Statcounter

Saturday, October 24, 2020

The Anxious League

2 days ago, one of my diamond friends went to a private hospital because she could no longer handle her concern about her suddenly getting irregular heartbeats. She mentioned about it since last week, while we were discussing about health issues and stuff revolving C19. And then I remember she shared a graduation photo of her and another friend in FB, and tagged that friend who then responded with a sticker in the comment box. Guess what, that friend passed away one day before my friend decided to go to the hospital for her heart concern. So, let me make this clear.

Sebenarnya, beberapa minggu sebelum tu, sia sudah nampak tendency untuk kawan sia "terjebak" sebab dia terlampau RISAU sama situasi semasa. And when our friend kena C19, dia jadi nda keruan. Dia batuk pun dia pigi scan dada dia sama ada ada jangkitan ka nda. Bukan sia cakap dia overacting, tapi entah kenapa sia sort of ada "that wisdom" untuk faham situasi dia and knew where she was going if she didn't slow down.

My dear readers, biar sia make it clearer di post ni pasal ANXIETY. Mau muntah kamu dengar kan perkataan ni. Macam overrated. Padahal teda2 juga pun kamu bilang kan? Kalau mau elak kena anxiety, kamu stop la bah worry. Kamu juga punca anxiety tu datang. That probably what you had in mind. TAPI try baca apa sia mau tulis ni. Dalam situasi C19 yang makin meruncing di Sabah, kamu rasa kita boleh ubah sesuatu ka sekelip mata? TIDAK. Kita helpless sebagai seorang insan yg lemah. Apa lagi seorang ibu yang ada anak2 kecil. Yang mau yg terbaik untuk anak2. Yang setakat kena alergik pun lari sana sini cari klinik dan susah mau tidur selagi anak nda sihat. Jadi camana juga kau mau marah seorang ibu yang begitu risaukan anak2 dia? Kau buli simply cakap Berhenti la kau risau, kau faham ka kau akan dapat susah kalau kau risau? Wow senangnya kita bercakap. So akhirnya tekaan sia betul, finally dia kena simptom anxiety yang common, iaitu degupan jantung yg tidak menentu. 

Sepa yang pembaca setia sia, should know yang sia sudah lalui benda tu masa MCO pertama lagi. Tapi sia lagi sandi, sia inda macam dia terus2 pi hospital minta scan jantung sebab terlebih dulu sia sudah bikin ECG and it was normal. Di sana sia diberikan sikit wisdom untuk memahami yang sia alami ni "benda yang lain" dari apa yang kita fikir. Dari pembacaan, dari pengalaman orang lain, tapi STILL sia nda buli imagine camana sandinya kalau mengalami sendiri. Sampai lah benda tu berlaku sama sia, ni kali lah sia FAHAM sefaham-fahamnya. Betapa ngeri dan menakutkan bila jantung kita tiba2 berdegup kuat, atau dia macam skip degupan tu. Cuma Tuhan yang tau. Masa tu, percaya lahh, sepositif mana pun kau, mesti kau fikir "Sia mau mati sudah ka ni?" Now, can you explain that?

Jadi masa kawan sia decided untuk stay di hospital mahal untuk buat tu scan jantung, I oredi told her, "You could be having Anxiety symptom". Tapi sia nda berani confirm sebab alang2 sudah dia di sana, mesti la dia mau tau apa yg doktor cakap. Lagipun kawan sia ni TIDAK TAU yang sia pernah alami benda tu semua. So dipendekkan cerita, dia akhirnya ditahan 2 hari, dan Viola! Just like that tu nurse kasitau dia, jantung dia ok ja. Teda pun doctor jumpa dia sebab maybe dorg rasa tu kes sangat la tiada apa2. Untuk senangkan hati seorang pesakit yg ada duit untuk membayar servis di hospital swasta. Dia cakap bill dia 2 hari lebih RM6K. Tapi dia happy sebab jantung dia teda apa2. Then sia sambung lah, So betul la kau ada Anxiety Symptom. She said, "Maybe juga la ni"

So, WELCOME TO THE ANXIOUS LEAGUE, should I say this to her? Dalam group kami yang ada 7 orang, 2 orang (me and my bestie sudah ada dalam tu league). Yang lain kami belum tau, but maybe we will discover about it soon juga. Dari bulan 2 sia sudah kena my first attack, but when I started to meet the specialist in June, baru sia paham banyak benda pasal benda ni. Sekarang sia masuk 4 bulan sudah still dalam treatment, still taking my medication, memang sia rasa makin and makin stabil. Stabil dari segi apa? Dari segi handling emosi dalam menghadapi isu2 harian dalam hidup. Sebab masa sia kena benda ni, sia punya TEMBOK PERTAHANAN sudah nipis. Kalau ada ombak kuat, tembok sia akan terasa pukulan dia. Sia akan rasa gegaran dan mungkin sia akan menahan kesakitan. Tapi sia dilahirnya ada tembok yang nipis ya kawan2. Pasal tu la sia kuat merajuk, sia kuat nangis, sometimes sia beremosi berlebihan, FRAGILEnya sia ni. Bukan sekali sia cakap sia memang dari dulu adalah Fragile kid. Sampai my exbf dedicated the song Vulnerable to me sebab sepa yang rapat sama sia akan tau sia memang vulnerable. You have to be delicate to me or else I will get hurt all the time. That's why sia selalu protect diri sia daripada benda2 di luar tu yg maybe akan memudaratkan sia. Kamu faham sudah? Ok good. Hehe

Jadi kepada kami yang sudah ada dalam The Anxious League ni, ertinya tembok pertahanan kami tu sudah terhakis sampai jadi nipis. Tapi kawan2 sia yang ada dalam league ni, dorang iron ladies tau. Dorang sudah lalui macam2 dugaan dalam hidup dorang. Dorang bukan si lemah macam dat kemon. Hehe. Sia tabik dorang dan sia tau, dorang kena hempas ombak beratus ribu kali baru sampai tahap ni. Kawan sia yang baru scan jantung tu lagi, sia kenal dia dari secondary school. Macam2 dugaan dan kepahitan dia sebab dia nda disukai di mana ja dia pegi. Sebab perangai kekwat dan double standard dia yang suka pandang rendah orang lain, gara2 dia anak org kaya, buat orang nda suka dia. Pernah kena dera oleh bf dia, pernah mengandung anak luar nikah sama laki orang, pernah kena tinggal oleh macam2 lelaki yang mempermainkan perasaan dia...sedangkan sia sendiri pernah declare no-contact sama dia ni sebab sia rasa dia bad influence dalam hidup sia. Tapi dia harung semua tu dan terus cari jalan untuk berkawan sama kami. Bukan calang2 dugaan dia ni. Bila dia finally kena simptom begitu, sia rasa dia sudah lama bertahan. Susah juga kalau kau begitu "feel" kehidupan ni. Susah juga kalau kau sudah mula peduli dan ambil tau. Camana kau mau elak tu kan? Apa lagi kalau kau ada anak yang seolah-olah nyawa kau tu ada di luar badan kau. Memang mau nda mau kau akan serap semua reality pahit hidup ni yang melindungi dorang. Ya, tu la yang kawan2 sia alami. Dorang perempuan kuat yang sudah puas bertahan. 

But wait. Anxiety ni bukan satu hukuman mati ya kawan2. Ni cuma WARNING badan kita ja yang tembok pertahanan kita sudah menipis. That's why important untuk kamu tau kalau kamu kena ni sebab YES, ada treatment untuk kasi tebal balik tu tembok. Jadi jangan panic kalau kamu kena. Sia menulis ni masa sia masih dalam tempoh "pembinaan" tembok. Sekarang sia sudah mula menikmati kehidupan macam biasa. Biar sia explain sikit pasal treatment. Treatment ni akan balance kamu punya chemical dalam otak yang akan control emosi dan mood kamu so kamu punya badan akan mendapat isyarat yang tepat dari otak kamu. Bila semua sudah balance balik, masa tu la tembok kamu sudah diperbaharui balik ke asal. Jadi kerja kamu adalah untuk protect tu tembok yang baru. Tembok tu akan tolong kamu punya pertahanan supaya kau buli terus kuat dan jadi inspirasi untuk orang lain!!! That's your mission kalau kau masuk ni League. 

So, sepa yang kena ni, kamu pi ja buat medical checkup yg basic. Kalau result jantung semua okay, dan kamu nilai sendiri camana level stress dan gangguan emosi yang kamu lalui sejak kebelakangan tu, di sana lah kamu terima situasi kamu yang you could belong to this Anxious League. Jangan segan masuk ni League sebab kekuatan orang2 dalam ni League ada lain macam. Contohya dia buli menulis semua ni untuk bagi pengetahuan sama yang lain supaya kamu pun diberi kebijaksanaan untuk handle situasi yang sama ok?

Come on, ladies. Teruskan perjuangan. We are here because our strength is renewed. Welcome to the league!

No comments: