Statcounter

Saturday, November 21, 2020

Love-ScammED?

Macau Scam makin femes sudah kan. Tapi tetap ada mangsa2 baru yg terpedaya. Ya la sepa la nda cemas dengan polis. dengan peguam dan macam2 lagi yg terlibat. Main pakai cakap2 ja dalam masa beberapa jam, buli dapat sampai beratus ribu, berjuta pun ada. Ada lagi satu jenis scam yang lebih halus mainan dia tapi kerugian mangsa pun buli sampai beratus ribu juga, pun banyak mangsa yang tertipu juga, iaitu Love Scam.

I'm not here untuk mengupas pasal Love Scam sebab benda ni semua orang tau cuma sia mau ulas sikit la pasal ni. Orang cakap  Cinta itu Buta tapi macam lah nda cukup lagi sama permainan cinta yang sedia ada, orang masih cari cara baru untuk "terpedaya". Macam la nda cukup lagi semua janji palsu dan penipuan yang buli ambil masa bertahun-tahun dan akhirnya pengakhirannya tetap sama iaitu kekecewaan kepada mangsa. Love Scam ni pula nampak sangat macam cara amateur yg kau rasa nda mungkin ada yang akan terjebak but u r wrong. Proses dia mungkin sama ja dengan penipuan cinta yg biasa iaitu cuba memenangi hati mangsa dulu and then memperguna dan memperdayakan dorang dan akhirnya meninggalkan dorang. Love Scam ni pun begitu tapi yang membezakan dorang adalah, Love Scam ni dibuat semata2 dalam talian. TIDAK PERNAH JUMPA pun!! Not sure kalau sampai bab video call but setakat yg sia baca di news, memang semata2 melalui social media and voice call. Bila sudah dapat kepercayaan mangsa, mula la buat macam2 janji dan permintaan yang si mangsa tunaikan atas dasar cinta. CINTA? Serious ba CINTA?

Ni yang sia mau hilight di topik ni. Masih nda cukup buta ka cinta tu ah? Kalau pun explanation dia adalah Kalau hati sudah sayang, apa pun kau sanggup buat. Sekurang2nya dalam hubungan sebenar, kau sudah lalui macam2 sama tu orang, sudah jumpa family dan ada perancangan mau kawin yg diketahui oleh keluarga masing2, tapi dalam kes Love Scam ni, orang yg BELUM PERNAH KAU JUMPA pun begitu berkuasa sampai kikis duit di bank kau kasi dia. Penangan CINTA la ni kan? Cinta itu buta tapi kau inda buta, u know that right? So buli kah, buli kah kalau semua yg main2 social media ni kan, yang taip menaip ni, kalau setakat belimpas di Fb ka, IG ka, JANGAN LAA CEPAT BETUL JATUH CINTA. YES, this is my point.

Kalau dulu sia and kawan2 virtual friends sia kenal di mIRC, itu lagilah "tiada wajah" langsung. Semata2 nickname dan ayat menaip. Setakat tu ja. Balas membalas komen dan gurauan. Pun sudah ada berlaku spark di sana. Mesti mau nampak nick si polan hari2 baru lengkap. Lepas tu kau claim kau fall in love sudah sama tu urang sedangkan kau cuma tau nick dia dan nampak dia menaip ja. Hubungan sebenar yang di luar tu pun banyak yg separuh jalan, inikan lagi serapuh spark di social media? Nowadays ada Fb, memang lebih senang untuk kenal orang lebih jauh. Nampak apa dia update hari2, nampak gambar2 dia, so orang lebih mudah bertaut dengan apa yg dorg nampak di social media tu. Dengan tu muncul lah pula pemalsuan identity, guna gambar orang  atau gambar yg diedit, difilter, menjadikan cinta social media ni sudah misleading and unreliable. Bukan first time kita dengar orang yg bercinta dengan "gambar" yang rupanya gambar2 tu orang lain punya. Tuan punya gambar langsung ndatau yg gambar dia tu rupanya adalah sudah menjadi kekasih dan bakal isteri seseorang yang hari2 bertemankan gambar2 dia tu. Rupanya gambar2 dia kena curi dan guna oleh orang lain yg sama ada kebosanan, kesunyian tapi tiada keyakinan atau mimang berniat mau menipu. Apa ja la niat orang tu, tapi... benda paling basic ba ni. KENAPA BEGITU MUDAH JATUH CINTA? Jangan persoalkan sebab cinta itu memang buta, No, Cinta tu teda mata so bukan issue kalau dia buta ka nda. Yg ada mata tu kamu!

Teringat sia kakak sorang yg janda ni sentiasa masuk macam2 dating apps untuk cari jodoh. Sia nampak begitu banyak lelaki dia jumpa dari dating apps tu, tiada yg menjadi. Tapi dia nda pandai serik2. Most of them hanya berapi di peringkat awal ja. Bila kenal lebih lama, macam2 kejadian. Ramai yg belum sempat jumpa pun. Yang sudah jumpa pula ada yg kedapatan tipu gambar, dan macam2 lagi ditipunya termasuk marital status dia. So next time dia mula lagi buka cerita pasal kenalan baru dia jumpa di dating apps tu, I said, Kak, videocall ja terus la senang. Kasi singkat tu cerita. Kalau dia mau tipu, dari sana sudah kita tau. JANGAN LAGI BUANG MASA. Cukup-cukuplahh masa yang sudah dibuang untuk hubungan yg nda juga menjadi. Basicnya pun sudah screw up, lupakan yg selainnya. I MEAN, tolong pastikan orang itu WUJUD!

Sia yang kamu kenal sebagai nickname ni pun, ramai ndatau pun muka sia. Kalau kamu dalam Fb sia, maybe hari2 baca apa sia tulis. Adakah itu bermaksud sia memang wujud di dunia nyata? Dengan gambar2 yg sia potong dan post sikit2, how sure of you siapa sia di dunia sebenar? Kamu pasti kah tu gambar2 adalah sia punya? Soalan common yg paling basic untuk kau tanya diri kau soalan2 tu kan? Sama la dengan orang2 lain yang kau jumpa di social media. Benda basic kau settle dulu before kau fikir lebih2. In my case, semua yg sia upload and claim sebagai gambar2 sia tu memang adalah betul tapi nda kisah lah dan teda apa yg sia mau buktikan kepada sesiapa. Just sometimes sia rasa mau share, sia share la. Sia lebih selesa tidak dikenali so begitu la pembawaan diri sia di social media. Teda masalah pun kan? Sebab seorang yg berahsia dan misteri tu untuk diri dia dan tidak menyusahkan orang lain or menipu orang lain, OK JA bah kan? Apa buli buat kalau dia macam tu, mungkin kamu fikir dia kurang keyakinan ka, dia pemalu ka, nda kisah lah yg penting dia nda pun susahkan hidup orang. Bukan dorang ni yg kau mau kecam. Yg kau kecam adalah orang yg berabis mau convince kau untuk percaya sama dorg and tidak bercakap betul yg mengakibatkan kau jadi mangsa penipuan selepas kau menyerahkan rasa cinta kau tu kunun. Hahahaha. Maksud sia, kepada semua bakal2 mangsa Love Scam yang segala macam, buli ka at least kamu sure orang tu wujud? Selagi kau ndatau dia wujud, JANGAN pandai2 pi jatuh cinta! Peduli apa yang dia janji sama kau. Tulung lahh. Benda basic ba ni. Kalau dia serius, at least video call dan buktikan kewujudan dan kesahihan benda2 basic. Paling hujung baru kau jatuh cinta. Jangan telampau cepat jatuh cinta!

Sia pun pernah lalui juga bah attraction di social media ni. Sia pun pernah jadi nda matang juga. Tapi sampai bila kita nda matang kan? So now camana pun attractivenya seseorang tu yg ada chemistry lagi kunun, jumpa dulu baru ada cerita. Jangan macam2 dulu. Jangan jatuh cinta dulu. Jangan pasang angan2 dulu. Benda basic ba ni guys! Kalau orang ndamau jumpa, itu kemahuan masing2. Selagi dia teda hutang apa2 sama kau, itu hak dia mau jumpa ka nda. Bukan orang yg teda niat menipu yg kau sibuk untuk bongkar, but org yg janji kau macam2 yang kau perlu bagi perhatian. Dan kalau sudah tau belum sahih kewujudan orang tu, sah2 la nda ngam untuk bercakap pasal duit. Pinjam2 duit mau cover business la, ada kirim hadiah dan duit tapi kena bayar cukai lah, kastam la. Bila dengar orang kena tipu macam tu, kita geleng kepala. Tapi ingatkan diri sendiri. Jangan pula sendiri leka dan orang pula geleng kepala baca pasal kamu nanti. Beringat sebelum kena, okay? 

Sia sebagai si 256 yang invisible dan nda dikenali, bebanan bukan di bahu sepa2 untuk membuktikan kewujudan sia. Cukup untuk kamu tau sia yg menulis ni blog, sia yg menulis di Fb hari2, dan sepa yg pernah bercakap di fon sama sia, tau la suara dan style sia bercakap camana, but still, sia tidak terbeban untuk buktikan kewujudan sia sebab kalau diikutkan, sia lebih suka kamu nda kenal sia pun sampai bila2. So treat me like orang invisible. Sia inda layak untuk kena treat lebih daripada seorang yg tidak dikenali. Until one day kamu jumpa sia, kalau kita jadi kawan sebenar, masa tu baru decide. Setakat ni, jangan la letakkan apa2 harapan sama sia. Sia belum penuhi syarat kewujudan lagi. Pls do the same sama kenalan2 online kamu. Jangan terlalu mudah membagi perasaan. Jangan buka jalan untuk kekecewaan. Back to basic. Tidak kenal maka jangan cinta. Simple kan?

Stay away from being love-scammed. Think twice before you fall in love!

No comments: