Statcounter

Saturday, January 18, 2020

Pain or Gain, They are not Permanent

Masa beredar dengan cepat. Dunia berubah, Baik atau buruk, itu cerita lain. Jadi jangan cakap kau sudah hafal formula, sampai bila2 kau hebat. Formula kau buli jadi ketinggalan zaman. Walaupun sejarah sudah tertulis BN berkuasa selama 60 tahun dan akhirnya berjaya ditewaskan,  jangan kau fikir kau punya turn mau pajak 60 tahun seterusnya. Best kan feeling dia lepas menang PRU14 hari tu? Kau sudah ready2 mau guyang kaki thinking that you will remain in power for the next 60 years? 

Ni bukan cakap2 politik yang hari2 kita hadap. Tapi today when Kimanis jatuh ke tangan BN balik, di sana lahh a slap of reality. Kalau dulu lamaaaa betul org mau hukum. Selepas beribu kali kau nda puas hati pun, tup tup sampai juga 60 tahun berkuasa. Tapi ni sudah zaman celik IT. Semua info di hujung jari. Berita betul bercampur palsu. Semua kena sedut bulat2. Susah sudah kau mau bikin jahat yg tidap digembar gembur. Sekali kau langgar suara ramai, kau fikir kau bulilah guna autokrasi. Mentang2 kau ada kuasa, kau fikir kau buli buat orang ikut semua cakap kau. That's not the case, you know that. Kekalahan Warisan yang dilihat selesa sebagai kerajaan Sabah, membuktikan EXACTLY thatt. Just like pain, gain is also temporary!

So tadi sia terjumpa customer sia yang kenal sia lamaaa sudah. Dia berabis tanya2 sia macam2. I can't help but think I'm being judged.  Kalau satu masa dulu, benda2 tu akan buat sia uncomfortable, but not today. Sebab kalau dulu, sia belum sure lagi apa jawapan kepada banyak soalan. Especially soalan APA YANG SIA MAU DALAM LIFE SIA. Sebab kalau sia buli jawab ni soalan, apa soalan pun sia buli jawab. Bila urang senior tanya2 macam tu, sia jawab lahh walaupun kalau sia ingat2, ada sedikit ego kenampakan di sana. Ya, sia akun. Sometimes EGO sia tu orang senang nampak. Bila sia anggap apa yang sia cakap tu BETUL. Macam confirm sia betul. Mungkin cara sia cakap tu ja nampak macam sia Ego, tapi sia nda juga macam tu bah. What if itu memang adalah cara sia? Apa lagi kalau urang put me in an awkward situation seolah2 dorang pegang masa depan? NO. Diri sendiri pun belum tau apa kesudahan. Sia pun belajar juga dari kesilapan. Stop talking like you know your happy ending. You DON'T.

Point sia sini, just kasi ingat diri sendiri, benda2 ni semua tiada yang kekal. Begitu juga diri kita yang naif dan ego. Bukan semestinya kita forever begitu. Kita buli berubah. Begitu juga bila berada di atas. Jangan fikir kita tidak mungkin akan nampak view dari bawah. Bila2 masa kau buli tergolek pi bawah. The good thing from this is, kita sentiasa berpijak di bumi nyata. Jangan aniaya orang, jangan leka, jangan lalai, sebab keunggulan kau bukan abadi. Tapi berita baiknya juga, bila kau terjatuh tersungkur tertiarap, itu juga bukan abadi. By the time kau bangun balik, kau mungkin jadi si kuat si gagah yang mengatasi semua pesaing kau.

KAU BOLEH. Ndapa la kalau nda selamanya kita at the top of our game, yg kita tau, kalau kita jatuh, bila2 masa kita buli ja naik balik. Kan sudah kita setuju TIADA APA YANG PERMANENT dalam life ni. Guna ni quote untuk build up balik apa yang musnah. Guna juga ni quote untuk be more responsible, do good and kind things semampunya dan seikhlasnya sebab Isn't our prime purpose in life is TO HELP ONE ANOTHER? Jadi jangan lupa masa kau di atas. Kalau buli, kalau pun kau jatuh sekali lagi untuk apa pun sebab, make sure kau sudah lift banyak orang masa kau di atas. Jangan jadi si HEBAT yang sia-sia. Kau hebat cuma sendiri2 tapi orang keliling kau semua melarat. Silap2 itulah punca kejatuhan kau kali kan?

So guys, bersetuju dengan kitaran ini? Tiada jaminan tapi biarkan yg bukan di dalam kuasa kita. Yang betul2 kuasa kita adalah amalan dua tangan kita ni. Baik ka atau buruk ka, kenapa mesti mau rugi. Pilihlah yg baik- baik, semoga yang datang balik pun hanya yang baik-baik. Amennnnn.

No comments: