Statcounter

Wednesday, April 1, 2009

The Show Is On, Baby!

Kamu for sure sudah pernah jumpa org yang kamu rasa suka menunjuk-nunjuk. Menunjuk-nunjuk kemampuan dia, barang2 yang dia ada, kebolehan dia dan macam2 lagi. Jadi bila si polan tu cakap begitu begini, nah mula la kita. Cerita si polan tu actually stop sana ja, dia punya Season 2 dan season keseterusnya tu pula yg berpanjangan. Gara2 kita nda puas hati dengar dia cakap besar mcm tu, then berpanjangan pula cerita pasal itu orang di pihak kita. Pernah terjadi?

Sia guna pendekatan berbeza ni kali. Instead of sia smash itu org yang suka menunjuk-nunjuk, now sia mau smash pula orang2 yang selalu anggap org lain tu menunjuk-nunjuk. It could happen to us anytime kan. So hear out.

Tahu ka kamu bahawa ada golongan orang ni yang menunjuk-nunjuk kemampuan dorang pun atas dasar psikologi ba. They want to feel better of themselves ba tu. Kita kena paham juga ah kawan2… Ada orang ni dorang feel that insecure ba sama diri dorang, sampaikan dorang kena cakap besar depan orang, hanya untuk rasa diri tu sebenarnya bagus. They are emotionally insecure ba tu. Dan untuk u guys yg berpengetahuan lebih ni, now you guys know how to handle it. Ada reason ba tu kenapa they sound bragging mcm tu. You guys patut kesian juga tu tau, sebab orang2 ni kan sebenarnya mencari “confidence” daripada benda2 macam tu ba. Itu boleh meningkatkan self-esteem dorang. So, before apa2, next time u guys jumpa org mcm ni, u just justify dulu. Jangan saja sampai dia menghina kamu. Kalau sudah dia sampai tahap hina orang lain, itu mungkin u guys have to teach these people some lesson la. We have no excuse untuk kasi rendah2 org lain ba tu. Tapi kalau setakat dia menunjuk-nunjuk, ada berkurang duit di bank kita? Ada terbang barang RM100 dari wallet kita? Atau terkurang isi daging kita? Kalau jawapannya semua Tidak, nah, then I ask you again, apa perkara buruk yang org menunjuk-nunjuk ni buat sama kita ba actually? (Erkss…yg ayat terkurang isi daging tu kawan sia ba yang ajar that. Jan korang pikir bukan2 sana ah. *Lols)

Apa pun, susah juga kita mau menilai org dengan tepat ba. Paling senang, if orang cakap apa pun, u dengar saja la. Jan pikir2 banyak2. Unless dia sudah mula kasi libat perihal kain dalam kau pula. Ini sudah melanggar batas. Kalau selain daripada tu, kalau dia mau meninggi diri, menunjuk-nunjukan, silakan. Dia cakap, “Uiii sia punya Mercedes tu mau tambah lagi satu yang lagi power punya,” Nah, setakat cakap2 macam tu, apa juga ba kan? Biar la ba dorang. Jangan saja dia sampai tahap, “Sia tinguk kau ni, nama ja pegawai, tapi kereta kancil ja. Kau nda malu ka? Nda pandai maju2 juga hidup kau ni.” Nahh…itu sudah lebih. Palis2 la ada kawan mulut teda insuran mcm tu.

Apa pun, sia mau sentuh satu perkara lagi. Bercakap pasal “showing off” – pun ada dua ba. Kalau dia cakap pasal dia punya sport car, tapi mimang betul dia ada tu sport car, nah, itu lain ba. Sebab, kalau dia nda cakap, nanti camana u guys tau yang dia ada sport car? It’s like, a pemberitahuan ja ba tu. Kita punya gaya pula jangan sikit2 mau pikir yg buruk2 ja. Bila org cakap sikit, sudah kita cakap dia menunjuk-nunjuk. Bah, apa macam jua kalau betul kan? Like dia cakap, “Sia pernah sudah la makan angin sana Paris. Ok juga la sana tu, tapi beribu2 juga duit habis shopping oh.” Nah, menunjuk ka tu? Kan itu satu pemberitahuan tuu.

Don’t worry. Kamu category org yang nda buli dengar org cakap benda2 baik pasal diri dorang? Sia pernah rasa jadi macam tu. Kamu category org yang sentiasa pikir yg kalau org tu cakap dia bagus, sebenarnya dia langsung tidak bagus ba? Sia pun pernah jadi org mcm tu. So apa yang kamu lalui, sia pun sudah pernah jadi mcm tu. I know how it feels. Sia tau kenapa korang pikir dan rasa macam tu. Jawapannya simple ja. Sebab itulah cara berpikir yang paling mudah dan automatik. Untuk korang pikir lebih dari tu, kena ambil masa mau pikir dan nilai betul2 lagi, which is hard to do. Dan pengalaman sia mendengar org lain bercakap, merenung perangai2 manusia, dan sebab sia suka pikir banyak2, then baru la sia buli berpikir mcm cara sia pikir sekarang ni. Sia lihat benda tu berbeza dari dulu. Bila org tu bercakap benar, sia tidak boleh blame dorang sebagai menunjuk-nunjuk ba. You guys boleh bezakan ka sekarang?

Lain la cerita kalau dia cuma dapat B, tapi dia cakap dia dapat A+. Dia canang merata-rata, tapi teda jua buktinya. Nah, this category is not even “menunjuk-nunjuk” ba, ini sudah tahap “mengada-adakan yang tiada” atau “membesar-besarkan cerita” ja. Dan kalau dia cakap dia ni begini begini, tapi last2 kamu find out yg dia tidak pun mcm tu, then buli jadi juga org itu sendiri pun salah paham ba sama situasi dia. So sebenarnya dia teda niat pun untuk mislead korang. Apa2 pun, semua berbalik kepada niat org yang bercakap tu ba. Ingat apa yang sia cakap. Kalau org tu tidak menghina org lain, bagi sia tu benda tiada masalah untuk kamu just dengar ba. Biar la kamu rasa dia cakap besar sikit. Mungkin sudah cara dia susun ayat mcm tu kan.

Ok macam ni la. Point terpenting sia adalah di perenggan ni. Apa yang keluar dari mulut org adalah di luar kawalan kita. Mungkin kita sendiri pun disalahanggap. Mungkin kita pun sering menyalahanggap. Yang penting mcm ni ja ba. Jaga apa yg keluar dari mulut sendiri saja, cukup la. Dan dari segi menilai org lain punya percakapan tu, paling senang u guys berpikiran positif saja la. The moment kamu pikir lain2 hal, mimang consume your energy sudah tu. Dan satu lagi yang paling penting. Perangai yang suka pikir org lain tu sikit2 cakap besar, sikit2 tinggi diri – adalah satu perangai yg membuatkan kita bangsa yang susah maju. Sia pernah tulis topik ni dalam “Kenapa Bangsa Kita Susah Mau Maju?” Nah, ini la satu mindset yang kita ada. Gara2 sikit2 hal pun kita salah anggap, so kita sendiri pun automatik takut dibuat begitu, so asyik2 kita merendahkan diri ja. Yang baik pun dicakap buruk – siap hina2 diri sendiri lagi. Dengan alasan? Alaah, nanti org cakap menunjuk-nunjuk pula. Tapi gaya macam tu pun sebenarnya buli terpesong juga. Kau bagitau benda2 yang salah pula. Bagus2 kau dapat pangkat 1, kau cakap ala, cukup2 makan pangkat 2 ja ba tu. Doi, apa kau dapat? U guys sedar kan, kalau begitu la cara kita kan, then why wonder kenapa org kita susah mau maju?

Sebab kita sibuk pikir benda2 yang nda menyumbang kepada kemajuan diri ba. Sibuk bercakap, uii si anu tu menunjuk-nunjuk… actually benda ni perkara kecil ja ba. Kan energy kita habis bercakap pasal hal2 remeh mcm tu pula. Biar kan saja la org tu. Dari pengalaman sia la sia tidak lagi anggap org tu teruk hanya kerana dia cakap something good about themselves. They have NO OTHER way to say the truth ba, u guys paham? And there are many other things to be done other than “ui si anu tu punyalah cakap besar”. I tell you ah, if you punya cara pikir mcm tu, nda berkesudahan la tu jawabnya. Orang lain sudah sampai ke bulan, u masih lagi sibuk bercakap dalam kelambu, si anu bin si anu tu baa… adakah buli2 dia cakap dia beli kasut harga RM1 ribu semalam? Betul ka inda oooh?” Nah, sampai bila mau macam tu? It all begins from the mindset, understand?

Why dalam post ni sia nda pula pi komplen org yang suka menunjuk-nunjuk, sebab bagi sia selagi dorang nda kasi susah hidup sia, sia rasa itu hak dorang. Cakap la apa pun, kalau sia dalam position untuk dengar, then maybe sia dengar la. Kalau sia teda masa mau dengar, then I cakap alasan la untuk cut the conversation. Make it simple and easy for yourself ba. You certainly don’t have that much energy untuk waste dengan pikir barang2 remeh temeh mcm tu. Sebab u guys kena ingat, ini cuma satu hal. Lain lagi kau mau handle anger, jealousy, kecil hati, problem sana sini, nahh…bertimbun lagi emosi yang akan mengganggu hidup kita ni. Kalau buli kasi kurang, try la kasi kurang. Apa lagi when benda tu berpunca dari org lain yang bercakap pasal diri dorang sendiri, paling nda masuk buku tu kalau itu pun korang mau susahkan diri mau pikir. Biar saja la ba! Now you guys jangan main angguk2 saja. Pikir baik2 apa sia tulis, then kalau kamu sendiri buli cari kebenaran apa yang sia tulis ni, then baru pecaya. Dan lepas pecaya, maybe try untuk prektisla. Untuk kesenangan sepa juga? Betul!!

Untuk diri sendiri. :)

Good luck everyone!

(Eh lupa pla. Muahsss semua. Hehehe)

3 comments:

AngeL BeaR said...

erm....honestly speaking, I don't condemn these ppl but it's irritating and super duper annoying. Cause you know...like...imagine this...we all know la kan yg duduk2 satu meja cerita2 tu urang2 working class besa saja when suddenly one idiot speak out "hey, I got my merz parked at the end of this building~" when no one's talking about merz?

They might not said it out openly that they are looking down on people but they are giving out the message "I am better, richer than you guys, so hear me out!"

Whenever I met these ppl chucked in the group that started to brag, I always give this mesage to them "yep, we dun own millions, we dun own a brand new merz, we dun talk about multi million biz around...so what make you - the one who seem to have everything wanted to come and mingle with us and have teh tarik? You in the wrong crowd."

I think most people were just - Irritated as much as I am. hahahaha.... just 2 cents of my opinion tho... =p

Twofivesix256 said...

dingoo...trueeeee!! betul ba tu dingo. Dalam kes dorang suka mcm tu kan, sia pun annoyed. I mean, if the person practise double standard tapi duduk di warung sama2 kita, and cakap berabis pasal kemewahan dia, and mimang sia sendiri pun annoyed. I think dalam kes macam tu, itu orang mimang mix the wrong crowd and to begin with, mimang sia akan elakkan mix dengan org ni, or cari alasan untuk balik awal unless we can do something to make the person leave. Itu mimang obvious la itu orang is irritating. Maybe the best way not to let it consume us, we just get rid of them la, abis org mcm ni mimang bikin sakit jiwa ja ba. Hehehehehehehe. Lets avoid them.

winesimpsons said...

Kebiasaannya..orang² yg suka berlagak ni sememangnya mereka ada topik untuk diutarakan, dan jika direnungkan kembali..mereka² ini kebanyakannya telah berjaya sebab itulah mereka boleh dan berani unt bercakap sedemikian rupa. klau perkara tersebut betul..syukurlah dan betul kita yg mendengar ni hanya menganggukkan kepala ja dan mengiyakan..owww...owww.. "untung oo kau telah berjaya" kita pasti setuju dgn pelbagai versi bukti yg dia tunjukkan dgn mempunyai kereta besar..duit banyak, penampilan yg bergaya..dan ianya secara tidak langsung akan menjadi pendorong unt kita lebih maju kalau tidak pun bersaing dgn dia sekurang²nya kita berusaha ketahap itu..tentulah sekali kita tengok juga dan ambil kira kepribadiannya yg humble..ataupun ikhlas bercakap tentang kejayaan unt dikongsi bersama kan..bukan semata² kasi tunjuk² bodoh sombong ibarat tin kosong bunyinya nyaring sahaja...hah! spesis yg ini, kita biar saja lah buat bodoh ja kan..dan kita layan semampu yg boleh.

Saya sedikit banyak setuju juga dgn org² yg suka bercakap tinggi ini. kenapa..?? nah, jika kita perhalusi lagi sifat tersebut..ianya menjadi satu tapak unt org itu mendapatkan apa yg dia telah perkatakan. sebagai contoh: seorg lelaki telah bertemu 1st time dgn gadis..pasti kebiasaanya dia akan tipu sunat untuk menarik hati gadis tersebut dgn memperkenalkan dirinya dgn "aku kerja sana d kwsp sebagai pegawai.." atau "sy kerja di agensi kerajaan dgn memegang jawatan penting.." atau "saya seorg usahawan yg berjaya dgn punya sykt sendiri" dan banyak versi² lagi yg boleh diketengahkan..walaupun sebenarnya perkara itu hanyalah diada²kan sahaj untk buat si gadis teruja. memang salah kan tetapi..kadang² perkara yg dia ucapkan itu kadang² telah menjadi impian dan sekaligus sebuah doa untuk dirinya, manalah tahu 2,5 atau 6 tahun mendatang dia diterima dan bekerja seperti apa yg dicakapkan dgn si gadis itu...untung nasip seseorg tu kita tidak tahu ba kan.. jadi kalau kita terjumpa org² seperti ini..jangan berfikiran negatif, ahh!! cakap ja tinggi..betul kah apa yg dia cakap ni.?

walau bagaimanapun, seeloknya lah kan kalau kita bercakap tu biarlah merendah diri.. tidak menyakitkan sesiapa dan kawan², teman² kita pun suka dgn diri kita dan suka dgn apa yg kita ada. Kalau kita hidup mewah atas usaha sendiri ataupun atas warisan keluarga yg sememangnya kaya, biar mereka tahu dgn sendirinya dgn tidak memandang kita dgn sebiji mata..

Tetapi, jika bab hingga tergamak merendah² kan diri org lain tu..dan perasan dia yg lebih berkuasa, belih kaya..lebih segalanya..biarkan sahaja!! Tuhan itu adil, pasti ada pembalasan unt dia dikemudian hari. Hina menghina ini sudah menjadi lumrah dan asam garam kehidupan kita..(tengok juga kan cara merendahkan dan penghinaan itu) bukan rugi kan andai kita dihina..malah akan dapat lebih pahala..ironinya, kita akan lebih memajukan diri kita agar kita tidak lagi dihina, direndahkan oleh org² yg sedemikian rupa..