When you start to kenal a guy, and he has some kind of attraction, so you feel that you have the reason to know him more. So apa lagi kalau ada chemistry, lagi la best. Especially when the guy also feels the same way towards you. Dia pun rasa kau ni best dibuat kawan. It doesn’t matter apa niat dia la. But yang penting, apa2 pun bermula dengan perkenalan. Susah juga mau expect lebih2 kalau baru kenal kan.
So bermula la satu persahabatan tu. Masa tu, anggap masing2 sebagai kawan baru. Ada saja benda baru yang kamu tau pasal dia, dan selalunya benda2 baru tu hanya akan buat kamu senyum. Sebab kamu tidak apa reason untuk rasa lebih dari tu. Teda rasa marah, teda rasa cemburu, dan yang paling penting lagi, kamu tidak judge dia pun tentang apa yang yang dia cerita pasal diri dia dan latarbelakang dia. Nda lama lepas tu, mula sudah mau kurik masing2 punya cerita lama. Kau pernah couple sudah? Berapa lama kamu couple? Kenapa kamu break? Ex kau macamana org dia? Then during the good moments, u guys akan even share the moments you and your ex shared. Sometimes it even sounds a bit more personal, but masa tu kamu tidak rasa apa2 pun. Rasa macam best dapat kenal dia dan dapat dengar cerita dia supaya kamu pun dapat belajar sesuatu dari pengalaman dia. Di sana la sikit demi sedikit share macam2 cerita. Cerita2 lucu, sedih dan gembira. Jadi dalam proses ini, kadang2 biasa la tu kalau berputik perasaan yang lebih siiiikittt, org cakap laa...bukan sia yang cakap ah. Hahahahaha.
Nah...bila masing2 sudah makin hari makin rasa lebih rapat, mimang berputiklah rasa sayang di hati masing2 tu. Teringat pasal cerita2 dia, perkara2 lucu yang u guys pernah lalui, suddenly pandai rasa rindu. Esok mesti mau cerita sama dia lagi. Or pandai sudah tinguk2 tu gambar. Apa lagi gambar yang kiut2 tu. Tinguk dia senyum sama kamu. Pandai pula melayang kejap. Esoknya, dengar suara dia the first thing in the morning pun, rasa happy betul. Apa lagi kamu pun boleh baca sudah yang dia pun rasa benda yang sama macam kamu. Nah, mula2 tu joking2 la. “Rindu pula sama kau pagi2 ni. Eh kau ingat ka yang kita cerita tu ari tu, malam2 pun sia ketawa ba bila ingat”. Nah, perbualan begini ni kadang2 menambahkan lagi rasa siok dalam hati korang tu. Menambahkan debaran tentang “the next thing” dalam hubungan kamu tu.
So, sampai la masa yang ditunggu2. Bila gelora di jiwa tu tidak tertahan sudah, nah, apa lagi. Kalau bukan lelaki yang mula, perempuan la. Yang penting, benda tu mesti diluahkan. Tidak dapat simpan sudah. Lagipun, masing2 mau satu kepastian supaya persoalan tu terjawab. “She Must Be My Special Girlfriend!!” So nda kisah la macamana u guys meluahkan, yang penting, mesti ada la tu soalan2 yang keluar. “Can we become more than friends?” Errkss... masih org pakai ka ayat2 macam tu ah? *Lols. The most common yang sia tau adalah, “Will you be my special girlfriend, 256?” (*Lols. Sia terpaksa mengorbankan diri sia untuk dijadikan contoh, supaya lagi jelas baa orang cakap. Hahahahahahaahahaha) So, kalau itu perempuan cakap, errksss...anu baa... anuuu... bla bla bla bla... nah, panjang tu jawapan dia, itu mungkin petanda yang perempuan tu rasa benda tu terlalu awal atau pun dia mimang nda mau jadi lebih dari kawan sama kau. TAPI...topik sia di sini bukan untuk jawapan yang cakap NO, tapi...untuk jawapan YA!! Iaitu, u guys finally declare as special boyfriend and girlfriend! Nah... so apa macam? Rasa mau teriak ka? Confirm laa mesti rasa terapung2. Dan trust me, you guys akan rasa macam tu selama beberapa bulan. Untuk yang lagi bertuah, maybe sampai jua la setahun. Rasa macam princess saja. Kana sayang2, kana belai2. Kena beli hadiah itu ini. Kana telefon hari2. Lepas tu, nda kisah la berapa kali dia cakap I Love You, kau nda akan bosan punya. Lepas tu, rajin pula minta kiss, walaupun cuma flying kiss ja dari phone or sms. Hahahaahahahahahahaha. Ok, lets for to the real part of this topic!
Entah kenapa dulu, masa dia cerita macamana dia jumpa macam2 perempuan, kau buli tidak jeles? Jangan kan itu, sedangkan dulu dia cerita dia kasi bili ex dia tu teddybear besar yang tulis I Love You pun kau langsung nda rasa apa2. Kenapa rasanya begitu berbeza sekarang? Hati kau pandai rasa pedih, walaupun kau cuma teringat saja apa dia cerita2 dulu pasal perempuan2 yang pernah singgah dalam life dia. Kau ingat juga tu yang dia cakap dia nda sudah ingat ex dia tu, dan kalau ada peluang pun, dia tidak mau balik sama ex dia tu. Tapi entah, dari mana datang tu rasa “curiga” – sibuk pula kau pikir, macamana kalau dia berjumpa balik sama ex dia tu ah? Macamana kalau berputik balik tu perasaan? Atau tu ex dia mau goda dia balik? Perkara2 yang sama saja, cuma perasaan dan reaksi kau terhadap perkara tu adalah berbeza. Sekarang hati kau senangnya rasa sakit. Jangankan cakap ex dia, sedangkan bila dia cakap sikit yang dia pegi bayar bil, dalam hati kau buli terpikir sepa la perempuan2 yang mungkin dia jumpa masa tu. Mungkin perempuan di kaunter tu yang lawa dan seksi gila, and then buat senyum2 manja lagi sama boyfriend kau. Wooo... itu baru laa, working 24 hours ba itu pikiran. Pikir sampai ke negeri China sudah.
Itu lain lagi kalau itu boyfriend lambat balas SMS, or tidak call...tarik muka panjang sudah tu. Kalau dia nda sambut call, lagi lah macam kana picit2 saja tu hati kamu. Kalau dulu, cerita la apa saja, kamu akan terima dengan senyuman. Tapi sekarang, kamu hanya mau dengar benda2 yang kamu mau dengar saja. Jangan sampai salah cakap. Apa lagi kalau terlepas cakap, “Ui sia nampak perempuan tadi, punya seksii. Jalan pun bukan main goyang lagi. Tekeluar biji mata sia ba tinguk.” Haa, yang lelaki tu, kalau kamurang nda pernah rasa macamana kana pukul pakai high heels, baik janganla cakap benda2 macam tu depan girlfriend kamu yang tersayang tu. Hahahahahahaha.
Lain lagi kalau itu ngam2 terkena masa tu lelaki punya mood nda bagus. Silap2 dia buli kasi lepas marah sama kamu pula. Tapi kalau masa masih kawan, dia cakap satu kali Sorry saja pun, cukup sudah. Sekarang ni, sorry ja tidak memadai. Mau juga 3 hari 3 malam tu mau dipujuk baru la ok macam biasa. Sampai la ada adegan tangis menangis lagi tu. Siap keluar semua bahasa “Belah la dada sia kalau kau mau tinguk macamana sia sayang kau!!” (*Lols).
Then antara yang paling ketara sekali. Kalau dulu, nda payah mau kasitau dia kau mau pegi mana, pegi dengan sepa, jam berapa jalan, jam berapa balik, pegi naik apa – itu pun syukur la kalau dia pecaya apa kamu cakap. Kalau dia mau juga check yang betul semua kamu cakap tu, nah, lagi la payah ini jalan cerita. Terus kalau ada function kau pigi yang kau miss kasitau dia, then tiba2 kau tersebut, perkara kecil macam perkataan “Hotel” itu saja pun sudah menyebabkan perang dunia ke-3 buli meletus tu tau. Hahahaahahahahahahaha. Rasional pun hilang ba. Ini hotel ini tempat org buat macam2 majlis, tapi buli2 pula dalam kepala dia teda lain melainkan check in. Hahahahahahaha. Ish ish ish, mimang dasyat betul pikiran org2 yang sedang bercinta ni.
Hati dan jiwa sentiasa curiga, ragu, cemburu, bimbang, takut dan macam2 lagi.
Kamu masih ingat kan yang sia tulis – Cinta? Wah, Penatnya. Nah, ini actually melihat kepada perkara ini dari sudut yang lain sikit. But perkara yang sama. Dan kali ni, sia mau tekankan satu lagi perkara.
Lepas kita lalui semua perkara2 ni, rasa sudah macamana tinggi rendahnya langit. Kacau bilau dan kepayahan semasa dalam perhubungan tu, mimang tidak sama untuk setiap pasangan. Kalau yang kurang bernasib baik, semua bebanan ini sudah mengatasi dia punya kemanisan. Macam mau bernafas pun susah. Rasa dikongkong, dan pada masa yang sama, sendiri pun mau mengongkong. Sebab masing2 mau jaga hak masing2. “You’re my boyfriend so you must listen to me!” Then kalau dia tengah panas lagi, “Kau belum jadi bini sia lagi. You’re not my mother. You have no right to tell me what to do!!!” Itu masa lelaki tu tunjuk kuat. Tapi kalau dia sendiri, biar pun dia belum jadi laki, biar pun dia bukan bapa kau, tapi dia mungkin buli jadi lagi teruk dari bapa kau. “Jangan pakai itu baju low cut. I don’t want the guys to look at your breast, paham ka sayang? Itu baju kau pakai masa kita dua orang saja.” Hahahahahahahaaha. Macam2 ada ba
Then...masa kamu duduk sorang2 mengenangkan semua perkara-perkara ini, atau mengimbas balik semua kenangan masa kamu baru mula2 kenal dulu.... buli tersenyum balik. Sioknya masa tu. Kadang2 tu sampai buli pula mengalir air mata ba bila teringat balik saat2 masa baru mau kenal2. Rasa hati tu ringan betul. Sebab masa tu rasa best betul. Macam semuanya indah belaka. Kamu pun rasa heran sama diri kamu. Kenapa kamu jadi begitu banyak pikir sejak dia jadi boyfriend kamu. Permintaan kamu pun terlalu tinggi. Kamu bukan mau juga ba tu rasa kecil hati dan merajuk kalau dia lupa bday kamu. Tapi entah kenapa kamu merajuk juga. Bukan juga kamu mau ba tu rasa jeles sebab kamu tau dia sayang gila sama kamu, tapi entah kenapa, mulut kamu tu mau jua cakap benda2 yang menyakitkan hati dia. Yang buat dia rasa tercabar. Kadang2 tu saja2 mau testing dia – macamana dia jawab kalau kamu buat drama sikit. Doiii dogooo... Nah, itu masa la, terdetik di hati kamu...
Bestnya masa masih berkawan. Kalau buli pusing balik tu masa, MUNGKIN kamu sanggup kehilangan semua kenangan indah masa bercinta tu asalkan dapat balik macam asal yang kamu masih berkawan. Masa tu jiwa kamu tiada bebanan dan working overtime yang sangat2 memenatkan. Pikir punya pikir, pusing punya pusing...nda heranlah kenapa ada org cakap yang Friendship is better than love. :)
3 comments:
kawan baru kalau dapat dan baru kenal memang best.. apa lagi kalu ngam di antara satu sama yang lain bleh joke bleh cerita sama dia sampai la tia sedar jadi rapat.. dlm kerapatan ko sama dia tu berputik la perasaan yang sepatutnya ada dlm diri seorang manusia itu.. and for sure utk diri ko timbul la tu perluahan hati ko sama dia...
tapi ni la bagi sa akan belaku kalau tia ngam sama tindakan perluanhan hati ko tu... sa masi ingat comment sa di topic "perigi mencari timbah" yang si bebeh256 ada ckp..
[17:08pm] <[-away]> when a bomb explodes, something will change... sesuatu akan berlaku diantara kamu lepas perluahan hati tu... mungkin bisuk2 kamu mula suda malu2, kurang suda joke kamu dan mcm segan suda di antara kamu... ni bagi saya sendiri la.. hehehehe
jadi di sini... mcm rasa sayang tu perkenalan di antara ko sama dia bila keadaan ini belaku... dan bagi saya juga.. kalau suda kenal sama dia dan suda ngam sama dia.. better truskan keadaan tu.. mungkin satu saat masing2 akan dapat jawapan sebenar dan akan merencanakannya sendiri... ermmmm
ya nantung... things will take care of themselves as times goes ba tu kan. Susah kita mau cakap, so bila kena sama diri sendiri, we know oso what to do that...hehehe...anyway, masih jua kau simpan tu log ahh nantung. Hehehehehe
Hubungan di antara kawan, rakan sepejabat, jiran atau sesiapa sahaja yg pernah bersua, sedang bertemu atau akan berjumpa pastinya mempunyai keunikan peristiwanya yg tersendiri. Off course.."friendship is better then love.." semua sudah sedia maklum tentang cinta..persoalan cinta dan ada apa dengan cinta..yg pastinya semua org yg normal tentu akan mengalami peristiwa percintaannya masing². Bagaimana dgn kawan kita yg telah bercinta menjangkau 2,5 atau 6 tahun..tiba² bergelora di tengah jalan..? harapkan panas hingga ke petang..rupa²nya tengahari terpaksa angkat kain..? teringat kisah kawan sy, hanya terjumpa teman baru sepejabat..kekasihnya itu telah berpaling arang dan tergoda oleh kecantikan dan kegenitan si gadis sepejabat teman lelakinya..kasihan walau jangka masa hubungan mereka boleh dikatakan panjang dan penuh kegembiraan. Dimana silapnya, dimana salahnya..? hidup mesti diteruskan walau seremuk mana hati itu..sedalam mana luka itu..sehancur mana diri itu yg tak teristilahkan...kadang² nun jauh dihati kita pernah terpikir "lebih baik kita dicintai daripada mencintai..kerana kalau kita dicintai sudah pasti hati si dia akan sentiasa berada disini berbanding kita mencintai tetapi kita tidak tahu sama ada dia mencintai kita atau tidak..hati ini akan terasa sakit pabila insan yg dicintai sepenuh hati meninggalkan kita kan. bab berkawan ni perlu ber-hati²..sedangkan pantai lagi berubah, inikan lagi hati manusia kan.. kawan karib disekeliling kita juga boleh jadi penyebab utama berlakunya perubahan hati dan perasaan individu terhadap pasangannya yg sedia ada andainya kita tidak dapat menggariskan dan membezakan persahabatan sebagai seorg teman dgn hawa nafsu godaan sebagai teman tapi mesrah yg menerbitkan bibit² hati yg dinamakan cinta..bahaya tau!! Susah hendak mencerna hati seseorg walau kita dah kenal lama. Walau bagaimanapun, terdapat juga bab² percintaan yg kita dgr dan lihat disekeliling kita berakhir dgn "Happy Ending" kisah cinderella, laila & majnum dan banyak lagi yg membuatkan kita terus berfikir untuk bercinta. Itu namanya jodoh kan.. Jadi biarlah dalam membuat hubungan yg serius itu kita hendaklah berfikir semasak-masaknya, pertimbangkan dalam pelbagai aspek..adakah dia ini betul² sesuai dgn hati kita..adakah dia ini ikhlas menerima kita dan adakah si dia ini adalah orangnya..? hendak 1000 daya tak hendak 1000 dalih kan.. jgn difikir terlalu dalam..jodoh percintaan dan kehidupan kita itu berada di tangan Tuhan..hanya kita shj yg merancangnya gdn penuh ketelusan dan kekreatifan untuk membuatkan bab² permulaan perkenalan..bab percintaan..bab gaduh, cemburu, tawa riang itu, menjadi dgn apa yg kita idamkan dan impikan
Post a Comment