Sia selalu describe my life ni mimang unik sikit dari kebanyakan orang lain. Sebab personaliti yg complicated sikit, lepas tu cara sia berpikir, lepas tu dicampur lagi dengan keras hati, keras kepala dan tidak suka kana pijak. Haa, tu la sia. *giggles.Benda2 tu semua bukan datang dari lahir ba. Itu semua kita pick-up dari hidup ni. Sia rasa, element2 yang sia dapat dari pengalaman sia ni, buli dikira element yang sia MAU pakai la, NDA KISAHLAH APA ORANG CAKAP. Hehehehe. Now you read the topic again. Ini article sia tulis untuk motivasi kita bersama. Kamu pikir sendiri buli pakai ka kepala otak si Twofivesix[256] ni.
“Nda kisahlah apa orang cakap” Dulu sia pun sangat la dengar apa org cakap. Itu nda betul, ini nda betul…sampaikan akhirnya sia duduk diam2 tidak tau apa mau buat, sebab nda kira apa keputusan sia buat, ada ja pihak yang akan bercakap. So? Bila mau maju, ging? You have your parents punya expectation and hope yg kau mau penuhi, dan kau pun nda juga tahan mendengar mulut2 org lain yg nda henti2 bercakap. Bikin panas telinga ba org cakap. Semuaa inda betul. Then now what? Berbaloikah duduk diam saja supaya itu mulut semua diam? NO. Don’t be such an idiot, my friend. Kau dengar apa sia cakap.
I am the rebellious child in the family. Who is better to tell you when it comes you keputusan yg melawan arus dan kehendak orang? I am in the category that dilahirkan untuk melawan arus. *Lols. I mean, sia ikut pikiran sia sendiri. BUKAN SENANG untuk jadi mcm ni sebab kau kena tau WHAT RULES are you using and CAN YOU FOLLOW THOSE RULES or not? Kalau kau buli complain sama sia yang kau sudah ikut semua kehendak your parents and still you’re struggling to be accepted, Hey, I tell you, you have not seen anything yet. Kau anggap saja diri kau tu sudah cukup buat apa yg patut untuk buat org lain gembira dan kemungkinan besar kau dapat tutup mulut orang. Tapi TAHUKAH ANDA bahawa ANDA tidak akan boleh menutup mulut org yang kerjanya mimang untuk bercakap pasal APA YANG TIDAK betul, Tidak Ngam dan sebagainya? So? Get me? How many years in your life yang kau waste untuk TIDAK MAU KENA CAKAP2 orang, sedangkan sampai sekarang kau tidak berjaya pun untuk tutup mulut org. My advice to you, Get A Life! Buka mata luas2 tentang realiti kehidupan ini! THERE’S NO WAY YOU CAN PLEASE EVERYBODY!
Itu keypoint yang kau kena ingat. So what I do? I QUIT TRYING to please everyone. Sia sedar hidup sia ini, SIA YANG PUNYA – bah, sudah nama pun “Hidup Sia”. Orang lain pun ada “Hidup Dorang” masing2. Berapa lama kau mau jadi lawak jenaka dengan memecah-mecahkan hidup kau ni untuk dibagi dengan orang2 dalam hidup kau hanya sebab “kau mau tutup mulut dorang?” (The point of mau tutup mulut orang ni adalah sebab kau rasa tidak senang hati, malu dan panas telinga bila org cakap2 pasal kau). Again, Get A Life! Paduli Apa!! (*Lols)
Sia ni jenis yang banyak pikir ba. Sia pikir punya pikir, sia sudah waste bertahun-tahun dalam hidup sia, buat apa yang ORANG mau sia buat, dan last2, sia masih SESAT dalam hidup sia sendiri. Sia tidak tau apa purpose sia hidup, apa penghujung kepada semua benda yg sia buat tu. Tapi herannya, sudah gitu lama sia buang masa untuk puaskan orang lain, ORANG TIDAK PERNAH PUAS atau merasa cukup. Dorang terus juga bercakap dan terus bercakap. Akhirnya sia sedar yang sia MESTI ADIL sama diri sia sendiri. Rasa diri begitu bodoh sebab Tuhan bagi begitu banyak kebolehan, bakat dan peluang untuk MAJU, tapi sibuk pula kau mau pikir, “Apa orang akan cakap”. Betul2 idiot. (*Lols – Ini la kalau sudah bercakap sendiri ni ging. Hahahahahah). My advice is – Kejar la impian kamu tu. Jangan saja impian kamu tu adalah untuk buat jenayah dan susahkan hidup orang. Kalau kamu mau jadi pelukis, jadi la pelukis. Mau jadi penyanyi, jadilah penyanyi. Kamu buat APA KAMU MAU. Setiap kita ni dilahirkan dengan PURPOSE yang berbeza. Kau tidak boleh ikut acuan orang lain untuk hidup kehidupan kau – sebab kita punya kecenderungan pun berbeza. KITA INI UNIK ba kawan2. Versi kejayaan Siti Nurhaliza tidak sesuai untuk dimasukkan dalam Versi Kerjayaan hidup org lain. Itu la kau kena guna tu kepala otak kau untuk PIKIR apa KAU MAU dalam hidup kau, dan KEJAR la impian kau tu. “So apa pula orang cakap nanti?” – Satu kali lagi kau pikir mcm tu, apa beza kau jadi slave(hamba) dorang? PADULI apa org cakap ba ging. Hidup orang yg bercakap tu pun tunggang langgang, jangan la kau pikir betul mau puaskan hati dorang. INI HIDUP KAU, PAHAM?
Sia sudah sampai tahap “Nda kisah apa orang cakap” sebab sia sudah tau apa sia mau dan sia CONFIRM 100% sia jelas dengan kemahuan sia. Pasal sia punya keras kepala, sia rasa semakin TIADA pula orang bercakap. DORANG PENAT kali? (*Lols. Hahahahahah). Sebab dorang tau, tiada APA yang dorang buli cakap yang akan menggugat sia lagi ba. Sia ni baru pun mula ni, tapi sekarang sia sudah nampak org buka mata sama sia. Di saat org buka mata sama sia; semakin dorang kagum sama sia, di sana la sia dapat tau BETAPA orang2 ini actually sangat pandang rendah sama sia sebelum ni. Ha, perkataan PANDANG RENDAH itu actually SIOK juga tu. Pasal ini org2 la yang akan PALING TERTAMPAR bila nampak kau capai sesuatu. So kalau kau mau kasi lesson sama org2 ni, JANGAN BANYAK CAKAP. Kau buat saja kerja kau, kejar impian kau – ITU SAJA. Itu lah THE BEST REVENGE yang you can offer these people. CREATE YOUR OWN SUCCESS sebab TIADA SIAPA YANG AKAN RUGI tapi YANG PALING UNTUNG CUMA SORANG – DIRI KAU SENDIRI. Bila lagi kan? :) Think about it. Sia CABAR kamu semua – JADILAH HERO DALAM KEHIDUPAN KAMU SENDIRI!
No comments:
Post a Comment