Statcounter

Friday, February 27, 2009

The Forgotten GOLDS...

Semua kita pun ada datuk dan nenek. Dorang dulu pun pernah jadi baby, budak kecil dan kemudian dewasa, dan akhirnya tua. Dorang pun pernah ada beribu-ribu impian dalam hati dorang. Dorang pun pernah jadi macam kita sekarang ni…iaitu orang yang masih penuh dengan tanda tanya, “Apakah yang akan berlaku di masa depan?” Walaupun begitu, dorang pun macam kita juga. Dorang cuma mengharapkan yang terbaik untuk diri dorang.

Masa sia menulis ni, sia teringat wajah-wajah 2 orang nenek sia dan 1 orang datuk sia. Datuk sebelah dad sia, sia nda sempat nampak sebab he left us when my dad was still small lagi. Sia teringat gelak ketawa dorang masa dorang happy. Yang paling sia ingat adalah muka mama tua sia, iaitu nenek sia sebelah mom – I wrote about her dalam article “The Lost Of The Very Pearl” yang sia tulis di blog ni juga. Dia lah nenek sia yang paling rapat sama kami masa kami besar sudah. Sia masih ingat dia suka minum kopi, dan kalau dia datang rumah, my mom mesti kasi buat dia satu gelas kecil nescafe. Kalau buat gelas besar sikit, mesti dia komplen. Sia masih ingat lagi ketawa dia, yang sangat2 comel sekali. She was a very adorable grandma. Apa kuih atau kek yang sia buat, dia mesti makan dan dia mesti cakap sedap, walaupun mungkin terlampau manis atau terlampau keras. Dia saja mau jaga hati cucu dia kali kan. Sia yang buat bday cake dia yang ke 68 tahun, atas permintaan dia sendiri.

Masa dia masuk hospital, masa tu la sia dapat nampak yg begitu banyak org2 tua yang terlantar di katil hospital tu. Ada yang ada org jaga, ada yang tiada. Adakah lagi orang2 yang sayang sama dorang ni? Masa dorang terlantar di sana tu, adakah actually org2 yang sedang ingatkan dorang masa tu? Sia ingat lagi masa mamatua sia tu dalam keadaan kritikal. Me and my sister berdiri di tepi katil dia and my auntie duduk at the other side. Kami tinguk ja muka mamatua kami yang tidak sedar. Masa tu, ada nurse yang sibuk bercerita di satu penjuru, dan siap ketawa2 lagi, di satu penjuru lagi ada doktor yang layan cerita masing2. Sia terpikir dalam hati sia, dalam dorang berbual-bual tu, dorang tau ka ni betapa besarnya harapan kami supaya mamatua sia buli sedar dan sembuh? Adakah dorang betul2 sedar dan tau bahawa yang terlantar di atas katil tu adalah seorang manusia yang disayangi oleh banyak orang, dan seorang manusia yang dulunya pun sihat macam dorang juga, dan pernah juga rasa jadi muda macam dorang? Tau ka dorang yang dalam jiwa mamatua sia tu, masih ada harapan2 dia yang tidak terlaksana dan hajat2 yang belum kesampaian?

Tahukah dorang bahawa pesakit2 ni masih mau hidup dan menikmati kehidupan ni?

Apa pun, mamatua kesayangan kami tu has left us last year. Bersahaja saja sia tulis di sini kan? Tapi dalam hati sia, sia dan Tuhan saja la yang tau. Now, the only nenek kami yang ada, sedang terlantar di hospital juga. She’s my dad’s mom. She’s my dear Moing. Sia pernah jadi cucu kesayangan dia masa sia kecil.

Beberapa hari yang lalu, kami melawat dia di hospital. Baru sia dapat tinguk betul2 muka moing sia tu. Jauh sudah pula dia berubah. She’s getting very old sudah, dalam age yang melebihi 80 tahun. Sayu hati sia sebab sia teringat semua kenangan yang dia bawa sia pigi mandi sungai, kasi buat sia minuman panas dan kasi sia biskut coklat. Baru sia sedar, lama sudah sia nda tinguk betul2 tu muka moing sia. Mata dia pun ada tu selaput putih sudah. Dia masih buli cakap dan dengar dengan waras. Sedih betul sia tinguk bila dia tinguk ke arah kami. Sia nda tau dia nampak ka muka sia dengan jelas. Dia kenal ka lagi sama cucu dia ni yang dia sayang betul masa kecil? Sia la tu budak kici yang jajal betul tu, Moing. Sia la yang tu yang selalu merajuk dan nangis kalau kana marah. Sia la ba tu yang manja betul sama si bapa tu, dan selalu ikut dia balik kampung. Apa pun, kalau dia nda kenal, sia nda salahkan dia. Sebab sia sendiri pun bukan cucu yang begitu baik. Sia hanya dapat rapat sama dia masa sia masih budak. Masa tu I was the daddy’s girl yang ikut my dad pi mana2 ja. Pasal tu la moing sia tu sayang tul sama sia. Lepas sia masuk sekolah menengah, sia banyak berubah. Bertahun-tahun sia tidak jumpa dia sebab most of my time I spent away from home. Now, akhirnya sia dapat tinguk muka dia betul2, di atas katil hospital pula. Ini cuma lebih baik sedikit saja daripada langsung tidak sempat tinguk.

Dui giaa moing sia. Sedih betul sia masa sia tulis ni. Dia ingat ka tu semua kenangan dia masa dia masih kecil? Dia ingat ka masa dia kawin dan dapat anak pertama? Dia masih ingat ka tu masa2 dia masuk hutan cari sayur, atau masa dia pigi tanam padi? Sia selalu ingat yang moing sia tu mesti ada tu saging di belakang dia. Abis dia kuat keja ba tu.

Dia masih ingat ka tu masa sia masih kecil, sia tumondik di rumah uncle sia tu malam, dia dan my dad limpas tu rumah uncle sia malam2, dia berabis panggil2 nama sia walaupun dia pikir sia sudah tidur tu masa, tapi sebenarnya sia dengar tu dia panggil. Sia masih ingat tu semua, tapi adakah dia masih ingat?

Mungkin juga ada sekali moing sia merajuk sama sia sebab lama betul sia nda pulang kampung. Bila sia pulang, bapa sia terpaksa mau kasi kenal lagi siapa sia, baru la dia kenal. Bukan sia sengaja jua tu Moing. Kan sia tidak tinggal di rumah tu masa sia school. Sampai la sia habis U, baru sia betul2 dapat tinggal di rumah. Moing sia paham ka tu situasi sia ah? Ada bapa sia kasitau dia betul2 ka tu ah?Dan, ada orang bagitau dia ka sia yang buat itu kek birthday dia yang ke-80 tahun tu? Sia harap auntie2 sia and dad sia ada kasitau dia.

Masa sister sia bercakap sama dia di hospital tu ari, dia jawab dengan cara yang sama as she would answer it when she was younger and healthier. Tidak banyak beza. Cuma bezanya, dia sekarang jauh lebih tua dan tidak begitu bertenaga. Sia tinguk dia punya spirit untuk hidup tu tiada kaitan langsung dengan usia dia. “She still wants to live this life.” Sia tau tu. Tapi adakah orang lain tau? Adakah dia sendiri tau bahawa dia sedang bertarung sama kemampuan badan dia sendiri just so she could wake up just another day and menikmati kehidupan ni?

Untuk kita semua… sekarang mungkin kita masih muda dan bertenaga. Adakah kita tau yang suatu hari nanti, kita pun akan jadi macam dorang juga? Semangat kita untuk hidup masih sama, tapi usia kita akan tidak seiring sama tu. Mau tidak mau, rambut kita akan beruban, kulit berkedut dan macam2 penyakit datang – biar macamanapun kita jaga kesihatan, benda2 tu semua akan berlaku juga sebab fungsi organ dalaman kita pun semakin berkurang dan menyusut. Bukan kita mau macam tu, tapi benda tu akan jadi juga kalau kita panjang umur dan sempat menjalani hari tua kita.

Sekarang sia tinguk moing sia macam tu, sia tidak tau apa dalam hati dia. Adakah dia gembira dengan kehidupan dia selama ini? Kadang2 hati kecil sia bertanya juga bukan2, “Kenapa la manusia perlu menamatkan kehidupan ini?” Kenapa mesti ahli keluarga dorang terpaksa berdepan sama kesedihan yang betul2 teruk sebab terpaksa kehilangan dorang? – Walaupun tu semua soalan bodoh, sia masih lagi sering bertanya tu soalan. Walaupun sebenarnya sia terpaksa akur sama lumrah hidup ni.

Kalau sia buli minta sesuatu dari Tuhan, sia mau semoga ada juga reward di dalam hati dorang yang CUMA dorang saja yang dapat rasa dan tau, what it feels like to be old and coming to nearer to end of life. Sebab sebagai diri sia sekarang, sia tidak buli pikir dan teka apa dalam pikiran dorang. Pengetahuan sia mungkin sangat cetek untuk tau itu semua. Mungkin sia rasa dorang sedih, tapi sepa tau, mungkin sebenarnya dorang gembira. Sia rela untuk tau yg betapa ceteknya fikiran sia ni asalkan hanya perkara2 yang terbaik saja yang dorang alami dan sia tidak mampu untuk tau sampai la sia sendiri rasa.

Untuk masa2 macam ni, masing2 la kita spare some thoughts untuk mereka2 dalam keluarga kita yang sudah tua – jangan kita lupa, dorang ini adalah GOLD dalam hidup kita. Sia bukan simply taruh2 saja itu word. Dorang mimang GOLD sebab pasal kehadiran dorang itu adalah satu keindahan yang tidak boleh dihuraikan. Pasal dorang la, kita ada di sini. Dorang adalah pengasas kepada generasi yang akan kita teruskan. Kita mungkin lalai dan leka dengan arus hidup masing2, tapi jangan sekali kita lupa untuk kembali ke hujung pangkal dan renung sejenak mereka2 yang sudah bertungkus lumus untuk survive life dorang, hadapi setiap rintangan dan cabaran untuk terus hidup. Pasal kekuatan dorang la, kau dan sia ada di sini.

Hargai dan sayangilah mereka sementara kita masih berpeluang untuk buat begitu. Sebab sia yakin, macam tu juga la harapan kita bila kita pun jadi tua macam dorang satu hari nanti.

Lord, please grant your mercy, peace of heart and fullness of joy in the hearts of the elderly people in our lives. May they experience your love much more than we can ever imagine. It’s because of them that we are here and we want to say our great thankfulness for picking them to be the Golds in our lives. Thank You Lord.

10 comments:

Anonymous said...

teda moing siturykan ko masa perang jipun kah bebeh256 ?? besh tu tau hehe.. pasal uspital ni sia mo komen sikit..sekarang ni sia nampak kan...ramai yg meninggal dalam uspital dr yg bejalan kuar ngan sihat dr uspital tau. ada ni ninik sia ..buli bejalan lagi tu..cuma muka sebelah kanan ada bengkak sikit..buli ketawa..buli makan(sihat maseh)...skali bawa p uspital periksa apa sebab muka bengkak,tu duktur masukkan tu hos kamera dalam tu kurungkung,dr sana tuss nini sia koma sdah!bagus lagi biarkan kat umah berehat..kali panjang lagi sikit umurnya adezzz

Anonymous said...

sa suka ni topic.. mengenangkan sa juga sama moing yang sa jaga sampai la dia hembus napas terakhir dia di depan sa sendiri... apa yang bebeh256 cerita d sini semua sama.. moing sakit.. moing merajuk.. sayang dia sama sa dan byk lagi karena dia.. semua itu la belaku dlm sa sendiri. bagus juga topic ni di ceritakan d sini bukan sekadar bacaan kita tetapi membuat kita terkenang dan ingat akan moing2 kita.. ermm...

So ingat la kita sama moing2 kita, bagi mereka merajuk sama moing2 durang tu pigi la kamu rapat2 sama moing kamu tu, takut nanti tidak sampat oOO... senang saja kamu bili saja durang sigup atau buat durang punya ningat trus ok durang tu... kekekkeke dan yang budak2 yang takut sama moing sendiri tu, jgn la kamu takut, durang pun mcm mummy dady kamu juga tu kekekke...

Anonymous said...

betul tu si ulal ckp tu sa setuju tu... kadang2 kan ni hospital ni kan bukan bikin sihat tapi bikin tambah sakit baa.. adeiii!!! suda nampak tu moing umur dia lanjut suda mau juga ba kasi teruskan tu perubataan yang berat2 mana la tu moing dapat tahan tu ubat.. ermmm.. kin gerigitan juga ba mau ingat balik.. ni laba ni kan?? renung-renungkan selamat membaca kekekekekekkeke

Anonymous said...

Itulah namanya Roda Kehidupan 256.. Kdg kita d atas,kdg d bawah.. Skrg ini kita sihat,satu hari akan sakit juga.. Ketika ini kita muda,pasti nanti kita akan tetap m'hadapi hari tua.. Semuanya terpulang drpd kita utk mengadaptasi diri kpd perubahan yg berlaku dlm kehidupan (pertambahan usia misalnya):- Mcm mana kita hadapi ibu bapa kita masa dorg muda & mcm mana pula kita hadapi ibu bapa kita pd masa dorg tua.. Semua b'gantung kpd kesedaran kita semua yg b'gelar manusia..

B'syukur la kita sebab masih ada juga insan2 mcm kita ni yg masih sentiasa sedar ttg kasih sayang pd insan b'gelar warga emas.. Betul, tanpa mereka,siapa la kita ni.. Mengikut statistik,golongan umur 56thn dan ke atas adalah golongan umur yg plg ramai 'berhenti bernafas' setiap tahun.. Bila sedar ttg ini,kenapa tidak kita hargai masa yg ada utk saling b'kasih syg dgn diorg? Mgkn dgn kasih syg yg sesingkat itu mampu mengubah persepsi mereka bahawa 'kehidupan itu manis' wlpun diorg suda melalui satu p'jalanan hidup yg t'lalu pahit sbelumnya.. Mgkn bibir diorg yg dulu tdk prnh menguntum senyum,akan mula menerbitkan senyuman bila kita tunjukkan kasih syg & p'hargaan kita pd diorg..

They don't need a money.. They didn't ask 4 a wealth.. They are gold.. More precious than any diamond or pearl.. Hargai mereka utk jangka waktu tersisa yg diberi oleh Dia d atas sana..

~WoRLD THiNKeR~

Twofivesix256 said...

Well...actually kan guys...the same thing goes with my late mama tua. Tapi sia malas mau cakap sini, sia takut ada profession yg tersinggung pla kan. Siang2 tu mama tua sia ok sudah ba tu, tiba2 malam tu dia gone lepas tidak dapat lawan tu ubat. Sia mention this after u guys mention benda yang sama. Sepa tidak terkilan. 1 minggu lepas tu, ada housewarming party di rumah kami ba, mama tua sia awal2 lagi cakap mau pigi. Terus dia nda sempat pigi ba...sedih betul kami. Ok, sia nda mau cakap banyak pasal ni, nanti sia nangis pla. Sia harap benda2 macam ni nda akan berlaku lagi. *Sigh. Nanti who knows I will bring this in a topic k guys. Thanks for your comments :))

Anonymous said...

Mengikut statistik,golongan umur 56thn dan ke atas adalah golongan umur yg plg ramai 'berhenti bernafas' setiap tahun.<----------- nahhhhhhhh nantung!!!! SIKNAL ni ging!!! ertinya sokojap jak tu umur kita sampai 68 tawun...ertinyaaa ..BERGUMBIRALAH ko selagi maseh muda!!kuarkan lah sogala kehamsapan mu tu nantung subulum nda kasampatan wakwakwak~~~!!!!peace~~!!!!

Anonymous said...

ya baa ulal.. sikijap jak baa kita punya umur ni kan? tutup mata buka mata nehh suda umur 68... adeiii kin takut ba pula..ermm... ya urang bilang sementara kita d dunia ni kita misti mau rasa semua!! baru puas hati.. dan tia menyesal kalau suda gol.. tapi tia buli juga tu.. telampau byk baa ada depan mata kita ni... lapas satu kita rasa ada lagi tu.. sama juga mcm kemahuan baini.. mana perna kita puas.. tu kemahuan tu hari2 dtg sama kita dan mana la kita akan puas... mcm perna si bebeh256 ckp d topic dia pasal manusia tia perna puas kaitooO?? kekke

zaman moing2 kita dulu byk sejara durang kan ?? tapi skrg makin tidak nampak suda.. salah satunya bahasa ibunda kita tu.. cth: kadazan dusun.. makin hari makin ilang.. ermm renung renungkan laaa arrr??

Twofivesix256 said...

Cakap pasal bahasa kadazan dusun semakin pupus, sia tersindir jua tu nantung...sia rasa kalau sia kawin bukan bangsa sia, mimang hapus tu bahasa kali oo... adoiii...palis2...sia palan2 la mau belajar ni. hehehehehe. Better late than never ba kan? :P

ulal said...

siuk ooo baca balik kenangan mengomen komen ni tau :)))))

Anonymous said...

best kan ulal~!