Statcounter

Friday, February 26, 2021

Awesome To Some


Kita semua Awesome dalam Sesuatu.

Ada yang dilahirkan sebagai pendengar yang baik. Ada yang dilahirkan sebagai penasihat yang baik. Ada yang berbakat dalam menyanyi dan menari, ada yang pandai melukis, ada yang pintar dan berIQ tinggi, ada yang kreatif, ada yang bijak merancang dan berstrategi, ada yang cekap komputer, ada yang pandai masak, ada yang rajin dan pembersih, WOW...hebatnyaaaa kamu2 semua kan? Not to mention yang ada fizikal yang menarik, senyuman yg manis, wow woww. Sampai bisuk nda habis kalau mau senarai semua.

Of course mimang yang cipta kita tu juga la patut dapat pujian yang pertama. Sebab keunikan kita tu buatkan kita saling melengkapi. Dia nda jadikan sesiapa SEMPURNA dan teda sepa yang memiliki segala-galanya. Dia bagi kita satu pakej Kelebihan dan Kekurangan yang kita kena terima dan cabaran kita adalah untuk menjalani kehidupan yang kita mau berbekalkan pakej yg dibagi sama kita ni. Yes, most of you already know, of course la kita guna yang Kelebihan tu sebagai senjata untuk mencapai apa yang kita mau. Ada juga yang terus berjuang mencari kelebihan2 baru yg boleh dipelajari, boleh dilatih. Ikut masing2 jaa macamana memacu diri untuk hidup yang maksimum.  

Ada masa kita rasa tewas dengan kekurangan kita, kadang2 penerimaan orang dengan personaliti kita tu tidak macam yg kita mau. Kawan tikam belakang, kekasih curang, boss tidak berngam, saudara mara pula asyik mengumpat pasal kita, Well, tu semua boleh ja berlaku pada sesiapa. Sometimes kita rasa down dan terlupa nilai diri kita di mana. Familiar, right?

Point sia sini adalah, jangan lupa yg bukan misi kau di dunia ni untuk mencari kesempurnaan. Kau cuma perlu jadi diri kau dengan berbekalkan kelebihan kau. Jadi laa diri kau yang ITU. Jangan la cari beribu batu sampai terlupa harta tu ada dalam diri kau. Mau contoh? 

Dalam capacity diri sia sendiri, sia sudah puas mengira kekurangan sia selama hidup sia ni. Banyaknya ya ampunnn. Pernah jatuh tersungkur berkali-kali juga. Nda buli kira sudah berapa kesiannya sia sama diri sia ni sometimes sebab dikasi personality yang sebegini rumit. I quit trying. Sia terima kelemahan diri. Tapi personality yg rumit ni datang sama2 dengan sifat senang menghargai. Jadi sia hargai sisi baik diri sia yang nda la sebanyak mana. Tapi guess what, dalam yang sikit2 tu tapi kalau kesyukuran tu tinggi, dia rasa Penuh dan Cukup. So berbekalkan dengan kelebihan yang tidak la banyak tapi disertakan dengan kesyukuran, sia rasa cukup untuk sia simpulkan bahawa:

Kau bukanlah dijadikan untuk  jadi Awesome untuk Semua orang. TIDAK. Kau ada misi kau tersendiri. Jan kau risau sama beribu orang di luar sana yang tidak berpeluang kenal sama kau. Yang seberapa kerat ada di depan kau ni ja yang kau patut ambil kira. Kalau kau dapat sentuh life dorang dengan cara yang dorang ndakan lupa, ITU LAH MISI KAU yang sudah kau penuhi. Cukup lah untuk jadi Superman/Superwoman kepada orang2 ini, jangan kau peduli yang di luar sana yang tidak ditakdirkan untuk senada seirama sama kau. Dorang ada cerita dan misi masing2 juga. So percaya la biarpun ada beribu orang cakap kita ni "Biasa-biasa" or "Teda-teda", or even pandang kita sebelah mata, like I always say, PEDULI APA? Sebab sia tau, untuk beberapa orang yg dijadikan ada mata untuk nampak kelebihan sia, sia cukup hebat di mata dorang. Itu sudah cukup. Sia nda perlu yang di luar sana tu. Apa guna kalau ada beribu kenalan tapi teda yang betul2 rasa kita Awesome? So cukup lah kita cuma Awesome to Some but kita betul2 awesome di hati dorang. Bukan awesome setakat di mulut dorang tapi they really mean it. So itu pun sudah betul2 rewarding, more than words can say. 

So to the Awesome people out there, teruskan ke-awesome-an kamu tu and Please shine everywhere you go and who knows we will be the in each other's Awesome List. Go ahead and be in mine, be my guest :))

Saturday, February 20, 2021

Nangis Dulu Ketawa Kemudian

Ini cerita sorang kenalan yang jauh lebih senior. A single mother yang merantau ke Sabah dari Johor. Dia ni umur sudah kategori warga emas, tapi dia nampak more than 10 years younger kalau tengok dari luaran dia. Comel dan cerdas. Plus dia ni bukan calang2 perempuan juga sebab dia ada sejarah kerjaya yang bagus semasa dia muda. Ada banglo harga 3.5 juta di hometown dia hasil titik peluh dia jadi contractor. Tapi tu lah, dia banyak kali gagal dalam perkahwinan. Kalau orang lain mungkin sudah serik. Tadi dia tidak. 7 tahun dia merantau ke Sabah, sentiasa berharap jumpa seseorang yang boleh jadi teman hidup dia.

Banyak2 hubungan dia sama lelaki, ada beberapa kali ura-ura mau ke fasa seterusnya. Tapi ada ja masalah. Tapi kes yang berlaku hujung tahun lalu betul2 yang paling teruk dalam pengalaman hidup dia. Sorang pesara guru ni berkenan la sama dia. Dan beriya-iya mau kawin dia. Sampai dia bawa dia jumpa keluarga dia di 3 lokasi yang berbeza, buat majlis makan2. Keluarga2 lelaki tu suka dengan kakak ni yang memang pandai bawa diri. Lelaki tu duda kematian bini, seorang yg berharta dan paling penting, sudah canang dengan semua orang dan berjanji untuk jaga kakak tu dengan kawin sama dia. Sudah cakap sama adik beradik kakak tu lagi dari fon. In fact, dorg sudah shopping beli cincin dan baju untuk majlis pertunangan.  3 hari sebelum hari tu, tiba2 lelaki tu wasap dia cakap pertunangan tu nda jadi. Dia suruh kakak tu sembayang hajat utk diminta petunjuk jodoh. So masa tu kakak tu tergamam nda pecaya yang semudah tu lelaki tu cakap begitu. Dia down habis sampaikan dekat mau gila memikirkan rasa malu orang keliling yg sudah tau pasal tu. Sampai sekarang dia tidak tau apa sebab lelaki tu buat keputusan begitu. Dan dia masih sakit hati yang tidak terkata. Masa cerita dengan sia tadi pun dia keluar air mata. Perasaan dibuang macam sampah yang disapu masuk parit, itu la yang dia rasa. Dia cakap dia plan mau tulis surat sama lelaki tu sebelum dia balik Johor. Dia mau tulis yg mudah-mudahan anak perempuan kau nda akan kena macam yang sia kena. Wow. Padu gilaaaa ayat dia. I said, YES, sia sukung. Mana buli dia suka2 buat perempuan gitu? Langsung tidak bertanggungjawab. Nasib baik kakak ni kuat. Kalau sia yang kena, entah apa la yang akan berlaku. Tapi memang perlu satu tamparan hebat untuk kasi penutup, memandangkan lelaki tu langsung tidak pedulikan kakak tu sudah selepas tu. Nda patut kan?

So, baru tadi dia bagitau sia satu rahsia yang dia simpan and baru tergerak hati mau bagitau sia dan minta pendapat sia. Rupanya masa hati dia sedang terluka tu, dia dapat message dari satu orang lelaki asal KL yang berminat mau kenal dia. Lelaki tu terus terang dia sudah ada 2 bini. Selepas dorang chat for a while, tu lelaki menyatakan hasrat dia untuk kasi jadi dia bini ke 3. Sebab dia ada kemampuan dan dia teringin mau jadi orang yg menjaga kakak ni apa lagi bila tau dia ni ibu tunggal. So niat dia tu nampak ikhlas. This part, kita masih boleh meragui, apa lagi yang dorang memang belum pernah jumpa. Bukan nda biasa kita dengar cerita orang kena scam guna janji2 palsu ni. TAPI...akhirnya lelaki tu buktikan. Buat masa ni kan belum boleh rentas negeri, jadi dorang memang belum boleh jumpa.  Tapi dorang selalu video call so sudah tau camana rupa masing2. Tapi yang menariknya, selepas lelaki tu cakap hasrat mau jadikan dia bini ke 3, dia sudah mula menjaga hal ehwal kakak tu. Dia tanya apa sumber pendapatan dia, berapa sewa dia, di mana dia mau pegi, apa dia mau beli, and guess what? Dia minta no akaun kakak tu and bank in duit sama kakak tu untuk bayar semua keperluan2 dia. Paling sikit dia bank in RM200, and kalau kakak tu cakap dia mau shopping something, dia akan kasi masuk RM500, RM300, RM800 (untuk sewa) so sejak Disember 2020 tu, dia yang tanggung semua perbelanjaan kakak tu biarpun dorang tidak pernah jumpa, dan cuma videocall ja. Dalam pada tu, lelaki tu sudah rancang selepas dorang nikah, dia akan sewakan rumah yg selesa untuk kakak tu tinggal. Cuma satu ja syarat lelaki tu adalah, pernikahan tu adalah tanpa pengetahuan bini2 lain. Dan dia tidak akan bermalam di rumah kakak tu sebab dia akan stay dengan bini pertama. Dia cuma akan jumpa sebelah siang ja, itu pun masa office hours. So bagi kakak tu, ni satu benda yang sangat menyenangkan dia. Sebab dalam pada dia akan ditanggung oleh bakal suami tu, dia juga boleh teruskan hidup dia yang macam bujangan, boleh lepak dengan kawan2, ada masa buat hobi dia dan the idea that you don't have to spend time with your husband all the time tu satu idea yang bagus, kurang pergaduhan, lebih banyak merindu dan still macam ala-ala couple sebelum kawin yg jumpa masa dating ja tapi pulang rumah masing2. So sekarang kakak tu cuma tunggu masa when larangan rentas negeri tu dibuka, dan dia boleh teruskan rancangan pernikahan sama lelaki tu di KL. 

If you ask me la kan, for me, lelaki dengan kata2 manis tu bersepah sana sini. Apa yang perempuan matang perlukan sebenarnya bukan lah Cinta yang utama, tapi adalah Security. Dan hal ehwal duit tu nda buli dinafikan adalah meliputi sebahagian besar Security yang perempuan mau. So lelaki biasanya lulus dalam macam2 perkara. Mungkin dorang lulus bab penampilan, lulus bab karier, lulus bab mengayat, lulus bab memberi harapan, lulus bab membuatkan kau di awangan, YES, dorang mungkin lulus benda2 tu semua. Ada yang bertanggungjawab, dan berniat untuk membahagiakan kau tapi dia teda kemampuan dari segi wang ringgit. Ataupun kau buli ja jumpa yang ada kemampuan wang ringgit tapi tidak dapat menanggung kau juga sebab kau bukan keutamaan dia dan dia nda pandai atur kewangan dia. So kau end up terkapai2 dan tidak bahagia. 

Cintan cintun tu bukan nda penting. Dia penting juga cuma cinta ni buli pudar. Kalau kita bersandarkan dengan cinta, akhirnya kita berisiko untuk still terkapai-kapai dalam perkahwinan yang tidak bahagia bila cinta sudah hilang. Security tu adalah sesuatu JAMINAN yang bila sudah teda cinta dan sayang, kau masih boleh teruskan hidup tanpa perlu hidup merempat biarpun hati kau sedih dan sunyi. Tapi sekurang2nya keselesaan hidup kau akan jadi penawar. Ini lah yang dicari oleh perempuan2 matang. Bagi sia apa yang dioffer sama kakak tu seperti orang mengantuk disorongkan bantal. Of course kalau dibagi pilihan, semua mau jadi bini yang satu-satunya. Mau jadi sorang ja yang dimanja. But dalam kes kakak tu, memang sudah dibenarkan oleh agama untuk lelaki bermadu, yang penting mampu. And lelaki tu telah buktikan dia ada kemampuan tu biarpun dari kejauhan dorang sekarang ni yang dia sudah mula menyara kakak. Bukankah itu sudah 50% menunaikan tanggungjawab dia? Kalau dia tiba2 bikin hal pun, bukan kakak tu yg rugi kan?

Jadi bayangkan la, pada awal kami cerita tu dia boleh menangis pasal lelaki yg memalukan dia dengan tiba2 cancel pertunangan, Can't you see why it has to happen? I told her, Kak, just let that man go! Sudah terbukti kenapa kakak perlu terluka dulu sebab kalau la kamu jadi bertunang, belum tentu kakak bahagia sebab lelaki tu belum buktikan apa2 pun. Sedangkan pertunangan pun dia boleh cancel last minute, imagine la apa benda lagi yg dia buli bikin. So look at it this way. Memang sudah tertulis yang terbaik untuk kakak iaitu ada lelaki yg lebih berbaloi untuk diberi komitment akan datang selepas luka dan tangisan itu. Walaupun kakak tu masih sakit hati dengan lelaki pertama tu, dia nda buli nafikan begitu besar punya rahmat yang datang sama dia lepas tu. Sampaikan dia buli sudah bayangkan yang tidak mustahil lelaki tu yg akan dapat hantar dia naik Haji. Tidak mustahil dia akan boleh melancong dengan kawan2  - semua impian2 ni dia ada cakap masa mula2 kami berbual tu yang kununnya "Kalau la sia menang loteri, sia akan buat itu buat ini," Bila teringat ja pasal loteri tu, sia buli tercakap, KAK, forget about the lottery. Ni lelaki la lottery kakak! Even better than impian menang berjuta duit yang entah boleh tercapai ka nda. Yang ni depan mata, terus satu pakej sama akhirnya dia dapat suami yang selama ni dia cari2. 

So jangan main2 sama kesakitan yang amat sangat. Selalunya yang lebih baik tu akan menjelma selepas itu and akhirnya kau terpaksa akun, kesakitan tu semua kau perlu lalui untuk "buka hadiah" yang disediakan untuk kau. Just have Faith :) 

Tuesday, February 16, 2021

Si Pelik & Si Tidak Tau Malu


Cuba kamurang baca tu tajuk balik. And then cuba imagine, apa macam kalau dua orang ni bertembung ah?

Si Pelik ni, well, seperti namanya, mimang pelik la ba kan. Kalau dia nda pelik, nda la dia kena kasi tu nama. Memang pelik dia tu lain macam la bah. Maybe sebab dilahirkan memang sebegitu complicated personality dia, jadi dia terpaksa jua akun yang dia memang si Pelik. Tapi si Pelik ni nda semestinya bangga dengan kepelikan dia tu. Sebab kepelikan dia tu buat dia susah didekati. Susah mau bikin kawan sama dia. Mau kesabaran. Dan kesabaran tu bukan semua orang ada. Besanya orang memang nda la sempat berkawan sama dia ni sebab kepelikan dia tu. So seperti dijangka, si Pelik ni nda ramai kawan. Tapi kawan2 dia yg sikit tu besanya akan appreciate friendship dia ni. So maybe ada jua kali sikit keistimewaan si Pelik ni. Hanya sebilangan manusia ja yang tau. So itu lah al-kisahnya si Pelik ni.

So alkisahnya the other side of the world wujud pula si Tidak Tau Malu ni. Jolokan tu bukan semestinya dari segi negatif. Come to think about it, si Tidak Tau Malu ni ada trait yg bukan biasa2 juga. Cos kalau dia biasa2, teda la dia kena bagi jolokan gitu. Cos di sebalik seorang yg Tidak Tau Malu, ada keberanian, ada keazaman, ada persistence - yang teda sama seorang yg coward. Tu pasal dia mungkin lebih sesuai kena panggil si Starring. Hahahahaahaha. Cos ciri2 starring tu lebih kurang sama ja. So persoalannya sekarang, sekiranya sudah aturan universe ni bikin si Tidak Tau Malu, bertembung sama Si Pelik, apa la yang mungkin berlaku?

Tapi kalau la bukan macam yang si Tidak Tau Malu ni, besanya kana limpas ja si Pelik ni sebab sepa la yang sabar sama dia tu. Tapi memandangkan si Tidak Tau Malu yang terlibat, mesti outcome dia berbeza. Mesti dia akan guna kestarringan dia tu juga. Kalau si Tidak Tau Malu ni ditakdirkan mau berkawan sama si Pelik, apa mcm la tu ah? Buli kah dorang ni berkawan dan kalau ya, berapa lama dorang buli kekalkan persahabatan dorang tu? Sia pasti kamurang curious. Sia pun curious juga.

Jadi kita tunggu dan lihat la apa macam kan? Kalau ada sudah jawapan, mungkin kita buli bawa balik ni topik di satu post di masa depan...

To be continued some other time...Hehe 

Friday, February 12, 2021

True Beauty...Indeed


I was just done with the final episode of True Beauty, a K-drama yang sia cuma testing2 just first episode and terus LOCKED and STUCK. Actually sia ni not the most addicted fan of K-drama, cos I know friends yang jenis akan tengok apa ja drama terbaru, kau mention ja tajuk pun dorang tau sudah. I'm not like them. Since Crash Landing On You, there were a few good dramas but of course still ada level kebagusan masing2. Speaking of CUTENESS, the first K-drama yang palingggg kiut sia penah tinguk is You're Beautiful, penuh kekiutan tu drama. But looks like sia sudah jumpa pengganti kepada K-drama yg paling kiut yang sia pernah tinguk. Yes, this True Beauty is right for that.

Kiut GILAAA. Tu ja sia dapat cakap. Dari awal sampai habis ni cerita, yes ada adegan air mata. Tapi kekiutan dia tu betul2 overload eh. Sebenarnya, di usia makin dewasa and matang ni, besanya kita makin jauh tinggalkan zaman remaja yang penuh dengan ke-sweet-an yang innocence. Masa tu kan zaman kita baru kenal feeling2 yang cintan-cintun ni. Baru kenal rasa camana jantung berdegup bila berdepan orang yg kita suka, camana struggle with acceptence oleh kawan2, camana we struggle dengan isu penampilan yang dijadikan sebab kita dijadikan ejekan or mangsa buli di skul. Cerita True Beauty ni adalah semua tu. Sia generally tidak akan berminat kalau orang cakap cerita ni pasal remaja2, cos macam cliche and boring ba kalau difikir sekali imbas. But this drama berjayaa dengan jayanya bikin sia glued to my chair. 

Main actor dia si Lim Ju Kyung, remaja perempuan innocent yang struggling sama muka dia yang dilabel sebagai hodoh, sampaikan dia jadi mangsa buli oleh budak2 di sekolah dia. I like that dorang pilih pelakon perempuan yg fresh di mata sia sebab sia belum pernah nampak dia sebelum ni, jadi sia nda terbawa-bawa sama character dia yg lain. She nailed it eh. Bila dia sebagai si hodoh, it's believable sebab there's something genuine about her. And then dia nda tahan sudah, dia pindah sekolah. Dia decided untuk mekap dan ubah penampilan dia supaya dia  boleh mulakan hidup baru di sekolah tu. Then when dia makeup, dia jadi sangat cantik, and also believable, Sebab mekap dia light and not trying too hard but glowing. Jadi dia jadi si hodoh or si cantik, dua2 dia nail. Sia suka watak si Ju Kyung ni. Sebab dia remind me of myself juga. Buat sia teringat balik sama kawan2 and senior yang pembuli. Si Ju Kyung yg lurus bendul ni pun reminds me of myself juga. 

Then the hero, OMG. He's so darn charming. Really really the type yang bikin melting. Sia usually suka ni character hero macam ni yang nampak KEBAL, susah mau tembus. Yang sombong, yang susah didekati, yang arrogant, tapi tu lahh, memang besanya dorang ni chaebol or anak orang kaya yang memang logiklah untuk pandang rendah orang lain. So si Lee Soo Ho ni memang hero cerita ni yang sangat2 perfect. Suara dia, style dia cakap guna tone yang slow, and jenis yg cakap sepatah2, dia bikin sia suka ni cerita even more sebab he's so damn attractive and camana he gets all the attention from being the top student, and he has a father yang famous, and the same time dia live alone di apartment dia yg buat dia a loner and tidak perlukan orang lain. So how watak si lelaki handsome, kaya dan pintar ni buli terjumpa si perempuan hodoh - memang sangat2 menarik. Yes I know it's a story yang selalu kita dengar. But penyampaian dorang tu kena di hati sia, kena di mata sia, buat sia Tidak give up sampai last episode.

U should know that sia banyak watch K-drama yg only half way. Dorang best tapi suddenly momentum tu menurun. Ada yang sampai episode 4 terus sia rasa cerita dia serabut. Sia stop. Ada yang best sampai 6 episode, lepas tu cerita spoil sebab satu scene yang sia rasa excitement tu boleh diprolong, tapi dikasi pendek. Pun spoil juga. Drama2 yang sia tinguk sikit2 ni terlampau la banyak, so trust me kalau sia tinguk sampai habis, ertinya tu drama memang impact dia kaw-kaw punya.

Drama ni bikin sia balik pi emosi zaman remaja yang besttt betul. Scene2 romantic dorang, dengan perangai innocent si Ju Kyung tu dan perangai jual mahal si Soon Ho tu bikin tu scenes exciting and bikin kau senyum2, lepas tu hati berbunga2. YES. It made me feel like that. Character tambahan dia, daripada kawan2 sekolah, cigu2, and family si Ju Kyung, semuanya ceria dan ada kelucuan masing2. I cannot help but just get glued to the next and the next episodes. Teda paksaan langsung mau tinguk ni drama. Momentum ni cerita berjaya untuk kekal bagus, teda scene2 yang bikin spoil or too much distraction yang bikin sia mau skip. 

Gadis hodoh yang dapat menawan hati 2 lelaki yg paling top di sekolah tu, dan camana kawan2 dorang tu memainkan peranan untuk menghidupkan suasana zaman remaja yang seronok and akan dirindui semakin jauh kita tinggalkan. Cerita ni, sampai episode akhir, dia give Justice sama semua watak2. Teda satu pun yg tertinggal. Dan dorang kasi banyak adegan romantic antara Ju Kyung and Soon Ho tu, like Full Blast kasi kaw2, sampai kan sia rasa YES, Enoughh! Sebab besa kita tengok romance drama yang terlampau layan konflik dan kau cuma nampak adegan sayang2 tu di scene paling akhir. Di True Beauty ni, dia kasi scenes sweet tu secukup-cukupnyaa sampai kau ndakan minta lebih dari tu. Macam dia betul2 buli baca fikiran audience yang at one point, definitely dorang mau tinguk more of these two lovebirds, and yess, memang tu la yg dorang kasi. Semua point2 sweet and cute yang dorang sentuh dari awal cerita tu, dibagi hilight yang secukupnya, sampaikan teda satu pun yg tertinggal dan dibazirkan. YESS, that's True Beauty.

Masa sia mau habis sudah tengok tu drama tadi, dalam hati sia berabis cakap, I want to review this drama so I won't forget what I feel about it. Sampai ada part tu sia rasa hati sia keluar bunga2, antaahhh tetiba pula hati buli keluar bullet bunga2. Kalau tumbuh bunga tu kita faham lagi kan tapi ni keluar bunga bah. Hahahahahahaha. Maybe itu kilig (tagalog word) datang daripada tu idea yang si Ju Kyung ni macam Cinderella yang telah berjaya bikin Prince Charming tu tergila-gilakan dia. Yang kenapa la semua orang nda percaya camana begitu punya handsome buli suka sama si Ju Kyung ni. Gila ehh. I love this drama, seriously. Dengan soundtrack2 yang best, cukup perisa serba serbi.

So, kepada drama2 best yang sia belum tinguk, Good Luck in trying to replace this drama as the CUTEST K-drama I've ever watched. I don't think it's gonna be easy though. *giggles.
Hi guys, Happy February!