Statcounter

Thursday, January 30, 2020

A Fallen Friend

Sia cuma ada 24 friends ja di Fb. Reason is because sia memang cepat unfriend especially yg sia rasa Fb dorang nda kena guna sudah, or friends yg sia rasa nda sedar pun kewujudan sia di friendlist dorang. Dorang2 di list sia ni 99% adalah kawan yang sia kenal daripada mIRC, tapi ada beberapa di antara dorang ni yg sia never directly chat pun, cuma we know each other's punya kewujudan di chatroom. Sia accept request dorang sebab I don't have issue with them, they tidak post benda2 yang menyakitkan mata, and they have that peaceful nature.

Anyway, pagi ni, sia baca newsfeed sia and sia nampak one of my 24 friends ni post something (which was normal) but this time, ada lain macam sikit post dia iaitu dalam bahasa Cina. Sia tekan dulu tu Translate baru sia faham apa maksud dia. Baru beberapa hari lalu time CNY sia nampak dia post2 gambar happy2 sama family, makan2, minum2. Post yg dia tulis tu obviously written by his wife, that he passed away the nite before. Oh My Gosh, punya tekejut sia. Masa tu sia duduk2 bikin kerja di meja, tiba2 sia rasa sedihhh betul. Sia nda pernah chat sama dia ni di chatroom, tapi sia kenal nick dia, and dia bukan one of the nicks yang suka flirt jadi sia teda issue sama dia. Dia dia mainly cakap Chinese jadi nda berapa into English or Malay, dan dia beberapa kali react to my posts and he knew my other Chinese friends yang also ada dalam friendlist. Dekat sia lupa, wife dia juga adalah kenalan mIRC dia juga, iaitu sia pun kenal nick dia, and pernah chat sama sia juga. Cuma nda sangka dorang bertemu jodoh dari mIRC dan kawin, dan ada anak satu.

Masa sia melayan kesedihan tu, sia terfikir balik realiti hidup ni. Yang semuanya hanya sementara. Jangan cakap si polan itu dan ini yang pegi duluan, jangan lupa kita semua akan pergi juga. Sia teingat family sia yang sometimes kita nda tunjuk pun penghargaan sama dorang macam la dorang akan terus ada di sana sampai bila2. Macam menangis juga sia dalam hati o. Of course sia nda buli nangis masa tu, sia nda buli terlampau layan perasaan sebab sia banyak kerja mau buat. But sempat sia imbas balik apa yang sia ingat pasal kawan yg baru pegi tu. Sia pi check balik Fb dia. Maka baru ja a few days ago dia share yg dia sudah claim tu e-tunai RM30. Tiada langsung clue2 yang dia tau dia akan pergi. Sedih o kan? In fact orang2 yg komen tu pun terkejut. Ada yang cakap baru ja datang kedai dia beberapa hari lalu dan dia nampak happy2 ja. Wife dia pun share2 gambar CNY, macam dorang enjoy themselves. OMG, I don't know what to say. Tapi sia adalah kawan yang jauh, nda juga ngam kalau sia ber-emosi.

Teringat sia kejadian beberapa tahun lalu, masa tu sia masih active chat di mIRC. Kawan chat sia urang Sabah juga tapi mengajar di Semporna. Dia ni adalah satu personality yg sangat happy di chatroom. And she always told me she was so happy when she saw me around sebab sia kan banyak menaip di public. And she took a bit more steps to know me. She said she wanted to meet me. Sia kan manusia yang sangat kisah sama privacy sia, tapi masa tu, dia buat sia rasa yang kalau sia jumpa dia pun, sia teda issue sama privacy sebab she was too positive to think anything the opposite. Sia sudah kasi gambar sia sama dia pun. Lagipun dia ada satu kisah sedih yang semua org tau masa tu. Sebab boyfriend yang dia sudah plan mau kawin, tiba2 bertukar arah dan suka dis other Chinese lady. Guess what, ex dia dan perempuan perampas tu dua2 chat di mIRC juga masa tu, dan itu yg buat dia masuk mIRC. Sebab dia sangat2 terluka, sampaikan buli rasa kesedihan dia dalam setiap ayat dia dan betapa susahnya dia mau bina balik diri dia. Macam dia betul2 jatuh tersungkur. So dia anggap lelaki tu adalah kenangan duka dia tapi sebagai perempuan, dia sebenarnya masih sayang sama tu lelaki tapi dia terima kenyataan juga dan teruskan kehidupan walaupun sekali sekala dia akan nampak lelaki tu di chatroom tu, dan juga perempuan tu. So sia banyak juga share motivation sama dia supaya dia terus kuat. Mungkin tu yg buat dia rasa mau kenal sia sebab maybe ada advice sia yg melekat di kepala dia. So, sia actually agree mau jumpa dia sudah. Kami sudah plan akan jumpa the next time dia turun KK. In fact, dia la orang pertama yang sia chat di Skype dan atas permintaan dia juga la sia bikin tu account Skype. Dia ni pun jenis yg suka travelling. Itu cara dia enjoy life dia. Dia sudah cakap plan dia mau pi England hujung tahun tu. Masa cuti Kaamatan tahun tu  (2011 atau 2012), dia plan mau pi KL dan sudah berjanji pun sama kawan2 chatting yang stay di KL. Dia dijadualkan terbang pada 1 Jun dan dorang punya gathering pada 2 Jun. Guess what, malam 31 tu, memang sia di mIRC masa tu chatting macam biasa. Tiba2 one of kawan kami, yg sudah pernah jumpa dengan dat lady friend, dia SMS sia kasitau yg kawan kami tu baru ja accident dalam perjalanan ke Tawau. Masa tu I tot dia just mau info pasal accident kecil. Masa dengar tu, sia terkejut juga. Tapi until dia sambung, "and she passed away from that accident". Mau jauh jantung sia oo. I said, WHATTTTT??? Terus I didn't know what to do tau. Sia nangis ja terus sebab tu ja yg sia dapat buat. Bila check FB dia, dia sentiasa pos setiap benda yg dia bikin. Yang paling last before that kejadian adalah dia pi makan ice cream sama kawan2 dia. Dia ada gambar jam dinding sebab keboringan tunggu kawan2 dia datang. Gosh, langsung teda sign yg dia tau dia akan pegi malam tu. Berita pasal kemalangan tu ada keluar secara detail di suratkhabar cina, siap ada gambar dia lagi dan kereta myVi dia yang sudah total damage. Dia kena langgar oleh Hilux yang hilang kawalan gara2 mabuk, dan impact pelanggaran tu, dia terundur 50m. Dia terstuck di driver seat sampai la bomba datang. Dia masih sempat kena bawa pi hospital tapi memang dia tidak sempat diselamatkan. Mungkin sia pernah cerita sudah pasal ni di blog ni kan? 

Tiba2 sia rasa sangat stupid dengan perangai kita yg membesarkan hal remeh. Macam la kita akan hidup sampai 100 tahun lagi. Jangan la kita tangguh2 lagi untuk buat yg terbaik untuk orang2 yg kita sayang. Tiada masa mau berlawan ego. Tiada masa mau tunjuk kuat. Tiada masa mau, Ah nanti lah. Tunjukkan la kasih sayang kita semampu yg boleh. Duit tu kita nda buli bawa biarpun satu sen. Kenapa nda kita happykan dorang, buat dorg rasa disayangi, dan kenapa la sometimes kita rasa terbeban untuk buat semua tu sebab kasih sayang yang sebenar adalah bila sanggup untuk Give till it hurts. Bila lagi, guys? Ini la masa dia. Hargailah setiap masa, setiap saat sebab riwayat hidup kita hanya Tuhan yang tau. Semoga God guide us untuk kita dapat buat sebaik-baiknya and most importantly, semoga kita dapat membahagiakan orang2 yang Tuhan hantar dalam hidup kita untuk kita sayangi dan menyayangi kita. 

No comments: