Statcounter

Saturday, January 26, 2019

"Lonely Moms"




We started in our mother's womb. Dia yang tanggung dan rasa setiap pergerakan kita selama 9 bulan. Dia yang menanggung sakit dan segala implikasi lain, sampailah masa mau melahirkan kita, dia la yang bertarung nyawa supaya kita dapat lihat dunia ni. Gitu la kejadian yang Tuhan cipta untuk kita kan. Sepa la yang buli nafikan pengorbanan seorang ibu. Dan sampailah kita besar, sama ada kita end up jadi manusia macamana, kita semua bermula daripada kesakitan fizikal yang ditanggung oleh our mom, dan yang menjadikan dia kuat adalah sebab kegembiraan yang kita bawa pada dia, dan kasih sayang yang teda bandingannya. Nda kisahlah sepa kita jadi bila kita besar. Hanya our mom ja yang ada that kind of relationship sama kita. Belum masuk lagi camana dorang kasi besar kita sampai jadi urang. Belum masuk lagi part when ada ibu2 yang terpaksa membesarkan anak sorang2. Ndatau buli ka kita timbang tu jasa2 mom kita dan balas with something. Mampu kah kita balas tu or memang Tuhan jadikan jasa ibu tu tidak akan dapat dibalas dengan apa cara sekali pun.

Yang buat sia tulis this post adalah when dua org customers sia bercerita. One is 50+ single mother of 5, one is 60+ a mother of 7 still ada laki. Dorang cakap pasal camana dorang bikin urusan dorang, susah2 payah turun pekan sorang2, rela call Grab, rela call teksi or pirate, untuk pegi ke destinasi. Yang sorang tu pun setuju. Rupanya dia pun buat gitu. Naik bas sampai 3 kali untuk sampai rumah. Ada sekali tu, sampai ja di rumah, tu driver Grab tekejut ada 5 kereta bersusun di kawasan rumah. "Jadi kenapa kau nda minta ambil ja guna salah satu ni kereta?" Then the other one sambung, "Ya la, sanggup sia susah payah panggil orang lain, daripada call anak sendiri, buat sia sakit hati dengar macam2 alasan dorang, nanti sia stress lagi, macam2 penyakit datang. Bagus senyap2 ke sana ke mari selagi mampu berjalan. Tidak lagi payah mau sakit hati." Then the other one pun totally bersetuju. 

Biarpun sia sambil2 bikin kerja, sia dengar semua perbualan dorang. Yang single mom tu kerja kerani di office nearby. Selama sia kenal dia, selagi sia tidak menyibuk tanya dia pasal hal peribadi, sia tidak dapat teka kalau dia sudah ada anak. Sebab she looks like she is free to go everywhere tanpa orang cari2 dia. Bila kenal dia lama sikit, baru sikit2 tercerita macamana anak2 dia semua pun lulusan U. Tekejut juga la sia sebab dia buli "sembunyikan" 5 anak dewasa yang berjaya dia besarkan sampai ke menara gading. Sebab dia totally macam orang single. Teda org pigi ambil dan hantar dia pi kerja. Dan nampak dia join vacation ke sana sini, semua sama kawan2. Kalau ada 5 anak tu considered ramai dan susah kau mau "tapuk". Lepas tu, dia beriya-iya mau join kami jalan2. Yang lebih mengejutkan, baru juga sia tau, one of her sons adalah Grab driver juga. Sedangkan dia ke hulu ke hilir call Grab, termasuk la pigi hospital. Baru2 tu, kami plan mau guna Grab pegi satu tempat, then we asked her, why don't just use her son sebab sama juga Grab. Then dia macam teragak-agak, dia cakap, Nanti la sia tanya dulu. I thought berlainan rumah, rupanya tinggal di rumah yang sama juga. Then no wonder la dia prefer guna app Grab untuk cari random driver, sebab "she only wants to protect her heart from getting hurt." Rupanya setiap favour yang diminta sama anak sendiri tu, susah untuk tu anak tunaikan. Sebab if mama sendiri, dorang tidak perlu minta bayar dan tidak patut minta bayar. At the same time tu anak kan ada kekangan hidup kena bayar itu ini, so macamana mau berkira sama mama sendiri kan? Maybe itu dilema anak dia tu. Jadi akhirnya, si mama akan bawa diri dia sendiri buat urusan sehari-harian tanpa ganggu anak2 dia. I call this as simptom "Lonely Moms".

It made me think. Scary juga la selepas semua kesakitan, kebahagian yang dilalui bila ada anak, selepas semua penat lelah, doa dan harapan yang kita taburkan selama itu, sepa sangka ada di kalangan ibu2 ni akhirnya menjadi "Lonely Moms". Then sia tinguk mama sia sendiri. Adakah mom sia ni one of the "Lonely Moms"? Kebetulan mama sia ni ada blessed with life yang comfortable for her. Dia independent and sentiasa ada ikhtiar utk something yg dia mau. She can decide since she's financially stable on her own. But look at us. Bukan senang mau handle anak2 yg macam2 character ni. Then permintaan mama sia ni tidak banyak juga, sekali sekala ja. Like today, I actually let my mom down cos my mom wanted me to go with her to a seminar yang sia tidak mau pigi sebab sia rasa it gonna waste my time and I was already very tired from work. Cos my mom tidak school tinggi, so benda2 advance ni dia tidak akan faham and she has kids yang sudah kena hantar sekolah tinggi2, jadi sepa lagi dia mau harap kan? Then my mom asks me to come, mesti sia heran kenapa sia yang kena suruh? Cos I have my brother yang totally free and do nothing at home (still waiting his term to finish his master abroad) then buli ja I ask my mom, Kenapa nda suruh yang free dan definitely otak more bergeliga than me who is tired with my own work? You see how anak2 punya fikiran. Macam2 alasan kan? Tidak payah sia tinguk jauh2, dalam family sendiri pun buli nampak. Mesti pun my mom a bit sad but sia sebagai anak, biarpun sia sudah bikin something like that, pandai2 la tebus balik. I swear I will study about the thing yg my mom asks so I could help her and make up for my inability untuk attend tu seminar. In fact, baru2 tu my mom even minta kawan sia pigi melancong lagi sebab I am "the other daughter" yang buli dirunding, cos my sister is totally not interested. Then sia buli ja cakap tidak, but I didn't want to let my mom down. I said dalam hati, "Ok la Ma, sia kasi kawan la kau jalan2 ni kali ah". Ertinya bukan juga semua answer sia adalah default NO. Kalau sia buli bikin, sia bikin lah. Apa lagi selepas sia find the term "Lonely Moms", sia la yang paling patut sedar yang I don't want my mom to become one of them. Kita sebagai anak, kita mau ka mom kita jadi one of the "Lonely Moms"?

So atas kesedaran ini, biarpun kita ada issue2 kehidupan yang perlu disettlekan juga, cuba kita pause kejap dan look at our ibu bapa juga. Dorang masih sihat dan mampu menjalani hidup dengan baik dan bertenaga, Syukur banyak2 sama Tuhan. Tapi just because dorang mampu bikin sendiri, nda semestinya kita suruh dorang "pandai-pandailah" sendiri sampai kita totally lepas tangan. Actually dalam kekurangan hidup kita ni, kita ada kelebihan yang diperlukan oleh parents kita particularly our mom. Why sia emphasize on moms, sebab back to kisah kejadian kita camana dia yang mengandungkan kita, and mom is a woman yang dikurniakan perasaan yang halus dan keperluan untuk dilindungi. They are fragile creatures biarpun dorang memiliki kekuatan dalaman yang tidak dimiliki oleh lelaki. But they are our only mom. Kalau buli, kita sebagai anak2 ni, kasi keluar la mama kita dari golongan "Lonely Moms" ni. Dorang tidak pernah imagine akan jadi macam tu masa dia masih lagi dukung2 kita time kita kecil oh. They don't deserve that.

Sia pecaya kita semua sayang mama kita dan jangan la telampau hold back sangat tu sayang dan lebih risaukan masalah hidup kita yang nda pandai habis2 tu. Ini lah masa mau buat sebaiknya untuk parents kita, especially our mom. Sebab teda buli ganti tempat dia, tidak akan ada mama nombor dua, cuma ada SATU saja yang truly our mom yang Tuhan kasi. Lets do something, okay? Lets be there for our mom and lets do our best for her. Promise that!

No comments: