Statcounter
Saturday, November 21, 2020
Mata Sepet Kebanggaan Kita
Love-ScammED?
Macau Scam makin femes sudah kan. Tapi tetap ada mangsa2 baru yg terpedaya. Ya la sepa la nda cemas dengan polis. dengan peguam dan macam2 lagi yg terlibat. Main pakai cakap2 ja dalam masa beberapa jam, buli dapat sampai beratus ribu, berjuta pun ada. Ada lagi satu jenis scam yang lebih halus mainan dia tapi kerugian mangsa pun buli sampai beratus ribu juga, pun banyak mangsa yang tertipu juga, iaitu Love Scam.
I'm not here untuk mengupas pasal Love Scam sebab benda ni semua orang tau cuma sia mau ulas sikit la pasal ni. Orang cakap Cinta itu Buta tapi macam lah nda cukup lagi sama permainan cinta yang sedia ada, orang masih cari cara baru untuk "terpedaya". Macam la nda cukup lagi semua janji palsu dan penipuan yang buli ambil masa bertahun-tahun dan akhirnya pengakhirannya tetap sama iaitu kekecewaan kepada mangsa. Love Scam ni pula nampak sangat macam cara amateur yg kau rasa nda mungkin ada yang akan terjebak but u r wrong. Proses dia mungkin sama ja dengan penipuan cinta yg biasa iaitu cuba memenangi hati mangsa dulu and then memperguna dan memperdayakan dorang dan akhirnya meninggalkan dorang. Love Scam ni pun begitu tapi yang membezakan dorang adalah, Love Scam ni dibuat semata2 dalam talian. TIDAK PERNAH JUMPA pun!! Not sure kalau sampai bab video call but setakat yg sia baca di news, memang semata2 melalui social media and voice call. Bila sudah dapat kepercayaan mangsa, mula la buat macam2 janji dan permintaan yang si mangsa tunaikan atas dasar cinta. CINTA? Serious ba CINTA?
Ni yang sia mau hilight di topik ni. Masih nda cukup buta ka cinta tu ah? Kalau pun explanation dia adalah Kalau hati sudah sayang, apa pun kau sanggup buat. Sekurang2nya dalam hubungan sebenar, kau sudah lalui macam2 sama tu orang, sudah jumpa family dan ada perancangan mau kawin yg diketahui oleh keluarga masing2, tapi dalam kes Love Scam ni, orang yg BELUM PERNAH KAU JUMPA pun begitu berkuasa sampai kikis duit di bank kau kasi dia. Penangan CINTA la ni kan? Cinta itu buta tapi kau inda buta, u know that right? So buli kah, buli kah kalau semua yg main2 social media ni kan, yang taip menaip ni, kalau setakat belimpas di Fb ka, IG ka, JANGAN LAA CEPAT BETUL JATUH CINTA. YES, this is my point.
Kalau dulu sia and kawan2 virtual friends sia kenal di mIRC, itu lagilah "tiada wajah" langsung. Semata2 nickname dan ayat menaip. Setakat tu ja. Balas membalas komen dan gurauan. Pun sudah ada berlaku spark di sana. Mesti mau nampak nick si polan hari2 baru lengkap. Lepas tu kau claim kau fall in love sudah sama tu urang sedangkan kau cuma tau nick dia dan nampak dia menaip ja. Hubungan sebenar yang di luar tu pun banyak yg separuh jalan, inikan lagi serapuh spark di social media? Nowadays ada Fb, memang lebih senang untuk kenal orang lebih jauh. Nampak apa dia update hari2, nampak gambar2 dia, so orang lebih mudah bertaut dengan apa yg dorg nampak di social media tu. Dengan tu muncul lah pula pemalsuan identity, guna gambar orang atau gambar yg diedit, difilter, menjadikan cinta social media ni sudah misleading and unreliable. Bukan first time kita dengar orang yg bercinta dengan "gambar" yang rupanya gambar2 tu orang lain punya. Tuan punya gambar langsung ndatau yg gambar dia tu rupanya adalah sudah menjadi kekasih dan bakal isteri seseorang yang hari2 bertemankan gambar2 dia tu. Rupanya gambar2 dia kena curi dan guna oleh orang lain yg sama ada kebosanan, kesunyian tapi tiada keyakinan atau mimang berniat mau menipu. Apa ja la niat orang tu, tapi... benda paling basic ba ni. KENAPA BEGITU MUDAH JATUH CINTA? Jangan persoalkan sebab cinta itu memang buta, No, Cinta tu teda mata so bukan issue kalau dia buta ka nda. Yg ada mata tu kamu!
Teringat sia kakak sorang yg janda ni sentiasa masuk macam2 dating apps untuk cari jodoh. Sia nampak begitu banyak lelaki dia jumpa dari dating apps tu, tiada yg menjadi. Tapi dia nda pandai serik2. Most of them hanya berapi di peringkat awal ja. Bila kenal lebih lama, macam2 kejadian. Ramai yg belum sempat jumpa pun. Yang sudah jumpa pula ada yg kedapatan tipu gambar, dan macam2 lagi ditipunya termasuk marital status dia. So next time dia mula lagi buka cerita pasal kenalan baru dia jumpa di dating apps tu, I said, Kak, videocall ja terus la senang. Kasi singkat tu cerita. Kalau dia mau tipu, dari sana sudah kita tau. JANGAN LAGI BUANG MASA. Cukup-cukuplahh masa yang sudah dibuang untuk hubungan yg nda juga menjadi. Basicnya pun sudah screw up, lupakan yg selainnya. I MEAN, tolong pastikan orang itu WUJUD!
Sia yang kamu kenal sebagai nickname ni pun, ramai ndatau pun muka sia. Kalau kamu dalam Fb sia, maybe hari2 baca apa sia tulis. Adakah itu bermaksud sia memang wujud di dunia nyata? Dengan gambar2 yg sia potong dan post sikit2, how sure of you siapa sia di dunia sebenar? Kamu pasti kah tu gambar2 adalah sia punya? Soalan common yg paling basic untuk kau tanya diri kau soalan2 tu kan? Sama la dengan orang2 lain yang kau jumpa di social media. Benda basic kau settle dulu before kau fikir lebih2. In my case, semua yg sia upload and claim sebagai gambar2 sia tu memang adalah betul tapi nda kisah lah dan teda apa yg sia mau buktikan kepada sesiapa. Just sometimes sia rasa mau share, sia share la. Sia lebih selesa tidak dikenali so begitu la pembawaan diri sia di social media. Teda masalah pun kan? Sebab seorang yg berahsia dan misteri tu untuk diri dia dan tidak menyusahkan orang lain or menipu orang lain, OK JA bah kan? Apa buli buat kalau dia macam tu, mungkin kamu fikir dia kurang keyakinan ka, dia pemalu ka, nda kisah lah yg penting dia nda pun susahkan hidup orang. Bukan dorang ni yg kau mau kecam. Yg kau kecam adalah orang yg berabis mau convince kau untuk percaya sama dorg and tidak bercakap betul yg mengakibatkan kau jadi mangsa penipuan selepas kau menyerahkan rasa cinta kau tu kunun. Hahahaha. Maksud sia, kepada semua bakal2 mangsa Love Scam yang segala macam, buli ka at least kamu sure orang tu wujud? Selagi kau ndatau dia wujud, JANGAN pandai2 pi jatuh cinta! Peduli apa yang dia janji sama kau. Tulung lahh. Benda basic ba ni. Kalau dia serius, at least video call dan buktikan kewujudan dan kesahihan benda2 basic. Paling hujung baru kau jatuh cinta. Jangan telampau cepat jatuh cinta!
Sia pun pernah lalui juga bah attraction di social media ni. Sia pun pernah jadi nda matang juga. Tapi sampai bila kita nda matang kan? So now camana pun attractivenya seseorang tu yg ada chemistry lagi kunun, jumpa dulu baru ada cerita. Jangan macam2 dulu. Jangan jatuh cinta dulu. Jangan pasang angan2 dulu. Benda basic ba ni guys! Kalau orang ndamau jumpa, itu kemahuan masing2. Selagi dia teda hutang apa2 sama kau, itu hak dia mau jumpa ka nda. Bukan orang yg teda niat menipu yg kau sibuk untuk bongkar, but org yg janji kau macam2 yang kau perlu bagi perhatian. Dan kalau sudah tau belum sahih kewujudan orang tu, sah2 la nda ngam untuk bercakap pasal duit. Pinjam2 duit mau cover business la, ada kirim hadiah dan duit tapi kena bayar cukai lah, kastam la. Bila dengar orang kena tipu macam tu, kita geleng kepala. Tapi ingatkan diri sendiri. Jangan pula sendiri leka dan orang pula geleng kepala baca pasal kamu nanti. Beringat sebelum kena, okay?
Sia sebagai si 256 yang invisible dan nda dikenali, bebanan bukan di bahu sepa2 untuk membuktikan kewujudan sia. Cukup untuk kamu tau sia yg menulis ni blog, sia yg menulis di Fb hari2, dan sepa yg pernah bercakap di fon sama sia, tau la suara dan style sia bercakap camana, but still, sia tidak terbeban untuk buktikan kewujudan sia sebab kalau diikutkan, sia lebih suka kamu nda kenal sia pun sampai bila2. So treat me like orang invisible. Sia inda layak untuk kena treat lebih daripada seorang yg tidak dikenali. Until one day kamu jumpa sia, kalau kita jadi kawan sebenar, masa tu baru decide. Setakat ni, jangan la letakkan apa2 harapan sama sia. Sia belum penuhi syarat kewujudan lagi. Pls do the same sama kenalan2 online kamu. Jangan terlalu mudah membagi perasaan. Jangan buka jalan untuk kekecewaan. Back to basic. Tidak kenal maka jangan cinta. Simple kan?
Stay away from being love-scammed. Think twice before you fall in love!
Monday, November 16, 2020
Please Respect Her At Least
Tuesday, November 10, 2020
Completely Healed
Thursday, November 5, 2020
Apa Gunanya Hidup Kalau...
Saturday, October 31, 2020
The 7 Of Us
Walaupun sia si 256, tapi number fevret sia adalah 7. Ni hari 31 Oktober, jadi apa salahnya sia bercakap pasal number fevret sia ni hari since bulan 7 sudah limpas kan. Aik, ada kaitan kaitu? Hahahaha
Sebenarnya sia nda berapa suka wasap group. Sia malas tu idea orang tumpang RAM fon sia sambil dorang chat yg teda kaitan sama sia. Yes, as honest as can be. Sia begitu punya urang. Kalau masa chat MIRC tu kau keluar ja dari chatroom, teda apa2 yang tertinggal di fon kau. Kalau kau mau layan org berchatting sesama dorg pun tidak membebankan fon kau. But wasap ni lain. Kau mau tahan hati ja orang chat macam mau kasi tayang kau ja padahal kau nda berminat mau tau. Hahahahaha. Sia paling malasss orang add sia wasap group nda minta izin sia. Sampai begitu sekali sia punya privacy territory. Tapi manusia buli berubah. Biarpun bersyarat.
Yang MCO 1 bermula, my bestie tiba2 bikin wasap group baru tanpa info sia, biarpun dia faham sia mungkin nda selesa but she still did it. Dalam tu ada 6 orang kawan sia lain, dan termasuk sia, 7 orang lah. Hanya 4 orang ja yg constantly update each other sebab kami ada secret Fb group sejak bertahun lalu. Wasap group ni kali macam satu kejutan for me and I don't like surprises, you know that. Teda juga masalah but biar sia admit ja la, dalam wasap group tu, sia buli dikatakan yg palinggg bawah kalau mau cakap achievement dalam life ikut standard masyarakat. Hahahaha. Kawan sia ni hebat2 bah. Susah sia mau explain tapi dorang memang hebat2. Ni yang sejujur-jujurnya.
Sia ni tidak sehebat dorang sebab sia buli dikatakan paling rebellious di kalangan kami bertujuh. Sia punya rebelliousness tu yg buat sia nda mau ikut standard masyarakat sebab sia ikut kemahuan dan kesukaan sia. Pasal tu sia di level ni ja sebab ni yg buat sia happy. Dan maybe sia not so ambitious. Or benda yang membahagiakan sia tu tidak memerlukan sia untuk jadi ambitious. Tidak buli salahkan dorang juga kalau dorang ambitious. Memang sepatutnya begitu la ba kan? That's why hidup dalam acuan sendiri tu bikin sia bukan manusia hebat kalau berbanding yang lain. Tapi kalau buli ukur level kebahagiaan, mungkin sia ada fight di situ lah. Hahahahahaha. Mungkin lahh. That part ja sia ada harapan. Hahahaha.
Tapi on the first few days di wasap group tu, sia fikir sia akan jadi cctv macam wasap2 group family lain. Rupanya inda. Sia la paling kuat cakap. Hahahahahaha. Tiba2 sia terconnect balik sama sejarah persahabatan kami. One of them sia kenal sejak form 4. The rest sia kenal sejak matrix. And masa kami study di PJ, kami satu rumah!!! YES, itu lah sejarah persahabatan kami. Sia lupa kali tu kan? Camana dorang ni semua sangat kenal sia. Dorang tau mood swing sia yg suddenly teda mood, dorang tau cope sama sia punya talkativeness, sudah pernah nampak sia marah, sia jahat, semua lahhh. Dorang2 ni la yang selalu sia cerita when sia mention about my closefriends, my diamond friends...Nahh dorang la ni.
Pasal dorang ni Diamond, dorang sangat istimewa. Suddenly sia lupa sia paling bawah rank di antara dorang sebab dorang humble dan dorang tidak berlagak jadi MISS KNOW ALL. Dorang masih tanya soalan naive dan masih buat sia rasa superior sebab sia tau banyakk benda yang dorang ndatau. Cakap pasal politik, entertainment, latest news, dan macam2 sharing, sampai la ke bab motivation, I always have a lot to share. Sia jadi watak dominan dalam wasap group kami. Terus sia makin ingat pasal each of them. Kami nda banyak berbeza dengan dulu. Dari dulu sia memang banyakk idea mau bercakap. And guess what apa yang paling best?
Dorang inda segan mau share dorang punya deepest thoughts. Pissed sama laki ka, dorang banyak makan ka, dorang risau pasal kesihatan ka, dorang malas ka dan semua benda yg dorang ndakan tulis di Fb status dorang, simply sebab orang2 yg baca tu mostly INDA peduli pun. Kalau di group tu, kami peduli apa ja yang dorang cakap. Kami ambil tau. Kami akan tanya soalan. Kami akan bagi opinion. Kami and sedih dan gembira ikut apa yang dikongsi. Sebab kami kenal masing2. Kami buli ja send gambar mangut tanpa edit2 sebab kami nda risau pasal impression. Lebih mangut, lebih baik sebab ertinya kami selesa jadi diri kami di kalangan kami and there's really nothing to hide. Macam kemarin, sia gambar my lunch yang teda tapis2. Dorang nampak la camana feistynya makanan sia masa sia kelaparan. Hahahahahaha. Kalau mau tayang di FB memang nda la sebab mesti orang salah faham sama kau fikir kau nda jaga makan (memang pun inda...Hahahaha) tapi your friends won't judge you. Tadi pagi sia send gambar mangut sia di office sama2 KFC yang baru kena hantar Food Panda, orang lain buli ja kutuk sia la sebab makan benda2 gitu awal2 pagi. Hahahaha. Tapi kalau sama dorang, sia nda peduli pun apa dorang fikir sebab dorang kenal sia and nothing surprised them anymore. Then semua video2 vacation sia dorang nampak masa sia berlawa2, tapi muka sia yg berminyak pun dorang nampak juga. Means peduli apaaa, they have seen you so much untuk hafal muka kau. Dorang adalah orang yg terakhir untuk tengok lakonan kau cos u definitely will get busted. They won't buy it. Don't you just love that?
Jadi sia sangat thankful sama bestie sia sebab break tu barrier and brings us together again. Now kami tunggu masa ja untuk Sabah hijau balik so we can do a gathering! Yang sia rasa best, diamond friends sia ni faham yang rank dorang tu semua apa la juga. Walaupun adalah sorang dari kami (kamu tau ni which one) yang dulu selalu merendahkan kawan sebab tu dia nda berapa disukai, tapi sekarang dia adjust juga sama tune kami sebab life dia sendiri banyak kekurangan. Sia rasa dia pun sedar dan appreciate yang dalam banyak2 kawan dia di luar tu, dia buli cari satu atau dua, tapi bukan tujuh! dalam satu tempat.
Dalam pada sia merendahkan diri sia kalau dibandingkan sama kawan2 sia, sia must be fair juga lah sama diri sia sebab sia akun juga ada benda yang sia bikin yg dorang belum tentu buli bikin. So maybe dorang ada spare sikit juga respect untuk sia sebab sia explore bidang yg dorang tidak berani dan sia explore jalan yang dorang mungkin tidak akan bikin. But at one point, dorang wished they had the courage sebab Siok pula jadi si 256 oo. Ada kemungkinan juga begitu. Sebab like I said, I have to be fair to myself dan effort sia dalam life sia sendiri untuk mencari kebahagiaan. Kalau tinguk camana sia ada masa mau mansau, camana sia appreciate kehidupan dan keliling sia, sia yakin dorang nampak juga KENAPA sia pilih jalan yang sia pilih. Sia sedang menikmati the perks yg offered by this path so ni semua bukan fluke or a story of misfortune. Far from that. Ini adalah pilihan yang dibuat dalam sedar dan bukan sewenang-wenangnya. Dengan ertikata lain. Tuhan itu adil bah :)
Sia sangat2 bersyukur for the 7 of us. Dorang bikin life sia happier and more meaningful. Sia treasure dorang so much. Speaking of rank, dorang adalah rank sia yg paling atas, I'm sure you're not surprised. Hahahahaha. Semoga Tuhan bless dorang and lindungi dorang seperti yang sia sebut dalam semua doa sia. Thank you God for this gift of good friends in the 7 of us :)