Statcounter

Saturday, March 14, 2020

Friday The 13, March 2020

Pada tarikh kemarin iaitu hari Jumaat, finally the day yang I can say sia feel betul2 100%. I feel back to myself, tiada kurang dan tiada lebih. Sia betul2 syukur sama Tuhan oh, sebab sia merasa juga keluar dari belenggu tu. The night before that, sia finally had the guts untuk google pasal Panic Attack dengan terperinci, and walaupun tanpa diagnose yang sah dari doctor (sebab sia tau dorg perlukan beberapa kali appointment sebelum dorg bikin apa2 kesimpulan), sia almost sure Panic Attack was what happened to me. Still sia nda begitu ready untuk tell every friend that I meet about it sebab I don't think dorang akan faham dan percaya.

Reason why sia come to that conclusion is bila sia sendiri consider sia punya perwatakan, sia punya nature and semua perangai2 sia dari kecil. Actually, sia selalu kena label sebagai Vulnerable, or in other word, Fragile (baru kunun sia ingat ah ex sia yg laaaama dulu pernah dedicate sia satu lagu yg tajuk dia gitu sebab he knew I was one). As a teenager, sia struggled sebenarnya untuk fit in dalam community baru. Sia selalu kena nampak sebagai "lain sikit ni budak" sebab sia mimang nampak awkward kalau dalam crowd and sia mimang hanya akan ada dua tiga kawan ja tapi kawan2 rapat sia tu usually yang mimang betul2 rapat punya dan appreciate betul friendship dorang sama sia. Yeah, now sia ingat sia punya sejarah. Dan sia jenis yg nangis kalau kena ejek. Kalau sia nda nangis, sia simpan banyak2 dalam hati dan nangis saturang dalam locker. Hahahaha. Ya, itulah sia. Buli2 sia lupa kan? Maksud sia, I was not the kid yg akan jadi favourite majority tapi sorang dua yg nampak kelebihan sia, akan betul2 nampak macam la sia ni special, sedangkan orang lain nampak sia besa2 ja. 

So masa sia grow up as a teenager pun, sia something macam tu juga. But I became less awkward sudah sebab sia jumpa a bunch of good friends yang shared the same ideology, yang God has sent to me so that we could learn and accept each others in the name of good friendship. So kawan2 yang sia kenal masa matrikulasi, pernah tinggal satu dorm dan satu rumah sama sia selama 2 tahun, most likely dorang kenal sia. Kalau kamu ingat sia mention about my closefriends yang sia jarang2 jumpa, dorang ni la kawan2 tu. Dorang adalah my diamond friends. My gold friends can never replace them. Dorang penah nampak sia masuk tempoh "moody" yang sia nda mau bercakap sama sepa2, baring atas katil ja, TANPA sia explain dorang kenapa sia begitu. Dorang nda akan kacau sia langsung dan dorang tidak pun risau pasal sia, dorang cakap, Biar ja la dia. Dia ok juga tu. So sia adalah individu yg complicated. Sia sendiri pun pening sama diri sia sendiri sebab sometimes I wish sia simpler than this. Tapi kawan2 sia ni, recognize sia dengan kelebihan sia tersendiri juga so dorang selalu anggap sia ni kawan yg unique and lain dari yg lain (walaupun bukan kawan yg terbaik dalam fikiran dorang la...hahahaha).

Sia masih ingat satu kejadian masa sia Form 4, masa dad sia mabuk and gaduh sama mama sia, dorang cakap pasal divorce. Fuh, sandi masa tu. But my siblings semua relax ja diam2. Kamu tau sia bikin apa, sia ja saturang nangis teresak-esak. Yang lain macam teda feeling. Actually bagi dorang, my dad kan mabuk. Nanti dia ok dia akan lupa juga semua tu. Jadi sia yg overacting sana. Begitu la sia. My point is, dengan nature sia yg complicated ni, ditambah lagi dengan fragile heart, sia biasa over react juga dalam satu2 situasi. Tapi dalam satu segi, benda ni adalah "gift" untuk sia. Sebab sia ada perangai gitu, sia selalu jadi listener kawan2 sia sebab I care. Sia mau dengar dan sia harap sia buli kasi opinion. Sia teda canang sama urg yg "I'm your listening booth" but different people just come to me for that job. At one point, sia rasa kerja sia sebagai listening booth tu kasi up level sia sebagai manusia. Sebab bukan semua org buli bikin tu kerja. The fact yg people can rely on my opinion, they value it, they put it into use, they come back and thank me for it, buat sia betul2 rasa "gift" tu bagi kelebihan bagi sia sampai sia lupa the same gift yg juga sometimes buat sia ada terlebih sense, sampaikan benda yang simple pun ada impact yg dua kali ganda kalau sama sia. Bukan macam terlebih deria ka tu? Urang lain terkejut satu kali, sia terkejut dua kali. Gift yang jadi curse pula kan? Seolah-olah, kalau sia mau accept ni gift, ada harga yg sia kena bayar. So ini lah dia.

Setelah God kasi sia begitu banyak tahun yg sia explore sia punya strength, sia protect diri sia daripada perkara extreme yg maybe too much for my vulnerable nature dan memang sia betul2 hidupi tahun2 sia tu. Hati sia penuh dengan kesyukuran. Walaupun banyak constraints sia yg sia tidak berani langgar. Most likely sia mungkin berlegar2 di comfort zone sia, or sia anggap sia cari susah kalau sia langgar limit sia. So apa yang berlaku hari tu adalah sesuatu yg LANGGAR sia punya comfort zone. You don't just come and bring me a mystic punya cerita - too much for me to handle sebab sia hidup guna fikiran urang bandar, tidak terlalu melayan isu2 yang "tidak buli dinampak" walaupun biasa sia dengar every now and then but I rather not terlibat. Jadi impact dia terhadap sia memang di luar jangkaan. It really caught me off-guard. Tapi realitynya dunia ni kan memang macam tu. Ada isu2 di luar comfort zone kau yg kau kena deal with. Jadi hari benda tu berlaku, masa tu la juga sibuk dengan hal politik Langkah Sheraton. Fikiran sia jadi serabut, Sia tidak tidur dengan normal dalam masa 3 hari. Nda sangka benda tu accumulated dan akhirnya explode on the third day masa terjadinya first attack di mall tu.

Pill Zembren yg sia makan sejak lebih seminggu lalu tu, kerja dia adalah kasi up tu hormon2 yang stabilize mood dan emotion. So imagine la, hormones sia mesti sudah kacau bilau masa benda tu berlaku. I kept thinking yg dorang cakap sia ada "penjaga" tu kan, bila sia limpas di depan orang2, sia terfikir bahh, mana la tau ada sorang dua yg ada "mata halus", mesti dorang akan tinguk sia lain2 sebagaimana tu pendoa tunjuk2 sia pada hari tu. Gosh, sandi kan? Imagine la sehari-harian I have that thought sebab sia betul2 nda buli accept bah. Seumur hidup sia, sia cuma percaya God ja sebelah sia di masa2 sia sedang "bercakap" sama dia. Tapi kan ada sia kastau kamurang, sia maybe terlampau terbawa2 sama enthusiasm kerja sia sampai sia jarang ada that experience sudah. Iman yang sudah goyah, something like that. Jadi lah macam tu. Sebab sia jadi blur pasal apa yg sia mau fikir sebenarnya. Scared, Confused, Doubtful - Ni lahhh simptom kurang iman. Mengaku seja la.

So, today second day yang sia rasa normal. Syukurrrr sama Tuhan yg cipta sia. Yang pinjamkan sia kelebihan sia dan berikan sia kekurangan untuk jadi cabaran dalam perjuangan hidup sia. Masa sia sakit tu, sia betul2 nda buli explain sama kamu camana rasa dia. Sia rasa macam bangkai hidup pun ada. Palis2. Macamana sia buli sihat hari ni, dan esok sia dekat nda buli jalan sedangkan sia masih kelihatan normal. Kamu ndamau rasa gitu dan sia harap kamu tidak lalui. Kadang2 kau perlu tu experience untuk betul2 FAHAM ba kan?  Sia percaya setiap dari kita ni, ada purpose yg luarbiasa. Benda2 begini buka spektrum pandangan kita that actually banyak lagi benda yg kita perlu yg mungkin berguna untuk satu masa nanti. 

So right now, dalam keadaan yg virus Covid-19 tu sedang bertapak di negara dan negeri kita, sia nda juga anggap tu virus macam raja. Dia mungkin virus teda taring yg cuma kita belum familiar sama dia ja. Sia harapkan keajaiban yg cure dia akan diperoleh dalam sekejap masa lagi, dan sia harap dalam tempoh2 macam ni, ada kebaikan lain yg kita dapat dalam pada kita merasa cemas untuk hadapi apa2 kemungkinan. Sia harap kita semua safe, dijauhi dari virus ni dan hidup kita akan terus aman damai dalam tempoh ni. Sia harappp betul yang 2020 ni begitu la punya hebat sampai Covid-19 ni nanti akan dilupakan hanya dalam masa beberapa bulan akan datang. Which means, bigger things will be so so massive and extravagant sampaikan teda sudah Covid-19 ni dalam perhatian kita walaupun nda juga kita buli nafikan pengajaran yang kita dapat dari wabak ni. Palis2. Harap2 semuanya akan dapat penyelesaian. 

You guys know what's the big word. 

MERCY. 

Sia percaya kita ni manusia yg penuh dosa, tidak layak untuk meminta apa pun dari Tuhan tapi dengan adanya belas kasihan Dia, menjadikan kita layak untuk terima berkat dan perlindungan Dia. Mudah-mudahan Tuhan berbelas kasihan sama kita, umat manusia yang kerdil dan tidak berdaya. Sia pray semuanya akan baik2 saja.  


No comments: