Statcounter

Thursday, September 17, 2009

Cerita Anak-anak Sombong

Dulu masa budak2, sia masih ingat kami duduk satu bulatan. Cuma ada satu lolipop. Then satu lolipop tu passing2, asal semua dapat rasa. Budak2 yang dalam bulatan tu bukan semua adik beradik kami pun. Ada yang cuma jiran2. Orang2 tua yang ada di sana sibuk berbual. Tidak pula dorang cakap, “Eh jangan kamu share2 tu lolipop.” Dorang kasi biar ja.

Dulu lepas guna sos tomato, we ended up licking it off from the tip of the bottle untuk make sure tu bottle tidak ada sisa sebelum ditutup balik. Mama bapa cakap, That’s the right way to do it supaya tiada wastage. So benda tu sudah jadi kebiasaan.

Tin sardin yang sudah dibuka tapi tidak habis dimakan, simpan di esbok dulu. Sepa rasa mau makan, boleh ambil and kalau masih tidak habis, simpan balik di esbok. Sampailah habis. Benda ni sudah jadi satu kebiasaan juga.

Air sejuk disimpan di dalam esbok guna botol. Sepa mau minum, buka esbok dan minum saja mana2 botol. Confirm main tuntum saja. Teda pula kena ajar camana minum supaya tu botol tidak kena pegi mulut. Mungkin tidak perlu tau pun sebab minum tuntum tu cara paling senang mau minum. Dua tiga orang ganti2 minum dari botol yang sama. Sudah jadi satu kebiasaan.

Kalau masa mandi, cuma guna satu sabun. Tidak payah pening2 pikir. Share2 ba. Lagipun satu family, bukan juga orang lain. Memang pun patut share2.

Tapi itu dulu. Sekarang, banyak benda berubah. Sedar tidak sedar, si anak2 yang dulunya terbiasa dengan tu semua, sudah mula membuat macam2 permintaan. Jangankan cakap lolipop, minum satu air kelapa pakai dua straw asing2 pun belum tentu. Inikan lagi straw yang sama.

Dulu si anak2 yang terbiasa lick off the sauce dari tu botol, sekarang sudah pandai nasihat mama bapa dia, “Jangan buat macam tu. Terus tutup saja.” Jangan cakap mau lick off, mau pakai jari untuk bersihkan mulut botol tu pun kena sound juga. Huiyo…apa punya anak2 ni.

Dulu pakai ja sabun apa yang ada. Sekarang ni, walaupun masih pakai bathroom yang sama, tapi sabun asing2, walaupun semua pakai Dettol. Kadang2 kalau orang terpakai sabun dorang, dorang pandai marah. “Jangan ambil sabun sia ba. Pegi buka yang baru kalau habis.” Ishh…ada2 saja dengan anak2 ni. Pasal sabun pun mau banyak cerita.

Itu tin sardin, sekarang ada fesyen lain. Sardin tu mesti disimpan dalam container. Kalau dulu suka2 ambil dari esbok, sekarang ni ada satu sudu disimpan di sana. Itu sudu sebagai peringatan. “Pakai sudu yang disediakan saja kalau mau ambil.” Lepas tu kalau lupa taruh sudu, silap2 kena sound. “Kasi habis saja tu sardin, jangan kasi tinggal2 lagi kalau sudah pakai sudu sendiri.”

Kalau tengok dalam esbok, macam2 botol. Ada yg kana taruh sana hujung, atau sana bawah. Kalau ikut dulu2 punya style, nda kira la botol apa atau di bahagian mana kena simpan, sepa mau minum, ambil saja mana2. Tapi sekarang lain. Silap2 kena sound lagi kalau air botol tu berkurang. Lepas tu kena soal siasat lagi, “Ada orang tuntumka botol sia ni?”

Paning si mama bapa. Apa mau jadi sama anak2 ni. Banyak songeh. Semakin besar, semakin banyak karenah. Itu tidak boleh, itu tidak boleh. Silap2 haribulan, mama bapa pikir ni anak2 sudah mau jadi sesat . Terlalu melawan arus. Ada2 saja yang tidak kena. Kadang2 kecil juga hati mama bapa. Kalau dulu, semua main share2 saja. Sekarang ni, semua mau asing2. Apa mau jadi dengan anak2 sekarang ni?

Begitulah cerita si anak2 sombong. Si mama bapa tidak paham kenapa jadi macam tu. Tapi paling mudah cakap dorang ni sombong ja. Kalau mama bapa yang memang sangat dekat dengan cara hidup di kampung yg tidak banyak songeh, lagilah bengang dengan anak2 macam ni. SOMBONG betul la dorang ni!!

Actually, semakin kita besar, semakin banyak yg kita tau. Kita punya pergaulan pun semakin luas. Ibu bapa kita mungkin selesa dengan cara dorang. Dorang rasa tidak perlu berubah. Dorang rasa semuanya okay saja. Sebenarnya, anak2 tu bukan sengaja mau sombong ba. Dorang baca banyak benda. Dorang belajar banyak perkara. Mama bapa kita mungkin tidak didedahkan dengan perkara2 tu semua. Tapi keadaan dunia sudah berubah. Dunia ini bukan lagi satu tempat yang selamat. Penyakit di sana sini. Dengan pengetahuan ni semua, tidakkah kita perlu berubah?

Untuk bawa perubahan ni, semuanya kena start dari perkara yang simple2 seperti yang sia mention di atas. Bila berlainan dengan cara kebiasan dari kecil, memang pun ibu bapa jadi bising dengan perubahan kita. Mungkin juga dorang tidak puas hati. Tapi tidak apa, dorang akan terima juga bila dorang sudah biasa. Kita kena tahan telinga ja bila kena cakap SOMBONG. Biar la sombong. Asalkan hidup selamat. Ini belum pun masuk toksik yg kita consume dalam badan kita sehari-harian. Toksik yg kita tidak mampu elakkan. In the name of personal hygiene, biar la dicakap sombong! Tapi kita buat tu untuk kebaikan mereka2 yang kita sayang juga.

Sekarang ni bila macam2 penyakit timbul, dan langkah2 pencegahan dicanang di tv, mungkin baru dorang sedar kenapa dari dulu anak2 sombong tu cakap “Bersin mesti tutup mulut.” Bila orang sibuk cakap pasal H1NI dan macam2 penyakit yg begitu mudah berjangkit dari udara. Kenapa begitu mudah orang kena penyakit macam tu? Satu orang kena, semua keluarga mesti kena. Kenapa?

Kita tengok balik daripada cara kita handle perkara2 yang paling simple. Sia berani cakap dengan you guys bahawa hubungan kekeluargaan tu tidak ditentukan oleh sikap “tidak berkira” dan semua main share2. No guys. Look at this in a bigger picture. Sia masih ingat when I was living away from home, I was told by my family. My sister got red-eye disease, the whole family pun kena. Even my adik kecil. Even my mom and dad. Sia kesian dengar. “Kenapa jadi macam tu?” Bab2 penyakit macam ni, kamu masih mau sibuk berdebat, siapa sombong dan siapa tidak?

You kena make the change. Be the change you want to see in the world. That’s a famous quote. Even Mahatma Gandhi thought so. Sampai bila2 la kita berada di takuk lama kalau tidak mau berubah. Dan reason why tidak mau berubah? Takut dicakap SOMBONG? OUCH!!! Gotta be freaking kidding me.

Apa u guys mau worry? Lambat laun mereka akan paham. One day dorang akan berterima kasih dengan kamu sebab berani berubah dan bawa mereka berubah. Kalaulah sia yang terpaksa dicakap sombong kerana perkara macam ni, apa boleh buat. Tapi mungkin kamu terkejut kalau sia cakap sia tidak begitu worry kalau u guys pass sia penyakit, sia lagi worry yang sia pass you guys penyakit!! Come to think about it, pasal kita sayang dorang la kita buat mcm tu. Kalau sia kena sakit demam atau sakit mata, sia akan kuarantin myself. Apa susah? Perkataan SOMBONG tu memudahkan kerja sia. Sebab orang sudah tau sama ada sia sakit atau tidak, sia punya style memang mcm tu. So no one will question. Orang tidak akan cakap sia sombong lagi. Dorang sudah biasa.

Awal tahun ni, my sister kena chicken pox. Ada2 saja penyakit mcm tu yang my sister kena. Masa tu sia sangat worry kalau sia kena, sebab sia ni anak “fragile” dalam keluarga sia. Sia ni paling lemah dan senang kena penyakit. Tapi sia lagi worry kalau kena sama mama bapa sia. Tapi as a result, thank God teda sepa terjangkit dengan sister sia. Dan my sister pun baik sangat cepat. In one week saja. Faktor kecil2 tu yang actually membantu. Sebab dorang sudah terbiasa dengan tidak sharing macam benda. Jangan pening2 mau decide sepa yang sombong sepa yang tidak sombong. This isn’t about being someone yang sangat fleksible dan tidak banyak karenah. This is about menjaga kebersihan untuk kesihatan bersama-sama. Kesihatan adalah asset nombor satu ba guys!! You ingat balik apa sia cakap when kamu terlantar sakit. Masa tu baru kamu sedar bahawa tiada kegembiraan dunia ni yang bermakna kalau kamu tu sakit!

Jadi ini bukan cerita tentang anak2 sombong yang tidak tau bergaul atau tidak peramah. Ini cerita tentang habit2 kecil yg boleh menjejaskan kesihatan dalam jangkamasa panjang. Kita cuma mau orang2 yg kita sayang tu sihat macam kita juga. Tidak paham lagi ka? Jadi, bila dengar cerita tentang anak2 sombong. Sia tidak akan cepat buat kesimpulan. Mungkin dorang juga ada misi yang sama. Misi untuk kebaikan bersama :)

2 comments:

StellaClaire-Richard said...

Hi 256,

U got nice post there..and useful points too..

Betul la jg ckp ko tu.. mmg kena ckp sombong kalau ada perubahan sikit kita ni.. because sya pernah kena mcm tu juga dulu..

U posted this issue, then baru sya teringat kan dulu time kecil2 kalau d rumah kami semua share2 tu nail-cutter. Then after sya balik KK dr Penang(bcause i study there) , sya ada nail-cutter sya sendiri dan tdk mau share sm lain2because of hygiene reason ba.. blh terjangkit penyakit ba kalau share2.. then trus parents sya marah2 la..

I guess u must have an experience like this before kan..

GREAT blog.. and GLAD to found this blog..

Thanks a lot for adding me in ur list..

You have a pleasant day.. :)

Twofivesix256 said...

Hey Stella, Thanks a lot for dropping by. Yeah, I stole your link fron Angelbear's blog *giggles. I'll be reading yours too from time to time and keep writing too okay :))