Statcounter

Thursday, December 26, 2019

Tukang2 Kesian Sekalian...

Kelucuan juga sia tinguk ni netizen sometimes overacting siiikitt. Nampak tu Foodpanda rider tertidur tunggu makanan pun dorang pi share. Dapatlah reaction emoji Muka sedih Kadang2 sia duduk2 lepas makan pun buli tertidur juga di kerusi. Mesti kalau ada urang ambil gambar sia masa tu, silap2 mengundang sebak juga tu kan? LOLS. Nampak tu lelaki hantar makanan dukung2 anak pun snap gambar dan share, maka bermasukan la emoji muka sedih, komen bersimpati dan sebak. Kan anak kecil, biasa la kena dukung oleh bapa. Siap buat kesimpulan lagi itu la bapa mithali. Bapa bayar handphone untuk anak pakai duit syiling pun sebak. Berduit juga pula dia tu ada bikin bayar biarpun syiling. Hahahaha. Dan banyak lagi yg kena share2 dan kena viral2 yang orang panjangkan cerita sedangkan apa yang dinampak tu semua cuma "mentah" dan setakat luaran ja.

I mean, nda salah bah mau sebak dan kesian tapi sia rasa scenario gitu adalah NORMAL sangat2. Di sana sini kita nampak macam2 ragam manusia menjalani hidup sehari-harian dorang. Yang pakai seluar kuyak pi kerja, kasut belumpur, ada yang kau nampak di pisuk2 makan nasi bekal telur goreng. Belum lagi kau nampak masa hujan, urang harung banjir, seluar basah, air sampai lutut padahal dia pi kerja bukan main smart2. Ada yang jalan kaki masa awal pagi gelap lagi mau pi stesen keretapi untuk pi kerja. Kalau kita sibuk perhati ragam sekeliling kita, konfirm si tukang kesian yang buat emoji muka sedih tu akan sayu ja sepanjang hari mengenangkan nasib orang2 yang dia nampak dari jauh tu. Yang bukan pun dorang kanal. Tapi kau punya kesian tu sudah panjang riwayat dia sampai ke negara China.

Don't get me wrong ah. Bukan sia kunun2nya rasa kau nda patut kesian urang. Tapi benda2 yang sia nampak di FB ni, yang dapat beribu komen dan reaction, buat sia terfikir betapa gullible nya netizen2 ni. Satu gambar punya cerita pun jauhhh imaginasi dorang. Tafsiran dorang seolah2 dorang berada dalam life orang tu dari awal sebelum kejadian yang menyebakkan tu berlaku. Hahahaha. Ok, you still don't get my point. Sia masih jahat ni kan di mata kamurang at this point. Hahahaha 

Sia ni pun observer juga walaupun luarannya sia macam inda berapa peduli pun kewujudan kau di depan sia kalau sia nda kenal kau. But I'm the type who observes. And I listen and read a lot. And sia suka susahkan diri untuk fikir dan tanya macam2 soalan dalam kepala sia. Kenapa begitu ah? Kenapa jadi begini? Tidak la bermaksud yang sia terer menilai orang atau situasi. Tapi observation sia tu at least tells me a few things about people. 

That you simply don't know people and who they really are behind the scene. Macam sia rasa a waste of your compassion and reaction (sia rasa kesimpatian kau dan your assumption about someone berdasarkan satu gambar - is already taking some of your precious time and energy) sedangkan bukan kau plan mau really help the person pun or do anything yg buli mengubah "kesusahan" hidup orang tu. Kesian kau tu cuma setakat di komen box or di emoji ja. And the worst case scenario is, the story with the picture not even true pun! Kesian is for people yg betul2 susah, berlapar dahaga teda rumah. Sia mimang nda heran kalau kau kesian dorang2 ni sebab dorang memang realitinya sedang susah. Tapi, seorang bapa bayar handphone pakai duit syiling pun berderet emoji sedih. Silap2 yang tukang kesian tu pula teda duit gitu banyak. Itu cuma satu contoh. Berapa banyak kesian kau yg actually tersilap bagi? Setakat rider Foodpanda tertidur masa tunggu makanan, still you can't tell for sure if tu rider betul2 kurang berharta compared to you. Bukan kau tau pun cerita hidup dorang. Kau waste one kesian yang harus diberikan kepada yang betul2 sah perlukan pertolongan dan belas kasihan.

Sia percaya yang setiap kita ada struggle dan pengorbanan yang harus dibuat. Level kita mostly sama ja. Cuma masa kau perhatikan orang tu, kau rasa kau up dari dia tapi ada time2 kau yg kau pun layak dikesian dengan level yang sama. Hahahaha. Sia ni jarang juga kesian orang kalau setakat benda2 yang selalu kena sebar2 di Fb ni sebab sia cuma tau sebenar2nya adalah selayak mana diri sia sendiri patut kena kesian. Kalau sia guna style dorang berfikir, buli juga nangis 10 hari 10 malam mau layan kesebakan akibat kesiannya diri sia ni. Hahahahaha. Sebab life sia sangat besederhana dan suka ikut kepala sendiri. Bukan semua kegembiraan sia tu orang akan tau kalau setakat tinguk dari jauh. Sometimes sia angkat kertas tebal sebelah tangan, sebelah tangan lagi pegang mineral water, lain lagi beg yg bersandang di bahu, muka berpeluh-peluh, mesti penuh satu perigi sudah airmata kamurang. LOLS. Aduiii kelucuan pula sia. Ya la, secara amnya, mana la ba sia mau buat tu semua kalau sia bukan urang susah kan? Ya la tapi sesusah mana hidup sia, jauh untuk kau tau sebab bukan kau kenal sia pun, kau cuma terbelimpas ja atau nampak dari jauh. Jadi senang hidup sia pun kau tidak tau. Better kau simpan kesian kau untuk yg betul2 memerlukan bahh. Seriously. Untuk orang yg berkudrat lagi macam kami ni, trust me kami masih okay. Kau pula camana, ok juga? Hahahaha

Biar lah. Maybe dorang2 ni masih dalam proses menimba pengalaman dalam penilaian dorang sama manusia sekeliling. Bukan isu besar pun just terdetik di hati sia berkali2 sebab kenapa la dorang suka kasi attention benda yg tidak2. Bukan apa, jan ja terlalu tengok orang lain sampaikan diri sendiri inda tertinguk. Sama2 ja hidup kita ni mempunyai sisi yg tidak indah di mata orang lain. ITU NORMAL. Kalau sia la jadi kamu, nda la sia mau kesian2 orang yg sia nda kenal tu semua. Better sia happy2 ja and positif ja di setiap benda yg sia nampak. Semoga semuanya baik2 dan teruskan perjuangan dalam hidup. Jangan fikir sangat mata orang yg memandang. Bahagia kita cuma kita yg tau. 😃

No comments: