Statcounter

Saturday, November 22, 2008

Gara-gara sekeping kad kawin...

You guys yang sudah kawin or pernah kawin, for sure you guys know the hassle with wedding cards. Ada yang sampai belanja beribu-ribu untuk wedding card idaman dorang. But ada yang cukup2 la main photostat jak. Nda kisah la berapa mahalnya kad jemputan kamu tu…yang pentingnya…TUJUAN kamu hantar kad kawin tu. Nama pun sudah kad jemputan kawin, memangla tujuanya untuk menjemput org datang majlis kawin kamu kan?

Tapi adakah kamu tau, ADA SATU PANTANG LARANG yg harus kamu patuhi? JANGAN SEKALI-KALI BAGI KAD KAWIN DENGAN SAUDARA TERDEKAT KAMU.

Strange ka kamu rasa? Let me explain. Baru2 tu, I urus kad kawin for my cousin, iaitu anak kepada uncle sia (adik my mom). Dorang nda tempah banyak pun. So lepas kad kawin tu siap dan mula diedarkan, bising sudah dorang di kampung tu. My mom bagitau la yang dorang (dia dan adik beradik dia yg lain) sangat mengamuk bila keluarga uncle sia yg anaknya mau kawin tu, siapkan kad jemputan untuk dorang semua!! My mom kasi cerita la yg dia marah2 masa dorang mau kasi kad jemputan sama dia. Sampaikan dia cakap yg kalau dorang bagi tu kad, dia tidak akan datang tu majlis.

Woww…strange kan? Ini la mindset orang2 dulu. My mom cakap, mimang adat orang dulu2, org yg dibagi kad jemputan tu adalah supaya orang tu datang dan bagi sesuatu kepada pengantin. Sampul kad kawin tu SEPATUTNYA dikembalikan selepas diisi dengan duit. Jadi, pemberian kad kawin tu sebenarnya adalah seolah-olah satu “kewajipan” kepada tetamu tu untuk bagi sesuatu kepada pasangan yg berkawin tu. Kalau saudara mara, sepatutnya hal itu tidak wujud sebab hubungan yg rapat tu, keluarga pengantin sepatutnya tidak mengharap apa2 pemberian melainkan saudara mara tu sendiri mau kasi. So that explains sedikit ketidakpuasan hati yang berlaku tu.

Of course pendapat sia berbeza daripada tu. This is what I told my mom. Memandangkan kad yang dibuat tu tidak banyak, my uncle wants to give to ONLY THE SPECIAL people, yg akan hargai kad itu. Sebab, they want the saudara terdekat to have a copy of that card as a kenang-kenangan dan collection. That’s what I think, guys. Because I would have thought the same thing if I were in my uncle’s place. Bukan pasal dia mau minta pulangan daripada keluarga2 dia sendiri. Sebab, walaupun dikasi kad jemputan, kalau org tu tidak mampu mau kasi duit, still they don’t give ba kan. My mom sikit pun tidak terima my opinion. She kept on saying, Tidak Boleh. Mimang dari dulu lagi tidak boleh mcm tu. And you guys know what, gara2 kad jemputan ni, ada a few of my uncles yg lain (yang sudah terlanjur dikasi kad) pun bercadang tidak mau datang tu majlis, hanya kerana THEY FEEL OFFENDED by the kad kawin. Ada yang mau cut itu amount cash yang dorang mau kasi, just because they want to show protest.

Omigawd…APA MAU JADI? So tadi, after my parents cakap2 lagi tu hal, I suddenly felt like chipping in. I told them, GARA2 SATU KAD KAWIN, TERUS MAU MUSUH SATU KETURUNAN KA? Lets say dorang mau mogok pasal kena kasi kad kawin, dan buat sesuatu yg menyinggung keluarga pengantin tu, tentu benda ni akan berpanjangan bila dorang balas, dan balas lagi dan lagi dan lagi. Permusuhan ini akan berlarutan dan tiada kesudahan – akibatnya? Nda pasal2 adik beradik dan sepupu tidak bertegur dan bermasam muka. BERBALOIKAH INI SEMUA TERJADI HANYA KERANA SEKEPING KAD KAWIN?

So my parents terdiam juga dengar my cakap. At the end of the day, they have to understand something. TIDAK KISAHLAH APA KITA RASA BILA ORANG BUAT SOMETHING TERHADAP KITA, KITA KENA JUGA PERTIMBANGKAN NIAT ORANG TU TERLEBIH DAHULU. Apa lagi kalau saudara sendiri, sepatutnya kita patut lebih memahami. Apa la ba salahnya terima saja tu kad sebagai kenangan-kenangan, bukan rugi apa pun. Nda payah lama la, tahun depan pun belum tentu lagi org akan ingat bila cousin sia tu kawin. Mesti dorang mau cari juga balik tu kad baru dapat ingat. Nah, berapa rugi mau gaduh2 pasal sesuatu hal yg remeh mcm tu? Come On la.

Actually, masa sia tulis this posting, the wedding is only the next morning. So just wish yg everyone got their senses and everyone will have a good time!

No comments: