I tell you guys one incident. Sia beli dumpling Chicken dari satu stall di satu shopping mall. But from the name, from the people operating in it, I get the idea tu stall kepunyaan orang local Sabahan tapi tidak nampak ciri2 Muslim tu sebab mostly pekerja dia orang local KDM. Sia sudah lived with this understanding terhadap sensitivity Muslim sejak sekolah menengah, enuff untuk sia faham time azan sepatutnya berhenti bercakap; jangan suka2 bagi salam atau jawab salam. In fact, kalau sia tercakap Astaga tu pun sia tapis, kalau ada kawan2 Muslim masa tu. Sebab time kami di asrama, we found all sorts of budak2 baru belajar agama, dorang nda segan2 tegur yg kami nda buli gitu, nda buli gini, Ya la masa tu dorang pun baru belajar so maybe ada unsur2 yang mengarah kepada extremism, or itu mungkin cuma tafsiran dorang, yang nda mengambilkira kehidupan dalam masyarakat majmuk. I mean, I know about some of these sensitivities.
Time matrix, sia satu dorm dengan beberapa kawan2 Muslim dari seluruh Malaysia. Gosh, dorang buat sia lupa pasal extremism ni. Dorang kaki sembayang, tapi kalau kami yg non muslim makan Maggi dan offer dorang, dorang nda sikit pun rasa sangsi, in fact dorang beriya mau makan dan sometimes meminta lagi. So gap tu hilang kejap. Dorang nda pernah preach kami batas2 dorang berkawan sama kami. Sampai hari ni sia respect dorang.
So back to the story pasal Chicken dumpling. Itu Chicken dumpling masih ada tinggal 5. Ngam2 hari Jumaat. So sia terpaksa bawa pi kerja sebab I know orang di rumah puasa daging on Friday so nobody would eat them. This Muslim friend of mine (considered my closefriend juga sebab selalu lepak sama sia sebab office kami dekat), sia kenal dia maybe dalam 3 tahun sudah lah. Dia nampak sia bawa tu bekas. O ya, before that, kami ada banyak tu paket sos Life sebab kalau tapau KFC, kami akan simpan lebihan dia, so sia memang suka sos kalau makan benda2 bergoreng. Jadi sia ambil beberapa paket sos Life tu dan letak atas bekas dumpling tu dan letak sekali dalam plastik. Kawan sia jeling tu plastik, dia terus terfikir, Aik, kau tapau KFC? So she knows itu sos memang sos KFC. I said Ndala, dumpling ayam ja. Tu sos lebihan yang dulu2 nda habis masa tapau KFC.
So dia yang insist mau makan di restaurant, sia ikut ja sambil bawa dumpling sia tu. Sia beli juga makanan di restaurant tu dan lepas tu baru sambung makan tu dumpling. Tu dumpling memang resepi dia special. Wangi dia pun sudah sedap. So masa sia makan tu, sia kastau dia, Sia nda offer kau ni dumpling sebab sia nda pasti kalau tu stall adalah Halal (sebab Halal kan bukan bermaksudnya bukan pork ja kan? Sebab pengertian sia mendalam pasal Halal, I spoke after considering pengertian sia tu). Terus I add, Ni dumpling chicken, tapi nda pasti kalau tu stall orang Muslim punya ka nda. So I better nda offer kau lah. I said like that. She responded dengan selamba ja sebab dia macam faham. Lagipun considering sebelum2 ni, everytime sia offer dia food, dia mesti tanya, Kedai Muslim ka? Dan pernah juga dia pegi passing orang lain kuih muih yg sia beli dari restoren Muslim (cos didn't I tell you I'm a Malay food lover? Did I tell you I don't eat pork since secondary school?) My friends know about it, including her.
So, rasa-rasanya, at least dia patut tau level understanding sia terhadap dia dan sensitiviti dia. Dia ambil sotong goreng and susah mau habiskan. Dia suruh sia. Sia try satu and memang keras dan rasa dia nda berapa ok. But kalau ada sos, maybe ok sikit. So masih ada 2 sos cili yang tertinggal dan belum dibuka. So sia ambil tu sos and offer dia, "Kau ndamau makan pakai sos?" Guess what, suddenly dia buat muka yang sangat2 prejudice. Dalam kepala sia, I didn't expect that coming from her. Sambil buat muka tu dan tunduk2, dia cakap, "Sorry, sia nda tau apa kau makan." And then terbeliak la mata sia tinguk dia, "Haaa?" I mean, apa kena mengena apa yang sia makan sama tu sos yg belum berbuka? With the knowledge yg tu sos adalah sos Life KFC. So dengan abit shocked and annoyed, sia beranggapan bahawa inspite of knowing that tu dumpling adalah chicken dan bukan pork, dan sia bukan pemakan pork, dan tu sos adalah sos Life KFC, sia cakap la, "Jadii? Terus tu sos pun kau nda buli makan?" Dia cakap, "Iya, nda buli." HUIYOOHHHH. Dengan muka malu2 lagi dia cakap, "Sorry, terpaksa terus terang." I mean, the way dia cakap tu seolah2 sia baru masuk dalam negara Muslim dan itu first lesson sia pasal orang Muslim.
Terus masa tu muka sia jadi lain. Sebab kamu should faham after everything I told you. Sia nda kecil hati dia nda makan tu sos, tapi sia SHOCKED dengan extremism dia yang TIDAK BERTEMPAT. Kununnya tersentuh sudah tu paket sos dengan bekas dumpling ayam yang dia tidak tau orang muslim atau bukan yg bikin, so automatik SEMUA JADI KOTOR DAN JIJIK. If you guys could see my face yg betul2 disbelief sebab ada kawan sia yg macam tu. AND PLUS, dia jenis yg jarang sembayang, or lama sudah nda sembayang. Sebab dia sendiri mengaku. Dan cakap pasal hal2 lain, contohnya riba (iaitu mengambil untung yang tidak afdal), I know how dia charge kawan kami harga yg jauh lebih tinggi sedangkan kawan tu fikir dorang share sama rata (which means dia tidak begitu pedulikan juga riba2 ni). Kalau mau cakap pasal kesopanan sebagai Muslimah, the same person yg main kayu tiga sama lelaki yang dia kenal di whatsapp sampai videocall yg tidak2 - Gosh, forgive me sia bukan mau higlight salahlaku dia. Apa yang dia buat tu bukan bermaksud sia atau orang lain nda buat, TAPI sia just mau rationalize kenapa tiba2 bab sos itu suddenly dia PALING CLEAN seolah2 hal2 lain semua dia jaga baik2. Sorry to say, to the extremists out there, sama macam agama lain juga, Bukan hanya satu benda seja yg kau bikin terus kau sudah level atas dari orang. Sedangkan semua benda haram yg lain SEMUA kau bikin, kecuali pasal makanan ja, tidak buli ada satu zarah pun yg mencurigakan. Seolah2 BABI tu adalah benchmark yg kau adalah seorang Muslim yg baik atau tidak iaitu berhabis-habislah la kau mengelak apa ja yang buli kau kaitkan sama babi, maka baguslah sudah kau. Sama juga macam kami bah. Pegi church ja tiap minggu tapi perangai sama juga kau makan duit haram, mencuri, dan macam2 lagi, seolah2 terus SUCI lepas pegi church.
Sedangkan sia punya kawan sorang lagi ni, dia ni nda tinggal solat. Sanggup dia jalan jauh untuk cari surau. Sia tabik la sama dia ni. Tu hari kami stuck di building baru. Dia buli minta diri untuk cari surau untuk solat. Ada sekali tu sia bawa 2 bun Mr Bread yg tidak termakan dari petang before that lagi. Tu bun pizza memang favourite sia. Buli ja sia makan dua2, tapi sia bagi dia satu. I said, Check dulu la kalau masih ok, sebab dari semalam tu. Guess what? time lunch tu dia beriya2 mau makan tu bun. Diam2 dia makan. Bila sia sedar, dia sudah habis makan. I said, "Aik, sudah kau siap pula. Ok juga tu bun?" Dia cakap, Ok pun rasa dia. Teda juga yg pelik.
I can't help but bandingkan dorang. Si kawan kuat sembayang ni kasi sia begitu banyak trust. Sia percaya, she GETS IT. Religion dia adalah pegangan dia untuk buat benda2 bagus, but bukan tujuan utama dia mencari apa yang TIDAK, apa yang BUKAN, dan yg negatif2. Apa lagi bila dia tau dan faham, sia tidak akan offer dia kalau tu dia nda buli makan. She trusts in my understanding in her religion and she trusts that I know how to suit myself with her belief, she trusts that I'm smart enough to tell good from bad, and she trusts that sia ada adab hormat orang lain. I WILL NOT DO HER HARM. Automatik sia jadi tabik sama dia. Sebab dia mungkin extreme dalam kepercayaan dia, tapi bertempat. Thats why I never have to feel distanced. Sebab dia faham, ada benda lain yg lebih penting dari tu semua. Hubungan baik sesama manusia yang harus dijaga sebab apa pun agama kau, kau perlukan sesama manusia dari agama dan bangsa lain untuk support kau.
Kepada yang extremists nda bertempat tu, maybe time will teach you some lesson juga. Maybe someday you learn how to tone down. This is SABAH. This is no place for extremists. Hope you learn someday.
No comments:
Post a Comment