Statcounter

Friday, October 30, 2020

The Fighter & The Victor

 Sepanjang minggu ni, sunyi ja group wasap kamirang. Tiba2 tadi baru bersuara. My bestie told us dia sangat stress sampai teda mood mau bikin itu ini. Teda mood mau workout, mau makan sama tidur ja. Dengan situasi Covid yang sekarang, and then maid dia baru kena angkut ambulance, sia rasa dia tertekan sebab dorang kena kuarantin lagi sekali. So tiba2 dia tanya soalan, "Kamu pernah terfikir ka macamana kamu mau mati nanti?" Atukoi soalan dia...Hehehe.

Soalan yang no laughing business tapi sia imagine camana la fikiran dia sekarang sampai gitu lah soalan yg keluar di kepala dia. Dia ni sangat realistic punya orang. Dia nda beat around the bushes. I'm thankful that she's like that, cos I'm not. Sia more kepada, "looking for the light" while she will talk about the darkness and describe it in detail without denying it. Then sorang lagi (yang check jantung tu hari) pun cakap dia sesak nafas mau fikir pasal tu hal. Then I said, Heyy waitt kamu. Kenapa mau fikir sampai sana, bukan terletak di tangan kita kan? But that is not enuff. Dorang continue to sound hopeless. Macam really down bah. Sempat sia risau kejap.

As usual, sia mula la sesi motivasi sia tanpa diundang. Sepa jua yg nda pernah fikir pasal tu kan? Tapi memang bukan bidang kuasa kita bah. Tapi dorang macam ndamau consider that "Godly role". Macam dorang ndamau include God dalam ni cerita. Dorang cuma mau layan dorang punya soalan ja. But CANNOT bahh. Kau nda buli tidak include God dalam ni cerita, betul kah? So sia cerita la pasal kisah dua orang laki bini dalam boat and tiba2 datang ribut dan bot dorang terumbang ambing dipukul ombak, yang bini dia ketakutan and tanya laki dia yang relax ja, "Kau nda takut ka? Silap2 kita buli mati sini ooo". So laki dia ketawa dan hunus pedang pi leher bini dia, "Kau takut ka sia bikin gini?" Bini dia ketawa, "Mimang la ba inda. Sebab kau yg pigang tu pedang, mimang la kau nda akan kasi cedera sia sebab kau sayang sia mahh". Terus laki dia cakap, "EXACTLY. Kau tau God sayang kita kan, apa pun yang terjadi, dua2 pengakhiran dia ok. Kalau kita selamat, kita boleh teruskan kehidupan, kalau kita mati pun, kita tau juga kita balik ke tangan God yang pegang storm tu.

Kamu faham ka ni cerita? Kamu dapat tangkap?

Maksudnya kalau kau pecaya kepada Pencipta kau, apa pun yg berlaku dalam hidup kau, adalah pengakhiran dia tetap bagus. Kamu tau apa kawan sia jawab?

Kalau God betul2 sayang kita, kenapa pula kita harus mati begitu??

Nahh begitu la resistantnya dia kepada God. Dia ni kawan sia pigi church tau dulu masa di U. Tiap minggu kami pi church dua orang. Tapi dia sentiasa jumpa lelaki yg salah dan sana la dia punya kepercayaan sama Tuhan makin pudar. Dia cakap, "Macam doa sia nda pernah kena dengar".  Tapi tu cerita dulu. Nda sangka dia masih begitu sampai ke hari ini.

Sia rasa jadi org yg ala-ala alim ni nda best tau kalau masa2 kawan2 kau yg "power" berbincang pasal issue yg melibatkan kekuasan dan kehandalan dorang sebagai manusia. Sia la jadi orang yg ala-ala alim tu kunun, yang suddenly bawa God masuk dalam ni cerita. I don't think dorang mau dengar pasal God masa ni. Dorang berdepan sama realiti hidup yg mencabar di depan dorang. Dorang solve masalah sendiri, ya lah, suddenly kau cakap pasal God sama dorang, macam dorang rasa kau masih hidup di imaginasi. I mean, I felt like that the way dorang respond sia. Like, Shut up la 256. We are talking about reality. Macam dorang mau marah kenapa mesti kita kena mati. Kalau God sayang kita jangan la ba cipta kematian. Maybe macam tu bah maksud dorang tu kan.

Sia jadi takut pula kalau ada "power" macam dorang. Sebab dorang sudah pernah rasa dorang yg kemudi life dorang. Jatuh bangun dorang pun dorang yg rasa. Menangis pun lap air mata sendiri. Jatuh pun bangun sendiri. Dorang pernah rasa as if LIFE tu dorang pegang di telapak tangan dorang bah. So tiba2 kau cakap pasal God, mesti dorang tinguk kau dari siring. Seriously, 256? Macam gitu bahh. Hahahahaha. Sia teringat terus sister sia bah. Sia pernah tanya dia pasal something. Dia cakap "Bukan Tuhan yg tolong sia. Sia sendiri yang tolong diri sia sendiri" Yes, she said that. Sebab yg sama why my friends said the same thing. Sebab dorang pernah rasa begitu "powerful" ke atas life dorang sendiri. 

Until one day...bila kau rasa jumpa limit kau sebagai manusia. Rupanya ada yang bukan kau pegang. Iaitu nasib kau hari esok. So pasal tu la dorang devastated sebab dorang sampai di hujung kuasa dorang. U get what I mean?

Yang si lemah macam sia ni, sia dari awal lagi selalu ingat Tuhan yg berkuasa. Sikit2 pun God. Jadi nda pernah sia pegang tu power yg begitu banyak terhadap hidup sia. Tapi kebagusannya, sia belum putus harapan. Sebab sikit2 pun sia kaitkan sama God. Jadi perkara yang sia nda buli jawab pun, sia yakin sama kebijaksanaan God ja. Sia yakin kepintaran kita tidak dapat capai apa ja dalam fikiran Tuhan. So issue2 macam tu sia nda akan pening2 cari jawapan. Sebab sia ada God. Sia yakin semua perkara akan dipermudahkan. Sia yakin semuanya ada jalan bila tiba masanya. 

So sebagai manusia biasa, memang kita akan buntu kalau kita fikir kita la yg pegang kuasa tertinggi dalam life kita. Sebab kita inda semampu mana pun. Untuk yg pecaya sama God, confirm serahkan semua tu sama God. Itu bukan bidang kuasa kita. Semua ketidaksempurnaan hidup kita adalah lumrah dan bukanlah satu yg luarbiasa sampai kita nda tidur malam mau fikir. In other words, kau akan lebih tenang tidur kalau kau percaya God ada di atas tu. 

So sia akhirkan sia punya motivasi tu dengan Memuji dorang. Sia cakap sia bangga ada kawan2 macam kamu. Kamu sudah lalui macam2 untuk sampai di tempat kamu sekarang. Kamu tempuhi dengan jaya semua dugaan hidup kamu sampai la kamu dapat semua achievements kamu. Tapi sia cakap gitu ada sebab. Sia mau dorang ingat yg dorang HEBAT dan nda layak dorang down macam tu seolah-olah dorang tidak pernah atasi begitu banyak ranjau dan duri dalam hidup dorang. KAMU HEBAT DAN SIA BANGGA DENGAN KAMU SEMUA. Please remember dat sebelum kamu mau rasa down sama life kamu. Please be fair dengan diri kamu. Be fair dengan the fighter dan the victor yg ada dalam life kamu. JANGAN LET THEM DOWN sebab benda2 yang God yang pegang. Kita percaya ja sama DIA. 

Dorang cakap, I wish I could think like you o. Nda, u know they didn't mean it kan. But soon they have no choice sebab dorang akan turn to God juga tu bila dorang sedar teda lagi tempat dorang mengadu. And as I'm writing this, God sees us. Dia akan help sepa yg mencari jawapan. Camana sia tau? Sebab sia PERCAYA. I have no doubt in that. 

To all The Fighthers out there, We are The Victors in our battles because He helped us. If He brings you to it, He will bring you through it.

HAVE FAITH.   


No comments: