Statcounter

Tuesday, June 16, 2020

Jadilah Kawan Yang Begitu

About a month ago, I decided to help me 3 clueless friends. The help is considered big because it's a massive help for them. Sia punya decision untuk help dorang tu bukan satu keputusan yg begitu mudah. Sebab bukan senang dalam keadaan MCO masa tu. Sia perlukan banyak details dorang untuk tulung dorang isi form segala. Padahal dorang pun hari2 sama fon juga. Cuma tu lah, maybe nda so tech-savvy, sia faham juga lah. Or just lazy and refuse untuk upgrade skill masing2. I mean, dalam keadaan sia nda terjumpa dorang sudah 2 bulan masa tu, it was not my responsibility to even care welfare dorang knowing that they are also surrounded by people who could do it for them.

But entah lahh. I just thought. Eh, why not help them kan? Oh, I think I talked about it di post sia sebelum ni. Remember kawan yg kasi pinjam sia jaket jeans dia masa hujan? Yeah, that time lah. Tapi masa tu sia cuma tulung dia ja kan. I ended up tulung another 2 friends benda yang sama. Dengan begitu kepayahan dan reluctance nya sia tapi sia redahh juga. Reason sia adalah, KENAPA TIDAK? Maybe ada kesian dalam hati, ada rasa kemanusian, persahabatan dan akhir sekali, of course, kalau berbuat baik tu tidak sesusah mana, kenapa tidak? Sia mimang rasa itu conscience sia yg buat sia rasa mau tulung. Biarpun tiada reward.

Kalau diikutkan hati, buli ja sia highlight benda2 nda best yg pernah berlaku antara kami. Di masa si kawan tu backbiting sia di belakang, or di masa si kawan satu lagi tu tidak amanah dengan pegi guna duit yg customer kirim melalui dia. She also made me lose RM100 sebab idea dia and she didn't take responsibility at all. Sia ingat tu semua walaupun sia sudah forgive dorang. But I don't forget. Buli ja sia ambil peluang tu untuk jadi kawan yang tidak peduli. Just like kawan2 dorang yg lain yg tidak peduli pun. Kenapa pula sia yg kena peduli dorang kan? Nahh itu la thoughts yang berlegar2 di kepala sia. 

Selepas I decided to help the first friend, sia tanya2 lagi kawan kedua, dia pun blur. Sia nampak dia punya effort tapi dia just too blur to know what's next. Then ringan pula hati sia tiba2. BAHH, mari lah sia tulung! Ok done. And then the third one pun sia tau dia lagi la terkapai2. Sudahlah gaduh sama anak perempuan dia yg selalu dia harap untuk tulung2 dia. Then timbul lagi kesian. Walaupun dia ni musuh ramai org sebab mulut dan panas baran dia. Tapi sia masih pandang kebaikan dia walaupun sekecil mana. Then again, sia offer, Bahh marilah sia tulunggg.

So akhirnya, semuanya mendatangkan hasil. Syukurrrr. Dalam pada tu, ada lagi issue lain yg dorang bisingkan pasal si kawan ni pentingkan diri dan mau sendiri ja maju ke depan. Sia jadi mediator juga la kunun. Terus buat sia terfikir, Kalau la sia berfikir macam tu hari tu, mesti sia sorang2 ja yg dapat untung kan? Sia bilang ah. Mimang pedas juga ayat2 sia ni kadang2. Sebab sia geram. Benda kecil2 pun dorang mau berkira. Nampak mau sorang ja maju. Senang cerita, KALAU lah sia macam dorang, mudahnya untuk sia bikin. Petik jari ja. Tapi sia TIDAK. Jadi sia harap dorang buli fikir kalau ada kawan yg sanggup tolong dorang, patutnya dorang pun sanggup tolong kawan yang lain dengan nilai2 kemanusiaan yang sama!! 

So kawan yg pernah kasi pinjam jaket tu cakap sama sia tadi, "256, masa macam tu la kita tau sepa kawan yg sebenar!!!" Dalam hati sia, Noo, jangan tujukan benda tu sama sia. Sia bukan kawan yang begitu. Sia kawan yg biasa2 ja. Sia buli cakap Tidak sama kau berkali-kali tanpa rasa bersalah. Sia buli lukakan hati kau dengan kata2 dan perbuatan sia. Cuma sekali tu ja sia tulung. Jangan kasi sia award begitu senang. Sia ndamau pengikhtirafan begitu. Semakin kau kasi up sia, semakin kau akan terluka sama perbuatan sia di masa depan. Jadi anggap sia sebagai kawan biasa2. Cukup lah.

Kemarin kami sibuk plan a staycation with all ladies only. Plan punya plan, as usual sia mimang Tuan Director kalau di setiap plan yg sia terlibat. Especially kalau teda yg mau take charge atau teda yg better at doing that. Lagipun sia ndamau benda yang sia commit my time, org plan cincai2. I usually mau the best, or else kenapa lah sia nda ikut. So begitu la sia, kawan2. Bukan juga the best yg sampai susah urg mau ikut, but at least plan tu tersusun, bersistem dan tidak kelam kabut. Sia nda suka plan cincai2 lepas tu berserabut. Tapi jan kamu salah faham ah. Bukan bermaksud sia set standard yg tinggi untuk satu perancangan tu sampaikan org terbeban. No, tidak. Lets say pasal pegi trip or anything, at least sudah kena set semua tempat yg mau dipigi. Sudah buat research. Begitu la style sia. Sia nda suka main redah ja lepas tu masa terbuang gitu ja. Ndamau gitu. So tiba2 ada org mau join last minute yang kami susah mau tolak. But quota kami terlebih. Then suddenly sia ringankan hati untuk mau tarik diri. But kawan sia yang mulakan idea tu trip (iaitu the same friend yg kasi pinjam jaket) said to me, Kalau kau teda, kenapa la nda jadi ni trip!!! Ingat yg party Raya dorang bikin sebelum tu? Delay 2 kali gara2 sia. Kasi ke tiga tu kasi jadi sebab ada sia. Tapi kawan sorang tu pula teda, clash jadual dia. But my friend bersusah payah kasi jadi juga tu acara di office dia - then I figured out. Kenapa la yang lain tiada, yg penting si 256 ada! 

Jadi walaupun nda dicakap terang2, kita tau juga sepa yg betul2 appreciate kita kan? Sia bersyukur dalam keadaan mulut laser dan pedas sia ni kadang2, kawan2 sia sanggup hadap tu semua. In fact, semalam, masa berwasap2 sama one of the friends yang sia tulung tu tapi pasal hal lain, sempat dia panas sama sia sebab sia cakap terus terang yg idea dia sudah kasi rugi kawan2 kami yg lain sebab dia recommend someone untuk buat kerja yg harga RM100 tapi tidak berbaloi sama harga. Memang la dia panas. Hahahahaha. Tapi itu kebenaran. Berani kan sia cakap gitu sama someone yg 7 tahun senior dari sia? Hahahahahaa. Sia tau dia panas tapi sia lajak ja. Then sia tau juga last2 dia ndamau tersilap cakap sama sia sebab dia tau sikit2 hal pun sama sia juga dia bertanya dan mengadu. Sempat dia minta sorry sama sia kalau dia ada tersalah cakap, terkasar bahasa. Sia ketawa ja sebab sia tau sia sudah kasi panas dia. I said, Lucu juga tu cakap gitu? Malas sia mau bikin ayat emo. Ndapa, next time jumpa sia lepak makan kuih pisang sama sia pun anggap seja zero-zero balik. Ok ja tu!!

Sia ada byk hal lebih rumit dari tu. Tapi dalam masa2 gini, sia rasa tidak susah jadi kawan yg buli mendengar dan bercakap bila perlu. Kadang2 urg cakap apa guna kau belajar tinggi2 tapi kerja cikai2, well, ini la guna dia. Sebagai individu kau tetap ada kelebihan tapi teda guna kalau kau nda gunakan untuk kebaikan orang lain juga. Di sini la kau mau buktikan kebergunaan kau. Jadi lah manusia yg kawan kau akan pilih untuk selamatkan kalau dia cuma ada satu org ja yg boleh dia selamatkan selain diri dia. Nah, itu simbolik ja. Jan terlampau mengharaplah ok? Selesa lah jadi seorang kawan. Semoga lebih banyak baik kau daripada jahat kau. 

Jadilah kawan yg begitu. 

No comments: