Statcounter

Thursday, September 17, 2009

Kenapa Boleh Sayang?

You guys tidak pernah terpikirkah apa proses yang kita alami untuk akhirnya tahu bahawa kita sayang dengan seseorang tu?

I mean, without us knowing, the next thing we know, we love someone. In most cases, kita sendiri pun tidak tau kenapa. Or maybe kita tau, but don’t want to find the reason. Cukup sekadar kita tau dan bagitau orang tu yg kita sayang dengan dia. Nanti kalau sibuk2 mau cari reason, silap cakap pula, kan susah. Bagus lagi tidak banyak cerita.

Cuba you guys fikir…what if kita ambil masa sikit untuk selami dan analyze apa yang actually berlaku yang menyebabkan perasaan sayang tu mula timbul. I mean, we do it all the time. Akan sentiasa ada orang2 baru yg datang dalam hidup kita yang kita sayang, so tidak rugi untuk kita tau apa sebenarnya yang membuahkan perasaan sayang tu.

Untuk mulakan proses analisis ini, focus dengan seorang yg kamu sayang betul. Iaitu, seorang yg kamu tidak mempunyai kewajipan untuk sayang, contohnya seorang kawan kamu. Kawan yg istimewa. Kenapa kamu boleh sayang dengan dia?

Then, cuba jawab soalan2 berikut.

1.Apa kualiti dalam diri dia yang kamu rasa sangat istimewa yang tiada pada orang lain?

2.Apakah yg kamu rasa bila kamu spend masa dengan orang ni yang tidak kamu rasai kalau bersama-sama dengan orang lain?

Okay, itu soalan basic. But then, kalau la kamu sudah ada idea kenapa kamu sayang dengan dia, then timbul pula soalan kedua. Adakah sayang kamu tu jenis sayang yang bersyarat atau tidak bersyarat? Or in other words, adakah sayang kamu tu lahir dari hati yg ikhlas atau ada niat tersembunyi?

Then, tanya diri kami soalan2 ni.

1.Kalau kamu rasa dia tu seorang yang menarik secara fizikal, adakah kamu masih akan tertarik pada dia kalaulah rupa fizikal dia tu berbeza dari dia sekarang?

2.Adakah kamu sayang dia kerana mau merasa thrill mau mengejar sesuatu supaya boleh menunjuk-nunjuk dengan orang2 tertentu?

3.Sekiranya dia ni seorang yang tidak disukai oleh orang2 lain, adakah kamu tetap akan rasa sayang dengan dia?

4.Adakah sekiranya kamu tau kamu tidak boleh memiliki dia, masihkah kamu akan sayang dengan dia?

Perasaan sayang ni kadang2 ganjil sikit. Dia mungkin mudah datang, dan adakalanya mudah pergi. Tanpa disedari, kamu sayang dengan dia, dan tanpa kamu sedari, rasa sayang tu pudar dengan masa. Mungkin kerana kamu terlalu mengikut arus. Apa mau jadi, jadilah. Kalau hari ni sayang, esok benci, lantaklah. Bukan kita yang cari perasaan sayang tu kan? Then kalau dia berlalu pun, kita tidak halau. Semua terjadi secara natural. Macam tu ka?

Dan lagi satu, mungkin orang yg kamu sayang tu tidak pun tau yg kamu sayang dengan dia. Tapi still kamu sayang dengan dia. Kenapa ya?

Ahaa…then kita baru ja discover something pasal perasaan SAYANG ni.

Sayang adalah perasaan yang berlaku dalam diri kamu, dan bila dia berlaku dalam diri kamu, kamu akan rasa sangat best – biarpun orang yg kamu sayang tu tidak tau pun yg kamu sayang dengan dia. Ataupun biarpun sayang kamu tu tidak berbalas. Kamu tetap rasa best.

Then imagine la bila sayang kamu tu dibalas balik dengan sayang. Memang double2 la perasaan best tu. Yang menariknya pasal sayang ni, it’s sometimes very innocent. Kita tidak pun mengharap lebih2 sangat. Kadang2 kita tidak pun minta untuk disayang balik. It’s so very not demanding, kan guys? Hehehehe.

Best ohh kann… hehehehehe.

Dan yang paling best sekali adalah bila menjadi orang yang disayangi. Ini lah satu pleasure dalam hidup manusia. Tapi for sure, setiap kita ni, mesti ada orang yang sayang. Jadi jangan kita sia-siakan diri kita ni, ok? Jangan asyik curse diri tu tidak bagus. Bukan kamu yg menilai, tapi dorang. Sedangkan dorang pun boleh sayang kamu, tidakkan kamu tidak boleh sayang diri sendiri kan? :)

Sayang menyayang lah sesama kita. Besttt baa. Nda pecaya? Cuba dulu baru tau.

*giggles. Muahss all.

No comments: