Kamu nda jua ketawa baca tu title? HAHAHAHA. Sebab sia dalam mode sarkastik tu menulis tu benda. Kamu tau kan sia memang nda pakai mekap pun pi kerja. Mekap ni means eyeliner, eye shadow, blusher, concealer dan lain2. Kalau setakat compact powder dan lipstick tu belum kami kira mekap sebab basic. Yang tu ja la sia pakai. So satu pagi tu as usual selfie la, terus pagi2 memang masih nda jauh sejak bangun so mata pun masih bengkak. Kalau nda bengkak pun sama juga org panggil mata sepet. Jadi yang pigi selfie juga tu kanapa? Hahahahahaha. Seolah-olah sia bangga sama mata sepet yang bengkak tu. Tu la sia tulis Mata Sepet Kebanggaan Kita (sia nda tulis sia sebab macam la hebat betul mata sia ni. LOLS) OK kiddinggg.
Actually dulu kan sia nda suka org cakap mata sia sepet. Sia offended dan sakit ati. Masa skolah rendah sia ingat tu ada Cikgu Michael yang Kadazan juga, so memang nampak la bah identiti tu di muka dia. Mata dia kecil. Compared to Cikgu Simon yang muka ala2 Eurasian, jauh beza dorang. Walaupun dua2 tinggi dan well-built. Buli2 ada kawan satu kelas sia yg tiba2 mention yg mata sia sama mcm Cikgu Michael. And sia rasa mata Cikgu Michael tu telampau kecil nda la se-nice mata Cikgu Simon yg hazel. So sia kecil hati. Hahahahaha. Ada lagi sekali yg mentang2 la sia suka ikat rambut naik atas dan ketat2 lagi, jadi maybe dia effect mata sia tu. So ada lagi satu budak tu yg refer sia punya mata tu ala2 ninja dia bilang (or sthing like that)...Hahahahahahahaha. Punya sakit ati sia tu masaaa. Doiii. Kurang asammm la butul. LOLS. Padahal tu masa baru darjah 5 kali tu.
So dipendekkan cerita, fast forward ke alam dewasa. Masa ni pergaulan pun luas, banyak orang kita jumpa dan dalam keadaan negeri kita yg banyak pendatang, susah kita mau kenal kalau local ka nda kalau setakat tinguk muka ja. Kalau sia cakap bahasa sia masih dialect Sabah yang original, ada juga pilak yg fikir sia sebangsa dorang bah. Hahaahaha. Sebab kita basically sudah mix dan kita datang dari rumpun Asia juga. Sia lagi suka cakap mix2 English bukan pasal tembirang, tapi pasal sudah terbiasa, dan selalu baca in English jadi berfikir pun sometimes in English juga. Lidah makin keras untuk cakap dialect bangsa sendiri. Nahh, lagi la orang mungkin lebih confuse pasal bangsa sia ni apa. Kalau tinguk muka pun, bukan kategori putih melepak sebab ikut sebelah bapa, jadi apa yang tinggal, Yes, MATA!! Hahahahahaha.
So kalau dari zaman matrix lagi, even kawan Cina pun tanya, kau Cina kah? Kenapa muka kau macam Cina? Sia akan jawab, datuk sia sebelah mama yang muka macam Cina. Mimang butul pun. Tapi mom sia yg waris tu muka Cina sedangkan sia ikut muka sebelah bapa. Lain lagi yg masa pi restoran and terus kena cakap bahasa Cina macam dorg confident betul. Tapi kalau ada sister sia sama2, sister sia lebih Cina daripada sia lah dan mungkin barulah sia akan kenampakan Dusun. Hahahahahaha. Eh, kamu tau kan sia bukan Dusun? Camana juga kalau bangsa kana tulis Kadazan, ndakan kau sonsog mau akun ejaan Dusun biarpun beza ejaan ja kan? Hahahahahaha.
So masa sia dewasa ni, mata sepet sia ni menyelamatkan keadaan. Dan of course dialect Sabah sia yg nda buli ditiru oleh pendatang2 sebab camana pun urbannya dialect Sabahan pasar kita, tetap buli tau lenggok original Sabahan tu. Jadinya sia sangat bangga sama mata sepet sia ni kalau ni la yg menjadikan identiti sia tu lebih dikenali sebagai orang local. Dalam pada ada orang2 local yg kena tanya IC masa jalan2 di bandar, of course kau akan rasa lega kalau orang buli kenal yg kau local tanpa perlu minta IC kau. So untuk ada org tersilap kau Cina adalah sangat la lebih bagus daripada org fikir kau bangsa pendatang kan. Hahahaha
So akhirnya sia sangat bersyukur atas kejadian sia dengan semua kelebihan dan kekurangan sia. Jauh sekali untuk sia complain pasal mata yg disamakan dengan mata Cikgu Michael...hehehe. Sekarang sia bangga ada mata mcm Cikgu Michael sebab ada identity bangsa sia di sana. So mungkin dalam gurauan, ada betulnya juga tu Mata Sepet Kebanggaan Kita sebab bukan sia ja perlu rasa gitu, kamu juga yang ada mata sepet patut bangga. Kalau mata sepet tu belum lulus ujian juga, confirm bila kita bercakap right away orang akan yakin yg kita orang Sabah sebab ada juga pendatang yg mata sepet tapi dorang tidak buli bercakap dialect Sabah dengan baik. So again, back to the topic, at least your mata sepet memperkenalkan diri kau before kau even buka mulut untuk becakap. Nda berjasa ka tu? So tolong hargai mata sepet tu k? I mean it! Hehe.
Kalau mata kita yg sepet ni pun buli kita bangga dan terima, ertinya tiada lagi yg nda kita dapat terima dengan kejadian kita yg maha indah ni. In other words, BERSYUKURlah. Semua kejadian Tuhan tu ada sebab yg indah...:))
4 comments:
Found your blog when I was looking for "Kadazan Papar".
Hi! Oh really? Sorry you didn't find much in here...hehe. But coincidentally the writer of this blog is a Kadazan Papar. Thx for dropping by and cya around
Over 1k post...nice blog
Thank you :)
Post a Comment