Source: Agoda.com
Selepas experience sia pi staycation with my girl buddies (dorang ni bukan considered rapat pun sama sia but sia kenal all of them kecuali sorang yg sia baru jumpa on that day. Sebenarnya quite suprised yang sia setuju untuk pigi tu trip considering sia punya kecerewetan. But betul2 cerewet ka sia sebenarnya?
Selama ni, sia tau beberapa benda iaitu sia memang memilih kawan. Sia nda kisah kurang kawan asalkan kawan2 sia tu yg sia suka ja. Sia jenis yang nda suka share juga sebenarnya. I'm used to have my own space and sia prefer macam tu. Susah untuk sia imagine sia simply share room sama mana2 kawan walau camana pun rapatnya cos rapat kami pun bukan lah sampai level kau share katil or selimut. Definitely sia bukan gitu. Sia bukan jenis yg kalau sia terpaksa share my space, sia akan terus get used or get comfortable, melainkan sangat terdesak but that gonna make me feel awkward the whole time. So this idea to spend a nite with friends that I don't consider close (except for one of them yg selalu lepak at my office) was considered rare and macam satu challenge juga for me.
So apa verdict dia selepas dua hari spending time with these people? Sharing house, sharing bathroom, sharing bedroom and even sharing dining table and ate together. Rupanya sia ni considered "Very reasonable" sebab sia nda complain benda2 kecil. Dalam kami beberapa orang, ada yang lebih teruk daripada sia. Benda kecil sudah mau bisik2. Like, Eh sepa guna tu toilet tadi, entah ada siram ka teda. Hal macam tu bah. Imagine lahh. Dalam keadaan kamu semua adults yang buli berfikir, masih wujud juga satu dua antara kami yang mencari issue2 untuk dibangkit. Sikit2 geli, sikit2 pening, sikit2 bising, sikit2 cakap org membazir... Uishhh... sandi ehhh. None of the above yang sia bikin ooo. Punya bangga sia dengan diri sia sendiri yg cukup cewewet sudah nii. Rupanya ada pula yang lagii sandi dari sia.
Level kesandian dia tu kan as if dorang pissed at anything that make sound or move. Tidak buli kalau teda benda yang nda kena bangkit. Macam something wrong kalau dorg akun semua ok. Katil di rumah tu pun kena check satu2. Nda buli ada stain sikit terus geliii ndamau guna terus katil tu. Di suruh pi tingkat bawah, takut ada hantu pula. Pi sofa, geli pula. Aduiiii. Lepas kena masak, ada yg geli mau makan sebab takut sakit perut or takut nda bersih sbab bukan tangan sendiri yang masak. Sedangkan sia? Sia ok ja dan enjoy every moment, banyak ketawa, banyak pot pet dan macam2 la sia cerita. Not to mention time kupi2, lepak2 makan junkfoods, leisure yang paling sia enjoyy. I was surprised yang nda payah pun my favourite people yg di depan sia. Sia decided to enjoy everything at the present moment dan tengok dorang melalui kebaikan dan kelebihan dorang yang sia nampak masa tu.
Selepas balik dari trip tu, cerita2 la sama sorang kawan tu. Mula la dia bercakap yg dia nda happy sudah on the second day. Banyak benda2 mengganggu fikiran dia. Dia nda puas hati sama one of the friends yang bisik2 nda puas hati pasal bayaran. Lepas tu how dia mentioned that same friend juga yg kasi spoil mood dia. Tapi sia nda rasa pun semua tu. Sia okkkkk jaa. Tapi bukan sia nda sedar benda tu berlaku cuma bukan tu focus sia. Sia focus on benda2 yang sia sukaa and sia focus berabisss sampai teda sepa yang buli bring sia down masa tu.
I loved the place. Sudah lah sejuk, ada gunung, ada bunga2, and meriah sama orang2 dalam suasana yang damai. Garsh. Cabin kami pun cantik. Sepa yang masih nda menghargai tu semua, memang rugi. Dan syabas untuk diri sia, actually maybe selama ni sia PERNAH begitu teruk tapi sia tidak selamanya begitu. Kebijaksanaan ni mengubah kita. Mustahil kita nda belajar tentang kemanusiaan dan mustahil pengalaman nda mematangkan kita. Sia pun tidak sedar sejak bila yang I tried to loosen up sikit sia punya kecerewetan tu. Ah, remind me how I love being an adult. Ni la kelebihan dia.
Sampai bila mau cerewet kan? Kalau bangga sama diri yang serba cerewet tu, tolong stay sorang2 at home and jangan lagi fikir mau join trip2 macam ni. I mean, kalau kau rasa kau paling bersih, kau paling kemas, kau paling teliti, kau lah paling segala-galanya, tinggal la di Istana kau sendiri. Jangan lah mix dengan orang and pegi trip begini, buang duit hanya untuk cari kelemahan orang lain. How immature. Dorang ni kawan2 sia juga but maybe dorang pun akan lalui proses adaptasi kan pematangan juga. Anggap ja gitu la. Maybe sia dulu pun macam dorang ni. Si sombong yg cerewet. Apa untung dia? TEDA.
Sia cakap2 gini macam la sia cukup bagus sudah kunun kan? Hahahaha. Inda. Sia masih juga cewewet sebenarnya tapi like I said, biar bertempat. Maybe sia lalui phase yang sukar dengan panic disorder sia, trust me sia beribu-ribu kali mau jadi normal macam orang lain. Sia akan grab itu chance untuk menikmati kehidupan sebagai seorang yg tidak perlu melalui simptom2 yang menyengsarakan sia. Or maybe "Pain" tu buat sia lebih appreciate life or actually memang sia appreciate life pun before that. So imagine jaa the amount of gratefulness that I have now. Kamu fikir sia mau sia-siakan dengan benda2 remeh gitu?
Jangan mau rugi dalam hal2 menikmati pemberian Tuhan ni. Kutip benda yang indah2 sejaa sebab kadang2 yg nda indah tu dibagi juga sama kau walaupun kau nda mau. Cukup2 la rugi di sana. Biar benda yang kita atur sendiri, biar tiada lain melainkan untung2 belaka. Untung la dalam menghargai rasa bahagia dalam hidup ni.
Jangan biar sifat cerewet tu blok kebahagian tu. OK?