Statcounter

Tuesday, June 30, 2009

A Study Case: “Kenapa Duit Tidak Pernah Cukup?”

(WARNING: This study case adalah quite detail dan analytic seperti yang sia selalu buat. Minta maap awal2 kalau sakit dugal tu pankreas kamurang masa baca nanti. Hahahahahahaaha)

Hairan betul cara sesetengah orang berbelanja. Ini bukan calang2 punya hairan. Tapi hairan tahap gaban lagi that! Perkara biasa la kalau orang mengadu nda cukup duit, kadang2 gaji mimang sangat sikit berbanding dengan tanggungan.

Sia sendiri pun bukan bagus dalam hal2 berbelanja ni. Tapi one thing yang sia baru sedar adalah sia tidak pernah mengeluh pasal duit dengan my family or friends. Bukan sia sengaja elak tu perkara, tapi secara rasionalnya memang tidak best ba cerita pasal masalah duit. Perkara ni sia baru sedar sebab ramai di kalangan kawan2 baru sia ni, bila datang tempat sia, selain cakap pasal hal percintaan dorang, confirm mesti mengeluh pasal duit. Then here comes the study case!!!

___________________________________________________________________

Bahan Ujikaji :

Seorang perempuan umur 21 tahun lulusan SPM

Pekerjaan:

Kerja Tetap: Kerani Am Kerja Part- time: Cikgu tuisyen

Gaji:

(Kerani): RM 400 Gaji (Cikgu Tuisyen): RM250

Tanggungan tetap bulanan:

Sewa bilik - RM250

Habit yang mempengaruhi perbelanjaan:

SMS freak; selalu reload phone, selalu tulung adik dia yang sentiasa ada masalah kewangan

Lain2 ha1 yang berkaitan:

Ada 1 tunang dan beberapa teman tapi mesra yang selalu bergayut di sms.

_________________________________________________________________

Duit untuk kerja part-time diguna untuk bayar sewa bilik.

Satu perkara yang dia sudah tau, gaji dia RM 400 tidak pernah cukup sejak bulan pertama dia kerja. Tapi dengan tanggungan yang sikit, actually gaji tu sepatutnya cukup ba kan? Dia bukan jenis orang yang beli barang2 branded. Dia tidak gila fesyen atau style. Dia memang sangat sederhana dari segi pemakaian. Even kosmetik pun dia tidak pakai langsung. Sepatutnya itu duit cukup ba kan?

This is my starting idea. Then my aim dalam study case ni adalah,

“Kenapa duit dia tidak pernah cukup?”

Dalam masa satu bulan saja sia sudah dapat jawapan sebab semuanya nyata depan mata. The fact yang she always come and chit chat with me, dengan mudahnya sia kasi complete sia punya study case.

1. Beberapa hari selepas dapat gaji, dia spend at least 1 hari untuk jalan2 dengan tunang dia dan dorang akan singgah beberapa eating outlet dalam selang beberapa jam saja. Sampaikan dorang rasa mau muntah sudah terlampau banyak makan dan terpaksa tidak habiskan makanan yang kena order tu sebab masih kenyang. Perbelanjaan ni ditanggung separuh separuh dengan tunang dia yang tiada kerja tetap.

Comment: Habit macam ni memang tidak patut. Sia sendiri tidak akan buat macam tu walau macamana tebal pun wallet sia masa tu. Ini bukan soal ada duit atau tiada duit, tapi ini adalah soal berbelanja apa yang perlu. Boleh juga manjakan diri sekali sekala, tapi bila kau sudah tau gaji yang kau terima tetap sama dan bukannya ada bonus atau apa, kau tidak patut manjakan diri sampaikan membazir duit yg sudah memang tidak cukup.

2. She bought beberapa t-shirts and even pajama, and even a handbag – semuanya dalam bulan yang sama. Walaupun semuanya harga yang cukup murah dan good bargain, tapi dia sebenarnya tidak perlukan benda tu semua dalam keadaan kewangan yang sudah terbukti “tidak pernah cukup”.

Comment: Memang hak dia untuk beli apa dia mau. Tapi benda2 macam tu adalah “boleh juga kalau tidak beli” so kalau dia tidak beli atau kurangkan pembelian dia tu, mungkin dia boleh save the money untuk masa2 hujung bulan. Sekurang-kurangnya, dia jangan beli sekaligus semua benda2 yang dia beli just untuk extra2 saja.

3. Oleh kerana dia ni seorang yang sangat suka sms, dia tidak boleh tidak ada kredit phone. Pada masa yang sama, dia ni pemurah dan tidak berkira. Dia selalu pass2 kredit dengan tunang dia. Even kekasih2 gelap dia pun akan suka2 request kredit dengan dia dan dia akan hantar RM1, dan everytime dia transfer kredit tu, Celcom akan potong RM 0.50 extra daripada balance kredit dia. Alah, 50 sen saja ba tu, dia cakap. Tapi dia nda sedar dia pass kredit lebih daripada 20 kali dalam satu bulan. Dan dia ni jenis yang suka reload RM3 saja setiap kali reload, dengan alasan – “Saya mana mampu reload mahal2.” Tapi belanja reload dia yang cuma guna 1 phone adalah melebihi belanja yang sia sendiri guna untuk 3 telefon sia. Bila sia cakap dengan dia macam tu, dia akan jawab macam ni, “Alah, itu adalah sebab itu lelaki2 yang call kau, bukan kau yg call dorang.” Padahal sia sendiri pun sudah kategori SMS Freak. Hairan kan.

Comment: Sia tidak boleh nasihat dia supaya jangan selalu SMS. Since ini adalah hobby dia, so sia rasa dia patut give in sama ni gaya hobby ni akan buat dia happy. Cuma kalau dia pikir luas sikit, better dia reload trus RM100 dan gunakan itu saja untuk 1 bulan. Kalau dia pandai bertimbang, actually RM50 for SMS pun sangat2 mencukupi sudah. Kalau dia mau pass kredit dengan orang, itu hak dia tapi mimang susah kalau kau cuba untuk jaga hal2 kredit orang2 yang jadi kawan kau bersms. So adalah lebih baik masing2 jaga hal kredit masing2, bukan budak lagi kan? Kalau mau jadi generous, biarlah kena pada tempatnya.

4. Adik dia tidak dapat bayar sewa bilik gara2 terlebih spend duit masa balik kampung, so dia terpaksa mencari ke sana ke mari untuk pinjam duit demi untuk cover sewa adik dia yang gajinya lebih tinggi dari gaji dia sendiri. Dia sendiri tidak sanggup guna duit dia sebab dia pun mau guna, so dia pegi lagi cari orang lain untuk cover masalah adik dia tu. Bila dia try untuk borrow the money from me, but sia tidak terus bagi sebab sia rasa dia adalah masalah “pertimbangan” yang serius so sia cakap sama dia. “Your sister creates the problem, biar dia settle sendiri. Dia bukan budak kecil lagi. She overspends, so she must face the consequences.” Actually, dia ada try untuk pinjam dari kakak dia sendiri pun kakak dia bagi jawapan yang sama. “Masing2 ada kerja, mesti pandai control perbelanjaan sendiri.”

Comment: The worst thing is when kau adalah seorang yang sangat boros, kau babitkan orang lain dalam masalah yang kau create sendiri. Bila kau yang lebih belanja, kau kena tanggung kesilapan itu. Kalau kau enjoy berlebihan sampai tidak dapat bayar sewa bilik, kau kena cari ikhtiar sendiri seperti minta tangguh sama tu taukeh rumah dan atur untuk bayar pada gaji akan datang. Kalau itu taukeh tidak terima, itu risiko yang kau kena hadapi sebab ini adalah akibat daripada kesilapan yang kau buat sendiri. Itu habit yang suka babitkan orang adalah tidak baik sebab orang lain pun pening mau pikir masalah masing2. Orang teda masa untuk pikirkan masalah kau. Ini adalah tanggungjawab kau sendiri sebagai seorang dewasa yang sepatutnya tau berfikir.

5. Di tengah-tengah bulan, dia sudah kekeringan duit. Tapi mujurlah ada kekasih gelap dia yang bermurah hati mau spend. Dia kena bagi RM50, satu jumlah yang cukup banyak yg datang dari langit yg boleh cover perbelanjaan dia yang tidak cukup tu, tapi dalam masa 2 hari saja duit tu habis sebab dia mula lagi berbelanja untuk makanan yang berlebihan seolah-olah baru menang loteri. Dalam masa beberapa hari, dia mula sedih balik sebab dia kehabisan duit lagi. Dia sudah confirm yang dia tidak akan makan nasi untuk 3 hari berturut-turut untuk tunggu gaji seterusnya. Sebab dia pernah lalui perkara tu pada bulan2 sebelumnya.

Comment: Bila ada sumber kewangan tambahan, sepatutnya inilah yang akan mengubat ketidakcukupan duit tu. Sepatutnya duit tambahan tu diguna dengan sebaik-baiknya. Bila kau tidak boleh buat pertimbangan yang semudah ini, ini adalah satu petanda yang you have a very very serious spending problem. Attitude mcm ni akan menyusahkan kau selagi kau tidak sedar dan berubah.

6. Tunang dia dari kampung akhirnya bercadang untuk berpindah terus ke town untuk cari kerja di kawasan yang sama dan dia baru ja confirm sudah dapat kerja. Sebelum tu tunang dia tu ada buat kerja part-time di kampung so memang tunang dia ada bawa sikit duit untuk cover belanja dia sendiri sebelum dia dapat gaji pertama. Itu yang sepatutnya terjadi. Tapi tidak pula. Sebaliknya, sempat2 lagi membeli 2 cincin dan gelang. Dan sekarang ni, dia susah hati pula mau pikir macamana mau cover belanja dan sewa rumah tunang dia tu sebelum tunang dia tu dapat gaji pertama dia sebab tunang dia sudah gunakan duit yg dia ada untuk belikan barangan kemas untuk dia.

Comment: Perlukah sia komen lagi? Sayang tu sayang juga, tapi bukan masa sesak2 duit juga kau sibuk mau tunjukkan kasih sayang tu. Tidak terkurang juga tu kasih sayang walaupun tiada cincin, kan? Masalah pertimbangan yang sangat serious!!

Bila sia dengar hal dia ni, sia geleng kepala saja. Tidak habis2 dengan tindakan yang silap. Sia tau otak dia bergeliga dan tau berpikir, cuma sikap berbelanja dia tu memang akan menyusahkah dia sampai bila2, melainkan dia betul2 sedar dan berubah. Kalau kamu ada baca post sia bertajuk, The Money Test, kamu ada baca di sana yang sia tulis,

“Tidak kira lah berapa duit yang masuk, tapi kalau spending habit kau tidak betul, kau tidak akan pernah cukup duit.”

A Comparison:

Sia sendiri pun byk ruang untuk alami masalah kewangan. Kadang2 sia overspend untuk investment yang perlukan masa untuk dapat pulangan. Ini memang satu risiko perbelanjaan yang sia selalu ambil dan biasanya menyebabkan sia dalam kesusahan juga. Perkara macam ni memang biasa. Kadang2 sia rambang mata bila berbelanja, dan sia main berani saja belanja banyak duit untuk sesuatu yg mungkin membawa pulangan, sedangkan belum tentu lagi. So sia kena BERSEDIA dengan risiko perbelanjaan yang sia ambil, dan risiko ini adalah 100% risiko sia sendiri. Sia tidak akan kasi standby bapa atau mama sia untuk tanggung akibat risiko yang sia ambil. Bukan sebab sia ada kemampuan yang cukup untuk tanggung risiko perbelanjaan sia, tapi INI ADALAH TANGGUNGJAWAB sebagai seorang dewasa. Ini yang membezakan kau dan seorang budak2 yang tidak begitu bijak berpikir.

Apa langkah yang sia ambil untuk mengurangkan kesan buruk akibat perbelanjaan yang berlebihan?

Sia TIDAK AKAN memanjakan diri sia dengan membeli barang2 kegunaan peribadi yang tidak urgent. Misalnya kalaulah ada satu baju sia koyak dan sia terpaksa kurang satu baju untuk dipakai pegi ofis, sia terpaksalah gilir2 pakai 6 baju saja dan biarlah terpaksa pakai satu baju tu sebanyak 2 kali untuk minggu tu. Jadi kenapalah kan? Small matter babe!

Instead of makan di luar, steal some time to cook. Ini hal makan ni tidak payah terlalu pening-peningkan kepala. I pity betul mentaliti kebanyakan orang. Dorang pikir orang yang ada duit MESTI makan di luar dan orang yang bawa makanan dari rumah adalah orang yang teda duit. Ohooo…sangat silap sekali. Walaupun sia sedang banyak duit pun sia akan bawa bekal dari rumah kalau sia ada mood dan masa mau masak. Sebab sia nda akan banyak pikir kalau hal2 mcm tu. Yang sia tau, sia tidak pernah hold myself from eating what I want. Kalau hari ni sia mau makan roti canai, then I go and buy one. Tidak semestinya kalau masa sia pokai saja baru mau pegi cari roti canai. I have this habit of eating brunch, iaitu meal yang cover breakfast dan lunch, but kalau tiba2 sia mau makan lagi untuk kali ke-2 masa lunch, sia tidak akan teragak-agak pegi beli lagi. Yang penting itu adalah keperluan badan sia dan bukan sia saja2 mau cari pasal mau buang duit.

Maybe cara berpikir ni adalah satu habit untuk sia so sia tidak boleh salahkan orang yang caranya berbeza. Mungkin sia cuma patut bersyukur sebab habit sia ni actually mengurangkan masalah berkaitan perbelanjaan. Kesimpulannya adalah,

kalau you are not a big spender, you are considered safe.

CONCLUSION:

Kawan sia tu sebenarnya cukup duit untuk keperluan bulanan dia. Apa yang menjadikan duit dia tidak cukup adalah pertimbangan yang salah semasa berbelanja. Just when she thinks that she gonna make the most of the money to make her life better, sebenarnya dia akhirnya membawa tekanan pada diri dia sendiri. Sia pun tidak tau apa lagi mau cakap sebab bila dia tertekan pasal masalah duit, dia sampai menangis sorang2 pikir masalah dia. And then when she comes and talk to me, seolah-olah dia tengok life dia ni sangatttt malang sebab duit dia tu sangatlah tidak cukup. Tapi dia silap. Duit dia tu lebih dari cukup. Dan selagi dia cuba pindahkan akibat tu kepada orang lain iaitu dengan terus meminjam dan meminjam lagi, sia confirm yang dia tidak akan dapat belajar apa2 dari kesilapan berbelanja dia. Sikap sikit2 mau berhutang sama orang lain tu sebenarnya tidak baik – biarlah kasi tolak hujung2 dulu habit ni melainkan keadaan betul2 mendesak. Jangan pula gara2 kita boros, hubungan baik dengan kawan2 pun terjejas.

Macamana untuk cuba keluar dari sikap boros?

Kasi kena batang hidung sendiri tentang kesusahan yang akan dibawa oleh keborosan tu. Biar kena cukup2 sampai kau betul2 serik mau boros lagi. Itu saja caranya. Sebab kalau kau pegi terapi pun teda guna sebab ini benda kena datang dari kesedaran sendiri. Kau mesti hadapi itu kesusahan sendiri dan jangan babitkan orang dan di sana la kau sedar bahawa hidup kau tu adalah tanggungjawab kau sendiri. Silap langkah saja, kau akan kena. So PANDAI-PANDAILAH…

Note: Nasihat ini datang daripada orang yang memerlukan nasihat yang sama, so together-gether la we learn something, okay. Hehehehe. Erkss…:P

3 comments:

ulal said...

orang kaya lah sia nampak slalu makan kat umah.. makin kaya makin aji bakil kudukut tu tau(bagi owang kaya yg veteren lah)

dalam kes kawan mu tu arr.. sangat merbahaya utk dirinya .. dr situry yg ko kastau tu arr.. sangat sonang kawan ko ni kana pancing,kebanyakan gadis2 yg kekeringan duit akan termakan umpan one night stand punya..banyak sdah kejadian sebegini :)) (kalo nda percaya solidik lah sondiri wakwak)

lain situry pula kan.. sesiapa yg terkawin pompuan macam sitail ko arr laling .. mang beruntung laitu lalaki :)) buli d harap jadi menteri kewangan dalam umah :)))

sokian dan maklum wakwak
patutlah kadai reload sana sini tumbuh macam cendawan wakwakwak

Twofivesix256 said...

Hahaahahahha lalinggg. Bulum tentu lagi one day kau bukan tokeh kedai relod tu wooo dearr... *Lols

ulal said...

hahaha kalo lah suatu ari nanti sia jadi tokeh relod tu .. buli buli laitu sia nampak gaya2 seperti kawan mu tu .. than buli buli laini sia siknal siknal sama dia wakwakwak