Statcounter

Friday, October 30, 2020

Sekarang Siapa Yang Main Api?

Alam rumahtangga ni memang nda mudah. Apa lagi kalau kau masih ada ingatan tulus ikhlas terhadap ex kau. In this particular case, kawan lelaki sia. Kalau dulu, sia nampak dia ni sebagai married man yang berkawan atas sebab2 kerja dan his marriage looked okay. Pasal tu la sia nda kisah berurusan sama dia. Tapi bila makin biasa, makin banyak yg dia cerita pasal kisah silam dia.

Dia ceta camana dia used to be a casanova, kaki pub. Banyak girlfriend. Tapi dia keep mentioning about ex dia saturang ni yg dia sudah sampai tahap beli rumah sama2 dan plan mau kawin. Tapi abang2 tu pompuan nda suka ni lelaki sebab dorang tau perangai kaki pub dia. So dorang menentang habis-habisan. Dorang akhirnya terpaksa jual tu rumah. Tu lelaki pun mungkin kecil hati sebab nda diterima, tapi perempuan tu masih mau tu hubungan tapi mungkin lelaki tu sudah tawar hati. Perempuan tu merajuk sama family dia dan membawa diri pi KL. I think at one point, ni lelaki sudah moved on. Dia pun mau lupakan tu perempuan dan dia kawin la sama girlfriend dia yg baru sebab dia sudah sampai umur yg sesuai. Dia kawin sebab itu tuntutan hidup untuk lelaki umur macam dia, dan bini dia tu yg ada di sana masa tu. So sekarang dia ada anak2 yang masih kecil. Pretty much family dia ok. Bini pun lawa juga, pandai urus anak2. So apa lagi yg lelaki mau bah kan?

Satu kepelikan sama dia ni, dia nda berminat sama social media ni dan dia nda begitu arif. Only baru2 ni dia tanya kami camana mau buka FB? U can guess what. Mimang dia cubuk2 FB ex dia ni guna FB anak buah dia sebelum ni, dan dia selalu bergurau pasal tu. Tapi maybe dia nampak sia ni good listener dan tidak terus2 menghakimi dia, sikit2 cerita dia keluar. Dia ni kalau tinguk secara fizikal, dia nampak macam lelaki bujang yg teda anak bini. Sebab pakaian dia sempoi, macam teda yg menunggu dia di rumah. Selalu bergerak ke sana sini sorang2. Tapi good enuff when sia ingat dia cakap sama sia dia ni Buaya yang sudah pencen. Tapi lately macam buaya dia tu naik balik. Walaupun bergurau, tapi macam la kita ndatau lelaki ni macamana kan? Nampak perempuan limpas, dia ndakan segan silu cakap sesuatu. Sama ada dia puji atau sebaliknya. Sia kelucuan juga sebab dalam hati sia, Kononnn la kan buaya sudah pencen. Nampak macam taring buaya tu belum kena kikir abis lagi tu. Hahahahahaa.

So baru2 juga dia mengadu camana dia sama bini dia selalu annoy each other depan tv. Dia puji2 la apa yg dia nampak di tv, dan bini dia mesti marah, Kenapa, kau teingat si anu tu kan? Nahh, mungkin dia try mau usik2 ja laki dia tu, atau naluri seorang bini memang tauu apa yang nda kena sama laki dia. Whichever comes first lah. Sebab ni lelaki macam makin rindu sama ex dia. Sampai dia minta ajar kami bikin FB. Sampai dia tanya, Kalau kami message2, orang buli nampak kah? Terus sia cakap, Uii, apa yg kau cuba mau bikin ni ah? 

Nda lama dulu, sia pernah sebut pasal ex sia sama dia. U know what he said, "Jangan main apiiii bah, 256" Padahal sia just gurau2 jaaa. Masa tu sia cuma tanya, "Tu lelaki handsome kah?" Pantang sia cakap benda2 gitu, terus dia kasi ingat sia jangan main api. Sekarang sepa yg main api sebenarnya? Hahahaha. Sebab sia dapat teka dia macam sedang dalam fasa bosan dengan perkahwinan dia. Maybe dia sunyi sebab dia nda buli suka2 cakap depan bini dia sebab bini dia akan cemburu. Dia terpaksa pendam banyak benda sendiri. Dan mungkin dia sudah puas jaga hati bini dia selama ni dengan menjauhkan diri dari social media, fon pun jarang bawa. But what do u expect kan? That u can freely talk about ur ex sedangkan bini kau sendiri pun kenal tu perempuan? Mimang cari nahas lah. Anak sampai 5 orang, ini bukan setakat dorang berdua ja mau difikir. Bini dia lagi baru2 tiba2 ikut dia. Entah kenapa sia rasa bini dia mau menyiasat kalau laki dia ni ada skandal di luar. But bini dia kenal sia. Sia rasa musykil bila dia minta no fon sia. Secara kebetulan kawan sia ni pernah call dan wasap sia, tapi jarang sia reply. Dan fon dia pula hilang! Kawan sia ni cakap mau beli fon baru but bini dia cakap Inda payah beli baru. I wonder kalau bini dia rasa syak wasangka. Entah, itu masalah dorang lah. Dorang lagi faham.

Tapi memang kawan lelaki sia tu makin hari makin ingat ex dia tu. Sikit2 pasal ex dia tu. Macam dia jadi sentimental kalau cakap pasal dia. Dia cakap bini lain, tapi cinta yg paling hebat dia tetap ex dia tu. Dia sebut pasal camana perempuan tu paling faham dia tanpa dia bercakap. Tapi adil kah dia teringat keindahan yg cuma dalam memori. Itu cerita dulu kan. Kalau la dia kawin sama ex dia tu, dia jamin ka dia masih rasa begitu sama dia? Confirm tidak sama. Ini lah memori pasal ex kita ni biasanya INDAH belaka sebab kita ingat dorang pada zaman kegemilangan itu. Sedangkan dorang sudah jadi orang yg lain sekarang. Mungkin 360 darjah perbezaan dia. Mungkin tengok di Fb masih macam yg dulu. Sia ada nampak Fb ex dia tu. Memang ada iras2 bini dia juga. Memang taste dia perempuan begitu. Memang lawa, kurus, tinggi. I said no wonder lahh dia rindu balik. Atau mungkin tu cuma alasan ja kali kan? Sebab lelaki ni memang begitu. Memang nature dorang untuk terus tertarik sama perempuan lain selain perempuan yg ada di sisi dorang. Mungkin ex ni cuma alasan semata-mata. The fact is they need distraction untuk make life dorang lebih menarik.

Tapi perkahwinan is not a game. Ada anak2 yang lahir dari perkahwinan tu yg jadi tanggungjawab kau lebih daripada setakat fikir diri kau, perasaan kau dan kebosanan kau. Anak2 tu lebih penting. Macam si Puteri Sarah cakap, Curang ni susah sebab kau kena jaga fon kau, delete message, delete nombor, lock fon - in order untuk tidak kedapatan. Mudah lagi untuk SETIA dia bilang. How true! Sekarang ni sia anggap kawan sia lalui fasa sementara ja. Nanti akal dia akan catch up. Sia harap dia nda main api sebab macam dia mau berjinak2 sudah tu. Sepa tau, nanti bermula dengan Hi, jadi melarat. Tapi susah juga kita mau tahan orang kan? Sayang tu datang tanpa diundang nda tidak mengira siapa. Tapi camana pun beringat la sebelum terjebak.

Nahhh, again. Jadi sekarang sepa yg main api sebenarnya? Hahahaha. I'm gonna say that to him sampai dia bosan jadi kalau dia main api juga, kami tumpang tinguk ja dari jauh k. Hahahahaha 

No comments: