Statcounter

Saturday, June 6, 2009

Kalau Hati Sudah Suka...

Sia mau tulis melayu ni kali. Buli ka that? Hehehehehe :P

You guys sedar kah, di saat hati kita ni sudah suka dengan seseorang, di masa tu la kita ni jadi cenderung kepada membuat pertimbangan yg tidak sepatutnya. Di masa itu la kita akan sanggup menelan saja yang pahit dan entah dari mana datangnya toleransi yang melebihi batas.

Hairan betul soal hati dan perasaan ni kan, guys. Seolah-olah semua kebijaksanaan kita pun boleh diketepikan. Benda yang tidak baik pun kita akan harungi juga tanpa membuat penilaian yang sepatutnya. Entah di mana sudah rasional pikiran kita, entah di mana sudah kewarasan kita. Ya, kita masih ada semua tu, tapi ada sesuatu yang sebenarnya mengawal kita melebihi daripada itu semua. Ini la yg terjadi kalau hati sudah suka. Hairan betul.

Kenapa juga jadi macam ni kan? Sampaikan kita boleh rasa begitu tertekan dengan situasi. Sebab bila kita nampak benda yang kita tidak suka tu dibuat oleh org yang kita sayang, kita MAHU marah. Kita MAHU bagitau dia cukup2 yang benda yang dia buat tu cukup menyakitkan hati. Kita MAHU teriak sama dia bagitau dia yang “You are so despicable!!”. Kita sampai menangis lagi menahan sakit hati. Mungkin kalau sudah tidak tertahan, tangan kita pun mungkin sampai di muka dia. Ya, kita mungkin sanggup tampar orang yang kita sayang tu kalau kemarahan sudah di tahap maksima. Biar dia tau betapa sakitnya hati kita. Lain lagi kalau diluah dengan kata2. “You’re the most useless son of a bitch, you know that?” Whoaa…haru sungguh bunyinya. Or you could even say, “Keep your distance away from me, you understand? Don’t ever call me again. It’s Over between us, you understand???” Yes people, macam2 boleh jadi kalau hati sudah sakit. Tapi KALAU HATI SUDAH SUKA…nda kisah la macamana pun hati kita terluka oleh dia, kita akan cari juga alasan untuk memaafkan dia. Hari ni kau menangis, esok pagi, benda pertama yang kau ingat adalah DIA. Senyuman dia, gelak ketawa dia dan suara dia yang sangat menghiburkan hati kau. Akhirnya, NAMA dia yang kau sebut. Cakap la apa pun. Benci la, meluat la, bosan la… tapi kejadiannya tetap sama. Begini lah kalau hati sudah suka.

Ingat ka berapa kali kau cakap, “Mula daripada hari ini, sia akan lupakan dia.” Benda ni dicakap bukan sekali. Tapi berkali-kali. Bila berlimpas dengan orang tu, buat macam tidak nampak. Debaran pun semakin hilang. Kau sudah hampir pasti kau akan dapat lupakan orang tu. Apa lagi bila ada sudah orang lain yg menunggu untuk mendapat perhatian kau. Kau mula sudah mengalihkan perhatian kau kepada orang lain. Untuk satu masa tertentu, kau hampir pasti yang kau berjaya sudah untuk melupakan dia. Kau rasa kau boleh announce dengan begitu yakinnya yang akhirnya kau dapat juga memadamkan nama orang itu dari hati kau.

Alangkah bagusnya kalau semudah itu, kan?

Tapi bila kau terdengar dari orang lain yang dia pun mengalihkan pandangan pada seseorang yg lain, tiba2 hati kau terasa sangat sakit. Dari mana datangnya kesakitan itu? Kenapa rasanya begitu pedih dan menyiksakan? Fikiran kau jadi nda tentu. Walaupun zahirnya kau bersama dengan orang lain, fikiran kau asyik melayan kecemburuan yang tidak dapat dijelaskan. Kau asyik bertanya dalam hati, “Betul ka dia sudah ada pengganti sia?” Hati kau berkata, “Tidak Mungkin. Saya Tidak Percaya.”

Dalam pada hati kau mempunyai seribu satu macam persoalan, akhirnya kau ternampak dia, dan dia tersenyum ke arah kau. Hanya kau yg tau betapa kau mau balas senyuman itu. Ya, itulah dia wajah orang yang betul2 dekat di hati kau- itulah senyuman yang sebenarnya sangat kau rindui. “Tidak, sia tidak akan senyum balik dengan orang tu,” hati kecil kau mengingatkan kau. Tapi oleh kerana satu daya yang mendorong kau, dan daya itu sangat halus tapi memberi kesan yang cukup besar pada diri kau. Akhirnya bibir kau mengukir senyuman balik kepada dia. Ya, akhirnya kau rasa yang betapa senyuman itulah yang betul2 ikhlas untuk meluahkan semua benda yang kau sudah cuba tahan dan pendam selama itu. Dengan terukirnya senyuman di wajah kamu berdua, tiba2 kejadian yang menyebabkan rasa benci dan sakit hati tu lenyap begitu saja. Tiba2 apa yang berlaku yang menyebabkan pergaduhan dan pertelingkahan tu hilang daripada ingatan. Seolah-olah, tiada apa benda buruk yg pernah berlaku. Kalaupun ada terdetik sedikit ingatan, hati kau tetap bercakap, “Ah biar la tu. Yang lepas tu lepas lah.” Yang penting cuma satu… “DIA” – iaitu orang kau rasa sudah sebati dengan jiwa kau. Detik indah itu lebih penting. Mungkin cuma satu senyuman, tapi senyuman yg cukup untuk menandakan, “Perasaan ini sia tidak akan pendam lagi sendiri.” Dan dengan semudah itu saja, kau kembali berada di dalam genggaman dia. Memang itu yang kau mahu.

Kalau hati sudah suka, ini lah proses yang berlaku pada kita semua. Memang ganjil sekali. Apa lagi pada seorang perempuan, yg perasaannya begitu halus dan sifatnya yang begitu mau menyayangi. Jadi kalau kamu nampak di sekeliling kamu, seorang girlfriend yang lemah lembut ada boyfriend yang dibenci orang kerana sikap yang kasar dan angkuh, seorang isteri yang taat yang mempunyai seorang suami yg liar dan kaki perempuan – kamu mungkin boleh paham KENAPA mereka masih berada di sana. Biar la lebam dan luka di sana sini, mungkin kamu akan hairan KENAPA perempuan itu masih terus bertahan dengan lelaki yg mendera dan membuli dia. Ya, sia sendiri akan tanya soalan itu. Tapi sampailah sia ambil masa untuk fikir apa yang mungkin berada dalam pikiran perempuan itu, barulah sia rasa sia paham. Begitulah KALAU HATI SUDAH SUKA…begitu la jadinya.

Jadi apa yang sia boleh cakap lagi? Adakah sia perlu tulis panjang lebar untuk nasihat semua perempuan2 yang teraniaya untuk tinggalkan saja lelaki yang mereka sayangi sebagai hukuman atas perbuatan dorang yang salah? Sia boleh tulis mcm tu, guys. Sia buli tulis satu lagi perenggan untuk cuba memberikan kesedaran. Tapi, apa gunanya? Bukan dorang bodoh atau tidak waras. Dorang tu sewaras kita juga. Cuma hati dorang sudah didiami oleh perasaan sayang yang sangat abstract. Dorang cuma manusia biasa macam kita. Kuasa perasaan sayang itu terlalu kuat untuk dilawan. Kenapa sia perlu hairan? Kan Love itu adalah sebahagian daripada sebab kewujudan kita di dunia ini? Tidak perlu kita sesali kalau kita berada dalam kekuasaan perasaan yang maha hebat itu.

Sia cuma yakin pada satu perkara. Semua benda mempunyai batas. Ada satu masa, bila batasan itu sudah dilangkaui, kita masih mampu untuk mengutamakan kebijaksanaan dan kewarasan kita. Jangan lupa bahawa kita adalah makhluk kompleks yang bijak. Kita mampu untuk melakukan apa saja yang betul untuk diri kita.

Tapi perasaan sayang itu satu anugerah. Sakit macamanapun, ia tetap memiliki keindahannya yang tersendiri. KALAU HATI SUDAH SUKA…di sini lah kita akan lebih sedar betapa besarnya kuasa cinta itu dalam hidup seorang manusia. Jadi kalau kita berpeluang melalui pengalaman ini, it’s a GIFT. It’s a beauty of Life. Cherish it and wish that what we bring with us to our last day is all the good things LOVE have taught us. :)

No comments: