Kawan sia singgah tadi. Sia tekejut dia tanya sia pasal Pregnancy Test. “Dorang hanya akan jual dengan yang sudah kawin ka? Dorang mau surat kawin ka tu?” Uikk…terbeliak mata sia meninguk kawan sia ni. Dia ni Muslim, bertudung, dan merupakan salah satu watak yang sia pernah cerita dalam blog sia ni. I know dia hooks up with 3 guys satu kali. 1 tunang dia, dan 1 abang sangkut, 1 lagi memang kekasih gelap. But dia ni tidak tinggal sembayang 5 waktu dan berpakaian tutup aurat. Ada ciri2 gadis solehah. Cuma dia ni memang liberal sikit bahagian berkawan-kawan dengan lelaki ni. I mean, dia selamba ja keluar dengan 3 lelaki dengan masa2 yg berlainan. Bahagian itu sia tabik sama dia, sebab dia boleh kekalkan hubungan baik dengan ketiga-tiganya dan ketiga-tiga lelaki ni memang melekat habis dengan dia. 3, 3 pun kalau boleh mau kawin dengan dia ni, tapi apa boleh buat kalau memang tunang dia tu yg lebih ada hak sama dia. You guys know about this girl bah. Sia banyak kali mention pasal dia ni. Dia la yang kena tampar oleh mom dia tu sebab kedapatan tidak balik rumah satu malam tu.
Bila tadi dia datang mengejut dan tanya pasal pregnancy test, sia jadi terkaku kejap. Dalam hati sia cakap, “Apa sudah jadi niii???” Dari cara dia bercakap, sia tau hati dia ni restless sekarang. Sia terpaksa buat selamba ja tanpa menimbulkan conflict sebab sia tidak mau mengeruhkan keadaan. Sia bagitau dia apa yang sia tau. Tidak banyak yg sia tau pasal pregnancy test ni. Cuma benda2 yang sia tau dari my conversation with kawan2. Paling2 sia boleh bagitau dia yang pregnancy tube tu boleh dapat di farmasi. Actually, rupa tu benda pun sia tidak tau, apa lagi macamana cara guna dia.
Huiyoo…apa sudah jadi dengan kawan sia ni ah?? Hari ni sebenarnya hari yang penting untuk dia. Hari ni dia akan berhenti kerja dan angkut barang2 dia balik kampung. Ibu bapa dia sudah mengamuk sebab sudah terhidu hubungan mesra dia dengan dua lelaki lain selain tunang dia. Dorang takut apa2 hal akan jadi. Nda pasal2 jadi macam kakak sulung dia yang mengandung sebelum kawin. Malu habis parents dia masa tu. Dorang fobia benda tu akan berulang. Kalau tengok personality kawan sia ni, dia ni alim dan bijak, cuma dia ni terlalu “open” dalam hubungan lelaki perempuan. Dia tidak kisah bermalam di rumah bujang, dengan alasan, tidur bilik asing2. Pegang memegang di khalayak ramai tu memang tidak selari dengan imej dia. Tapi sia ni bukan jenis org yang suka2 judge orang. Sia tetap percaya sama kawan sia tu. Dia tau apa terbaik untuk dia. Sia percaya kalau dia tidak tinggal sembayang, dia mesti tau jaga limit dia. Betul ka tidak?
Now…when she suddenly singgah di tempat sia tadi untuk tanya pasal pregnancy test, sia still tidak judge dia. Tapi ada kemungkinan yang sikap “liberal” dia tu akhirnya memakan diri dia. Kalaulah dia perlukan pregnancy test tu, confirm la something had happened kan. Dan for sure, it’s not with the tunang. It’s with any of the 2 guys. Sebab tunang dia tu di kampung. Ehmmm…sia sedih pula bila kawan sia kena melalui saat sukar mcm ni. Kalau memang dia pregnant, apa macam? Ada kawan sia ni dulu masa college years, seorang achiever yang sentiasa consistent. Memang otak bergeliga punya orang. Tidak pernah kurang 3.5 pointer dia. Even orang mcm dia pun terpaksa tahan malu sebab bawa2 perut besar dia sedangkan orang tau dia belum kawin. Boyfriend dia, yg pelajar sana juga cuma lain course, pun jalan tunduk2 berjalan sama girlfriend dia yang sarat mengandung. Orang puas ketawakan dia di belakang. Sepa sangka org pandai mcm tu pun tidak boleh kawal nafsu. Tapi oleh kerana dia ni seorang achiever her whole life, mama bapa dia tidak bising pun. Dorang tau anak dorang ni budak pandai yang tidak layak dinasihat. Cuma malu tetap malu. Tapi dorang kawin juga masa perut perempuan tu besar begitu. Tapi selepas tu, semua jadi baik. Boyfriend dia tu pun sudah jadi husband dia pun. Anak tu lahir mcm biasa. Asal dia sihat, normal dan lalui hidup mcm bayi lain, cukup syarat juga kan?
Actually, memang kita akan lalui satu proses yang sukar daripada biasa sekiranya kita buat something yang lebih daripada biasa – sekiranya perbuatan tu akhirnya mula memberikan kesan buruk pada kita. Sex before marriage ni memang lah dilarang oleh agama. Even sia yang Catholic ni pun, benda ni dilarang. Ia tertulis dalam 10 Hukum Tuhan. Tapi dunia semakin lanjut usia ba. Semua kenikmatan dunia ni keluar ke permukaan. Kau tinggal pilih saja mana satu kau mau buat. Untuk org yang belum buat tu, belum tentu dorang tidak mau buat atau tidak akan buat. Mungkin dorang belum ada peluang atau timing belum sampai. Besok lusa, mungkin kamu akan jadi lelaki itu yg panic bila tau girlfriend mengandung, or yang perempuan tu pun tidak dapat tidur bila lambat datang haid. Sepa tau apa akan jadi di masa depan kan? Bila tengok org keliling kena benda ni, sometimes kita terpikir. Mesti dugaan tu betul2 kuat kan? Sampai mengalahkan segala macam kepintaran akademik dan pegangan agama. Jadi, mungkin betul benda ni sangat sukar untuk cakap Tidak. Sepa tau esok lusa kita pula yang diuji dan akhirnya tewas dengan ujian itu. Oleh tu, dalam usaha mau jadi liberal, dan pada masa yang sama, mau buat benda yang betul dan tidak memudaratkan diri sendiri…
I come up with something yang boleh jadi jalan tengah kepada mereka yang tidak boleh mengawal nafsu ni. Terutama untuk yg perempuan – yang mempunyai satu bebanan berat di atas bahu dorang ni untuk jaga nama baik sendiri dan keluarga.
If someone asks you a question, “Will You Do It?”
If you HAVE to say YES…(and you can’t give NO to a chance). Then…
“DO IT WITH THE RIGHT PERSON”.
The person who loves you and loves you in return, and gonna be the one who walks the aisle with you. Should something go wrong, he gonna be there with you through thick and thin. Pakai la kepala otak kamu tu untuk nilai betul2.
Ah? Susah mau nilai?
Kalau macam tu, paling senang macam ni….
Don’t do it :)
2 comments:
org bilang arrr .. kalo mo belajar jadi jaat ,nda payah 3 jam pun buli dapat tu ijazah , tapi kalo mo belajar jadi baik , kali 3 tahun bulum tantu dia dapat tu ijazahnya haha.. susah bogia ni dugaan dunia :D
tapi kalo hal kawan mu ni .. d kira maseh senang d selesaikan baitu..bukannya dia sudah bunuh manusia mah :)) dr zaman nabi2 lagi sdah ada kes camni mah kan :)) adam & eve pun teda kawin bah setahu sia (nda jua sia sampin lah) wakwak .. pasal tu test hamil tu kat farmasi ada jual tu kertasnya...kaseh randam dalam kencing then akan batukar tu kalernya nahhh sana tau lah ada isi sdah kah bulum :D tapi tu pun kena hamil sampai 2 bulan lobih baru dapat yg tepat punya tau hehe.. so last situry sia iyalah ..d kira maseh jauh ringan bah salah kawan mu ni dr kesalahan2 yg lebih dahsyat lagi :)))
ya dear...nanti sia tanya dia apa kejadian. harap2 teda benda yg berlaku la, sebab kesian dia tu. Mama dia jenis penampar ba dear... bertalu2 lagi tu. hehehehehe. Thanks for the info. Bah, sepa mau check pregnant ka tidak tu tau sudah...(khas buat si wine and nantung *Lols)
Post a Comment