Statcounter

Sunday, July 4, 2021

"Bukan Level Kita"

These days kan, sia banyak reject kerja. Sampai kawan2 sia pelik. Sandi juga si 256 ni? Memang susah mau elak apa pandangan orang sama apa yang kita bikin. But we cannot blame them. You know what? Sebab dorang bukan ada di sana bila semua ni bermula. 

Dulu sia pun pernah fikir kawan sia macam tu. Dia lagi senior dari sia. Tapi dia memang memilih kerja. Kalau setakat kerja remeh2 dia ndamau bikin. Sekali imbas macam dia ndamau kalau setakat yang upah murah2. Salahkah untuk dia buat gitu? Pada masa tu sia rasa dia Mengada, Tinggi diri, dan yang sewaktu dengannya. Or dengan perumpamaan yang lebih kasar, "Macam la bagus sangat. Apa lagi kalau yang menilai kita tu lebih berduit dari kita, nampak pula kita reject2 kerja, dorang mesti rasa kita si miskin yang sombong. Hahahahaa. Well, maybe ada betulnya cos kerja kami ni memang bukan bikin kaya pun.

Tapi let me just tell you. Sia sudah pernah rasa jadi beginner. Harga yang sia letak untuk masa dan tenaga sia betul2 serendah yang mungkin. Sia beralah demi mencari pengalaman. Sia rasa diri sia sangat kerdil masa tu. Tapi orang2 ni tidak tau camana sia bermula. Jerih payah sia masa tu, cuma sia ja tau. Sampai ada customer cakap, "Kau caj terlampau murah ni. Kasi up sikit caj kau." Dia pun kesian sama sia tu masa, sebab seolah-olah tenaga dan masa sia teda harga.

So selepas bertahun-tahun dengan progress yang sikit2, sia finally faham kenapa kawan sia yang senior tu cakap "Bukan level kita lagi yang bikin kerja ni". Masa tu sia disagree with him. Sedar nda sedar, sia slowly becomes like him. Sia memilih sudah. But wait, sia memilih ni bukan perkara baru. Sia sudah start bikin ni sejak a few years ago. Customers yang sudah bikin masalah sama sia, sia reject. So you know, duluan lagi sia pilih moral values daripada untung. 

Tapi sekarang, sia tambah kriteria untuk memilih. Iaitu, "Is it worth my time?"

So lets make it simple. I know I've done it so many times. Sia sudah pernah berjaga sampai malam, berwasap sama customers hanya untuk benda yang sepatutnya simple. But semua kesabaran sia, keikhlasan sia, sudah sia curahkan bertahun2 untuk customers2 sia yang sia betul2 hargai. Tapi betul kawan sia bilang, sebab benda tu kita sudah terlampau banyak kali bikin, tiba masanya benda tu dibuat oleh dorang2 yang baru start macam kami dulu. Bukan pasal kami bagus, tapi it's natural to pilih apa yang deserve energy and masa kita yang makin banyak komitment dalam kepala seiring sama umur yg meningkat. 

Macamana pun, sia tetap akan bikin juga kerja2 gitu kalau masa tu mengizinkan. Sia masih tidak jera untuk mudahkan kerja customers2 sia. Cuma kekangan tu sia akur. If you ask me, sia masih mau tu semangat berkobar yang sia ada masa sia mula kerja. But guys, kita semua rasa impact pandemik ni. Biasalah bila rasa lost kejap. Mau rebuild tu semangat dan macam2 lagi "kerja dalaman" yang perlu dibuat iaitu mental dan emosi tu kena recharge biarpun sometimes rasa weak. 

Lets not give up, ok? Get up dari teruskan perjuangan.

No comments: