Statcounter

Tuesday, April 7, 2009

The Power Of $$$

Cakap pasal duit, tidak habis sampai abad depan. Duit tu satu keperluan yang sangat penting. Duit itu – iaitu sama ada wang kertas atas syiling, cuma adalah sejenis benda yang dibuat daripada kertas and logam saja ba, right? Kenapa begitu powerful betul ba ni duit ni? Kenapa sampai begitu besar impact dia terhadap kehidupan manusia?

Jawapannya – sudah terang lagi bersuluh. Sebab duit itu telah diberikan NILAI oleh manusia sendiri. Hanya dengan duit itulah kita boleh beli macam2 benda yang we can use to make life more comfortable. Then tidak hairan la, duit itu begitu berkuasa. Bukan setakat pakaian and makanan – kemewahan, kuasa, pangkat dan status pun dia buli beli. So semakin materialistik dunia ni, semakin berkuasa la duit ni ba. Whoaaa...jaga2 sikit dengan Kekuasaannya yang begitu hebat sekali.

Pasal duit org sanggup berbunuhan. Keluarga sendiri pun boleh dibuang. Apa lagi setakat laki bini, girlfriend boyfriend...apa lagi kalau setakat kawan! Kau taruh la 10 tahun usia persahabatan, tiada makna tu kalau sudah duit itu yang rules. Kau buli buang kawan kau just like that. Sebenarnya, apa yang sia tulis ni, semua org sudah tau ba. But entah u guys sedar ka betapa SERIUSNYA pengaruh duit dalam hidup kita? Then maybe you guys should baca this post sampai habis and decide once again.

One of my closefriends sejak 10 tahun ni kan datang my workplace last Friday. Memandangkan dia ni kerja di daerah lain, so mimang we akan take the chance untuk update pasal life masing2 and chat as long as possible. Dia mostly cerita pasal kekecewaan dia towards one of her friends yang sudah macam adik beradik ba sama dia. Dari tu org belum kawin, sampai la dia ada anak dua orang, kawan sia ni sentiasa ada untuk dia. Sampai dia sanggup korban masa dia untuk babysit tu anak2 kawan dia tu ja. Sia sendiri nampak macamana dia devote dia punya masa dan tenaga untuk persahabatan dia tu ja. Sia rasa benda tu a bit keterlaluan but kalau buat baik punya pasal, inda apa la ba tu kan. So apa jadi sekarang ni? Whoaa...dorang bercakar macam tu anjing dan kucing. Gara2 apa? DUIT!! Sampai kawan sia buli menyumpah, cakap words yang tidak tentu untuk describe tu kawan dia tu. Keluar semua tu syaitan, iblis semua baa... Doi dogo. Sia geleng kepala ja. I said, “Kenapa sampai mcm ni?” So dia cerita la. Biasa la masalah kewangan ni kan. Mau bernafas pun susah ba kalau kesempitan wang. Apa lagi kalau ada sudah anak mau tanggung. Apa lagi kalau laki sendiri pun jenis pemalas. Nah, so si kawan sia ni la mangsa dia. Pinjam duit punya pasal la ba ni. Satu kali pinjam bukan sikit. Mesti ribu2, up to puluh ribu lagi. Siap suruh my friend loan lagi untuk dia. Situasi yang tidak logik ba, sedangkan dia sendiri pun pegawai tinggi kerajaan ba. So bila sia dengar2 tu masalah dia, sia paham la. Then sia paham situasi kedua-dua pihak tu. Daripada satu kehidupan yang hampir sempurna, jadi kacau bilau sudah sekarang. Sia tumpang rasa sedih dengan situasi tu. Dan yang sia paling sedih...persahabatan yang begitu pun buli hancur ba. Kenapa ba ni duit ni macam ni? Berbisa betul ba ni duit ni!!

Lain lagi pasal rebut2 harta. Masih lagi hidup itu orang tua, sudah bergaduh main pedang. Dulu sia cuma dengar saja orang cakap, but when benda tu berlaku dalam lingkungan keluarga sendiri, baru sia sedar macamana semua tu logik untuk berlaku ba. Kenapa orang dikatakan tamak dan sanggup berbunuhan sesama adik beradik untuk dapat hak masing2. Pasal itu saja la yang paling patut dibuat. U guys sedar ka? Sebab dalam dunia yang perlukan duit untuk survive, adalah satu kebodohan untuk tidak tuntut hak kau sedangkan kau sendiri tau yang duit tu buli buat life kau jadi lebih baik. Macam juga itu tuntutan bini2 vip yang dikasi cerai. Sekali imbas mcm tamaha duit. Tapi mimang adat dia mcm tu la kalau pakai otak. Sebab kalau laki dia ada duit gitu banyak, dia mesti akan spend untuk org lain so kalau sudah ada hak tertulis dalam undang2 yang kau buli tuntut separuh harta dia, nah...let the husband pay the price to divorce.

Then ini pula kes yang belum kawin. Whoaa...jan cakap byk. Kalau kau ada duit, kau tunjuk ja sepa kau mau, kau buli dapat punya tu. Betul ka macam tu? Betulkah sampai mcm tu punya teruk sudah situasi sekarang ni? Dalam kesibukan sesetengah manusia mau mempertahankan nilai2 murni, reality tetap reality. Kau tidak buli hidup dengan cinta saja ba. Life ni bukan fairytale. Last2, even itu sumandak2 yang belum abis skul pun tau sudah yang ciri2 lelaki dorang mau tu mesti yang ada pendapatan tetap. Kalau buli, yang taukeh2 lagi dorang pok. Lagi kaya lagi bagus. Then bila orang cakap, Ui kau ni mata duitan betul o. Tapi sampai bila kau mau hidup susah kan? Cinta yang berapi-api tu akan musnah atas nama DUIT – how? Bila kau sudah sedar reality hidup yang keselesaan hidup ni hanya kau boleh dapat dengan adanya duit yang cukup. Belanja kawin pun bukan murah. Itu duit kawin – yang lepasan SPM pun dorang minta atas RM10 k sudah...bila kana complen...Ui mahal juga tu, itu anak kau cuma lepasan SPM ba, kenapa sampai RM10k oh? Then itu bapa cakap, “ Bukan itu orang yang mahal, tapi itu harga barang yang mahal!” Duit punya pasal, silap2 itu cinta pun putus tengah jalan sebab itu lelaki tidak mampu tanggung tu majlis kawin. Itu bapa perempuan pun bukan mau berkeras, tapi inda kan mau kasi anak dia free2 saja kan? Nanti itu lelaki dapat free2, macam tu juga la dia buang tu. So senang cerita. Kita main sama nombor saja la. Kalau kau sanggup bayar, kau boleh dapat apa kau mau. Doiii....entah laaaa. Macam2 adaaaa...

“So biarla teda cinta, biarlah teda sayang...kau tutup mata saja. Kawin saja sama itu orang kaya. Itu cinta buli datang kemudian ba tu. Tapi kalau kau kawin si miskin, itu cinta yang berapi-api tu akan kana siram air tu lepas kawin. Sebab mau hidup pun susah. Bukan kau buli bawa itu CINTA mau pigi supermarket” – whoaaa... nda siok didengar, tapi mungkin ada betulnya. Kalau sia dengar benda2 mcm ni, sia malas mau dengar. Nda best ba. Malas sia mau tau yang duit tu begitu berkuasa. Dan yang sia paling malas tu, sia sendiri susah mau nafikan yang duit tu penting.

Tapi persoalannya di sini...cinta tu pun buli dibeli sudah kah? I don’t think so. Susah ba kau mau paksa2 ni cinta ni. Mungkin kau buli la dapat tu perempuan yang kau suka dengan duit yg kau ada, tapi mungkin secara zahirnya saja la. Hati dia kau tidak buli beli punya ba tu. Lain ba ni hati ni. Nda ikut aturan. Sepa hati kau mau suka tu kadang2 teda penjelasannya. Jadi if it’s okay hanya untuk dapat itu perempuan secara zahirnya, then maybe buli la. Puas hati sudah tu kali kan Tapi last2, bila kau sedar yang mungkin secara zahirnya kau dapat tu perempuan, tapi kau tau hati dia kau belum dapat ba. So itu masa baru kau sedar yang “Apa guna sia ada ni kekayaan dunia kalau hati dia pun sia tidak boleh dapat.”

Nah...kita tau sudah apa yang DUIT tu buli beli... tapi apa yang duit TIDAK boleh beli tu yang lagi menarik. Maybe lain2 hal sia cerita pula pasal ni.

Kesimpulannya...fair and square ah.

Untuk org yang hidup susah, duit itu la yang paling dia mau. Tapi bila kau sudah ada itu kekayaan...masa tu baru kau tau yang selepas kau ada kekayaan tu, kau masih tidak buli dapat semua benda yang kau mau. So itu masa, baru kau tau yang – DUIT itu bukan segala-galanya.

Tentang apa yang duit tu TIDAK boleh beli...nah, itu mungkin buli dikupas lagi sikit dengan lebih menarik. Next time maybe ya.

No comments: