Sia masih ingat last year. First day of Hari Raya 2020. Masa tu sia tidak akan lupa macamana sia dikunjungi simptom panic attack yang masa tu begitu asing bagi sia. Untuk yang ada follow cerita epic sia last year yang sia kena dis sickness, mesti kamu tau apa yang sudah berlaku.
Masa tu suddenly lengan sia kiri dan kanan mcm numb; lenguh yang teramat sangat. Sia harap benda tu akan hilang kalau sia divert dia dengan buat sesuatu. So I decided to call a friend yang sia belum pernah jumpa. Pernah beberapa kali sia bikin macam tu, suddenly I felt okay, so sia desperately made dat call tanpa tu kawan tau yang sia sedang struggling masa tu, and sia call dia semata-mata untuk help myself untuk alihkan pikiran sama benda lain. Tidak berhasil. Lenguh di tangan sia semakin teruk, sampai sia rasa the whole body is going to go down next. Suara sia menggigil but my friend thought I was nervous so balik2 dia cakap Cool down, cool down. Hahaha. So lepas ja tu call, sia terus tukar baju and asked my sister untuk hantar sia pi clinic yang doctor dia sia sudah pernah jumpa before. I needed someone yang sia buli rely on. Dalam kepala sia tu masa, Kalau la sia pengsan, at least sia di klinik sudah. Masa tu my parents ada di rumah but sia nda expect dorg paham situasi sia tu masa. Tapi dorang rileks ja bila tau sia bergegas pi clinic. Sia thankful betul sebab reactions parents sia tidak memburukkan lagi suasana.
Sampai ja clinic, tu doc check la benda2 basic. Dia cakap "SEMUA OK. Nothing is wrong with you". Ada kelegaan di hati sia tapi sia ndamau terima bulat2. Sia mau dia kasi sia ubat just in case sia tiba2 kena mcm tu, sia ada benda mau makan. Tapi dia ndatau ubat apa mau bagi sia sebab dia ndatau apa penyakit sia. Tapi surprisingly, masa duduk depan doc tu, kelenguhan tu teda sudah. I felt better masa tu. Tapi sia takut mau melangkah keluar dari tu clinic sebab if jadi lagi balik mcm2 simptom, sia tidak tau apa mau bikin. I remember cakap sama dia, "Doc, sia akan pengsan niii." "Tidak, kau tidak akan pengsan!" Hahaha. I think sia sudah pernah tulis ni benda o before kan? Tapi ndapa, sia tulis ja balik and akan baca balik apa sia tulis last year pasal kejadian ni. Masa tu, tu doc cakap dia tiada kepakaran untuk benda macam ni. She could only guess sia kena simptom anxiety. Kecemasan sia masa tu seolah2 sia akan rebah dan jalan terus. But do you know that Anxiety doesn't kill? Yes, you read that right.
Ada satu conclusion yang sia mau cakap. Sebab tu doc betul2 hairan sama sia. Sebab sia boleh bercakap dengan lancar, and yet sia mengadu sia mau pengsan. Di mana logik dia kan? Dia tanya, ada family kau di rumah? I said Yes ada. And yet sia still berabis tanya dia, What should I do now kalau tiba2 lengan sia kebas lagi macam tadi? Dia ada kasi a few ideas tapi bila dia tau yang my family ada di rumah, she said, Balik la rumah and berehat sama family kau. (Di sana lah tempat yang terbaik dan paling selamat untuk sesiapa ja, setuju?) So memandangkan masa tu sia ok sudah, sia terpikir balik, kenapa benda yang paling simple tu pun sia nda terpikir ah?
Ya betul. Untuk semua yang pernah kena anxiety atas apa2 sebab pun, no matter apa simptom pun yang sudah kamu lalui, mungkin kita semua ada cerita masing2. Tapi tolong jangan lupa satu benda. Biarpun masa kita sakit tu nerve system tu seolah2 screwed up and kasi kita simptom yg sangat teruk untuk dilalui, tolong jangan lupa satu benda. Iaitu orang2 kesayangan kamu yang sihat walafiat di rumah. Just thinking about them pun sepatutnya bagi kamu satu sense of gratefulness, sense of security yang TIADA di tempat lain. Masa tu since simptom2 sia berlaku di rumah, sia macam takut mau balik rumah. Thanks to dr Helen sebab knocked some sense into me that sia lupa, harta paling berharga sia ada di rumah. Kita sakit kita boleh dapat rawatan. Tapi jangan sampai kita lupa yang kita ada dorang. Kamu tau kan parents kamu akan buat apa ja untuk kamu supaya kamu sihat. Tiada yang akan lebih sayang kamu lebih daripada dorang. Hari2 dorang doakan kesihatan anak2 dorang. So masa tu sampai ja halaman rumah sia nampak family sia di ruang tamu buat hal masing2, hati sia tersentuh. Sempat juga keluar sikit air mata sia. Terus sia rasa apa la juga setakat simptom panic attack tu semua. Asalkan family sia dalam keadaan baik, macam tiada lagi yg lebih penting dari tu.
So dearest friends, go back home. Spend time with your most expensive treasure. Your sickness will heal, but never spend a day not appreciating this God-given treasure.
No comments:
Post a Comment