Statcounter

Tuesday, September 1, 2009

Comel Pasal Sayang Atau Sayang Pasal Comel?

Sia pernah mention pasal my little brother yang sia sayang betul tu kan. Sia cakap adik sia ni comel betul masa dia kecil. Come to think about it, adakah sia sayang dia sebab dia comel, atau pun sia rasa dia comel sebab sia sayang dia? Nahhh…Kamu pernah terpikir ka hal ni?

Kamu tinguk gfriend/bfriend kamu, or laki atau bini kamu – of course kamu sayang dia. Mungkin dia kiut atau macho di mata kamu. But adakah kamu nampak dia macam tu kerana kamu memang sayang dia, atau kiut atau macho tu yg menyebabkan kamu sayang dia?

Hehehehehe, funny kan guys?

Adakah perasaan sayang kita terhadap seseorang tu menjadikan semua benda tu menarik di mata kita? Atau pun memang orang tu memiliki tarikan tersebut, yg actually menjadi sebab kamu sayang sama dia?

Benda ni mungkin timbul bila orang yg kamu sayang ni puji2 kamu. Then kamu tanya, adakah pujian tu memang layak kamu dapat ataupun dia saja2 puji kamu macam tu sebab dia sudah sayang dengan kamu. Tau la manusia ni, ada2 saja. Mauu juga tau ba benda2 macam tu. If you ask me, sia memang jenis yang ingin tau walaupun benda2 tu remeh. I wonder kalau la orang tu tidak sayang sia, adakah dia masih akan rasa yang sia memang bagus dalam hal2 yg dia puji tu?

Actually, benda ni bukan satu perkara yang besar. Cuma kalau mau dipikir-pikir, perasaan sayang kita tu actually ada magic yang tersendiri. Biasanya kita akan cakap yang - gara2 kita sayang dengan seseorang, semua benda jadi baik saja. But sia rasa itu tidak betul. Sia rasa kita tetap nampak keburukan dan kesilapan orang yg disayang tu, cuma bezanya kita akan cuba untuk memahami dan memaafkan dan menerima dia seadanya. Itu saja bezanya. Yang mereng itu tidak jadi lurus, yang biut itu tidak jadi kiut – I mean, kita akan tetap menilai macam biasa, cuma perasaan sayang tu membuatkan kita nampak LEBIH dari setakat apa yang mata kita boleh nampak. Kita tengok dan nilai dia guna mata hati kita ba. Betul ka that? Nice kan guys… hehehehehe.

Kamu mau tau apa dalam hati sia? Hati kecil sia berkata, sia harap bila orang yang sayang dengan sia say something good about me, sia harap yang dia memang maksudkan benda tu. Contoh paling dekat, sia pakai blog sia ni la ah. Macam big bro sia selalu visit blog sia ni – sia selalu tertanya-tanya kalau la sia ni bukan little sister dia, dia akan still visit blog sia ka? Sebab when a stranger yg sia nda kenal macam si Ezra, cakap yg he found my blog by chance and then he likes me writings, then I have a reason to feel good. Ada ex sia sorang tu kan, he suka betul baca tulisan sia even masa blog sia yg dulu tu. Memandangkan dia sudah jadi ex sia, sia anggap dia bukan orang yang “berkepentingan” then dia teda reason untuk impress sia ba. But dia selalu puji2 hasil tulisan sia di blog tu, sampaikan dia cakap yg sia boleh beat itu Oprah Winfrey. *Lols. Bila sia pikir2, dia ni teda reason untuk jack2 sia ba, then maybe he could mean it for real kan? Then sia tanya la dia…”If kau tidak pernah kenal sia, adakah kau akan still baca blog sia?” Dia cakap, “Yes, sebab kau memang seorang penulis yg baik.” Nahhhhhhhhhh!!!! Abis laaaa…

(Hahahahahahaahahahhahahahahahahahaha. Kidding ba guys… *Lols)

Just entertaining the little thought ba. Apa pun, penilaian kita terhadap sesama manusia tu memang subjective. Then kenapa perlu terlalu kisah kan? There’s no way to know for sure. Sebab orang pun tidak akan take the effort untuk let you know apa yg dorang rasa. Kalau dorang sayang kau, dorang mau kau happy, so dorang akan cakap benda2 yang best, walaupun hati dorang tidak begitu maksudkannya. But, does it matter? Yang penting hati kau happy, so kau pun rasa dihargai. Then hubungan kamu pun bertambah baik. Itu yg lebih penting kan? Yes, itu yg lebih penting :)

2 comments:

ulal said...

ermmm sia rasakan dear..kalo lah om pandai baca bahsa ompotih .. kompom tu om pun suka baitu blog mu ni ..sbabnya ..idea ko tulis tu ada realnya,ada lucunya,pastu senang d pahami , ada bahsa sampul2 dan macam2 situry yg ada bah wakwakwak
pastu tambah lagi pengomen seperti c nantung , c wine dan yg lain2 buat ni blog macam sodang besitury bah kita suma (sia punya rasalah hehe)
so... gohed jak dear jan ko gustan wakwakwak

Twofivesix256 said...

ehehehehehehe...bukan cerita pasal blog baitu dear. Me kasi perumpamaan ja ba tu. Yaa...macam kau sudah ni dear, gohead jakk...nda sudah pandai gustan. *Lols. Muahss