Statcounter

Sunday, March 14, 2010

Why Sabahans Suka SMS-Vote?

Dalam banyak2 pertandingan SMS di Malaysia setakat ni, mau tidak mau akhirnya semua orang mendapati bahawa kalau ada peserta dari Sabah, confirm undian SMS dia memang meletup. Daripada Akademi Fantasia, Mentor, Bintang RTM, One in A Million dan yang baru2 ni, Raja Lawak. Semuanya pernah menyaksikan how A Sabahan diangkat melalui undian SMS. What do you think?

Reality show yang first di Malaysia iaitu Akademi Fantasia knows better. Since this program menggunakan 100% SMS vote, keputusan berada di tangan pengundi SMS. Since the days of AF Season 2 where beberapa peserta dari Sabah dipilih menjadi peserta, maybe di sana lah baru the whole Malaysia nampak betapa Sabahans ni memang undi secara habis-habisan. Kita sudah pernah nampak program reality di Malaysia ni yang juaranya adalah orang Sabah – Stacy, Juara AF Musim Ke-6, Ayu Juara One In A Million Musim ke-2, Pijah dan Fiq Juara untuk Mentor untuk musim yang berturut-turut dan yang baru2 ni adalah kumpulan Kecik yang jadi juara Raja Lawak. I also remember macamana Marcellus Gatisi dan Zizie yang tidak mendapat tempat di 3 kedudukan utama untuk Bintang RTM, tapi dorang ni dapat juga habuan sebagai peserta Paling Popular yang berdasarkan undian SMS. Sia yang orang Sabah dan tidak terikut-ikut dengan demam mengundi ni, kadang2 terpikir juga. Sabah ni kalau mengikut statistic kemiskinan tegar, adalah negeri yang Paling Miskin di Malaysia. Ouch!!!

Untuk mereka yang belum pernah datang ke Sabah, maybe dorang pun a bit skeptical pasal Sabah. Maybe dorang sudah biasa dengar yang Sabah ni miskin, banyak hutan2 dan gunung ganang, dan kaum etnik yang berbagai, masih banyak kawasan pedalaman yang jauh dari pembangunan. Belum lagi dengar bahasa Sabahan kami yang pekat dan a bit melucukan bagi telinga2 yang baru sekali dengar. Satu kali dengar, macam orang Indon. Dengan gambaran2 ni semua, mungkin ada yang berpikir, memang pun tahap pemikiran orang Sabah ni maybe a bit backward sebab system pendidikan di sini maybe terikut-ikut dengan “slowness” daripada bidang2 yang lain juga. Jadi, tidak hairanlah memang selalu sia dengar oran g Sabah yang kasi cerita mcamana dorang jadi panas sebab bila sampai di Semenanjung, dorang di tanya dengan soalan2 like, “Kamu di Sabah masih tinggal di atas pokok kan?”. Mungkin soalan dorang tu ikhlas, sebab dorang memang totally tidak tau apa yang they can expect from Sabahans. Tiba2…sepa sangka, bab2 undi SMS ni the Sabahans jadi satu FORCE yang sangat kuat! Sampaikan semua org buka mata. Huiyooo…Mau untung ka? Kasi masuk saja tu peserta Sabahans, confirm melambung undian SMS! Uikss!! Like that ka?

The latest season of AF ni seolah-olah “ikut arus” sebab first time ada 4 peserta Sabah yang disenaraikan. Sebenarnya popularity program AF ni memang tidak dinafikan semakin berkurang atas macam2 sebab. Biasalah…kalau season semakin meningkat, benda2 semakin boleh diramal. Komen2 pun macam cliché saja. Semuanya benda yang lebih kurang saja. Budak bakat2 baru tu tidak bagus, or juri tidak bagus or pengacara tidak bagus, but memang adat nya macam begitu. Sedangkan the most watched reality show in the word iaitu American Idol pun dijangkakan menghitung hari untuk menuju kepada doomsday. Apa lagi dengan pengunduran Simon Cowell untuk season yang akan datang. So kalau mau ditengok dengan scenario di Malaysia alone, if you have the power to bring back the Fever, what would u do? Or maybe if you can’t, at least you still want to bank as much profit as possible. Untuk AF sendiri, it’s a profit-based program. Tidakkah pemilihan ramai peserta Sabah tu satu lifeline untuk dorang? Face it people. We the Sabahans know it. You guys know it too. I read from a website yang bagi komen pasal pemilihan ramai peserta Sabah untuk AF tahun ni kerana “Orang Sabah Suka Undi SMS”.

Sebagai Sabahan, ada one thing yang the non-Sabahans should know about us. Maybe ada betulnya negeri kami ni memang a bit backward dari segi pembangunan. Why Sabah masih mundur? Kenapa sia perlu jawab sedangkan itu adalah wakil rakyat punya kerja. Rakyat biasa mcm sia ni yang spend bertahun-tahun belajar a little bit or this and that, I don’t know if you guys agree with me when I say that the model for 1Malaysia, in terms of spirit, are the Sabahans. I remember back in uni when I learnt about semangat KeKitaaan instead of semangat KeAkuan. Here in Sabah, we have mixed culture. Kawin campur yang sangat2 berleluasa. I think we have learnt to accept one another as part of “us” and not, You are You, Me Is Me. Kami tidak mudah melatah hal2 sentimen yang menjejaskan hubungan sesama manusia. Sepa sangka, dalam kemunduran ini, kami lebih toleransi dan very open about penerimaan kepada satu2 bangsa yang berlainan. Begitu juga dengan agama. Manalah tau kalau kepelbagaian etnik dan pengekalan adat yang masih kuat yang menyebabkan kami slow sikit dalam istilah kemajuan yang dipakai secara general, but sepa sangka, ini pula yang bagi kami kelebihan. Tahukah kamu betapa pentingnya perkara tu untuk mengekalkan keamanan di Malaysia?

So if it has to be yang undian SMS ni la yang how we show people yang the Sabahans are very supportive, so be it. Sepa tau, undian SMS is how these Sabahans voice dorang niat yang terbuku di hati to let the Malaysians know that We Exist and we are very much alive, we are Happy in our Land and we are very much moving forward. Speaking of Sabahans yang sudah menang sebab dibantu undian SMS ni, I’m sure the Sabahans pun undi pakai otak juga. If you look juara2 Sabahans ni – memang pun dorang tu bagus. Kemenan gan dorang adalah pilihan bijak and I’m sure, untuk Sabahans yang sudah menang tu, bukan undi Sabahans saja yang menangkan dorang. I’m sure until the rest of the people from Peninsular pun ada juga undi mereka ni. And the Sabahans pun unquestionably akan undi juga peserta2 best dari negeri lain. For me, memang betullah undian SMS ni is the way for the Sabahans to show to everyone that biarpun kami jauh di Borneo, tapi we are much more than what those people say. Maybe we just want the whole Malaysia to know that you should look at us any less because some of us are very talented, some of us are very gifted and some of us are also very lucky – just like Some people from Peninsular. So di antara kita Tiada Beza.

NOTE: You want to feel how peaceful it is without so much of sentiment and racism? Go to Sabah, you’ll learn the rest :)

No comments: