Sepa kenal sia dengan rapat, tau la antara perangai buruk sia adalah kuat merajuk. Perangai ni adalah very toksik but unfortunately kalau sia rasa sia betul, memang sampai ke sudah la sia punya rajuk tu, especially kalau urg yg buat salah tu nda pandai faham2, teda penyesalan and sana juga dia main ego, uinaa lagilahh. Entah bila la buli settle.
Maybe sia pernah cerita yang sia nda bertegur sama kawan sia sorang ni gara2 dia terlepas cakap, dan memang perangai dia suka cakap lepas dan menyinggung orang. So terkena pula sama sia, dia suka2 menuduh and then lepas dia kasi malu kau depan orang lain, dia minta sorry macam tu ja. But bukan betul2 sorry. Cara dia minta sorry tu pun cukup annoying sebab bila kau cakap Ok, ok, ndapa. Terus dia balik2 cakap lagi sampai kau faham yg dia bukannya betul2 mau minta sorry tapi salah satu cara dia mau annoy kau. Dia pun kununnya jenis keras hati dan ego tinggi, tapi obviously dia lebih matang dari sia sebab sia ok ja nda bertegur sama dia bertahun-tahun. Cara sia adalah buat macam dia nda wujud. I can do that tanpa menjejaskan life sia sehari2. So akhirnya dia langgar ja. Dia usik2 sia time kami ramai2, sampai sia terkejut sebab masa tu baru sia sedar yg dia wujud, and walaupun sia nda layan, dia teruskan juga and nda layan sia punya perangai kebudak-budakan tu. Hahahahahaha. Sedar juga kan?
Pernah lagi sekali sia ingat sia merajuk sama boyf sia masa tu. Masa tu kan sia student, bukan ada income, and dia ni pula suka pakai benda2 branded, sedangkan sia nda. So since dia suka kasi sia present mahal2, sia tertekan juga la kunun untuk save up so I could buy something branded for his birthday. So sia nampak ni sweater Nike ada sales, normal price was around RM300. Lepas discount, dia bawah RM100, so sia pi beli la bah dengan harapan yang dia akan suka sebab brand fav dia memang Nike pun. Kali tinguk, lepas dia dapat tu gift (masa tu dia di KL), dia simply cakap thanks ja. Teda dia berhappy2 ka or macam kegembiraan ka, I mean no emotions yg sia expect bah considering kepayahan sia mau beli tu untuk dia...Hahahahaha. Guess what? Sia merajuk mau 2 minggu tidak angkat call dia. Dia pun ndatau kenapa sia gitu sebab sia nda cakap pun. Sia punya tahap merajuk tu, level bikin panas, menguji kesabaran manusia normal. Hahahahahahaha.
So kamurang tau sia ni talkative kan, level yang almost u cannot bear sudah kalau kau manusia yang calang2...manusia yg bukan calang2 ja buli tahan sama talkativeness sia. Tapi bila sia diam dalam keadaan yang kau sudah biasa sia bising, memang tu la satu benda yang cukup torturing juga actually. Sebab Silent Treatment ni satu yang menyeksakan actually. When communication just stops. So lama sudah sia nda merajuk begitu actually. So adakah sebab sia finally sudah betul2 matang? Hahahahaha
Rupanya tidak juga. If kamu baca my last post yg assistant sia bikin kerja cincai, sia actually quite affected by it. It's ok kalau dia nda mau bikin kerja2 yang dia rasa berat walaupun tu pun sia geram sudah actually, tapi sia faham. But she wasted berjam-jam buat kerja yg tiada hasil, sebab dia mengelak untuk bikin kerja yang sia suruh. Bila sia check hasil kerja dia, sia terkejut sebab itu la pula hasil yg berjam-jam tu. Terlampau cincai dan hanya untuk dia buang masa sebelum pulang. Dan the worse part yang sia betul2 upset, bila sia check balik kerja dia yg kemarin (yang dia bikin dengan begitu cepat) OMG, biar betul. Seolah-olah itu adalah kelas pendidikan seni untuk budak sekolah rendah, iaitu kau buat cincai2 pun cikgu kau akan faham sebab kau budak2. Sedangkan benda2 yg dia buat tu adalah untuk something yg bernilai beratus ringgit juga. Apa yang buat sia sangat pissed bukanlah pasal duit ka apa, it's camana dia treat kerja yang begitu serious untuk sia, secara sambil lewa, dia bikin main2 dan DIA TIDAK PEDULI impact dia sama sia. I guess dia fikir sia teda masa mau check sebab sia terlampau sibuk masa tu tapi akhirnya sia check juga. Dan masa sia kasi tunjuk dia kerja dia yg cincai tu, dia cuba untuk ubah topik dengan cerita pasal hal lain yg teda kaitan sama kerja. Sesungguhnnya bukan senang bah kau kerja sama orang ni kan? Balik2 dia bikin kerja dengan ok, sia tidak juga happy sampai terbawa2. Tapi sekali dia bikin benda nda betul, kenapa macam sia besar-besarkan hal kan? Sia terfikir juga tu. Sebab u guys think I like this? No I don't. Sia banyak benda best lagi mau bikin. So sia bukan saja2 dihantui oleh benda kecil macam tu, but kebetulan dia tried to have a conversation, dia wasap sia pasal tempat menarik (yang dia biasa bikin sebelum ni sebab dia tau sia memang berminat) tapi I just couldn't bring myself to pretend that it's nothing. Sia manusia yang susah sikit mau tutup emosi sia. Kalau depan2, kau buli baca sia macam buku. Especially when sia memang nda suka kau, kau tidak akan tersalah faham yang sia actually suka kau sebab sia inda pandai fake benda2 begitu. Sia buli tahan perangai kau untuk satu jangkamasa ja. Lepas tu sia akan slam the door. So pasal kawan sia ni, it's like I'm giving her a silent treatment la kan? Even just reply simple2 pun sia nda dapat bah sebab sia rasa benda tu semua lakonan ja and I couldn't do it.
So ni buat sia terfikir bah. Kalau la benda ni berlaku dalam marriage kan, memang sandi. Terus sia faham apa yang actually berlaku bila berpisah, tinggal asing2 bawa haluan masing2, atau tinggal serumah tapi nda bercakap. Then, apa lagi mau bikin lebih dari tu kan? Mana tau kesilapan tu bikin kau rasa meluat or geli sama pasangan kau tu. Then confirm la akan menuju ke arah keretakan. Urang cakap communication tu paling penting. Memang betul. Sebab kalau dua2 nda mau mengalah, makin hari makin asing. It becomes really awkward sudah mau balik pi asal. So kalau la kau jadi pasangan yg ingin berusaha tu, sejauh mana ketahanan kau untuk terus mengalah, memujuk, menghibur dan tahan segala silent treatment yg kau dapat. Dengar pun sandi kan? No wonder la many choose to walk away. Sia rasa, mesti ala-ala kes gini yg berlaku sama pasangan artis contohnya Sharnaaz sama Nurnabilah tu. Biarpun sudah ada anak comel, tidak menjamin yang dorang akan work out everything. Mesti banyak pendam rasa yang sorang lagi nda pandai faham2 dan tu lah, Berdiam diri, layan perasaan masing2, akhirnya dua2 jadi orang asing sudah. Oh gosh, sandinyaaa!
Sia pun teda opinion yg bagus pasal ni sebab sia sendiri pun dalam belenggu perangai ni juga. Satu ja la, maybe time will heal. Actually ada juga taktik mau deal sama perangai sia ni sebab beberapa manusia sudah berjaya bikin. Mesti mau langgar ja. Kalau tau sia merajuk, jangan layan sia macam org yg sedang merajuk. Don't avoid conversation with me sebab u gonna get double silence from me. Kau langgar ja as if kau ndatau sia sedang merajuk, sebab akhirnya sia akan layan juga tu, dan ignore the awkwardness like it's nothing. So assistant sia ni pun jenis sempoi, dia pun bukan la terlalu emo sangat, maybe dia pun nda sedar damage yang dia bikin sebab dia fikir sia ni terlampau serabut dengan kerja2 sia sampaikan sia teda masa mau layan benda remeh. But tidak. Benda2 lain sia buli kali limpas, tapi orang2 yg considered rapat sama sia, tau cerita hidup sia and then seolah-olah take advantage sama leniency sia sama dorang, wahh, this is a form of betrayal sudah. I know teda manusia sempurna. Jadi maybe masa sia diam2 ni, dia terfikir something, dan nda payah cakap sorry sama sia. Kalau next time dia bikin apa2 yg sia suruh, dia just tebus balik ja.
Kamu fikir best ka jadi urang kuat merajuk? Tired tau. Benda ni di dalam genetik sia sudah, buli cabut ka tu code2 yang bawa ni trait? Hahahahaha. Sia sudah cukup matang pun masih merajuk. Tulunglahhh 256. Sudah sudahlahhh. Hahahahaha
No comments:
Post a Comment