirm yang hidup kita akan sentiasa konsisten begini. Kawan2 kita yg ramai hari ni, adakah dorang ni masih ada untuk kita at least 10 tahun dari sekarang? Teda sepa yg ada jawapan. 

I can't help but untuk lebih menghargai setiap inci hidup sia ni. Bila fikir balik, apa la yang susah betul mau faham kan? Di masa kita bertenaga untuk buat apa ja, masa ni la kita buat. Jangan tunggu, jangan tangguh. Kita bukan sentiasa macam ni. Satu masa nanti, Kita Juga Akan Tua and lose the advantage yg kita ada masa muda. So jangan  angkuh dengan masa muda dengan berfikir kita akan ada masa untuk semua benda bila kita bersedia. Maybe ini lah masanya. This is the time to do it. Not later. Not someday. Cos masa kita tua, kita tidak tau apa ceritanya. Kalau masa tu kita tidak berdaya, kita tidak boleh pusing masa. Jadi jangan terlalu sandarkan dengan masa tua sebab masa sekarang la yang Terbaik untuk lakukan semuanya.


Jangan ada satu penyesalan pun untuk dibawa ke hari tua. Lets do something today that our future self will thank us for. 

Wednesday, January 20, 2021

Welcome, Twenty Twenty One


It's the 20th of Twenty Twenty One. So how's everyone doing? Good? Well, thank God we are still here! It's still not too late for me to do some flashback of 2020. How we could just let 2020 go without a proper goodbye, right? You may be 18 days away but No, I will still give you the red carpet towards that door. You are not that far yet. You can still see me.

2020 has been really a fantastic year for me, guys. I don't know how to say this differently cos I've said it so many times but I'm gonna say it again. Although we were struck by C19, but I remember "The Struggles" to still enjoy every bit of life, with the sickness that hit me, how every steps I made became even more meaningful. I remember how uncertain I was with my conditions that I had to stay alert all the time but I was so strong to fight it. I WANTED TO LIVE happily and I claimed my happiness in a way more than I usually did when I was healthy. Until the end of the 2020, I could happily admit that my mission was accomplished. I could never forget 2020 and all its glory. 

Well now, Welcome Twenty Twenty One. You already know that you might not have that burden as heavy as Twenty Twenty but a lot of us put hopes on your shoulder although we are more realistic now with the still ongoing C19 pandemic around the world. I don't know yet, but I don't think I will make an exception for you, not sure if that makes you happy or not. I will make you beat Twenty Twenty. I WILL. Now with MCO 2.0 in progress and I'm off from office for 6 days now, I should have already recharged and hibernated enough to get my visions clearer how to sail my ship from here. 

Guess what, it looks darn intriguing from here. I can't wait to find out. I can't wait to make it happen. I can't wait to MAKE YOU GREAT. Lets do this together, shall we?

Have a blessed Twenty Twenty One my dear readers :)

Sunday, December 20, 2020

Independent Women On Their Birthday


Source:https://yourstory.com/

Something about women who are independent, self sufficient and earning their own money, people think they always take care of their needs, so they are often overlooked, often the last to be spared the extra thoughts especially when it comes to, Are they okay? Of course they are okay. They can take care of themselves. They are independent, remember? That's what people thought.

I'm not in this category yet. I'm still very much dependent on some stuff. But I have friends who are really really good to go on their own but they have a family to look after. So two of my close buddies' bdays are today and yesterday. From how they spoke their mind before the birthday, I could not help but notice their silent thoughts. They wonder, Would the loved ones remember her birthday? Would they care enough to do something to make her day special? Would they even care to buy her a cake or gift to make her feel appreciated and happy? Deep inside, I feel them. They are my friends. They share their thoughts with us but I do their family give them that space to be heard? 

Yes they can buy any expensive cakes they want just like they do on anyone's birthday in the family but after all the times making everyone feel special, loved and cared, they too want to be treated like a queen on their birthday, and it doesn't have to be fancy because they can afford anything they want but it can never replace the Thoughts from the loved ones. My friends; their respective husband, after some hinting about the coming birthday, asked them, So do you want any gift? But these independent women are too used to put other people first so it's more likely they will not be too direct with their answer. But don't you think they deserve something nice? Or maybe anything thoughtful. Why do the husband needs to be told Yes, I want a gift then only he will get one? Oh, maybe because they are independent women, what else they could ask for from other people, right? Garsh, does the husband know they birthday queen is hurting inside?

The pressure to be among friends who get better treatment from their loved ones can intensify their disappointment on their birthday. One has to order her own cake because everyone else was not used to doing it. She had to say to us, It's okay, at least I get to eat the cake flavour I want. But I know she wished she didn't have to order her own bday cake. The other one had to request the parents to treat the whole family  dinner since her husband just doesn't care and isn't too keen about wasting money just to eat outside. So I was glad to know her parents and siblings did go out for dinner on her bday nite, and as usual I asked her, Hey, where's the pictures? She said, No pictures. Everyone was eating out of hunger, No cakes, no nothing. I said, WHAT? I can feel her disappointment despite the honesty. I think she did take pictures, of course she did. But probably she wasn't happy with them. It was just a normal dinner, with no reference to celebrate  her birthday. Yeah, maybe I'm sounding like I'm unnecessarily demanding on their behalves, but I have my own point. I know them and I know how much they want to be like the normal women whom loved ones are more thoughtful. But I get it. Being independent women put them the last in the list.

Please. If you have this kind of woman as your special woman, please don't think less of them especially on a special day like birthdays. I know maybe you think they can afford everything, they are too demanding and there's nothing you can do enuff to make them happy, but You are wrong. At the end of the day, your effort means a lot to them. It will make her day. She will brag about it to her friends. Just do something. Stop jumping into conclusions that she will fix anything broken including her expectations. Stop thinking that she will Not mind. Stop letting her entertain herself like she has no one. She's longing for the same attention she's giving you. Please appreciate this woman who you think DOESN'T MIND that she is put the last. She is just like other women who want to be loved and pampered. She doesn't mind a simple home-cooked dinner. She doesn't mind a home-made cake. Spend a little extra time to cuddle her, tell her sweet things like -Thank you for being such an amazing person to the family-. If you know what these independent women say behind your back about not getting the appreciation she deserves, you know you gonna buckle us and wait no more. This woman is your backbond. Love her and she will be a stronger support for the family. She is already an independent woman, make her a HAPPY independent woman by being there for her and make her feel loved, especially on her bdays. Please do that.

Wednesday, December 16, 2020

Kamu Berhak Bahagia

Kamu rasa bah, adakah Bahagia itu hanya layak untuk sesetengah orang ja? Maksudnya hanya pada berhak untuk umur tertentu, status kewangan tertentu, pekerjaan tertentu atau status perkahwinan tertentu? Sebab manusia biasa bercakap tentang, Eh, kau miskin la, mesti hidup kau susah kan? Kalau sudah susah dan serba serbi kekurangan, confirm la nda bahagia kan? Or kalau sudah capai usia 50 tahun then baru beria-ia mau jatuh cinta, mesti orang cakap, Eh kau ni umur begini masih miang lagi. Nda cukup2 ka masa muda? Or just because someone is married and anak berbaris, bila dorang mengeluh pasal perkahwinan dorang, orang akan cakap, Ui sedar la diri tu, anak sudah berderet, jangan la bikin hal. Teruskan ja perkahwinan tu. Tapi realitinya, Bahagia tu bukan semudah itu. Dalam hidup ni, bahagia datang dan pergi. Tapi untuk mereka yang sudah kehilangan sumber bahagia, adakah dorang cuma perlu pasrah dan teruskan langkah untuk habiskan sisa hidup dorang macam tu ja?

Apa yang sia belajar dari hidup ni iaitu dari orang2 keliling sia, Bahagia itu milik setiap insan. Bahagia bukan hak milik mutlak hanya untuk yg sudah berkawin ja, or yang single ja, or yang kaya ja, or yang ada duit ja, yang ada anak ja, or yang ada rumah ja etc, something like that. Tidak payah syarat2 tu semua. Kalau kamu mendambakan bahagia and willing to go towards tu, KAMU BERHAK. Teda sepa pun patut persoalkan samada hak kamu sudah expired just because kamu sudah capai certain age. Sedangkan age itu cuma giliran kamu kena lahir pi dunia ni ja. Bukan kita yang rancang kita akan lahir bila so kenapa pula benda tu seolah-olah dijadikan sebab mau menghukum mereka2 yang terus mencari bahagia seolah-olah hanya umur tertentu ja layak. Ada yang masih blur sama apa yang sia try sampaikan ni?

Apa yang buat sia terfikir ayat ni kan bila sia nampak kes2 saudara mara sia yang bercerai berai selepas begitu lama berkawin, anak sudah bujang dan bekerja, masa tu pula baru dorang cerai and masing2 move on sama pasangan masing2. Awal2 tu sia pun prejudis dan menghakimi dorang ni dari jauh. Sia rasa betul2 pelik and tidak terfikir pun kelogikan dalam akal sia caman benda tu boleh berlaku. Dorang sudah kawin lama, ada ramai anak, and then semua sangka dorang akan sama2 sampai hujung hayat. Rupanya tidak. Masing2 end up sama pasangan masing2. Senangnya mulut orang untuk bercakap yg Tua2 pun masih miang, anak sudah berderet pun masih terfikir cari pasangan lain. Dan bukan luarbiasa untuk nampak perkahwinan yang sudah tiada cinta tapi masih terus berkahwin sebab anak2. Tapi masing2 ada orang lain di dalam hati masing2. Bila I come across kes2 macam tu, sia terpaksa ubah anggapan sia selama ni. Sebab siapa yang ndamau bahagia kan? Siapa kita untuk mengadili hidup orang yg kita cuma nampak luaran ja. Senang ja untuk kita cakap, -Cuba ja la kau cinta laki or bini kau tu balik. Mesti buli mah selepas macam2 yang kamu lalui-. Tapi apa la yg kita tau kan? Kalau hati kamu nda bahagia, benda tu cuma kamu ja yang tau. Berapa ramai di luar tu yg actually menderita dalam diam sebab terperangkap dalam anggapan masyarakat yg sentiasa mengadili. Kamu jadi malu dan segan dan pasrah ja dengan situasi kamu.

Given that hidup ni singkat, kita ada begitu banyak masa kah untuk Nanti, Nanti dan Nanti Lah? Kehidupan tu sedang berlangsung setiap detik. Sekarang bila sia sudah lebih matang, sia jadi tabik sama uncle auntie sia yang berani keluar dari anggapan masyarakat dan approach kebahagiaan dorang. Ada yang decided untuk cari pasangan baru. Ada yang decided untuk terus single. Ada yang decided untuk jual nasi lemak or burger dan tinggalkan kerja di bawah aircond. Keputusan2 besar dalam hidup yg orang buat sebab dorang faham yang masa dorang di dunia ni bukanlah panjang. Dan manusia dilahirkan dengan perasaan yang mana BAHAGIA adalah satu nikmat yg semua manusia mau kejar. Tapi bahagia itu berlaku di dalam hati. Bukan benda yang kau makan. Kau sentuh atau pegang. So teda sepa yang tentukan apa yang bikin kau bahagia melainkan diri kau sendiri yg merasa. So what stops you?

Lihat orang keliling kamu, maybe kalau kita lebih terbuka dengan fakta hidup ni yang peluang untuk merasai hidup di dunia ni cuma sekali ja, so masa kita terbatas. BAHAGIA tu adalah matlamat semua orang. For once, bagus lagi masing2 kejar bahagia dan berhenti menghakimi org lain yg kejar bahagia dorang. Sekarang sia faham KENAPA perhubungan tu tidak semua akan menjadi atau berkekalan.  Sebab hubungan adalah untuk dua2 bahagia dan bukan sorang ja. Kalau kita faham seperti dorang2 yang lain, kita akan merelakan hidup terus berlangsung. Percaya la biarpun hati kita terluka, itu tetap adalah lebih baik supaya perjalanan itu boleh diteruskan untuk more possibilities di hadapan. 

Apa pun situasi kamu sekarang, kau ingat ni... iaitu KAMU BERHAK UNTUK BAHAGIA. Biarpun bukan untuk selamanya, biarpun bukan untuk masa yg dapat kamu tentukan. So kenapa la kan? Kenapa la cuma sekejap. Kamu tetap berhak untuk kejar Bahagia kamu tu selagi kamu bernafas. Kejarlah Bahagia tu sebab Kamu Berhak.

Sia bangga sama those yang sentiasa berjuang untuk bahagia. Semoga bahagia tu akan jadi milik kita semua. :)

Sunday, December 6, 2020

The Forgiven Chef

 Ada ba satu restoran ni nda jauh dari tempat keja sia. In fact banyak restoran di sana yang almost semua sia pernah try. Cuma ni la tempat yang sia rasa makanan goreng2 dia sedap, portion dia berbaloi dengan harga yang reasonable. Tempat lain pun ada kelebihan masing2 tapi speaking of goreng2, memang di tempat ni la no 1 dalam ranking sia. Gara2 selalu pi sana selama bertahun-tahun, kami tau chef dia mana satu. Kalau my fwen lagi yg terover cerewet, dia akan terang2 tanya, Ada chef ka ni hari? Kalau ada, baru dia order. 

So macam ni cerita dia. Selepas berkali2 datang makan situ, tiba2 satu hari tu makanan yang datang tu tidak sama sudah kualiti rasa dia. Sangat out. Sampai kami nda pecaya dan bertinguan. Masa tu macam nampak juga kelibat si chef tu di dapur, tapi kenapa nda sedap? So memandangkan kami betul2 nda percaya yang chef tu yg masak tu makanan, kami teka memang one of the 2 assistants yg bikin. My friend tiba2 mengamuk sama tu waitress yang dia kenal. She said, "Kamu sudah tau kan kami selalu makan di sini mesti mau tu chef yg masak. Kenapa kamu suruh orang lain yg masak? Nda sedap ni makanan hari ni." Dengan nada marah dan nda bertapis. Tekejut sia dia macam tu. Nda sangka betul. Sampai semua pekerja2 di sana tengok dan bercakap sesama sendiri. Tu assistant yg kena tuduh masak pun kedengaran menafikan. Dia cakap bukan dia yg masak. Tu chef yg masak. Tapi kami nda percaya sama sekali.

Selepas kejadian tu, kami masih pi sana selepas satu tempoh bertenang yg lama juga la, terutama kawan sia tu. Sia ok ja sebab ada beberapa kali yang sia rasa bukan tu chef yg masak tapi rasa dia ok juga biarpun selalunya memang kalau nda ngam rasa dia, sia anggap ja trainee chef yang masak. Tu chef pun kenal sudah muka kami. Sometimes kami berlimpas lagi masa mau pi sana, and tu chef cakap dia sedang rest and mau balik rumah. So kami pigi juga cuma nda order yang masak2 lah. Order yg sedia ada ja.

So selepas tu, ada beberapa kali yang kami ada di sana and tu chef confirm ada. Dan kami confirm teda assistant dia. Confirm dia yang masak tapi still masakan dia sometimes nda kena. Masa tu kawan sia pun nda buli cakap apa2 sudah. Sebab dia nda buli tuduh orang lain sudah. Memang sure tu chef yg masak.

Paling last kami pegi 2 hari yg lalu. Nampak sendiri tu chef yang ambil bahan dari freezer yang dorang taruh di luar. I said, Nahh nasib baik ada tu chef. So my fwen order mi soup yang dia craving. Sampai2 ja, banyak dia komplen. Tu mi keras la. Udang nda fresh lah. Tapi dia cakap tu soup sedap juga la. So dia makan juga sampai habis sia tinguk. Biarpun bising mulut dia. Hahahaha.

Guess what? Selepas beberapa kali tu chef sebenarnya nda perform dalam masakan2 dia, dia tetap kekal sebagai chef yg terbaik di fikiran kami. Kami punya level percaya sama kerja dia tu sampai kami salahkan orang lain yg masak bila kebetulan ada orang lain masuk dapur dan makanan tu nda sesedap selalu. Tapi balik2 jua dia kedapatan dan pasti yg dia yang masak and still tidak selalu tip top masakan dia. Tapi balik2 juga kami datang dan percaya dia akan masak yg paling sedap sudah untuk kali ni. 

Maybe attitude kita dalam life memang macam tu. Kalau kita sudah ada impression yg begitu baik terhadap seseorang, orang tu mungkin akan berkali-kali let us down tapi kita akan cari excuse kenapa org tu berkelakuan gitu. Kita akan cari alasan supaya kita nda perlu blame org tu. Kita protect dia dengan macam2 explanation. Dan yang paling mengharukan, kita terus percaya sama tu urg dan kita yakin dia akan kembali jadi diri dia sebagaimana yang mula2 kita kenal dia.  

Yes, sebegitu pemaafnya kita sebenarnya. Cuma bukan untuk semua org. Adalah sorang dua yang kita letak di tempat yg lebih special sikit. Dorang ni ibarat macam chef fav tu yang sometimes masak nda sedap, tapi kita maafkan dia dan percaya next time dia akan masak sedap balik. Mungkin satu masa kita akan berenti memaafkan and find a new fav chef. Nobody can stop that too. It's okay. Yang penting kita faham lumrah manusia yang tidak sempurna. Tapi God ciptakan Forgiveness untuk kita deal sama ketidaksempurnaan kita sesama sendiri. Guna la pemberian tu kan sebab forgiveness tu ciptaan yg indah :)