So the next day, sia terpaksa ubah jadual makan sia. Sia tidak makan any brunch as usual. Nanti tidak best pula kalau sia tidak enjoy makan if keluar dengan kawan2 sia. Sampai di shopping mall tu, bestfriend sia ni cakap, “Dari kemarin lagi sia nda makan ni, capat kita pi makan!!!” Then sia berabis ketawa bah. Ketara abis yang bukan sia sorang ja yang tidak makan dari pagi. Dia tu gimmick ja cakap nda makan dari kemarin tu. Saja mau buat havoc. Hahahahaha. So bestfriend sia cakap, “Itu foodcourt bau ba! Let’s go somewhere else.” Kami nda banyak cakap, ikut dia saja. Kamirang pikir dia ni staring sudah tau mana tempat makan sedap. Kali tinguk, dia bawa pi kedai cina – small2 one punya. Sudahlah dia tau sia ni allergic sikit makan kedai cina, tapi nda apa, kawan punya pasal. Then actually bestfriend sia tu ja yang gembira dengan tempat tu. Sia totally tidak tau mau makan apa. Semua makanan dia ganjil to me. Even kawan sia sorang lagi tu, who is also a half Chinese, pun paning2 tinguk menu yang ada. Then sia men pok silap ja la mana2. Not even a chicken meal. Sama ada fish or pork saja. Haiyaaaa!! Hantam ja la nakk!! Sia dan kawan sia tu order lebih kurang ja, cuma sia ambil fish and dia ambil pork. Satu kali tu makanan sampai, sia cakap, “Haa, ini laa yang sia order tu??” *sambil tinguk tu makanan lama2. Hahahahaha. How bad can it taste juga kan? Sia tidak pecaya orang buka kedai makan langsung tidak tau masak. Mesti pun buli makan baitu. Minuman sia order nescafe panas.
Nasib baik la sia lebih pentingkan masa dengan kawan2 sia dan bukannya makanan tu. Actually, itu nescafe pun sudah ada something wrong. Terlalu pahit. Tidak cukup susu. Sia ni peminum nescafe yang terkemuka di dunia, mana buli dorang kasi buat sia nescafe pahit ba kan? Hahahahahahahahahahaha. Peminum Nescafe pun akun kalah oo sama kepahitan dia. But nda apa, yg penting kamirang tiga dapat cerita2. Biar pun itu mee sia macam rasa maggie segera, sia main telan ja sebab sudah depan mata. Yang kawan sia satu tu pun lain macam ja muka dia makan tu mee dia. Cuma bestfriend sia tu saja berbahagia sebab tempat tu memang markas dia. Bah…makanan sudah habis, tapi kami ni ada habit untuk stay lama2. Kalau kami semua free sampai petang, sampai petang la jawabnya tu. Punya rancak kami cerita. Terasa tiba2 kedai makan tu kosong dan ada kami 3 orang ja. Cakap tidak tengok kiri kanan, ketawa pun sampai kana tepuk2 tu meja. 1 jam…2 jam… Itu tempat macam sudah jadi kami yg punya. Meja keliling kami sudah tukar orang beberapa kali. Mangkuk dan gelas kami semua sudah di tengah meja, tapi gelas Nescafe sia tu lagi yg ada separuh. Sia akun kalah tidak dapat lawan itu kepahitan dia. But dari pandangan biasa, gelas Nescafe sia yang separuh tu la “penyelamat” kami. Sebab at least we have the license to stay at that table since sia belum habiskan tu kupi sia. Hahahahahahahahahahaahahha. Kami tidak tau berapa banyak jelingan yang dilempar ke arah kami, terutama dari tu taukeh kedai. You guys know what?
Tiba2 taukeh kedai tu datang…
“Haloo amoi2. Excuse me ahh.. Kamu sudah duduk sini ahh, mau 2 jam lebih woo. Ini meja ahh, sia pok satu hari dapat paling kurang RM50 woo, tapi pasal kamu duduk ini meja begini lama, sampai sekarang tidak ada tukar orang. Ini sudah bikin rugi sama sia woo. Bagus ini macam la. Sia angkat ini meja sana (*sambil tunjuk ke ruangan kosong yg terhad di ruang tangga Exit yang berdekatan), then baru kamu sambung cerita kamu loorr…sampai itu kupi habis. Ini setangah galas pun mau 2,3 jam mau kasi abis woo.*sambil ketuk2 tu gelas nescafe sia yang masih ada separuh. Manyak lugi laa ini macammm…”
Uiks…imagine ba guys.. Matai laa!!! Hahahahaahahahahahahahaha. Tapi jangan kamurang heran, itu cuma jalan cerita rekaan kami ja untuk meluahkan isi hati tu taukeh kedai terhadap kami ba. Hahahahahahaahahahahahhaahhaahhahaha. Berabis kami ketawa sebab jalan cerita kami tu. Kami sedar juga kami ni bikin sakit jiwa dorang, tapi kami selamba ja. Siap reka jalan cerita lagi ba. Punya kuat kami ketawa sambil2 tinguk2 tu taukeh yg sibuk ke sana ke mari. Last2, “Bahh, ok la. Nanti nangis tu taukeh. Bagus kita bayar. Nanti next time tinguk muka kita, kana halau ni. Hahahahahahaha” Then masa kami bangun ja dari tu meja and jalan, kami imagine yg semua tukang2 masak, pelayan dan taukeh dia tu melompat kegembiraan dan high-five satu sama lain sambil bersorak, Yess!!! Finally!!!
Hahahaahahahahahaahahahahahahahahahahhaa.
Ini lah perangai sia dengan kawan2 sia. Kami akan stay and cerita di meja tu sampai petang tanpa hirau org keliling kami. So it’s nothing new yang kami akan reka jalan cerita macamana meluatnya dorang sebab kami duduk lama2 dan buat bising, ketawa nda kontrol2. That’s us. Benda ni sudah jadi macam tradisi sejak masa school lagi.
Lepas tu, bestfriend sia kena pegi klinik sebab dia macam mau kena demam, and tinggal kami dua lagi. Kawan sia yang sorang ni offday so dia berabis pujuk sia supaya buat off day sendiri supaya kami dapat pegi jalan2 lagi. Kawan sia ni complen dia nda kenyang makan di kedai makan tu tadi sebab makanan tadi nda best. So…kami actually singgah KFC lagi and makan as if kami teda langsung makan mee tu tadi. Hahahahahahahaha. Cuma skarang ni kami dua orang ja. Actually kalau masa school dulu mana pernah kami tukar 2 tempat makan satu kali hangout. But now lain sudah, tidak banyak pikir. Yang penting makan apa yang terasa mau makan. Yang penting enjoy!! Then mula lagi kami buat bising di KFC. Macam2 cerita keluar. Lepas 1 jam gitu, kami jalan lagi and masuk Watson. Sia automatik tukar kerjaya jadi Promoter dengan kawan sia tu. Sia promote dia barang2 yang sia pernah try…my compact powder, my lipstick, my foundation hahahahaahahahahhahahahahaha. “Aik, bila lagi kau bertukar jadi promoter ni?” Gara2 sia promote, kawan sia beli juga foundation kegemaran sia tu. Hihihihihi.. Then pegi kedai kasut lagi dan try2 tu kasut yang cantik2 belaka. Sepa sangka kami sama2 pakai saiz kasut yg sama. Begitu lama kami kawan, kami langsung tidak tau. Tapi nampaknya ramai yang pakai saiz yg sama dengan kami sebab semua yg sia mau mesti habis stok untuk saiz tu. Then hampa juga la sebab sia tidak dapat beli one of the nice shoes.
Gara2 terbawa-bawa dengan berjalan ke sana ke sini, akhirnya sia tukar jadual sia last minute. Sia almost habiskan the whole working hours dengan jalan dengan kawan sia tu ja. Memang satu decision yg tidak begitu baik but bila ingat yg masa macam ni bukan selalu datang, then sia berkorban. Sia actually habiskan masa kerja sia jalan2 dan cerita ja dengan kawan sia tu. Bukan selalu dapat jumpa dengan kawan2 baik sia ni. Apa yang sia dapat dari pengorbanan masa tu?
I feel so good inside. Walaupun hanya dapat spend time dengan dua orang daripada tujuh orang yg sia panggil kawan rapat, tapi dorang ni mewakili kawan2 sia yg lain. Dorang ni kenal sia lama sudah dan dorang tau perangai baik buruk sia. Setiap dari dorang tu pernah berselisih paham dengan sia at least satu kali dalam tempoh persahabatan kami tu. Tapi tengok di mana kami sekarang? Kami masih kawan yg rapat, malah lebih lagi sebab sekarang kami semakin matang. Perangai kami berubah serba sedikit. Ada yang jadi lebih outspoken dan tegas…so on and so forth. Pengalaman hidup, pergaulan dan kerja kami mengubah diri kami – tapi one part of us masih macam tu. Kami masih kekalkan tradisi lama, dan masih lagi gila2. Masih lagi suka buat taukeh2 kedai makan dan restoren meluat dengan kami sebab suka lepak lama2 gara2 setengah gelas kupi belum habis minum. *Lols!!!
Bila sia pulang ja, sia rasa satu perasaan yg best. Entah kenapa sia rasa sia betul2 happy sia ada kawan2 macam tu. Sia ingat yg bukan mudah untuk kekalkan persahabatan. Semua kawan2 baru yg datang dalam life sia tidak akan boleh beat dorang ni. Kawan2 sia pun setuju yg semua kawan2 baru yg datang selepas kami tidak akan boleh ganti tempat kami. Pengalaman susah senang masa tinggal satu rumah dan jauh dari family – tidak akan berulang lagi. Suddenly sia rasa terharu sebab kadang2 ni kita ni jadi terlalu selfish dengan diri dan hidup kita, tapi rupanya kita sangat perlukan kawan2 kita. Entah kenapa sia rasa macam mau SMS dorang something tapi jari sia tidak juga kesampaian mau type. Sia mau cakap sama dorang dgn nada bergurau, “Sia sayangggg kamu oohhh” but actually dalam hati sia memang I really mean it.
Dorang mungkin bukan kawan yg paling baik. Dorang mungkin bukan kawan yang sempurna. Tapi dorang adalah treasure dalam hidup sia. U guys sedarkah kita ni macam layang2 yg terbang ke satu2 tempat tapi tidak tentu hala – sekiranya kita teda kawan? So kalau kita jumpa kawan2 yang ikhlas mau kawan kita tanpa mengira kekayaaan dan rupa paras, kita hargailah dorang. Bukan senang mau jumpa kawan2 mcm ni. Hidup ni singkat. Especially u guys yang still at school. Grab the chance untuk dapat kawan2 sejati kamurang. Bila kamu keluar kerja, lain sikit ceritanya. Kamu punya focus sudah berlainan. Masing2 mau kejar goal. Akan jadi lah kejadian duri dalam daging, musuh dalam selimut, tikam dari belakang, kawan makan kawan dan macam2 lagi. So at least kalau kamu ada kawan2 lama yang not in the position to use you or to be used by you, ini lah yang akan mendekatkan kamu sama makna kehidupan sebenar. The virtue of friendship… kita rest kejap daripada mengejar duit, pangkat, kedudukan dan macam2 lagi greed dalam dunia ni dan just experience that innocent friendship in its holiest form. Wow guys… you should try it. One of the few wonders of life you can’t go without :)
P/S – I realize even more how much I lurveeeeee my friends. Muahss muahss muahss… hehehehehe.
No comments:
Post a Comment