Statcounter

Thursday, August 20, 2009

This Is When The Cupid Gets Really Stupid…


She’s one of my closest friends. I mentioned about her a few times already this in blog alone. She was once a very innocent girl. Never miss her Sunday mass, and Bible session every nite. Sia ni pun dikira jahat sudah berbanding dia masa tu. Selepas habis skolah, kami terpisah kejap. Bila jumpa balik, dia adalah seorang yg jauh berbeza. Bertahun-tahun dia jadi budak baik yg innocent, dia berubah jadi liar kejap saja. Kaki minum, kaki clubbing - sudah jadi part of her nite life.

It’s unfair to her kalau sia cakap dia simply turn macam tu tanpa sebab. Sebenarnya dia ada experience yang betul2 melukakan hati dia. Dia ni dulu jenis yang ramai peminat, tapi dia jenis yang tidak suka cinta2. Tapi akhirnya, dia jatuh cinta juga dengan sorang lelaki yg dia jumpa di church. Di sini la titik perubahan dalam hidup dia. Begini pula jadinya bila sorang tu susah mau bagi hatinya, satu kali dia bagi, dia bagi full blast. Berubah terus gaya dia. Di mana dia pegi, dia mesti bergayut di phone dulu. Memang dia demam habis masa tu.

So hubungan dorang tu berlanjutan sampailah habis sekolah. Since itu lelaki kerja di Semenanjung masa tu, kawan sia sanggup pegi sana dan cari kerja di sana. Dorang menyewa rumah dengan ramai kawan2 Sabahan yg lain, yg rata-ratanya attend church yg sama. Lelaki ni boleh tahan. Computer genius. Dorang happy saja dalam beberapa tahun tu, sampailah dugaan menimpa. Lelaki tu alami masalah di tempat kerja dia, dan dia berhenti. Sejak dari tu, dia tidak mau cari kerja. Dia jadi sangat pemilih kerja. Bila dia baru mau start kerja lain, dia akan quit dalam sekejap masa ja bila ada sikit masalah timbul Jadi masa tu, kawan sia ni sudah dapat kerja sales manager untuk satu rangkaian kedai buku. Lelaki tu pula duduk saja di rumah untuk beberapa bulan. Kawan sia cover2 belanja untuk boyfriend dia ni. Dia tidak berkira sebab dia sayang betul dengan bf dia ni.

Tapi…sepa tahan? Lelaki tu jadi malas dan lebih suka berperap di rumah. Daripada seorang yg kawan sia kagumi, dia jadi seorang yg tiada vision. Hutang kereta start berlambak. So kawan sia juga tolong bayar kereta dia. Dan semua perbelanjaaan dia selama berbulan-bulan, kawan sia yang tanggung. Lelaki tu cakap, dia tidak sanggup susahkan keluarga dia di Sabah dengan minta duit dari dorang. Jadi? Gf dia tu macamana? Belum pun ada ikatan sah, lagi la malu kan? Lelaki tu bawa lagi adik dia tinggal sekali di rumah sewa tu, pun tidak bekerja. Kawan sia yang kena tanggung semua. Masa kawan sia cerita dengan sia, sia pun rasa kepedihan dia. Then bila kawan sia ni kehabisan duit, lelaki tu pandai sudah mendesak, “Alah guna saja ba kredit card kau tu.” Terkejut kawan sia dengar. Dia mula rasa diri dia pergunakan. Setiap malam, dia nangis. Dia mau bernafas pun susah. Sepa sangka cinta yg dulunya begitu manis, akhirnya jadi macam tu. Dia sayang tu lelaki, tapi realitinya tetap menyakitkan. Dia tidak boleh terus diperhambakan macam tu. Seolah-olah dia kerja dengan tiada tujuan. Gaji begitu besar, satu sen pun dia tidak dapat simpan. Dia tahan juga selama beberapa bulan. Kesabaran dia sudah sampai di hujung tanduk. Dia mau buat sesuatu yg Drastik – She wanted to walk away. Tapi masa tu, nda sangka pula dia kena offer naik pangkat. Gaji pun naik juga. Lagilah payah mau buat keputusan. Dia kena berkorban. Sama ada dia mau pangkat tu atau dia mau berhenti daripada diperalatkan. You guys guess apa keputusan dia?

Dia pek semua barang dia. Dia suruh bf dia tu hantar dia pegi airport. Dia tidak cakap sepatah pun perkataan kenapa dia mau dihantar ke aiport. Bf dia pun diam. Mungkin dia boleh teka. Dia keluar ja dari kereta, dia jalan terus, tidak toleh ke belakang langsung. Dia tidak peduli kalau bf dia tu mungkin panggil dia atau cuba kejar dia. Dia masuk boarding dengan melepaskan semua bebanan dan kesengsaraan dia di situ. Apa mau jadi, jadilah! “I’m going back to Sabah!!!”

Satu episod sudah berlalu. Tapi kesan pada diri dia tu berpanjangan. Sepa sangka, kelukaan hati dia tu menyebabkan dia hilang self-respect yang sangat parah. Jadi dia ditemukan dengan sorang lelaki yg jauh berbeza dari first love dia tu. Dia hantam saja dengan lelaki ni, asalkan itu boyf lama dia teda lagi di pikiran dia. Lelaki ni jenis yang sangat social dan berduit. So di sini kawan sia boleh jumpa “jaminan” yang tiada pada bf lama dia. So oleh kerana dia mau lupakan kisah duka, dia hook up sama this guy and it was the guy yang ajar dia jadi “siapa dia sekarang”. Kawan sia jadikan lelaki tu untuk stepping stone supaya dia dapat balik self respect dia, dan dapat balik power dia yang hilang sebab kekecewaan yang teruk. Jadi dia start ubah cara hidup dia. Ini cara yang cukup berkesan supaya dia rasa dia menjadi seseorang yang “baru”. Dia try macam2 benda yang teda dlm kamus hidup dia. All the crazy things. Sampai begitu sekali impact kekecewaan dia.

Masa dia cerita semua tu, sia paham. Impact first love dia tu bukan calang2. Dan mau keluar dari belenggu tu pun bukan senang, sampaikan dia terpaksa jadi orang yg berbeza. Bagi sia, ini pilihan dia. Mungkin ada keputusan yang dia silap sikit, tapi dia manage to get back in track. That’s what matters more, right? Chapter lelaki social tu tidak lama pun. Akhirnya dia break juga dengan lelaki tu. Sama juga dia pegi ke hidup lama dia sebelum ada 2 orang lelaki tu. Seolah-olah 2 lelaki tu singgah saja dan uji dia sama ada dia akan tetap kuat atau tidak Terbukti 2 lelaki ni mengubah dia. Dia sudah buang budak innocent dalam diri dia tu. Dia tidak lagi attend church selalu mcm dulu. Dia “tiada masa” sudah untuk benda2 macam tu.

Memang begini lah hidup. Belum tentu lagi setiap orang yg hadapi situasi yg sama akan buat mcm dia. Ini masing2 punya penilaian, kekuatan pendirian dan mental. Tapi tidak keterlaluan kalau sia simpulkan, actually Cinta yang bawa dia ke masalah itu. Dia ni layak pegi curse itu Cupid. “Stupid ba kau ni Cupid, kenapa la kau pegi strike panah kau ke arah sia dengan org yg macam tu?” Apa pun, kalau sia jadi dia, sia TIDAK akan sanggup leave my family dan travel ke negeri lain hanya kerana mau kejar bf sia. Jadi, sia tidak akan exposed sama masalah yg dia hadapi. Memang result akan berbeza kalau sia berada di tempat dia. Tapi apa pun, perkara ni tiada betul atau salah. Life memang macam ni. Ini life mau tengok macamana kita handle tu cabaran yg datang. Bagi sia, kawan sia tu sudah handle situasi dia dengan cara yg terbaik dia mampu. Bagi sia, selagi dia boleh walking tall, still be in perfectly sane mind and most importantly, ada life yg bagus pada masa sekarang, dia sudah berjaya melalui cubaan itu. Dan most importantly, she has a story to tell :) And it will be very useful is she uses her experience to inspire other people about the better way of going through the same ordeal. Or maybe, how to do it BETTER than she did. Tanpa orang2 yang sudah lalui hal2 perit, mungkin orang lain tidak akan dapat belajar dari pengalaman mereka.

Let’s do this guys, The next time you’re struck by the Cupid…come to think about it, maybe it’s us who decide to NOT make it Stupid.




4 comments:

ulal said...

syukur lah kawan mu tu pandai pikir lagi mah :))) susah jua tu mo salahkan tu cupid tau dear,sbab panahnya katinggalan zaman sdah bah hahaha...zaman karang punya anak panah utumatik lagi manimbak bah kan lolz.. yg panting bilang pepatah cina kastau "sanggup angkat beban then musti sanggup letak juga" hehehe... dr kesilapan akan jadinya kepandaian ..dan dr kepandaian pun akan jadi jua kesilapannya :)) yg panting pikiran kita kena pandai lupakan pengalaman yg sanagat negatif :)))

Twofivesix256 said...

Yaaa...tul apa kau cakap tu dear. But kan, kawan sia tu macam balik pegi asal ba. Hahahahaha. Macam dia balik pegi innocent balik ba style dia pikir sekarang ni, sampai sia pun paning melayan dia di phone sebab suddenly dia balik jadi kawan sia yg duduk sebelah meja masa study dulu...yang innocent punya style pikir. Yang paling best sekali masa dia balik di square one, kami masih lagi kawan baik. Bhgian tu tidak pernah berubah. Hehehehe. Niceee :)) Buang yg keruh, ambil yang jernih kan laling...Muahsss

AngeL BeaR said...

Meeting by chance, being together is a choice. So..in the end it's the outcome of that choice that we had to face.

ulal said...

waaaaaaaaaa lalaaaaaam tul meaning mu sis dingo :)))))ni menunjukkan pikiran kaum hawa ni sangat teliti bah..sia rasa kan .. kaum adam ni lebih banyak pakai istilah "belakang kira" apa2 pun belakang lah baru kira .. sia rasa lah kebanyakkan spisis sia ni :)) (termasuklah sia sondili wakwak}