Pernah dengarkah bila orang cakap, “Adalah lebih baik menyayangi orang yang menyayangi kita.” Dulu sia pun selalu guna ayat ni. Senang ja mau mau cakap kan? Sure ka buli buat?
Satu masa dulu, sia sendiri pun rasa benda ni MUDAH saja. Daripada kita terkejar-kejar orang yang kita sayang, bagus lagi kita terima ja orang yang sayang dengan kita. Kita belajar la menyayangi orang itu, sekurang-kurangnya ending dia lebih nyata. Kalau kita setakat terkejar-kejar orang yang kita sayang tu tanpa satu kepastian, silap2 kita sendiri pula putih mata di belakang hari. So, apa macam ni guys? Apa yang perlu kita buat ni?
Hati sia tergerak mau tulis pasal ni sebab mungkin baru sekarang sia rasa yang benda ni bukan senang untuk dibuat. Orang yg kita sayang tu, kita tetap sayang walaupun mungkin orang tu kita tidak dapat capai. Sibuk kita layan perasaan sedangkan ada orang lain yang sudah confirm sayang dengan kita. Bukankah lebih bagus jalan ceritanya kalau we can simply sayang balik dengan orang yang memang sayang dengan kita?
I tell you yang benda ni bukan mustahil untuk dibuat, tapi BUKAN SENANG!!!
Betul2 bukan senang. Even the feeling of imagining to love the person back pun kau tidak sanggup. Hairan betul. Bukan sebab orang tu tidak hensem. Bukan sebab orang tu tidak kaya. Pokoknya, mimang sahlah ini adalah soal hati dan perasaan!! Bukan boleh dipaksa-paksa bah! True or not?
Dan kamu akan rasa sendiri kalau kamu berada di tempat ni. Mentang2 la ada orang tu sayang betul sama kamu, kamu terpaksa mau fikir “Mampukah sia untuk sayang orang ni balik?” and masa ni la phrase “Love Him Who Loves You” tu jadi satu bunyi yang membingitkan telinga saja. Silap2, semakin kau paksa diri, semakin kau geli pula dengan orang tu. Eiii, apa mau jadi ni??
Kesian pula kalau kita yang jadi orang yang menyayangi seseorang tu tanpa orang tu menyayangi kita balik. Memang teda sepa mau jadi mcm tu. Silap2, ada one point dalam hidup kita yang setiap kita ni adalah seorang pecinta yang pasif, iaitu cinta kita belum tentu dibalas atau diterima oleh seseorag, tapi kita pun tidak boleh buat apa2 sebab sudah hati kita yang sayang betul dengan orang tu. Tapi bagaimana pula kalau kita jadi orang yang disayangi tu? Bolehkah kita cuba untuk sayang balik dengan orang yang sayang dengan kita? Susah sangatkah untuk cuba menyayangi seseorang yang sayang dengan kita? It doesn’t sound that hard ba kan?
Kamu pandai2 la handle kalau kamu lalui situasi ni. Tapi untuk apa yang sia dapat cakap sekarang, memang kita harap yang perasaan sayang tu datang sendiri dan bukannya sebab kita rasa kita PERLU dan HARUS sayang balik dengan seseorang tu – hanya kerana dia sayang dengan kita. Feeling dia tidak best ba guys. Memang ini lah satu lumrah manusia. Kadang2 yang ada dalam genggaman kita tu, kita tidak dapat hargai. Kita mau juga benda yang belum tentu kita boleh dapat.
Sebenarnya, KALAULAH mudah untuk menyayangi seseorang tu, semua orang pun mau. Tapi realitinya bukan senang untuk sayang seseorang tu balik hanya kerana dia sayang dengan kita. Paling2 pun kita dapat berterima kasih dan appreciate saja apa yang dia rasa, tapi untuk sayang dia sebagaimana dia sayang kita, try2 la kio. Manatau dapat :)
4 comments:
sa tengok la juga sepa yg love sama sa tu..kalau dia gunsikang..atau pun jenis poyo punya...mana juga kita mau kan...hahahahaha but if he is the type bagus..I might consider and give a try..after all, you never know...uhuhuhuhu...
wkakakakaaaaaaaaaa gunsikang ?? paitu arr gunsikang dingo ??? yg jonis sonantiasa maleleh jak air liurnya kah ??? lolz
dalam situry neh .. gitu labaitu lumrah kehidupan manusia ni .. suma pun nda akan terlari dr situasi camni... biar owang tu buta kah , sasatkah , gila kah... musti ada jua tu yg cayang sama dia .. apa lagi macam kita ni yg nurmal.. kompom nda telari jua tu hehehe..
Itulah naluri manusia..bagi yg pernah mengalami putus cinta atau ditinggalkan kekasih, kadang² mereka pasti heran dan tertanya-tanya 'kenapalah kita ni diciptakan dgn mempunyai hati dan perasaan untuk saling suka, saling tertarik dan akhirnya saling menyintai..?' Nyatanya..kalau sudah gagal tentu ada yg kecewa dan merana dan macam² lah sumpah serana yg diungkapkan hinggakan menyalahkan suasana dan kejadian.
kalau dah sampai bab yg itu..janagn salahkan sesiapa, sesali pertemuan la kan...sebab dalam pertemuan itulah berlaku semuanya..kalau tidak pernah bertemu..pasti yg gagal bercinta itu tidak akan merasa pahitnya juga asamnya diketepikan.
dalam bab yg [256] ceritakan ini..memang susah untuk dicerna. memang ada kalanya lebih baik kita dicintai oleh seseorg berbanding kita menyintai org yg kita amat sayang yg justeru dia tidak pun mengambil kisah tentang hubungan yg ditermeterai. tetapi banyak akibat dan faktor yg perlu kita lihat dan kaji andai kita tahu ada org yg lebih sayang, ambil berat tentang diri kita daripada pasangan yg kita sedia ada. faktor yg terpenting adalah; ADAKAH kita betul² suka, sayang dan cinta pada org yg menyintai kita itu..?? jangan silap pilih ya..sekarang ni bukan lagi zaman ibu bapa kita dulu dimana ada istilah "cinta itu datang selepas alam perkahwinan" maksudnya kita berpasangan dan berkahwin dgn org yg kita tidak cintai pun yg (kalau perempuan) hanya menerima takdir untuk dirisik oleh lelaki yg ternampak perempuan itu kiut atau lawa dan hanya tunjuk jari...saya mahu kawin dgn itu anak si pulan yg cantik. Adakah perempuan itu setuju begitu saja..?? zaman dulu ceritanya lain berbanding zaman sekarang. sekarang semua sama rata kan tiada istilah perempuan itu hanya di dapur ja kerjanya.
Kita mempunyai hati yg sungguh indah dan sy percaya hati kita tidak akan sama sayangnya andai bertemu pasangan yg lain berbanding dgn pasangan yg dulu. hahaha tentu semua arif kan..
jadi dalam hal "adalah lebih baik kita menyayangi org yg menyayangi diri kita". kita perlu berfikiran jauh dan fikir semasak-masaknya dan jangan menyesal dgn pilihan yg salah. Jodoh itu di tangan Tuhan..so kita kena percaya fakta tersebut.
bagi sy, hal ini adalah hak individu yg terbabit. pandai² lah nak.. jangan jawab A kalau kita tahu jawapan B, C dan D adalah serupa dan hampir² sama. fikir betul²
gunsikang tu ertinya arap muka ka ensem tapi poket kusung baitu laling. *Lols
Wine...yaa cikgu...betul la tu :) Benda ni actually tidak simple ba. Kena pikir betul2 jua itu case by case basis.
Post a Comment