Statcounter

Thursday, July 23, 2009

"The Luckiest Baby"

Ada2 saja ba cerita baru sia ni kan guys. Hehehe. Kalau any new story cost something, I should earn a few thousands by now. *Grinz. Hahahahaha.

I know this customer about months ago. She opened a story about A Baby.

She got married for 9 years now but she never conceives. Dia ni sudah lah anak orang berada, now dia dan hubby dia running a business in tourism. Duit bertimbun tapi anak teda, so? What do you think they would do?

Yes, finally they decided to adopt a baby. Jauh2 dorang pegi merantau di negeri lain mau cari baby itu. Akhirnya dorang jumpa satu keluarga yg sudah ada ramai anak, dan mamanya tu sedang mengandung lagi. So melihatkan kepada kehidupan susah laki bini tu, dorang cakap mau “beli” itu baby yang di dalam perut. So dorang belum tau pun muka baby tu, dorang sudah book. Dorang punya keikhlasan sudah tahap gaban untuk memiliki anak sendiri.

So masa anak tu dilahirkan, dorang ada di sana untuk menyambut kelahiran dia. It’s a babygirl! Dorang bawa balik tu baby pegi Sabah dengan baik2, melalui prosedur undang2 yang betul. Dorang make sure parents tu budak betul2 rela hati mau kasi tu anak dorang. Baby tu ditatang bagai minyak yang penuh. Tidak terkira kasih sayang dorang. When I spoke with the lady, sia buli tau macamana sayangnya dia sama tu baby. Want to get the idea? Umur baby tu baru mau masuk 6 bulan July ni. Setiap hari, dorang take picture tu baby dengan macam2 expresi muka dia. Dorang mau nampak walau seinci pun perubahan dia. Wow! Jarang2 kita dengar. Tapi memang betul. Sia sendiri pun sudah nampak tu gambar2 semua.

Then tibalah masa untuk Majlis Bercukur. Bukan main sibuk tu mama dia. Semua persediaan dia buat sejak 3 bulan sebelum majlis tu. Pelamin baby, kad jemputan, catering, doorgift dan macam2 lagi. Dia punya doorgift tu bukan main2. Semua ada print muka tu baby. Mengalahkan majlis kawin ba. (You guys ada tengok tu Gugu Gaga Erra? Haa, sia jamin yang dorang ni buat lagi grand dari majlis bercukur anak Erra tu). Even baju untuk baby tu pun dorang terbang pegi Indon untuk cari baju fairy yang ada sayap tu.Ada sorang kawan dia yang own boutique di Indon offer mau sponsor 50% baju fairy tu, so dia cuma bayar separuh harga. Separuh harga pun masih juga RM500 something. That means the baju cost more than RM1,000! Aiyoo!!

So selepas majlis tu berlangsung, sia tidak dengar khabar dari dia. Baru tadi dia singgah tempat sia dan update tentang majlis dia tu. Want to know the story? Terlampau ramai orang datang.Makanan tidak cukup, terpaksa last minute kena beli lagi. Katering dorang ambil dari satu hotel 5-star. Canopy pun kena tambah masa guests sudah datang. Tapi akhirnya semuanya berjalan dengan baik. Dan yang paling2 dia excited bagitau sia, baby dia punya hadiah – TERLAMPAU BANYAK!!! Tidak terkira! Itu stroller baby pun sudah 4 buah. Lain lagi patung2 dan termasuklah mainan2, baju2 - dorang ambil masa 1 minggu untuk buka tu hadiah semua. Dan dia ada mention satu peralatan baby yang lama sudah dia mau beli, harga around RM700, pun ada di antara hadiah yang dorang dapat hari tu. But, the most expensive gift came from a royal family from the neigbouring country. Rantai emas dengan loket nama penuh baby tu. Siap dengan batu permata lagi. Paling murah pun it cost dalam RM2k juga tu. Gila kaa!! Tu barulah! Kalau dia kasi sama sia, mungkin logic lagi, tapi ini masih baby baa!! Doooiii dogo! *Lols. So what else. Aha! The CASH!! “Guess how much we dapat hari tu?!”, dia tanya sia. So sia main congak2 la. Sia tinguk gaya2 dia ni orang kaya2, mana cakap benda tu banyak kalau setakat 1,2 ribu. So sia main cincai la taruh, “RM5k?” With that sarcastic smile, “Honestly, more than that.” Then I went, “Omigawd! Are you sure? Then? Say, double the amount, RM10k?” She smiled again, “More than that!”

You gotta be freaking kidding me!!! Aiyoooooooo ini kawin ka apa wooo.

“She’s a lucky lucky lucky baby, you know that?!!” I said to her.

“She IS lucky indeed. Dia ni betul2 bawa tuah sama kami. We called the biological parents and told them about the majlis and they cried right away. Dorang cakap, “Kami sendiri pun tidak sangka baby kami begitu bertuah.”

Then I said, “She’s lucky because she has parents like you guys ba tu. I know how hard you worked for the majlis. And it all paid off.”

“Do you really think that she’s lucky because she has parents like us?”, she asked me lagi, sudah pun terang2.

“YES, of course!!!”

She said, she cried habis-habisan hari tu. Betul2 happy tidak terhingga. Kesyukuran yang tidak dapat diluahkan. Namun apa yang sia paling kagum adalah kasih sayang yang tidak berbelah bagi tu ba. Memang satu contoh yang sangat baik untuk orang lain. Tapi dorang ni orang berada, tapi sia berani cakap yang tidak semua orang berada akan buat macam tu. Ini semua bergantung kepada sebanyak mana kasih sayang yang dorang mampu bagi sama anak tu, biarpun cuma anak angkat. Maybe dorang ni antara orang yang betul2 guna blessings dorang di tempat yang betul, dan pasal tu la dorang dapat kebahagiaan yang macam tu.

Wow! Then guys, what do you feel now? Sia ada 2 points penting sini.

1.Saban hari kita dengar cerita orang buang baby. Baby yang dibuang tu, syukur la kalau masih hidup. Dari apa yang sia dengar, kebanyakan baby tu sudah mati bila dijumpai. Mama dorang yang kandung selama 9 bulan tu langsung teda rasa sikit pun sayang sama darah daging sendiri. Bagi sesetengah dorang, ini baby cuma satu “kesilapan” daripada kehidupan liar yang tiada batas. Senangnya dorang mau dapat baby, yang kebanyakannya serba serbinya cukup sifat. Sedangkan ada ibu2 mengandung yang berubat sana sini, minum macam2 product yang mahal hanya untuk make sure baby dorang keluar dengan cukup sifat. Dorang ni pula, baby tu sudah la tidak dirancang, tidak payah pun jaga betul2, still jadi baby yang comel yang jadi idaman orang lain. Inilah satu perkara antara tidak terjawab oleh kita kan? Ini semua perhitungan nasib dan takdir. Tapi sia wonder juga sekejap, sekiranya mereka2 yang sudah pernah buang baby ni terjumpa dengan mama kepada “The Lucky Baby” ni, sia mau tanya dorang apa dorang rasa. Semoga dorang sedar sikit bahawa apa yang dorang tidak hargai tu adalah satu cahaya keberkatan untuk orang lain. Harap2 sedar sikit yang ada orang sanggup belanja berpuluh ribu hanya untuk dapat satu baby orang lain yg dijadikan baby sendiri, tapi dorang senang2 ja buang macam patung.

2. Sia rasa terharu dengan kasih sayang mama dia tu sama anak angkat dia. Bukan main susah dia handle tu majlis. Ini untuk umur yang belum pun sampai satu tahun, belum lagi untuk 1 tahun dan seterusnya. Dia batuk, dia demam, semua benda tu mendatangkan kerisauan pada hati ibu bapa. Suddenly sia terpikir betapa besarnya kasih sayang ibu bapa kepada anaknya. Bukan main gembira lagi dorang bila tinguk kita walaupun masa tu kita belum ada pikiran. Hari2 dorang pikir pasal kita ja. Sihat ka kita, sakit la kita, kalau buli tidak mau berenggang pun dengan kita. Yang paling penting sekali, sia sedar betapa SUSAHNYA dorang mau kasi besar kita dan betapa besarnya harapan dorang kepada kita. Tapi bila besar, belum tentu lagi jadi anak yang baik2. Belum tentu lagi tu tangan dorang tidak hinggap di muka mama bapa yang penat2 kasi besar dorang. Belum tentu lagi dorang peduli muka2 orang yang besar dorang masa dorang senang nati. Kalau la dorang nampak sinar di mata ibu bapa dorang tu masa melalui kesusahan kasi besar dorang, mungkin dorang paham juga betapa sayangnya ibubapa dorang sama dorang.

Melihat kepada scenario ni, tidak hairan la orang sekarang sudah pandai berkata-kata. Bila nampak orang ni heboh sana sini sebab mau buat majlis untuk anak kesayangan dia, mesti ada mulut2 yang bercakap, “Masa kecil kena sayang bukan main, bila besar belum tentu tidak jadi penagih dadah.” Sedih juga dengar macam ni, tapi ini lah kenyataannya.

Kita yang ada otak mau pikir ni, pikir2 la sikit. Mungkin kita ni bukanlah sebaik mana untuk balas balik jasa ibu bapa kita, tapi at least kita belum terlambat untuk buat sesuatu. Baik ka kita, jahat ka kita, kita punya tangan sendiri yang buat. So, pandai2 la pikir apa yang patut. Tapi kalau lah kita boleh buat dorang rasa kebahagian semasa mula2 sambut kita di dunia ni, alangkah bagusnya kan :)

No comments: