Lidah buaya bercabang tiga – apa tu? Sejenis tumbuhan?
Tettt… Wrong answer!
This statement merujuk kepada sifat bercabang tiga yang dimiliki oleh lidah seorang buaya. Nah, apa macam tu? Boleh imagine ka?
Memang selalunya kalau sia menulis mcm ni, sia memang kegeraman lepas mendengar luahan hati kawan2 sia. Kamurang judge la sendiri ni hal.
Alkisahnya seorang kawan perempuan sia ni, couple with a guy. And then disebabkan jarang2 jumpa, nda lama tu break la. Ini lelaki ni kaki pujuk. Macam2 dia buat to make this friend of mine sambung balik sama dia. So terpujuk la juga hati kawan sia ni. So once in a while kawan sia ni balik kampung dia, sempat la juga jalan2 pegi town dengan that guy.
Tiba2 makcik lelaki tu limpas dorang and cakap, “Eh, bukan kau ka yang baru tunang tu?” Then kawan sia ni tekejut habis. “Aiks, kenapa makcik kau tu cakap macm tu?” The guy said, “Dia salah orang ba tu, abang sia ba yang baru tunang tu.” Temberang punya temberang, akhirnya pecah tembelang. Akhirnya “Ya, mimang sia baru tunang minggu lalu. Tapi ini BUKAN KERELAAN sia. Itu perempuan kenalan baru yang balik2 datang rumah so mama bapa sia suruh tunang sebab nda manis dipandang.” Oleh kerana kemanisan mulut itu lelaki, kawan sia ni pun mendengar mcm patung bernyawa. SHE BELIEVED. Lepas beberapa bulan, masa tu kawan sia sudah balik ke bandar untuk kerja, so she received a call from the guy. “Sia mau kawin sudah minggu ni.”
Terkejut lagi kawan sia ni. “Apa??? Kau cakap kau terpaksa ja tunang sama tu perempuan. Apa sudah jadi ni?”
Lelaki tu cakap, “Ini semua bukan kemahuan sia. Sia terpaksa ja ni. Jangan kau bimbang ok? SIA AKAN KASI CERAI TU BINI SIA TU LEPAS KAMI KAWIN. KAU TUNGGU SIA, OK? KAU LA PEREMPUAN YANG SIA SEBENARNYA SIA SAYANG. KAU TUNGGU SIA KASI CERAI DIA.”
Sia yang mendengar kawan sia bercerita ni pun hampir nda percaya apa yang sia dengar. Sia tidak tau apa mau cakap sudah dengan kawan sia yang sedang bercerita tu. Dalam hati sia bertanya, “KAU WARASKAH?”
Then pada hari persandingan dia tu, dia sempat lagi call kawan sia ni,
“Sia mau bersanding sudah ni. Sia betul2 tertekan. Sia harap itu perempuan adalah kau. Sia harap kau tunggu sia, kita akan sama2 juga ni nanti. Kau tunggu ja sia.”
Kawan sia meneruskan peranannya sebagai Cik Patung Bernyawa. Dia telan BULAT2 itu cakap lelaki. Again, sia nda sabar mau tanya dia, “KAU MASIH WARASKAH?”
Then selepas kawin, dorang masih contact lagi mcm girlfriend boyfriend. Lelaki tu asyik bercakap kata2 cinta yang dia la perempuan yang betul2 dia pernah sayang seumur hidupnya. Kawan sia ni pun automatik bermain cinta dengan lelaki yg berstatus laki orang. Tapi memandangkan itu hubungan jarak jauh guna sms dan call saja, so seolah-olah perkahwinan lelaki tu nda pernah wujud. So what’s the next breaking news?
Itu bini lelaki pregnant. Whoaa…cakap tidak suka, cakap mau kasi cerai, mengandung pula? “Ya, bini sia pregnant sudah. Tapi sia langsung nda cinta sama dia. Kalau sia tidur sama dia, sia imagine sia tidur sama kau. Jangan kau bimbang, sia mau kasi cerai sudah dia tu.” She Believed.
Macam kena gelitik saja sia dengar kawan sia cerita. Betul2 sia nda tahan sudah untuk tanya dia, “KAU PASTIKAH KAU WARAS?”
Menabur janji nda henti, kawan sia ni akhirnya membuktikan yang ya, dia masih WARAS. Akhirnya dia berani untuk cakap. “Dia janji macam2 dengan sia. Sia di sini keseorangan. Dia hari2 ada bini dia kasi kawan. Macam orang bodoh pula sia dengar cakap dia selama ni. Dari dia tunang sampailah bini dia pregnant. Bodohnya sia dengar cakap dia. Last2 sia cakap sama dia, Sorry, sia nda boleh tunggu kau lagi.”
Then sia cakap, “BARU KAU SEDAR?”
Syukur la dia sedar!!!!!
Berapa banyak janji lagi kau mau dengar sebelum kau sedar? Sia punya percaturan simple saja. Itu lelaki kenal dia sebelum dia kawin. Sebelum dia tunang dan kawin pun dia sudah ada hubungan dengan kawan sia. Pilihan berada di tangan dia sejak mula lagi. Tiba2 mau bertunang dengan orang lain pula. Kau berani cakap yang, “Ini bukan kerelaan sia”? A$$hOl3 laa cakap macam tu. BODOH betul. Kau punya tangan kaki kana ikat ka masa tu tunang? Ahaaa, itu masa tunang. Lepas tu nikah, sanding… sepa yang lalui tu semua? Ada tangan kaki dia kena ikat ka masa tu benda berlaku? Ada mulut dia kena jahit atau kena gam? BODOH betul punya cerita. Jangan kau sibuk cakap mau kasi cerai itu bini sedangkan perkahwinan pun belum berlaku masa dia cakap tu. STUPID punya lelaki. Kalau awal2 cakap nda suka, JANGAN KAWIN langsung ba!! PAHAM? Itu pun tidak boleh pikir ka geng? Haiyoooo…cerita2 begini bikin panas telinga sia ba. KEBODOHAN tahap gaban. Then, what now? So teruskan condemn ini lelaki kah?
Oklah!! Be fair. Itu lelaki sudah asshole macam tu. Apa la sia buli buat, kan? Apa la kau buli buat kan? So haruskah kita terus teriak itu bukit? Pandai bergerak ka itu bukit kalau dengan kita teriak? Nahhh… then solution dia mcm ni.
Kau sebagai perempuan yg KENA PANDAI. Sudah dengar cakap2 nda masuk akal mcm tu, jangan jadi Cik Patung Bernyawa yang telan saja apa dia cakap. Guna la ba akal tu sikit. Kalau dia single and kasi kau harapan, LOGIK la ba juga. Ini kes lebih teruk daripada ada scandal dengan laki orang. Sebab ini lelaki sudah ada hubungan dengan kau sebelum dia kawin, then masih lagi pilih untuk kawin dengan orang lain. Pasal apa? Pasal mama bapa dia suruh? Jangan pakai itu alasan lapuk la di zaman ni. Kalau lelaki yg guna alasan kawin “sebab mama bapa sia suruh”, sia nda tau apa lagi yang dia mampu buat untuk hidup dia sebab benda ni pun dia nda mampu buat. Alasan taat atau mau jadi “anak baik” itu semua tidak relevan dalam kes ini sebab itu bukan mau jadi anak TAAT tu, tapi mau jadi SETAN – sebab mau kawin anak orang hanya untuk kasi cerai. BODOHHHH betul!!! Sia sudah tidak mampu untuk melayan cerita kebodohan melampau ni.
Apa yang kawan sia buat tu betul. Tapi sia harap dia sedar dan jangan termakan lagi dengan cakap2 kosong. Apa pun sia tetap respect kawan sia tu sebab dia setakat terima tu cakap2 saja dan tidak buat benda lain yg lagi bodoh dari tu macam bagi kehormatan dia sama assHoLe yg macam tu. Cuma adalah lebih baik dia tidak spend begitu byk masa mau layan omong kosong yang datang dari lidah bercabang teda insuran macam tu.
Guess what? Sekarang sudah almost 2 years tu hal, itu lelaki tidak pun kasi cerai bini dia. Tolong lah sedar kawan2 ku sekalian. Ini salah satu buaya yang lidahnya bercabang tiga. Masih ragu2 lagi?
Yes, sia paham. Kita ni cuma perempuan. Nanti kamurang ungkit pula sia punya post yang bertajuk “Kalau Hati Sudah Suka”, nah mula la kamurang kasi jadi alasan yang kamu tidak mampu menepis tu rasa sayang tu. Yes, MEMANG PUN susah! So dari awal lagi jangan terjebak sama benda2 mcm ni. If things are not meant to be, I guess you have to let it go before it sticks to you and becomes part of your flesh just to find out you have to let it go in the end. Masa tu mimang macam kana kuyak2 ja tu isi kamurang. I Understand, OK??
Ini barang kena bijak sekali saja, pada peringkat yang betul, then semuanya boleh berjalan dengan baik. Less complication. Kalau kena menangis dari awal, nangis la dulu sementara air mata tu belum lagi tukar pegi darah. U get what I mean?? Sakit tu memang sakit, tapi sekarang ni choice kau cuma dua, sama ada kau mau Sakit atau Sangat Sakit. So? Masih lagi ragu2 mana mau pilih? You gonna shock the hell out of me, ladies!
Cerita tu sia baru dengar kemarin. And then, tadi pun ada lagi satu cerita gila. Mcm ni juga dia punya pattern. Another friend ni found out secara “tidak tersengaja” yang kekasih gelap dia ni baru ja tunang KEMARIN!!!! Yes! Sehari sebelum tu baru juga lelaki tu pujuk2 bawa tinguk wayang, tapi kawan sia tu menolak sebab nda ngam timing. Gara2 terserempak dengan adik lelaki tu tadi, sewenang-wenangnya saja dia cakap yang abang dia baru ja tunang kemarin dan mau kawin sudah hujung June ni. Kawan sia ni pun macam kana karen ja dengar tu cerita. Kaku tidak tercakap apa2. Satu hal pun tidak pernah keluar dari mulut tu lelaki yang dia pok mau tunang sama perempuan lain. Sedangkan teman dia bersms dan berseronok tu adalah kawan sia ni. Entah bila pula dia ada masa untuk perempuan yang satu lagi tu yang sekarang sudah jadi tunang dia. Gila punya cerita ni semua. Kalau tidak terserempak dengan adik lelaki tu, confirm la kawan sia ni akan kana tipu entah sampai bila. Kawan sia tu tidak dapat tapuk kesedihan dia. Mata dia terus berair-air. “Kenapa dia mesti bohong sampai mcm ni?” The last time yang dia ingat, lelaki tu berapi-api mau bawa dia kawin, tapi kawan sia ni pun sudah ada kekasih lain. I’ve told you itu lelaki cuma kekasih gelap dia ja. Aduiii, bodoh punya cerita!!! Bila sia nampak dia punya air mata bergenang di mata dia, sia simpati juga. Sia cuma nasihat satu hal ja sama dia. “Sepatutnya dari awal lagi kau jangan biar diri kau terjebak dengan hal ni”. Nama pun kekasih gelap, WHAT DO YOU EXPECT?
Bila sia pikir2…apa2 hal pun semuanya adalah bermula dari diri sendiri. Teda sepa yang paksa kau untuk berada dalam satu hubungan. Kau bukan robot remote control ba, paham? Kita berada dalam satu situasi yang messy adakah berpunca dari satu keputusan yang kita buat. Yes, we make mistake. Sia sendiri pun make mistake juga. Jangan pikir sia punya jalan hidup ni indah belaka. Sia pun ada macam2 dugaan juga. Sia pun kadang2 hilang kewarasan jua mcm kamu. Sia pun boleh berada di tempat kawan2 sia yang dilukai tu. Sia sedar di mana sia berada dan apa risiko sia kalau sia berada dalam satu2 perhubungan tu. But sendiri mau ingat la. Kalau tidak mau terluka dengan lebih teruk, kena berani buat keputusan yang akan make a difference. But buat keputusan berani pun belum confirm yang terbaik untuk kita. Ini semua satu risiko. Mimang ini la kehidupan. Sepa cakap hidup tu senang ba. Tapi yang penting kau tau apa konsep kau. What’s your best priority? Kalau kau nda kisah dilukai balik2, bahh…dipersilakan ba geng!
Jalan ke mana pun, akan ada onak dan duri ba. Dalam konteks relationship yang berdasarkan cakap2 kosong ni, berdasarkan nafsu dan keseronokan sementara – is already a bad sign ba. Kalau kau mau carry on, fine…apa2 hal tanggung sendiri. Jangan jadi COWARD. Berani buat tapi bila terima akibat, mula la membabitkan orang lain. Kalau kau mau pecaya tu lidah bercabang kepunyaan buaya ntah apa2 tu… GO AHEAD. Bagi la diri kau peluang untuk buat kesilapan dan terluka. Fine. But how long? How many times? Tahan ka badan kau tu rasa macam isi kau kena kuyak2 ja? Aiyooo, berapa kali mau cakap wooo…
Sendiri mau ingat la!!! Haiyaaaa
Warning: 256, again, please control your composure and be polite in your own blog. Thank you. (*Lols)
3 comments:
A$$hOl3 <--- ni sign tu us punya mata uwang lambung kumbali kaitu bebeh256 ?? wakwak
sia sangka ikan dalam lawut jak yg dapat tipu pakai umpan palasu..ni manusia pun buli jua kah ? adididiidii... kosian ek kawan mu..suruh kawan pertama ko tu jan lampau tariak badapan sama tu bukit...bkan takut bukit pandai lari .. cuma takut dia kataguran uli tu ANTU bukit wakkwkawkakwka
pesanan sama kawan numbul dua mu tu pula .. kalo mo tambah tu kakasih galab...ada sini dr sdkn meng oferkan diri .. FOC lagi tu lolz..sudah tau pun kekasih galab...apa mo sodih wooo..haiyaa..patutnya gumbira bah...buli tambah kuleksiun yg baru punya :))~~~~
Jon, tuntut tu hutang kubit kau ahh selepas ni. Untuk ni komen ja kau utang sia ada dalam 100 gigitan ketam that. *Lols. Panat la katam mau gigit kau ni wooo...hahaahahahahahahha
/me terbayang GEGE ketam basar tajiaaam butul woooo wakwak
Post a Comment