Statcounter

Tuesday, November 10, 2020

Completely Healed

Sepa yang follow blog sia since awal tahun, should know that ada satu kejadian besar yang berlaku on Februari. Yang sia pun ndatau apa yang berlaku sama sia masa tu, sama ada berkaitan mistik or tiba2 sia ada penyakit yang sia nda tau. Nahhh. Lepas sia post pasal tu, ada beberapa kali yang sia cakap dalam beberapa post selepas February, Almost 100% la, macam2 la, sedangkan TIDAK. I mean masa tu sia fikir sia ok sudah, tapi hanya pada masa tu ja. Lepas tu simptom sia datang balik, dan ditambah dengan yg baru. Imagine la benda tu bermula Februari, sia buli cuba untuk pulih sendiri dalam masa 3 bulan, tapi nda dapat dan sia finally decided to see the specialist. Kamu ingat ni cerita?

Okay, fast forward pi November 2020, syukurrrr Tuhan sia masih ada di sini. Dan macam2 sudah sia lalui sejak June (my first time meeting Dr K) and macam2 memories sudah sia bikin, macam2 kegembiraan, macam2 pengalaman untuk deal dengan health itu tu and finally... *drumroll*, my last visit with Dr K was last Friday and it was gonna be my second last visit with him. Biar sia go a bit more detail supaya sia pun buli baca one day in case sia terlupa.

I think the last 3 weeks before my appointment with Dr K, sia start sudah rasa yang sia betul2 balik pegi habit asal sia iaitu sometimes I couldn't sleep bila rest lebih sikit during the day. Usually when I took the medication, dia ada impact sama badan sia. Sia akan tidur nyenyak. Well, kalau time staycations memang ada masa juga cannot sleep sebab tempat baru, but sia akan play my therapy songs, mestiii sia akan tidur. Tapi bila sia bangun, sia sentiasa masih dalam keadaan prihatin dengan badan sia sebab simptom2 tu buli datang bila2 ja jadi sia sentiasa berhati-hati dan tau masih ada kekangan sama badan sia. Begitu la sia setiap hari dari Jun sampai November. Bukan kejap o. Bukan kejapppp. Kamu tau ka apa macam sia lalui setiap hari2 sia cuba untuk mencari jawapan kepada soalan, "Macamana rasa dia masa si 256 betul2 sihat dulu ah?" Honestly, sia punya kepala masa tu, dia rasa "pelik" tau. Macam masa sia masak ka, cuci piring ka, sia paling sedar masa tu yang "bukan begini" sia dulu. Walaupun sia getting better sudah masa tu, still macam ada sikit instability sama my head yang adalah kunci kepada simptom2 yang berlaku sama badan sia. Maybe sia akan rasa muscle ache ka, getaran jantung nda menentu ka, memang semuanya daripada kepala. So sampai lah bila melangkah ke November and then sia rasa ubat penstabil hormone yang Dr K bagi, TIDAK BERKESAN sama sia. Buli ja sia tidak makan tu ubat pun sama ja. So I told that to him. He said memang la dia akan kasi balik pegi keadaan asal sia dulu, tapi ni kali sia Lebih bagus dari yg dulu. YES, finally I found the right word to describe it. Dr K found out something yg walaupun dia teda suruh, sia sudah pandai2 bikin sendiri. Iaitu skip ja medicine tu kalau sia ndamau makan. Dia approved sebab dia nampak yang sia faham sudah camana mau handle badan sia. Sempat lagi dia cakap, "I'm happy for you."

Kamu tau apa sia rasa sekarang? WOWWW...begini la si 256 pula sebelum dia sakit tu hari. Tu "kepelikan" di kepala sia betul2 hilang sama sekali. Lepas tu sia makan apa yang sia mau tanpa fikir dia akan kasi datang simptom. Walaupun sia lebih memilih apa makanan yang sia mau makan, instead of main hantam ja semua yg sedap2. Tapi sia still manjakan diri juga untuk mesti makan apa craving sia sebab itu adalah cara sia menikmati kehidupan. Kamu tau kan I like to eat. Hahahahahahaha. Selepas sia engage with physical activity with my Virtual Runs, pun sia masih struggle dengan simptom2 panic attacks sia. My last review, my blood pressure dropped gila2. When I told Dr. K, he said obviously sia sudah recover dan benda2 lain yg merupakan kesan kepada panic attacks tu pun balik ke tempat asal.

If you ask me, I FEEL SO SO GOOD sekarang. Selama berbulan2 sia terfikir, adakah sia akan terus begini sampai bila2? Oh God! I got my answer. Rupanya sia buli pulih sepulih-pulihnyaa. Walaupun sekarang sia sedang PMS, sia buli rasa yang simptom PMS yang sia selalu kena, tanpa sebarang simptom sampingan. Dan if you ask me, sia langsung tiada kerisauan pasal badan sia lagi. Bukan macam dulu, sikit2 sakit muscle pun sia fikir macam2 sudah. Sia cuba untuk overthink hal2 yang dulu buli kasi sia sesak nafas but now, langsung teda reaksi. Begini pula kan? Betul2 kerja hormone ooo. Sia percaya betul camana ketidakstabilan hormone buli memporakperandakan hidup kita.

Anyway syukurrr betul sama Tuhan and sama orang2 yang always supportive and handle sia macam kaca mudah pecah sepanjang tempoh penyembuhan sia. Balik2 tanya sia, Kau pening kah? <--- soalan ni simbolik sebenarnya. Bukan actually pening, dia attacks yang tidak diduga dan semua org risau kalau sia kena tu. Sebab macamana pun sia ni fragile kid dari dulu, sia nda sampai macam tu. Sia appreciate juga kawan2 sia yang 1000 kali tidak akan faham dan pecaya apa yang sia alami sebab dorang betul2 fikir sia akan ok2 ja so sia selalu pretend sia ok kalau depan dorang. Biar lah sia kasi tunjuk dorang benda yg dorang mau tinguk ja iaitu my positive vibe. Dan camana sia openly discuss sama diamond fwens sia pasal tu, camana I feel so useful cos dorang pun curious dan mau tau. Sia rasa pengalaman sia benefit orang2 keliling sia juga. Sia akan offer views yang bukan setakat teori semata-mata. Tapi sia sendiri adalah survivor dan you better believe I will make sure my friends survive ni kalau dorang pun kena. Syukurrrr Puji Tuhan. 

256, you are now completely healed. Congrats, you made it :))

No comments: